Thursday, December 1, 2011

konvo ilkkm

Walaupun tak ada seorang pun pelatih daripada KJM Kangar yang akan berkonvo pada tahun ini, namun saya nak jugak menunjukkan rasa bangga dan menghargai para graduan ILKKM. TAHNIAH di atas kejayaan anda.

Selepas bergraduasi ini,  janganlah dilupakan jasa, keringat dan susah payah pengajar yang telah mendidik anda semua selama 2 - 3 tahun ke belakang. Tanpa mereka, anda tidak mungkin dapat mengecapi kejayaan. Selepas bergraduasi ini, sila jalankan tugas yang bakal diamanahkan dengan penuh amanah. Bila anda telah berjaya, janganlah memandang rendah kepada para pengajar walaupun sesetengah daripada kami memang rendah orangnya...  Dan, jika anda telah menduduki kerusi tertinggi di dalam jawatan, bantulah adik2 yang bakal mengantikan tempat anda kelak. Berilah kerjasama kepada para pengajar yang telah membantu anda selama ini... Dengan kata mudah, sila jangan lupa diri... kang tetiba menjadi kerusi ke meja ke, tak pun jadi kambing... aish! jangan tau. Jadilah orang. Hah, dalam tu maksudnya. hanya orang bijak pandai je yang faham.

Seandainya majlis graduasi ini berjalan dengan lancar, tolong jangan lupakan jasa-jasa para petugas graduasi, yang sanggup mengembara jauh-jauh semata-mata nak pastikan anda, dan jugak ibu bapa anda mendapat tempat di dalam dewan perdana KSKB Ulu Kinta. Sesungguhnya sangat susah untuk memastikan dewan itu disiapkan dengan sempurna. Perjalanan selama 5 jam telah ditempuhi oleh mereka semata-mata untuk anda. Suami dan anak-anak ditinggal lama semata-mata kerana anda bakal bergraduasi.

Akhir kalam, TANHNIAh sekali lagi. Selamat maju jaya.

Tuesday, November 29, 2011

kerja lagi..

Assalamualaikum

tet.tet.tet.tet.tet.tet.

Kalau lah ada mesin ECG dok melekat kat dada, agaknya macam tu lah bunyi dia sekarang neh. Sentiasa berlaju-laju tanpa menoleh kiri kanan, apatah lagi belakang. Dengupan jantung melebihi 100 degupan per minit, atau nak sedap sebut, tachycardia lah dia. 

Alhamdulillah...  nasib baik Allah menjadikan otot jantung ini kuat, kalau tak berapa kuat, mesti dah pecah, ataupun luruh memandangkan banyak benda yang sedang berada dalam fikiran sekarang ini. Otak dan otot jantung, adakah terdapat perkaitan antara keduanya? Mengapa tiap-tiap malam, otot jantung bekerja dengan begitu gigih sampaikan orbicularis oculi (otot yang mengelilingi orbit mata) tak berapa nak lekap, dok terkebil-kebil sampai tengah malam. Aduish, sungguh menyiksa!

Okeh okeh okeh... saya tak mengerti apa yang telah saya bebelkan, cuma saya sedang meluahkan kepenatan. Memang sudah namanya kerja, makanya tak ada yang tak penat. Tambahan lagi kalau kerja kuli, makan gaji... Kalau bos, lain cite lah.. Nak rehat bila-bila masa pun boleh. Ya dak?


cecite sket keje apa yang tak penat? Terasa nak apply neh.

MUAHAHAHAHA. sekian bebelan yang tak berapa best

Wednesday, November 23, 2011

kerjaku

Assalamualaikum


KERJA, KERJA DAN KERJA... KEHIDUPAN BEKERJAYA YANG SANGAT PROAKTIF, SEHINGGA TIDAK MAMPU BEREHAT DENGAN SELESA DAN LENA...fuhhhh... melepaskan keluhan di atas kerusi merah, selepas selesai mereka bentuk panji kolej.

Wednesday, November 16, 2011

imej apa ini?


teng teng teng... try perhatikan gambar ini sekali imbas...... eh, kat belakang tu apa yer???? Gambar ini ditangkap pada pukul 9.30 malam, di Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit.. Kolej tu memang agak berusia dan sungguh cantik lah.. Pokok-pokok dia semua besar-besar, bangunan jugak memang lama-lama. Bila lah agaknya kolej kangar akan jadi cantik begitu =)


Baiklah, ecara serius, aceh ceh... tak ada main-main neh, memang haku seriau bangat ketika kali pertama melihat gambar kat atas tuh. Tambahan lagi, waktu itu adalah jam 11.30 malam. memang dekat-dekat tengah malam lah. Saya dan suami memang seriau... Malam itu kami tidur bertemankan siaran radio ikim, dengar ngaji sampai pagi tuh ... baik kan kan kan heeeeee.

Next morning, saya berasa sungguh teruja nak menghebahkan gambar misteri itu kepada semua orang...  Tapi...........

CUAK!!!! rupa-rupanya bukan hantu bungkus ke haper kat belakang tu. Bila diperhatikan betul-betul dan diselidiki gambar=gambar sebelum itu, dia adalah kawan saya, yang sedang menghadap ke arah belakang sewaktu gambar saya dirakam... adoi,,, memang sia-sia sahaja jantung saya luruh. Sia-sia jugak dok menempek kat suami sepanjang malam. Sampaikan nak g toilet pun bawak suami.. T_____T

Makanya, ambilah iktibar dari gambar yang comel ini. Jangan dok gedik-gedik nak tangkap gambar time malam-malam. Kang benda lain nak tumpang bergambar sekali. Mahu seminggu demam tak kebah tuh... huhuhuhuhuh


Monday, November 14, 2011

mimpi terbang

Assalamualaikum

Sungguh semenjak dua menjak ni kepala otak asyik dok pikir gambaran mimpi yang kerap  mendatangi tidur. Kalau mimpi benda-benda mengarut seperti tiba-tiba membeli sebuah TV LCD bersaiz 44 inci atau memiliki sebuah fortuner, tak adalah nak fikir bukan-bukan. kalau tak tidur pun masih boleh bermimpi sedemikian ekekekek. Makanya, tak adalah hati saya nak merasa gundah gulana. 

Mimpi ini adalah lain daripada yang lain. Mimpi yang membuatkan saya rasa seperti betul. Mimpi yang selalu sangat  singgah di malam hari. Saya mimpi memiliki keistimewaan untuk terbang dan mengapungkan diri, di mana badan saya menjadi ringan seperti belon dan bebas untuk kemana-mana sahaja, dengan menggunakan kuasa melawan graviti. Apatah canggih sangat diri haku neh?? macam mesin doremon lah pulak rasanya. Tapi.... sumpah! mimpi itu memang membuatkan saya tak senang duduk sebab setiap kali terjagga saya akan merasa diri sangat ringan seolah-olah baru lepas terbang seperti dalam mimpi. Nasib baik tak pergi test terjun bangunan jek... kalau tak, free je kena diagnos schizophrenia nanti T______T gratis sih!

Makanya, dengan kesedaran yang waras, saya try google pasal tafsir mimpi neh... FUH!!! banyak sungguh pendapat yang diutarakan. Ini adalah antara pendapat yang saya perolehi daripada sifu google:
  1. Mendapat ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dan kerjaya. (semestinyalah! pasal kebelakangan ni saya sibuk menghadiri kursus)
  2. Sekiranya terbang ke angkasa dan tidak dapat turun, maksudnya Tuhan mahukan anda menambah ilmu-ilmu agama, menguatkan keimanan dan menambah seberapa banyak amal-amal soleh. Jika ada terambil hak orang, segera pulangkan. Jika ada berbuat salah dengan Tuhan dan orang, mohon ampun maaf. Mimpi sebegini merupakan teguran dari Tuhan kepada anda untuk meningkatkan darjat anda di sisi-Nya.
  3. Mimpi terbang ke angkasa dan tidak dapat turun, namun akhirnya berjaya turun. Maksudnya mungkin anda akan jatuh sakit tetapi kemudiannya sembuh. sumber sini. (Saya dapat turun dengan bebas, nak naik balik pun boleh)
  4. Ketika pria bermimpi terbang maka ia sedang mengharapkan sebuah kebebasan (mungkin..... tet tet tet)
  5. Menikmati sebuah penerbangan berarti peristiwa atau pekerjaan di masa lalu telah terselesaikan dengan baik. 
  6. Terbang diatas orang lain: memiliki harapan yang tidak selalu dapat terpenuhi. 
  7. Terbang tidak terlalu tinggi: berarti bermain aman dalam kehidupan (Alhamdulillah.... aman sejahtera)
  8. Terbang di atas tanah dan lautan: menginginkan kebebasan total. Jika anda menikah berarti anda menginginkan perceraian.  sumber kat sini (Cis!! saya tak hingin pom penceraian itu T____T)

Okeh, demikian penaksiran daripada macam-macam sumber. Nak kata kena dengan diri tuh.... aisheh!! tak berapa lah kot, sipi-sipi adalah. Habis tuh, dah semua benda dia taruk, mestilah sket-sket akan kena dengan diri... Ya dak?




Wednesday, November 9, 2011

2012

Assalamualaikum

Blog tidak sunyi lagi kerana saya sudah mula rajin mengetak ketuk papan kekunci ini. Namun, kita saksikanlah bila kerajinan ini boleh bertahan. Mungkin sehari, dua hari... atau mungkin sebulan. WAKAKAKA. Saya tidak boleh memberi jaminan.

Bulan november 2011, tinggal sebulan lebih-lebih sahaja lagi untuk melangkau ke tahun 2012. Wau! tahun yang penuh dengan kontroversi kerana mengikut ramalan kaum Mayan, dan jugak peramal-peramal lain (yang mana saya tidak pasti siapa dia), menyatakan bahawa usia bumi akan mencapai penghujungnya pada akhir tahun 2012.

Nak percaya ke fakta tersebut? Sila jangan taksub dan terus-terusan menjadi penakut. Tiada siapa dapat menjangka tarikh sebenar kiamat kerana ia adalah urusan Allah SWT. Apa yang perlu kita lakukankan adalah, bekerjalah seperti akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadahlah seperti akan mati esok hari

Sedangkan sewaktu Rasulullah SAW melengkapkan perjalanan israk mikraj, baginda melihat bumi seperti wanita bongkok tiga, apatah lagi sekarang. Agak-agak sket lagi nak tersembam ke tanah la kot.... Makanya, bersedialah. Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Mengumpat, mencela, mencari keaiban orang lain serta apa-apa lagi yang berkaitan tuh, sila lah kurang-kurangkan pasal perbuatan itulah yang paling susah nak dapat keampuanan. Keampuanan daripada Allah senang nak dapat, bertaubat dengan ikhlas, selesailah masalah. tapi dengan manusia? Hah, amek ko.... sampai padang Masyar baru nyebok cari jalan nak mintak maaf. Minta jauhlah Ya Tuhan... makanya, saya mahu mula mengunci mulut dari mengumpat, dan mencari aib orang.... terutama sekali perbuatan mensibuk dok cari gosip artis kat tenet (insaf sudah sob sob sob T______T)

Kejap, bukankah tadi saya sedang berbicara mengenai tahun 2012.... Alamak, tahun 2012 bakal menjelang.  Pelatih KJM Kangar akan bertambah lagi..... Makanya, bertambahlan jugak bebanan kerja ini. Nak kena jaga anak orang ramai-ramai.... sampai tak sempat nak ada jaga sendiri T____T (bila pulak aku ada anak neh ekekekek)

Okeh, kepada para pelatih baru yang sedang mengoogle pasal KJM Kangar, anda mungkin akan singgah ke blog neh, So, selamat datang saya ucapkankan. Maaf pasal tak banyak informasi mengenai kolej yang saya sumbat kat dalam blog neh, pasal ia adalah blog peribadi, bukan blog kolej ekekekek. Mana aci, nak bagi promosi free kan kan kan...

Wokeh.... sekianlah sudah entri yang banyak membebel...
Semoga suami yang sedang demam cepat2 sembuh.....

DAAAAAAAAA.

Wednesday, November 2, 2011

Rabu, 6.00 petang.

Catatan harian yang tak berapa nak jadi harian:

Hari ini aku merasa sangat malang. Ia lah, sepatutnya pada waktu ini aku sedang mengerjakan periuk belanga di dapur untuk santapan seisi keluarga. Tapi.sayang, hal itu tidak terjadi pada petang ini. Aku masih lagi di pejabat. nak dikatakan kerja terlalu banyak, tak adalah pulak...

Tapi... hah, kan dah kata... nasib aku malang pada hari ini. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Hansetku tertinggal dirumah, sementara kunci rumah pula berada di dalam rumah. Nak ke, tak nak ke... terpaksalah diriku menunggu suami pulang untuk menyelamatkan isterinya yang terlalu pelupa ini.

Aku mengharapkan sumi mengerti dan lekas-lekas pulang, jika tidak makan malam kita adalah di kedailah jawabnya.. hah, tak pasal-pasal tak dapat merasa air tangan isteri. Rugi woooo. Namun, aku memang malang kerana pada jam ini (6:15 ptg) kelibat saga hitam masih belum kelihatan lagi... Oh suami, mengapa tak balik-balik lagi...

Maka, untuk menghilangkan rasa bosan menunggu suami, lebih baiklah kiranya aku menulis catatan harian ini. Semoga suami akan baca nanti dan merasa bersalah kerana membuatkan bini dia tunggu lama =P Aku busan kerana mengarang ayat skema dang dang macam ini, makanya, saya akan menukar itonasi pengarangan bermula sekarang.


Apakah malang sungguh nasib hari ini, nak kata termakan semut, tak adalah pulak pasal suami sudah pun mengikat kaki meja makan dengan tali minyak supaya semut tak dapat nak panjat. makanya, memang tak ada peluang langsung buat si semut untuk mengkacau makanan. Ayok!! pasal apa lah pelupa tahap gaban neh??

Sekian pasal suami dah datang



err9>virtualizer pro



Assalamualaikum

Hari rabu ini memang pening. Sebab menghadap komputer dari awal pagi, sambil mencari maklumat pasal Behringer Virtualizer dsp2024p. Apasal dia asyik dok keluar ERR9 je? kenapa dia tak nak keluar nombor macam biasa? Ini memang menimbulkan tekanan, pasal Err9 tuh, mikrofon jadi senyap.

Wokeh, kepada sesiapa yang nak tahu sangat apa ke benda lah virtualizer tuh, meh sini saya cite. Ia adalah sejenis equalizer yang digunakan untuk mensedapkan bunyi. Tak kiralah bunyi daripada mikrofon ke, gitar elektrik ke, mahupun daripada keyboard. Punyalah canggih benda alah neh, sampaikan suara yang tak merdu dapat dihasilkan dengan teknologi virtualizer ini. Macama mana? berkenan nak beli sebijik tak? kolej saya ada 3 bijik tau! kelas gitu. Sistem bunyi yang dihasilkan menyamai panggung wayang mini.. hebat kan kan kan.


inilah dia gambar benda alah yang memeningkan kepala saya

Namun, adat lah... Dalam banyak2 barang, mesti ada yang tak ok kan. Ini memang boleh menimbulkan kemarahan. errr, silap, kepeningan. Menurut encik SSS, yang baiki benda alah nih, mesin ini sudah rosak dan tak boleh dibaiki lagi. Kalau nak jugak, kena beli baru, harga adalah RM 700++.. Aduiyah!! kopak lah duit kalau macam itu. Makanya, saya cubalah nak menGOOGLEkan cara-cara nak repair. Cis! Menghampakan sungguh pasal tak ada maklumat yang dapat membantu...

Makanya disini, dengan rendah diri serta penuh berharap.... saya memohon jasa baik sesiapa yang tahu mengenai mesin neh, tolong bantu saya ya... Nak sangat2 repair mesin neh supaya boleh digunakan semula. Bila boleh repair, dapatlah saya berlagak kat encik SSS. Tak payah beli baru pun boleh pakai apa! huhuhu.

<Mengharap sangat-sangat neh>

Sunday, October 30, 2011

koleksi kawin

Assalamualaikum

Saya masih lagi berada dalam mood bercuti setelah 5 hari bercuti panjang, sambil meronda utara selatan bersama suami tersayang. Terasa macam nak cuti-cuti lagi jek. Lepas tu tiap-tiap hari berkepit bawah ketiak suami ekekekek.ketiak suami tidaklah wangi mana pun, tetapi cukup untuk menghalang tindakan hormon kortisol daripada mengganas dan mengaktifkan tindakan adrenaline. Bak kat ongputes, rest and relax.


Disebabkan mood honeymoon masih lagi menyelubungi hujung minggu neh, saksikanlah gambar-gambar sekitar majis pernikahan kami.









best tak tengok-tengok gambar?? terasa macam nak kawen lagi jek. pastu shoot gambar lagi banyak-banyak. tapi suami cakap, jangan nak mengarut T____T Okeh, jumpa lagi ya.

Wednesday, October 19, 2011

meraban-raban

Assalamualaikum

Amaran: Blog yang membicarakan isu-isu diri sendiri sedang mengalami proses peralihan kepada tanpa fokus, (maksud: apa-apa sahaja hentam, asal boleh menulis ekekeke) Saya telah membaca paper di hmetro online pasal menu rakyat 1Malaysia. Hasrat yang murni oleh PM Malaysia.....

Namun, mengapakah saya terasa seperti ini adalah hal yang biasa? Tak perlu bangga-bangga segala. Kerana sewaktu saya belajar di PPUKM tahun lepas, breakfast cuma bernilai RM 1 - RM 1.50.. Makan tengah hari pulak, memang RM 4, tetapi lagi mewah berbanding menu rakyat 1Malaysia yang mempunyai air sirap, telur dadar dan sayur sahaja.

Mungkinkah orang-orang yang mengeyorkan restoran ini merupakan orang-orang kaya yang tak pernah jumpa kedai makan yang jual roti kosong berharga 80 sebijik serta air teh singgit? Ataupun nasi kosong (singgit) + telur dadar (50 posen)+ sayur (50 posen)+ air sirap (singgit) = RM 3.00... Bila jadi 4 hengget neh, terasa macam makin mahal la plop.

Walau apa pun, hasrat murni kerajaan memang dialu-alukan... Tambahan lagi kalau untuk kesejahteraan rakyat. Cuma nya, biarlah berbaloi-baloi..iya dop?

Change your life style ~~~ aceh, suka sangat quote neh... Sedang bergerak ke arah itu... huhuhu






Tuesday, October 18, 2011

hujung minggu

Assalamualaikum

Kehidupan hujung minggu saya pada minggu yang lepas adalah menghadiri sebuah konferen di salah sebuah kolej swasta bertaraf antarabangsa. Woooowowowowh, sungguh saya tidak menyangka dengan sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar di sana. Mereka sungguh ramah dan tidak lekang dengan senyuman. Bagus, inilah dia semangat seorang jururawat. Senyuman manis yang boleh menjadi penawar segala kesakitan.
Namun, ada jugaklah yang agak menjengkelakan. Adus, mengapa kamu begitu seksi? Skirt paras peha, baju paras dada. tudung? mestilah tak pakai, tak kanlah nak pakai seksa-seksa pastu taruk tudung. eh jap, nak betulkan statement, mereka semua bukan muslim, jadi tak salah lah kalau tak pakai tudung. 

tetapi..... walaupun bukan seorang muslim, mereka adalah pelajar. Sebagai pelajar, sudah semestinya ada etika berpakaian. Tak kan lah nak dedah tetak tersembul pergi dengar lecture kan kan kan. Karang, lecturer pulak tak dapat nak bagi tumpuan mengajar sebab pemandangan terganggu! huhuhu

Harap-harap student-student saya kat KJM Kangar neh baik-baik sahaja. Janganlah dok buat perangai macam tu, tak kira semasa dalam kolej mahupun kat luar kolej. Insaf-insafkanlah diri bila tengok benda bukan-bukan macam neh.

Okeh, bebelan sudah tamat, saya nih hukan jenis yang suka membebel, tapi kalau ada modal, membebel jugak lah sikit-sikit.

Wednesday, October 12, 2011

satu hari dalam hidup

Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita ya... Setelah sekian lama tak menghupdate blog kerana sibuk menguruskan rumah tangga. Ceh ceh ceh, suri rumah yang bertanggungjawab lah konon haha .... Siyes... sejak menjadi seorang isteri, saya semakin sibuk. Rutin harian memang sangat-sangat berubah.

Sewaktu muda-mudi dulu (tua dah ke??), bila balik je kerja, mesti ajak pakwe  keluar makan sambil ngedate. Lepas makan, balik rumah dan mengerjakan laptop samapi tertidor... sesenang itulah kehidupan malam bagi seorang remaja bekerjaya... Sekarang... balik kerja, masuk dapur... Lepas tu dok buat brain storm sorang-sorang memikirkan nak masak apa neh.... Kalau malas pikir sorang-sorang, tekan-tekan henpom...

.... syg..nak makan apa ptg neh?...

Pastu dapat balasan dalam masa tak sampai satu minit..
... apa-apa je, saya telan je....

T______T  objektif tak tercapai dan pikir-pikir sorang diri jugak. Pastu keluarkan apa-apa yang patut dari peti sejuk dan pom pam pom pam kat dapur sambil tunggu suami pulang untuk solat asar  dan makan sama-sama. Lepas tu, buat lah apa lagi yang patut seperti memasukkan kain ke dalam mesin basuh, melipat kain atau mengacau suami yang sedang memandu seorang diri di hawai (sah sah lah dia pergi sana dengan xbox).

Pagi-pagi celik mata terus pergi dapur lagi dan mengerjakan dapur untuk makan pagi. Ini merupakan satu rutin yang sangat-sangat berubah. Masa zaman ritu-ritu, saya tak akan mengambil breakfast sebab saya malas nak masak, malas nak makan. Suami saya pulak rajin makan, jadi saya harus menjadi rajin. Makanya sekarang, perkataan MALAS sudah dipadamkan dari kamus hidup saya. Hilang satu perkataan, tambah lagi satu perkataan - breakfast. SIHAT kan kan kan kan....

Selepas makan sama-sama, tibalah masa untuk ke opis... kemudian, cerita satu hari sebagai suri rumah berkerjaya pun berakhir... Penat terasa, tetapi seronok! Seronok sangat bila melihat cara suami menghargai saya. Saya penat-penat masak, dia akan habiskan makanan. SUka sangat2 melihat masakan saya habis. Macam sedap je dia makan... Lepas makan, encik suami akan ke sinki dan basuh pinggang mangkuk... Lagi lah saya rasa terharu...  Harap berkekalan sampai ke tua =)) hehe

Sekian sudah.


Tuesday, October 4, 2011

ntah apa-apa

Assalamualaikum

Dekat sebulan saya tidak memblog. Mengapakah hal ini terjadi? Hah, jawapan dia simple sahaja. Kesempitan masa kerana kerja-kerja yang melibatkan  penggunaan otot-otot badan dan sel-sel saraf yang berlebih-lebihan. Uh, apakah jenis merepek ini? T______T Okeh, untuk memendekkan cerita, ISO punya pasal lah ni. Ini susahkan Orang! Ikut suka orang dan what so ever lah... penat sungguh menghabiskan kerja-kerja sebelum audit ISO neh.


Okeh, sekian mukkadimah yang panjang. Isi sebenar adalah untuk bercerita mengenai keadaan diri semenjak dua menjak ini. Sesungguhnya saya merasa lemah-lemah sahaja kebelakangan ini. masa rehat yang tidak berapa nak cukup walaupun tiap-tiap hari tidur jam 10 malam. Ini suama salah iso lah! hahah. salahkan dia jek. Padahal diri sendiri yang tak menyetel kerja awal-awal T_____T

Lagi sekali OKEH! tutup cerita ISO. Tak kan lah sampai dua perenggang nak kena bebel pasal nih. Boring tau. Jadi, sekian entri mengarut sebab motif blog untuk bercerita pasal ini sahaja =P HAHAHA. sekian.



 


Friday, September 16, 2011

hari MALAYSIA KJM KANGAR

Assalamualaikum

Selamat hari Malaysia... Sebagai warga negara yang patriotik, pengarah saya telah melancarkan sambutan hari Malaysia peringkat kolej dengan melakukan gotong royong beramai-ramai membersihkan KJM Kangar, dan melakukan operasi melabelkan peralatan kolej dengan kata-kata indah, HAK KERAJAAN MALAYSIA. KKM/KJMPS/...... 

Sesungguhnya sambutan ini merupakan sambutan paling unik yang pernah saya temui.. melabelkan hak MALAYSIA kepada barang-barang yang dibeli dengan wang kerajaan MALAYSIA. wah... sungguh MALAYSIA sambutan hari ini. Saya pasti setiap warga kolej, tak kira pelatih, mahupun pengajar, bahkan pembantu tadbir dan pemandu sangat-sangat berasa tertarik dengan sambutan sebegini. Tahniah kepada pengarah kerana telah berjaya mencadangkan sambutan hari MALAYSIA yang sangat lain daripada yang lain.. I like~~~ UNIK sangat-sangat.

Walau apa pun, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada  JMP 2/2011 sebab jasa dan keringat anda telah pun tertumpah di skill lab. FUh, penat tapi seronok sebab skill lab sudah pun 80% clear.. Semoga Allah membalas jasa baik kamu semua..

Tak lupa jugak, TAHNIAH buat JMP 2/2010 kerana berjaya mengharumkan nama kolej di atas pencapaian ujian bulan 14 yang mencatatkan 100% lulus dan 6 pelatih mendapat distention. Korang memang hebat lah!! habislah junior2 nanti,,, nak kena mengekalkan ranking pertama tuh.. Kekalkan kecemerlangan sehingga habis sem 5 ya =)

wassalam


Friday, September 9, 2011

tiga sembilan satu satu

Assalamulaikum

Okeh, entri kedua untuk hari ini. Walau boleh je nak digabungkan menjadi satu entri, tetapi tetap bergedik nak jugak buat entri sampai banyak-banyak. (banyak???, maknanya lebih dari satu lah haha) Sambungan kisah pernikahan saya. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Kesyukuran kepada-Mu tidak pernah susut. Anugerah Dia sangat besar, melimpah-limpah menyinari hidup saya. Alhamdulillah...

3911

Angka ini sudah menjadi angka kesukaan saya, dan suami. Kenapa? sebab itu adalah tarikh pernikahan kami. 3 september 2011. Lepas ni, kalau nak beli kereta motor, kena aim nombor ni (Fariz, 2011). Saya bukanlah seorang manusia yang mempunyai obsesi terhadap nombor, tetapi tidak untuk kali ini. Saya suka nombor ini, sangat-sangat.

Seminggu sudah berlalu, tapi satu keping gambar kahwin pun saya tak upload lagi. Aish! macam mana nak upload, saya sendiri pun tak tengok lagi gambar-gambar itu lagi. Macam malu pun ada sebab mekap pengantin tebal sangat, tak ada sifat besederhana langsung. Adusih!! kecewa jugak lah, tapi nak buat macam mana.... sabar je lah... benda dah lepas. Kita tengok mekup untuk majlis tandang pulak... harap2 sederhana aja lah mak andam tu buat..

Okeh, jumpa lagi di entri akan datang~~

Laguku buatmu

Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri buat semua, jugak selamat pengantin baru dan tahniah kepada sesiapa yang baru mendirikan rumahtangga. Ucapan ini jugak ditujukan khas buat suami tersayang, Mohammad fariz bin Yusop.. abang, tuju lagu boleh? (cara baca macam jambu maharaja lawak) 

Tajuk: Kasihmu amanahku
Penyanyi: In team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu 
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri 

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isterilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Sekian, lagi banyak nak dicerita tetapi tak mahu menjadikan entries initiated menjadi panjang. (aik, blogger ada teknologi baru kaha?  sayik dok ubah ayat hakusho suka-suka hati diameter jekyll.  pasture bila orang ubah balik diameter tak nak terima. Apart kesha ni?)

paham? hahahah, jangan marah. Saya sendiri pelik dengan ayat yang telah diubah oleh blog ini. Harap
dimaafkan ya.

Thursday, August 18, 2011

baca-baca je






Assalamualaikum

Hari semalam, rakyat Malaysia telah bercuti kerana meraikan hari lahir saya. HaHAha.. Sori sori. perasan sebentar. Semalam adalah hari nuzul Quran dan secara kebetulan adalah hari kelahiran saya. Dan, dengan suka hati nya, saya telah menerima hadiah ini dari tunang terchenta.


Novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid, novelis kegemaran saya sejak dulu sampai sekarang. Boleh dikatakan hampir semua novel beliau telah saya baca, malahan siap boleh terangkan satu satu macam mana cerita dia. 

Cerita yang paling best adalah bagaikan puteri, punyalah best sampaikan saya menganggap itu adalah kisah benar, Masyaallah, kreatif sungguh pak cik Ramli neh menulis. lepas tu, dia keluarkan sambungan pulak - Cinta Sang Ratu, usaha sungguh saya pergi cari sebab nak baca. Kemudian bila novel ketiga keluar - Hijab Sang Pencinta, melengkapkan kisah trilogi, lagi lah saya tergedik-gedik cari kat kedai buku sebab nak baca sangat-sangat. Berbaloi-baloi!!! 

Akhirnya pakcik ramlee keluarkan lagi kesinambungan trilogi..... aish! kesibukkan saya bekerja di kolej membuatkan saya kurang teruja untuk mencari cerita ini sehinggalah semalam, en tunang telah menghadiahkan saya dengan buku ini. Semangat membaca terus mengunung bagai badai tsunami menghempas pantai. akan ku habiskan novel ini secepat mungkin. terima kasih sayang =)~~ Terima kasih kerana telah mengembalikan kesukaan saya.

Sekian.

Saturday, August 13, 2011

makanan

Assalamualaikum....

Sempena bulan ramadhan ini, saya ingin membuat satu entri tentang pandangan yang sangat-sangat nak dikongsikan dengan semua orang. 

Meh tengok gambar-gambar ni sekejap:

teringin sangat nak kendong kanak-kanak itu dan bawa dia jauh dari tempat tersebut

sanggup lagi tak nak menolak permintaan mereka?

rasa tak sanggup nak buang makanan bila melihat gambar ini T______T


Bila melihatkan gambar-gambar tadi, hati saya menjadi sayu. Kita di Malaysia sangat mewah dengan makanan. Kanak-kanak di Malaysia sangat sihat, malahan kejadian kes kwasiokor dan marasmus (penyakit akibat kekurangan protein dan tenaga) telah pun pupus. bersyukur ya Allah.

Dulu, saya suka bergambar dengan makanan sambil senyum lebar-lebar. Terasa seperti diri sangat comel dapat berposing dengan segala macam makanan. Tambahan lagi bila dapat memenuhi gambar empat segi itu dengan muka saya dan makanan sahaja. Tobat eh, rasa comel sungguh time tuh.

Sekarang, semenjak melihat gambar-gambar kat atas tu, terutama gambar pertama, hati saya jadi sebak dan secara automatik, saya rasa seperti terlalu bersalah. Saya tersenyum lebar, melihat makanan memenuhi meja. Namun kanak-kanak diluar sana, terpaksa merangkak mencari setitik air. Saya bangga dapat makan ditempat yang selesa, tapi kanak-kanak itu mencangkung sambil makan sisa makanan dengan penuh berselera tanpa jijik di hatinya. Saya tidak perlu meminta-minta untuk makan secara mewah, tetapi kanak-kanak itu terpaksa menghulur tangan meminta makanan untuk mengalas perut.

Astagfirullah.... sejak menemui gambar-gambar kat atas, saya jadi malu untuk bermegah dengan makanan, apatah lagi jika makanan itu adalah bersifat mahal-mahal. Tidak sanggup untuk bergambar seperti dulu... Aish! sentimental sungguh.. sayu dan syadu kat dalam neh T_________T

~~pendidikan jiwa semata-mata~~


Friday, August 12, 2011

Darah manis

Assalamualaikum...

Di kala bersahur ni, seronok jugak dapat membuat sebuah karangan ringkas bertajuk "DARAH MANIS". Ia merupakan simpulan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Melayu, di Malaysia. Adapun darah manis bukanlah merujuk kepada kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah.. bukan, itu adalah hyperglycemia. Tidak berapa manis untuk di alami, malahan cukup menakutkan. 

Situasi darah manis selalunya merujuk kepada seseorang yang bakal mendirikan rumah tangga. Dan, sumpah! haku seram gila dengan istilah ini. Selalunya darah manis merujuk kedaan yang sangat fragile. senang berlaku bencana. Aduish.. Saya tidak berapa nak percaya benda ni, tapi bila banyak peristiwa pelik-pelik bakal pengantin keluar kat metro, saya menjadi seorang yang paranoid.

Bila tunang cakap dia nak travel jauh-jauh, hati ni sangat tidak senang. Boleh pulak haku seram lebih-lebih macam tak nak bagi dia pergi. Kejap-kejap kacau dia, kejap-kejap kacau.. risau dalam hati ni, Allah sahaja tau. Syukur, semalam dia pulang dengan selamat.

Saya percaya, setiap bakal pengantin akan mempunyai perasaan ini. Aish, siapalah yang pandai-pandai reka istilah darah manis ni hah? mensusahkan orang tau! (Yang haku pergi percaya tu sapa suruh????) uhuk!

Monday, August 1, 2011

Walimah saya

Assalamualaikum

Salam ramadhan al-mubarak kepada semua. Di kesempatan ini, sukalah kiranya saya untuk mengingatkan diri sendiri serta anda-anda sekalian, Marilah kita berebut melakukan amal ibadah. Ganjaran pahala, Masyaallah, sangat tak terkira. Marvelous Fantastic Bombastic Wooyoh! gempak.

Baiklah, tanpa melalut panjang lebar seperti yang selalu dilakukan, saya akan terus menuju ke isi utama entri ini. 

3 September 2011.. setakat ini saya dan jumpa 2 orang kawan yang akan melansungkan majlis perkahwinan pada tarikh ini.. Oh! sungguh tidak ku sangka, tarikh ini memang hot hangat-hangat gitu. Sedih lah pulak, tak dapat nak meraikan kawan-kawan, serta tak dapat diraikan oleh kawan-kawan tersebut. Walaubagaimanapun, saya berharap kawan yang lain, sudilah kiranya menjadi tetamu saya ya. Uh, satu lagi..bukan kawan-kawan je dijemput hadir, adik-adik  didik saya di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar jugak dijemput hadir sama. (bukan anak-anak ya, sebab umur kita lebih kurang je dik oiii heheh), tak lupa juga kepada kakak-kakak dan abang-abang rakan sekerja. Saya harap, semua orang sudi datang, dan doakan kebaikkan buat pengantin ini =)

Pada firasat saya, semua orang telah maklum akan hal penyatuan dua keluarga, tautan kasih dua insan dan apa-apa sahaja yang berkaitan lah (kering idea nak mengarut di bulan mulia ini) makanya... saya nak mengepos kad jemputan neh. Bak mai alamat ya kawan-kawan sekalian.

Jumpa nanti ya~~

Sunday, July 24, 2011

sempit

Assalamualaikum

Saya sedang duduk sorang-sorang di waktu lapang yang sempit. Ya. memang sangat-sangat sempit waktu ini. Ini adalah waktu rehat yang saya tunggu-tunggu setelah 6 hari bekerja dari 8 am - 11.30 am tanpa henti. Kalau kerja swasta sudah berlambak-lambak duit masuk dalam akaun sebab OT. Tapi, kerana kerja kerajaan, di bawah skim pengurusan dan professional, redha aja lah. kerja untuk beramal. Kurang tang situ, lebih tang sana. Sekurang-kurangnya boleh mengesahkan sijil fotostat tu dah cukup lah kelebihan yang diberi kan kan kan =P

Saya rasa macam nak tidur tanpa bangun-bangun sampai tengah hari. Tapi, ngeri pulak rasanya bila melihat rumah yang berantakkan ini. Terdapat sebuah gunung kinabalu di atas katil, terdapat lubuk emas di dalam sinki, jugak terdapat salji hitam diatas lantai. Kat depan rumah pulak, penuh dengan makhluk halus warna hijau (bukan spesis toyol ok) Uh, rumah haku. kesian sama kamu sih

Makanya, dengan jiwa penuh iltizam saya bertekad untuk menyental setiap ruang-ruang yang ada di dalam rumah. Nanti kalau mak datang melawat (semoga), tak adalah dia nak buka radio buruk berfrekuansi tinggi. Nasib baik, waktu hari ayah datang dulu, rumah masih kosong. So, adengan bebel-bebel tu tak terjadi. (Ayah memang tak reti membebel pun hehe)

Baik, kerja kemas-kemas akan dimulakan sedikit masa lagi... semoga ketemu lagi. dddaaaaaaaa.

Friday, July 22, 2011

jangan lemah okeh

Assalamualaikum


Kita akan memulakan entri di hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini dengan satu petikkan ayat Al Quran. 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)

Subhanallah! sesungguhnya Al Quran itu merupakan sebuah kitab yang lengkap. Semua benda dia cover. Dari hukum hakam, cara hidup.. sampailah kepada motivasi. memang besar sungguh anugerah Allah kepada umat akhir zaman neh.

Saya manusia yang paling tinggi darjatnya, kerana saya ISLAM, saya beriman kepada ALLAH, dan Alhamdulillah. anda-anda juga tinggi darjatnya kerana anda juga ISLAM. Makanya, kita semua terdiri daripada manusia yang tinggi darjat. Tak ada nak beza-beza pangkat ko apa, pangkat aku apa. malahan kat padang masyar nanti,  tak ada maknanya nak dapat layanan ikut pangkat kat dunia. Buku amalan jugak yang dibawak kan. Makanya, kumpul aja lah ASA banyak-banyak. Amanah Saham Akhirat lah cayang2 sekalian.


Berbalik kepada ayat tadi. Saya harap, dengan perkongsian ini siapa-siapa yang sedang lemah longlai sebab kena jatuh (down), terutama dengan orang-orang kafir akan merasa tenang dan tidak mudah beralah. Allah tidak membenarkan kita bersifat lemah, apatah lagi sekadar menyerah di atas penganiayaan yang dibuat. Makanya,  berlawanlah! Ops, bukan bermaksud lawan gaduh-gaduh ok! maksud lawan adalah, lawan diri sendiri agar tidak tewas dengan perangkap syaitan.

Syaitan neh, kalau nak cerita pasal perangkap dia, Nauzubillah. Yahudi pun kalah. terlampau licik tau... yelah, mula-mula dia cucuk suruh pergi gaduh. lepas tu kalau menang, dia taburkan riak. Kalau kalah pulak, dia taburkan sifat dendam, tak pun sifat terlampau rendah diri. Dahsyat-dahsyat. Paling dahsyat bila dia melaga-lagakan sesama Islam. 

hah, sebelum terpesong tajuk dengan lebih-lebih.... saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada anda-anda semua jugak... JANGAN BERSIKAP LEMAH. Allah tak suruh kita berundur daripada laluan yang benar selagi kita yakin itu adalah benar, dan tidak bercanggahan dengan apa yang dianjurkan oleh ISLAM... kerana kita adalah insan yang tinggi darjatnya.... BANGGA MENJADI ISLAM.. jangan cepat putus asa okeh! Love you all, saudara-saudara ku sekalian.

Kadang-kadang ada benda yang patut menjadi rahsia. titik. bimbang rahsia tak jadi rahsia. titik lagi. buat sekalian kalinya dalam entri ini. titik.






Saturday, July 16, 2011

kijo kijo

Assalamualaikum

Entri ke dua untuk hari ini. Mood untuk menaik tarikh (up date) telah kembali lantaran terdapatnya ruang kosong di waktu weekend ini. Rasanya sudah sebulan lebih saya tidak merasa weekend yang betul-betul cuti. Ia bermula dengan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang (18 Jun), seterusnya kursus up date in Diabetes (24-26 Jun), seterusnya orientasi pelatih baru (1-3 julai) dan last week saya balik kampung untuk uruskan hal-hal berkaitan perkahwinan. Minggu ni?? aktiviti tetap ada, cuma tak berat sangat. Mengiringi pelatih ke program kem kesihatan di Arau. Mulai isnin nih, sehingga awal  bulan puasa neh, terpaksa rela pulak menjadi urus setia kursus. Dengan kata lain, 2 bulan berturut-turut tiadanya kualiti berhujung minggu.

Akibat dari itu, rumah menjadi berantakkan. rambut-rambut bertebaran di atas lantai. Bilik air juga sudah lama tidak disental, begitu juga dengan sawang yang menghiasi siling. Uh, teruknya rumah bujang saya. Diharapkan, bila  status rumah itu menjadi rumah kelamin, maka hilanglah kenerantakkannya. SEMOGA. Semoga encik buah hati tunang terchenta memahami maksud tersirat didalam perenggang ini =P hehehe

Sekarang nih, waktu bujang-bujang saya boleh memberikan komitmen kepada kerja. Nanti bila sudah kahwin.... adoi. Tak tahu nak fikir macam mana agaknya hidup kalau tiap-tiap hujung minggu kena bekerja seperti ini. Okeh, tak mahu fikir lagi sebab saya akan berdoa tiap-tiap hari supaya perkara itu tak akan jadi. Biarlah kerja dihabiskan dalam waktu kerja, dan lepas waktu kerja adalah masa untuk keluarga. Walaupun mustahil bagi seorang pengajar untuk tidak membawa kerja ke rumah, saya harap saya boleh.... Tet.....angan angan T_______T 


okeh. alkisah pembebelan yang agak tidak memberi pengetahuan. Sekian sahaja lah (haku pun tak tahu apa maksud ayat terakhir neh =P)

borang kebenaran nikah setel =)

Assalamualaikum

Sudah beberapa kali entri dikarang bersifat separuh jalan, dan akhirnya terkubur macam tu kat dalam draft. Nak publish pun rasa malas sebab dah basi sangat. Benda basi tak elok dihidangkan, nanti sakit perut. Okeh, dalam sesi post kali ini, saya nak meng-up-date sedikit mengenai persiapan di hari berbahagia nanti.

Alhamdulillah, borang permohonan berkahwin sudah pun di isi. Borang permohonan berkahwin negeri Kelantan perlu diambil daripada Tok Imam kat kampung. Borang tu memang lawa, menepati warna tema kahwin saya, HIJAU. hehe..

Lepas ambik, kena isi lah, sama ada dalam tulisan rumi, ataupun jawi. boleh pilih ya adik kakak sekalian. Borang saya diisi dengan tulisan jawi (bangga weih, dapat memartabatkan jawi) terima kasih daun keladi, lain kali tolong-tolong lagi, saya ucapkan kepada tok imam sebab berbaik hati melengkapkan borang saya. Haha, sapa-sapa yang terasa kagum sebab saya isi borang dalam jawi tu sila padamkan kekaguman anda sekarang! kagumlah pada tok imam ye... heheh.

Okeh, borang ini simple sahaja. Dia cuma nak kita isikan semua maklumat mengenai pengantin perempuan, lelaki dan juga wali. Hal-hal lain seperti nama saksi tidak diperlukan lagi. Tunggu hari nikah baru dia nak.. Lepas dah isi, silalah hantar borang tersebut ke pejabat khadi daerah bersama-sama barang ini:
  1. salinan ic pengantin perempuan
  2. salinan ic pengantin lelaki
  3. salinan ic wali
  4. salinan sijil kursus pra perkahwinan
  5. kebenaran nikah luar kawasan (bagi kes luar kawasan seperti encik tunang)
  6. borang pemeriksaan kesihatan (boleh buat kata mana-mana klinik kerajaan, saya buat kat perlis jek)
Semua ni kena buat dalam dua salinan ya. hah, jangan lupa jugak sediakan bayaran sebanyak RM 12.00. Borang nikah ni kena hantar paling awal, 3 bulan sebelum nikah, dan paling lewat 2 minggu sebelum itu. . Semoga maklumat ini dapat membantu sesiapa yang nak berkahwin nanti.

Okeh. Settle semua urusan. Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan perjalanan untuk menuju hari itu. amin..

Sekian.







Tuesday, June 21, 2011

jangan jadi ketam

Assalamualaikum

Apa khabar? apa khabar? (saya pun tak tahu mengapa harus bertanya khabar banyak-banyak kali.. nak tunjuk keikhlasan kot =P) Nak dijadikan cerita... hah, terus ke cerita pulak neh.. well, saya kan seorang yang lurus, selalu straight to the point, tak reti nak berjela-jela dan tak ada berperasaan bila bercakap-cakap atau bercerita-cita.. 

Baiklah, nak dijadikan cerita...... sudah 5 bulan saya memegang jawatan pengajar jururawat di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar. Selama itu jugak, saya sentiasa dianggap sebagai pelajar oleh orang yang tidak dikenali. Disebabkan badan yang kecil, raut wajah yang awet muda saya tidak pernah diiktiraf sebagai staff. Malahan, paling mengharu-biru, senyuman dan sapa tegur saya jarang mendapat reaksi positif daripada staf sejawatan luar yang melawat kolej. Mereka menyangka saya ini merupakan pelajar, dan pelajar tidak boleh diberi muka baik T.T uh, terguris hati saya tahu! Senyumanku lemparkan, muka derk je kamu buat. uhuk

Urm... Budaya apakah itu? Pernah mendengar ketam mengajar anak berjalan lurus? kamu mengajar pelajar supaya senyum dan memberi salam. Tetapi kamu sendiri sentiasa berwajah kelat macam kopi tak ada gula. Bak kata pepatah, kemana tumpah kuah kalau bukan ke laksa? kurang-kurang pun atas alas meja je kan. kalau lebih-lebih kat atas lantai.Hah, tu yang haru pasal dah rugi tak dapat merasa laksa kuala perlis yang enak nyum nyum!

Bila situasi staff nurse tak reti senyum mesra-mesra kepada pesakit dan waris kat dalam wad, saya menjadi terfaham dengan sendiri. Iya lah, kalau sudah akarnya reput, macam mana benih elok nak keluar kan kan kan.     Jambu (Maharaja Lawak) cakap.. Apa pun tak jadi!! Hhuhuhu

Wokeh, dengan ini saya menamatkan cerita diatas perasaan bimbang menganggu sensitiviti individu. Namun, cerita itu tetap kena publish jugak sebab nak dijadikan pengajaran, atau pun ikhtibar supaya budaya senyum, ramah mesra ni dimulai oleh pendidik, kemudian berkembang biak menjadi baka yang baik dan cantik, menyuburkan profession jururawat itu sendiri =) anda setuju??

Okeh-okeh, sebenarnya cerita tadi hanyalah sebagai mukaddimah sahaja. Cerita yang nak diceritakan adalah berkenaan kejadian hari ini. Alkisah, buat pertama kali dalam sejarah, saya disapa sebagai seorang pekerja oleh orang yang tidak dikenali. Selama ini, semua orang menyapa saya sebagai pelajar T.T Saya sudah dewasa! YeaY!!!!!! dah boleh kahwin la neh hehehehehe gediks!

Sebenarnya saya agak terkejut lah jugak bila makcik kedai makan itu bertanya, mengajar kat mana dik? amboih.... mak cik.. makcik... I love U makcik. Sudahlah tadi makcik bagi saya makan rambutan dengan nangka sebagai pencuci mulut secara percuma lagi. Fuh, rezeki. Makcik memang best. Saya suka lah makcik. Saya terasa seperti dewasa sangat2. Terima kasih makcik, makcik telah menggumbirakan hati saya. Muahahahah. Kegembiraan melampau ini memanglah melampau-lampau, namun... restuilah kegumbiraan saya ini ya, jangan kutuk2 heheh.

Sekian. terima kasih


Thursday, June 16, 2011

P, and P, and P, dan P lagi...PPP

Assalamualaikum

Sekarang neh, hidup sungguh-sungguhlah sibuk, macam penyibuk pun ada jugak sikit-sikit. Tapi yang banyak-banyak tu adalah menjadi sibuk. Sibuk dengan persiapan PPPPPPPP... aduish. Banyak P yang datang (Una yang bagi idea neh) 

Pekerjaan saya menuntut Persediaan Persiapan Pelan Pengajaran dan Pembelajaran. Semester baru akan bermula 4 Julai ini. Subjek yang nak cover adalah sedikit  saje jika nak  dibandingkan dengan pengajar senior.... Tapi, sebagai junior, semua benda adalah baru bagi saya. makanya, saya kena menelaah balik pelajaran yang lepas-lepas. Nasib baik ilmu-ilmu masa belajar dulu masih fresh.. Alhamdulillah... mudahlah sedikit kerja saya.

Tapi... tang mudah tu mudah lah, syukur sangat-sangat... Ni hah, Tang payah nak buat lesson plan rasa pahit macam jadam. Tak mahu telan, tapi tak boleh peram dalam mulut, pahit kelat semacam je rasa. Akhirnya nak ke, tak nak ke, terpaksa jugak menjadi nak ^.^"

Rasa macam tak sabar pulak nak memulakan sesi kelas neh. Tak sabar nak menyampaikan ilmu, berkongsi pengetahuan. Tak sabar jugak nak melihat muka-muka baru pelatih KJM Kangar neh. Seramai 60 orang telah terpilih untuk mengikuti latihan sijil jururawat masyarakat di sini.. TAHNIAH kepada semua pelatih yang berjaya (eceh, dengan harapan pelatih tu sedang membaca entri ini =P)

Wokeh, P seterusnya. Persiapan Pernikahan. Insyaallah, tak lama lagi saya akan mendirikan masjid dengan tunang saya. persiapan itu memang banyak lah...  tak terkejar pulak. Ditambah lagi dengan pekerjaan yang menuntut komitmen di setiap hujung minggu memang melecehkan. Susah betul saya nak bergerak bebas. Tiap-tiap weekend je ada program. Bila lah saya nak buat persediaan neh T.T Tambah sukar bila kedai-kedai kat Perlis hanya dibuka sampai jam 6 petang sahaja. Aiyok, susah-susah sungguh. 

Disebabkan itu, saya selalu berharap agar semua kedai, tak kira lah kedai runcit ke apa, dapatlah kiranya membuka perniagaan secara online. Nak beli bawang pun senang. klik dan banding harga, lepas tu buat deposit, kemudian barang sampai depan pintu rumah. Oh, senang sungguh hidup. (adakala, hidup dalam dunia mimpi lebih bahagia berbanding realiti T.T)

Semoga PPPPPPPP menjadi lebih mudah. Apa kata, kita tukar jadi perkataan lain yang sedap sikit didengar. ZZZZZZZZZZ..bye. hehe sudah tidor lah!

Thursday, June 9, 2011

cincin besar, cincin kecik

Assalamualaikum

Tengah bukak tenet, tetiba teringin nak meng-up-date entri dalam blog. Oleh itu, saya berusaha membelek-belek album dalam kamera untuk mencipta entri bergambar. Walaupun sudah menjadi cerita lama, tak kira tak kira, nak jugak mengarang pasal neh.

Jom, mari kito pakat kelih gambar ni deh. bernilai sentimental yang tinggi neh.

Yours and mine

Mungkin gambar ini tidak berapa nak jelas bagi mengambarkan perbezaan kami. Cuba tengok gambar ini pulak. Tergambar lah sudah.....

size 9 VS size 23
Bukan kata anda semua, malahan saya jugak terkejut melihat ini. Tak sangka, berdouble triple saiz itu hahaha. Tetiba teringat orang tua dulu-dulu cakap, pasangan yang bahagia adalah apabila cincin jari manis lelaki muat di ibu jari tangan perempuan. Tapi.... dalam kes saya nih, bukan takat ibu jari tangan, ibu jari kaki pun belum tentu muat. Orang klate oyap, lego keleng-keleng

Tapi... ah! macam lah haku mahu percaya. Dakyah semata-mata tuh. Ada pulak kebahagiaan diukur dalam bentuk saiz cincin kan kan kan. Bahagia adalah apabila hati dapat menerima baik buruk dan mengharung kesusahan kesenangan bersama-sama. Tak adalah berkaitan dengan saiz besar kecik jari neh. Tahyul tau! Sila jangan percaya.

Sekian, saya malas nak menulis panjang2. penat merapu. HAHAHA


Tuesday, May 17, 2011

perjalan mencari yang putih

Assalamualaikum

Hari ini cuti, sempena hari wesak dan hari keputeraan raja Perlis. Alhamdulillah, semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan dan kemakmuran kepada baginda dan raja perempuan. Doa yang sama ditujukan buat Sultan Muhammad ke V, Sultan Kelantan darul naim, semoga baginda sultan mampu menjadikan Kelantan sebuah negara yang indah, seindah syurga naim (HAHAH, I'm kelantanist okeh, kelantan tetap di hati walau jauh merantau di Perlis)

Sempena cuti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk membeli belah sebagai persiapan untuk hari pernikahan saya dan buah hati tersayang. Alkisah, sudah dua hari saya menjelajah segenap kedai2 pakaian dan busana muslimah untuk mencari sepasang baju putih. Adoish! tak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tercipta sajak ini.....

Putih itu suci
Putih itu indah
Putih itu bersih
Namun yang putih itu susah dicari
Juga susah sekali untuk dijaga

Perjalanan mencari yang putih itu sukar
Merantau jauh kerananya
Namun tetap pulang dengan kehampaan
T________________________________T

Andai ditemui yang putih itu
Pasti tidak akan disia-siakan
Oh putih putih putih
Biar putih tulang
Jangan putih mata

Haha, walau tak berapa nak kreatif tapi cukuplah untuk mengambarkan bagaimana perasaan saya kala ini. mengapalah susah sangat nak dapatkan sepasang baju putih shiffon siap berjahit? saya bukan nak kerawang berat-berat mahupun manik banyak-banyak. Saya nak yang simple-simple je. Seboleh-bolehnya saya nak cuba menjauhi elemen tabarruj (berhias melebih-lebih untuk menarik perhatian). Berhias tetap berhias, tapi dengan cara sederhana dan paling penting menutup aurat. Sangat mencabar lor! Insyaallah, saya pasti boleh menjaga batasan ini.

Sekian.


Monday, May 16, 2011

saya telah ditunangkan =)

Assalamualaikum

Kini, setelah lebih 2 minggu, inginlah kiranya saya merungkai misteri kisah ini. Aiseh! macam misteri sangat aje lah.

Merujuk kepada status semasa saya di facebook, I'm engaged. Ya, benar.. saya telah ditunangkan dengan encik buah hati pada 1 Mei 2011 yang lepas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu langkah telah diambil, kini tinggal satu langkah lagi untuk meleraikan janji kita. (Aceh, bila pulak ada janji-janji neh, yang penting ayat jiwang hahahah)

Kepada buah hati, saya berharap dapat mengantikan tempat buah jarak @ jatropha di hati awak. Dengan kata lain, semoga sayalah buah hati awak, bukan buah-buahan yang tak berhati perasaan itu lagi. Tapi, jangan abaikan terus pulak pasal buah itu adalah masa depan kita. gambate darling! huh, merepek merapu meraban pulak!

Kepada rakan-rakan, terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih tak terhingga di atas ucapan anda. Seterusnya saya ingin memohon maaf kerana merahsiakan hal ini. Bukan apa, pertunangan saya bukanlah diraikan dengan besar-besaran.  Ia hanyalah sekadar pertemuan di antara dua keluarga, tiada melibatkan jemputan luar. Memang semata-mata sanak saudara saya dan buah hati sahaja. Tiada kenduri kendara, tiada hiasan cantik-cantik, tiada berhias bagai pengantin malahan tiada dulang hantaran bersusunan. Seriously, sememangnya hanya pertemuan dan perbincangan dua keluarga. Jadi, mohon maaf kerana tidak menjemput kawan-kawan. Jangan terasa hati dan marah-marah saya ya....

Insyaallah, nanti majlis nikah saya akan jemput semua. Bukankah majlis itu yang patut diraikan? Walimah akan menyusul, Insyaallah. Semoga Dia memudahkan perjalanan saya dan buah hati dalam menuju ke jalan yang Dia redhai. Saya berharap agar anda semua mendoakan kelancaran perhubungan kami berdua serta dua keluarga yang bakal bergabung ini. Semoga jalan kami, dan kita semua sentiasa di mudahkan Allah..

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

situasinya begini...

Assalamualaikum

 
Jika menjejakkan kaki di mana-mana hospital, siapakah yang paling kerap anda jumpa? doktor? dietician? physio? nehi nehi.... semestinya JURURAWAT kan kan kan. Hah, anda memang penipu kalau berani berkata tidak. buktinya, cuba try kira berapa kali anda terserempak dengan misi-misi berbanding doktor bila berjalan-jalan di kawasan hospital.mesti lebih berpuluh-puluh kali kan.

Jururawat adalah orang yang terlatih bagi menjaga orang sakit dan menjalankan rutin-rutin perubatan. 12 Mei merupakan tarikh keramat bagi individu-individu ini kerana pada tarikh ini, mereka akan diraikan dan diberi penghargaan.

Namun, dalam situasi di Malaysia, seramai manakah rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa tarikh itu merupakan hari jururawat?? Pesakit yang kerap masuk hospital sampai 5-6 kali setahun pun belum tentu akan tahu bahawa 12 Mei merupakan hari jururawat. Sungguh menyedihkan, walhal bila masuk wad, berak kencing muntah semua misi yang uruskan. 

Cuba anda bayangkan, jika regular customer sendiri tidak tahu kewujudan hari jururawat, inikan pula individu yang tak pernah masuk hospital... Sungguh sedih, media-media Malaysia tak mahu memainkan peranan memberi penghargaan kepada jururawat Malaysia kah? Cuba buat iklan besar-besar... mesti semua orang akan tahu dan ucapan HEPI NURSES DAY akan selalu terucap lah. Sekurang-kurangnya ucapan ringkas itu akan mampu menaikkan semangat misi-misi nak berkhidmat dengan lebih cemerlang... tak gitu? tak perlu lah hadiah-hadiah, cukup ucapan sahaja. Kalau ada, apa salahnya =P
 
Manakala 16 Mei pula, semua umat manusia akan menyambut hari guru. GURU... atau lebih sinonim lagi dengan panggilan cikgu. Guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Dengan kata lain, guru adalah individu yang menyampaikan ilmu. Sesungguhnya profession ini adalah satu bidang yang mulia.

Jadi, situasinya begini..... Saya merupakan PENGAJAR JURURAWAT. Okeh, adakah anda jelas? saya merupakan guru, dan saya juga merupakan jururawat. Saya ingin diingati sebagai dua-dua sekali. Kedengaran tamak bukan? Tapi siyes, saya sangat epi kalau ada orang sudi wish untuk kedua-dua hari itu..

Tapi.... begitulah. Situasinya begini, ada yang tidak mahu mengiktiraf saya sebagai jururawat, kerana saya merupakan pengajar. walhal, saya merupakan orang yang terlatih untuk menjaga orang sakit. Jadi, saya adalah jururawat. Manakala sebagai guru pulak, rasanya terang dan nyata lah. Sememangnya saya merupakan pendidik walaupun tidak mengajar di sekolah. Jadi.... dua-dua pun boleh kan.  So, HAPPY NURSES DAY.... dan HAPPY TEACHERS DAY buat diri sendiri serta rakan setugas yang lain =)

 
cekgu cekgu... what do like? banana? yes or no? yes or no?
(hah, lompat lompat)
-----> lagu lompat tali time bebudak ritu<--------

Monday, May 2, 2011

gambar bercerita

Assalamualaikum

Sekeping gambar mampu menerbitkan seribu cerita (A picture talk thousand words). Saya tidak berhasrat memanjangkan kisah gambar ini. Diharap kawan-kawan bersabar menunggu karangan cerita bergambar ini. Insyaallah, akan ada. Tapi......... bukan dalam masa terdekat ini... Kalau tak sudi bersabar, tanya-tanyalah khabar saya, persornally.... saya lagi suka, kerana ia adalah lebih mesra. hehe.

Wassalam~~

Tuesday, April 26, 2011

saman trafik di jalan seruling: wajarkah?

 Assalamualaikum

Astagfirullah... astagfirullah... mulakan entri kali ini dengan beristigfar, mohon keampunan dari Allah.. (jugak sebagai pengingatan kepada diri sendiri supaya tidak melebih-lebih serta emosional dalam melontarkan bait tulisan dalam entri ini)

Sekalung appresiasi saya ucapkan buat para pembaca yang setia, terima kasih kerana sudi bersinggah-singgahan meluangkan masa barang seketika disini. Uh, tidak!... panjang betul ayat bunga-bunga. Busan kang baru tau!

Ok, point utama saya kat sini adalah mengenai satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Kangar pada waktu petang tadi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, matahari masih belum jatuh lagi. Pasangan itu bercadang untuk ke bank..... tiba-tiba

tangan putih melambaikan bendera merah, meminta saga hitam bergerak ke tepi jalan.

abang polis: encik tahu tak jalan ni tak boleh lalu?
buah hati: tak tahu (dengan jujur)
saya: eh? sejak bila neh? tak tahu pun... 
abang polis tak cakap apa-apa, ada simpati di wajahnya, namun......
pakcik polis: bagi lesen, dengan i/c

Tatkala itulah, pakcik polis menarikan pen di atas sekeping kertas berlapikkan karbon, mengeluarkan satu notis kompaun. Maka, tercatitlah satu saman trafik. Adoi........

Tapi.....eh? ada papan tanda ke kat depan tu? tak perasan pun. ada ke? bila letak? tak puas hati! Maka, saya mula google pasal jalan itu dan hasilnya.... terjumpalah berita ini. Ternyata, saya tidak bersendirian dalam hal ini. Masih ramai yang tidak tahu kewujudan jalan sehala di Jalan Seruling, sebab apa? sebab papan tanda tak strategik, dan pendek. HAHAHA, macam ala-ala kontot pun ada. Disebabkan itu, wajarkah pemandu disaman? silap siapa ni? silap pemandu? silap JKR yang pasang papan tanda? atau silap polis yang saman? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri. Tapi.... saya nak bagi buah fikiran sket boleh? boleh, blog ni kepunyaan saya, maka memang boleh sangatlah.

Akbar hari ni cakap, terima kasih polis kerana tidak menyorok lagi. Saya pulak cakap.... terima kasih kerana sorok papan tanda (tak sorok, tapi letak kat blind spot je) Jadi, saman tetap jalan... Inilah usaha murni yang sungguh bijak. Pemandu tetap bersalah kerana tidak peka dengan papan tanda trafik... 
berlandaskan emosi semata-mata (mohon maaf)


Haha, sumpah... saya memang teremosi sangat-sangat. Dah la time orang nak pakai duit banyak-banyak... terasa seperti teraniaya pulak T________T tak baik tau, doa orang teraniaya ni termakbul. Hah, sila takut sekarang (tak tau lah haku tengah warning sapa neh)

Wokeh, tanpa perlu memanjang lebar, eloklah saya mengundur diri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... maaf dipinta.. terlajak kereta, tak sempat reverse, buruk padahnya......

Sekian.





Tuesday, April 19, 2011

hal kecik-kecik je

Assalamualaikum

Mengarang entri sambil berbaring atas katil yang besar ini sungguh menyeronokkan. Terasa seperti satu terapi yang melegakan. Seronok sungguh!!! Macam tengah rilek kat tepi pantai pulak rasanya, dengan angin kipas yang sepoi-sepoi bahasa dan suhu hangat negeri Perlis neh, memang sebijik feel kat tepi pantai. Nasib baik tak ada daun nyiur melambai je. Eh, seram pulak rasanya. 

Mengarang entri sambil membakar cd (burn cd) jugak sungguh menyeronokkan sebab kerja saya setel seperti memakai syampoo Rejoice, 3 dalam 1, pakej yang lengkap. Kerja selesai, entri berjaya di post, dan hati senang gumbira.

Sesungguhnya saya tahu, kenyataan di atas kedengaran agak hiperbola. Manakan bisa, dengan hanya berbaring, mengarang entri dan membakar cd mampu menghasilkan kegembiraan. Tapi, percayalah, bila anda mula masuk ke alam pekerjaan, benda kecik beginilah yang akan memberikan kegembiraan. Benda besar seperti melancong 5 hari 4 malam ke Pulau Lnagkawi hanyalah angan-angan, yang akhirnya membawa kepada kemurungan, Ah, tension2.... nak pergi bercuti, tapi................. ongkos dan masa pulak yang menjadi kengkangan T_______T

Tapi.... tak apalah.. Pepatah Melayu ada menyebut: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan kata lain, sekarang ni, sakit-sakit je lah dulu. Apa yang kecik-kecik tuh, besar-besarkan supaya tak menjadi perkara sipi, dan akhirnya mampu menjadi pengubat kesakitan. Contoh, macam sekarang ni lah.... Berbaring di katil sambil mengarang entri, dan membakar CD telah menghasilkan satu kegembiraan. Alhamdulillah, syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat.

Sekian..~~~

Saturday, April 9, 2011

perangai pelik?

Assalamualaikum

Sepatutnya hari ni saya berperangai normal. Begitulah seharusnya, tapi sekarang saya sedang melakukan perangai di luar normal (bukan luar tabii iya) Dulu, saya pelik bila melihat blogger meluahkan perasaan dalam blog macam blog tu bukan untuk bacaan manusia. Entri berbentuk hasutan dan kemarahan melampau bagaikan lontaran rasa harimau mengamuk tak cukup makan. Tapi sekarang, saya tak rasa pelik dah sebab saya jugak teringin nak membuat perkara yang sama. Tapi jugak, Alhamdulillah, akal ini masih  waras... makanya, tak adalah entri berbentuk untuk bacaan haiwan tertulis sebab blog ini adalah khas untuk manusia-manusia yang mulia seperti anda semua, dan saya juga. Dulu.... saya juga berasa pelik apabila meilhat entri yang  di telah post  di padamkan dari blog. Tapi, sekarang saya tidak berasa pelik lagi sebab saya juga melakukan hal yang sama. Sekarang, saya sedar.... kita hanya manusia. Bukan malaikat, yang tak mempunyai nafsu, atau pun Allah, yang maha sempurna. Saya mempunyai kelemahan, bertindak terburu-buru dan akhirnya tak menjadi, dan akhirnya termalu sendiri. T_________T dengan kata lain yang lebih jelas maksunya, kecewa. Insan kecewa akan melahirkan entri untuk bacaan haiwan. Saya harap, saya tidak tergolong dalam golongan penulis entri sebegitu. Astagfirullah....... Dengan entri yang secoit, tanpa rangkap perenggang, sudah mampu menjelaskan perasaan saya bukan? Ok, hanya ini sahaja yang saya nak tulis. Maklumlah, insan kecewa mampu menjadi penulis paling dramatik dan lantang dalam mengarang kerana sifat defensive yang akan terbit secara automatik dalam jiwa, sekaligus melahirkan idea-idea tak masuk akal yang kedengaran agak melankolia. Ups! saya tak mahu lebih-lebih sampai macam tu sekali. peace!! =)


Jumpa lagi
~~wassalam~~

Friday, April 8, 2011

suspenlah!

Assalamualaikum

Entri bersifat rajin. Baru dua hari menulis, terus menulis lagi. Walaupun sedang sibuk dengan kerja dan urusan peribadi, tapi masih mampu meluangkan masa, bukan kah itu adalah jiwa seorang blogger? Aceh ceh.... ntah apa-apa lah haku dok merepek di sini! Ops!

Wokeh. Alkisah, jantung ni dok ber dup dap dup dap dari petang tadi lagi.  Ternyata 250mg propranolol tak mampu menurunkan kepantasan degupan jantung ini. Adakah saya patut mengambil tambahan dos 250mg propanolol lagi untuk hari ini? (Uh, tak mahu lah, kang tak pasal-pasal bradycardia pulak haku, terus kojol kang! nauzubillah)

Aduish!!!!! dup dap toksOh kata hape lah. Berdebar-debar sungguh, tak sabar menunggu apakah yang bakal terjadi pada esok hari. Dengan kata yang berbelit putar alam pulak, harap semoga malam ini menjadi terlalu panjang supaya esok tidak datang dengan cepat.

Kedengaran agak suspen bukan? Hahaha, memang suspen sungguh-sungguh pun. TAPI, dengan kejam yang amat... saya mengambil keputusan untuk tak memberitahu apakah pencetus kesuspenan ini. Harap bersabar wahai kawan-kawan. Saya berharap berita baik akan menyusul selepas esok hari supaya bibir ni mampu tersengih sampai ke telinga. (Ya Rabb, perkenankanlah)

Sampai bertemu lagi.
^-^


Wednesday, April 6, 2011

bah di perlis

Assalamualaikum

Alhamdulillah, banjir sudah surut, pulau KJM Kangar jugak dah tak jadi pulau (sah sah ini adalah cerita lapuk, nak basi dah pun, tapi tuan blog baru ada kesedaran nak meng-up-date blog T______T) Makanya, saksikan gambar semasa banjir ya.

bahagian hadapan kolej


jangan salah sangka, ini merupakan air bah, bukan tasik di depan gunung (bangunan kecik kat belakang tu adalah kolej saya)


dari sisi kanan kolej, sebelah pondok guard


Ok, dah puas menatap gambar? Ok, sekarang sesi bercerita pulak. Dalam tempoh 5 bulan, ini merupakan kali ke dua Perlis dilanda banjir. Manakala dalam tempoh 5 tahun, ini merupakan kali ke-3 lah. Dan, secara tak bernasib baik, ini merupakan kali ke-2 saya berpengalaman menghadapi banjir di Utara. Kali pertama adalah sewaktu pertama kali bermastautin di Kolej Matrikulasi Kedah, dan kali kedua pulak adalah ketika kali pertama bermastautin di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar.... orang tua cakap air melimpah adalah petanda rezeki yang melimpah ruah.... ^-^ makanya, kedatangan saya adalah bersama rezeki yang melimpah ruah, aman makmur selalu ya negeri perlis~~ Insyaallah

Walaupun saya tidak menjadi mangsa manjir secara langsung, tetapi sedikit sebanyak tempias kesusahan itu terkena pada saya, (Aceh, macam hujan pulak) Catuan makanan! susah sungguh nak mendapatkan bekalan makanan bila habitat saya bertukar menjadi pulau. Bila jumpa nasi, umpama jumpa petroleum, beharga sungguh!  Biskut kering pun mampu menjadi juadah istimewa tau. Sebab itu lah bantuan makanan amat-amat di hargai pada waktu ini.

Ok, di kesempatan ini, saya nak mengucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan-kawan dan rakan seperjuangan yang mengambil berat mengenai keadaan di kolej saya. Terima kasih ya! Kami, warga KJM Kangar amat menghargai keprihatinan anda semua. Siap offer nak bantu2 lagi.... terharu tau!

P/S: Sebenarnya, salah satu tujuan entri ini di buat adalah untuk memberitahu bahawa KJM Kangar selamat daripada bencana alam ini, jangan risau-risau ya.. Sekian.....




Thursday, March 24, 2011

gaji pertama

Assalamualaikum

hari ni merupakan hari khamis, hahhahaha. semua orang dah tahu kan. Tapi, tahukah anda apakah yang ada disebalik khamis ini? Khamis merupakan penghujung hari bekerja bagi negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. tapi, saya kat Perlis ni masih bersisa satu hari lagi nak off day, tapi disebabkan kerja tambahan, makanya off day masih bersisa 2 hari, kalau nasib tak baik, hari ahad pun buat kerja lebih masa T_____T

(berapa banyak tapi nak pakai daaaa)

Wokeh, justeru apakah yang ada di sebalik KHAMIS wahai jijah?

KHAMIS merupakan hari saya meraih gaji pertama setelah bekerja selama 2 bulan setengah. Alhamdulillah..... dapat gaji.. yeay yeay =) Urm..... suka sungguh macam nak lompat-lompat je depan mesin ATM sewaktu melihat skrin. Lepas tu, balik rumah dengan senyuman melebar dan senang hati.

Wadus, sungguh tak sabar nak membuat buku kira-kira nih. Perkara pertama nak dibuat adalah, bayar hutang. 3 bulan tanpa pendapatan, memang seksa, memang sana sini lah kena tagih hutang, hutang mak, hutang buah hati, hutang ceti je tak lagi (aish, nauzubillah) Hah, tak lupa jugak hutang PTPTN...

Perkara kedua pulak? kedian-kedian fikir lah. Sebab dah lebih separuh duit tu digunakan untuk membayar hutang T_____T **bye tepon baru, bye skrin kamera, by mesin basuh, bye peti sejuk... bye bye** $-$

Perkara ketiga? eh, dah tak ada perkara kedua, bisa kan pulak ada perkara ketiga sih? huhuhu... bye bye je lah sebab tak nak merapu bukan-bukan pasal duit neh. karang jadi boros sebab macam-macam benda akan terlintas dalam kepala kalau saya meneruskan penulisan. Sekian, terima kaih.

Friday, March 18, 2011

kualiti hidup

Assalamualaikum

Halo halo everybuddy! apa khabar anda-anda di sana? Saya disini, agak tidak berapa nak OK lah jugak. Sebab?? Personal conflict, tak kisah lah inter ke.. intra ke, suma balun aje. Yang penting, kegembiraan jarang sekali nak datang melainkan buat-buat gembira dan melupakan sajalah apa yang terasa sebagai konflik itu. Kalau nak fikir dalam-dalam sangat, tak enjoy lah hidup ni. Bak kata orang muda belia, tak ada life! Tapi,,,,, terfikir jugak, macam manalah tak ada life tuh. Sebagaimana sibuk, banyak masalah, mahupun teruk seseorang itu, dia tetap ada kehidupan.Cuma, kualiti hidup dia tak sama macam kualiti hidup MR. BEAN. Ceria sentiasa, di mana jua berada.

Untuk mengembalikan kualiti hidup, marilah kita sama-sama membuat dan melakukan kembali hobi dahulu kala yang telah lama ditinggalkan lantaran kesempitan masa dan bebanan kerja yang tak akan pernah putus selagi jantung mampu berdegup, paru-paru mampu mengembang kecut, darah mampu mengalir di kapilari yang sempit, perut mampu mencerna, usus mampu menyahtinja serta ginjal mampu menapis cecair.(HORAY! saya berjaya membuat satu ayat yang panjang tanpa titik di tengah-tengah WOW! AMAZING)

Jom kita membaca Majalah UJANG.

Jangan tak tau, (Kalau tak tau, sila lah tau) Saya merupakan peminat tegar UJANG. Aik, bukan jijah suka Mastika ke? Mastika pun suka jugak, tapi nombor 2 selepas UJANG. Dari kecik lagi, memang majalah inilah yang saya minat secara gila-gila selain daripada Tunas Sains dan Siri Penyiasatan Hadi serta Siri Penyiasatan Salmah. (WAKAKAKAKAh, berapa banyak jenis judul buku sudah di taruk dalam perenggan neh... Tapi, I like all those books secara serius-serius okeh)

Selamat bersiaran sebanyak 400 terbitan kepada UJANG. Sebagai pembaca sejati, saya berharap majalah ini akan terus diterbitkan sehingga selama-lamanya lah. Saya suka kartun-kartun kat dalam majalah neh, semuanya kiut miut, nak-nak lagi edisi lawak junior (zaman ritu-ritu  tuh). Lawak jenaka dalam majalah Ujang memang bermakna lah, bukan bodoh-bodoh macam sesetengah majalah. Memang saya tabik lah dengan kartunis-kartunis Ujang nih, tak pernah kering idea menghiburkan pembaca. Teruskan usaha murni anda. Semoga peratusan diagnosis Kemurungan (Depression) semakin menurun seiring dengan kenaikkan jualan majalah UJANG. (HUWAH, terasa seperti sedang buat promosi pulak)

 

Sekian, promosi UJANG... gambate all to all kartunis out there... saya akan terus menyokong anda!.

Wokeh, seterusnya kita akan masuk ke acara seterusnya. Iaitu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JOM, beli buku....  (toko buku Popular, cawangan Alor Star tengah buat book fair, jangan lepaskan peluang beli buku murah-murah)

Alkisah, saya memang sangat sukakan buku. SUKA yang amat sangatlah tak tahu nak kata haper. Impian saya adalah untuk membina sebuah perpustakaan peribadi di rumah. Jika boleh, saya teringin jugak menerbitkan buku sendiri. (Mimpi, angan-angan, khayalan, TAPI.... mungkin jugak impian yang bakal terlaksana~~~ tak siapa tahu)

Ini adalah koleksi terbaru saya. Macam best.... harap2 saya dapat menghabiskan bacaan dalam masa terdekat. Semoga isi patinya dapat membantu dan dijadikan pedoman dalam hidup saya. Jom, membaca~~~~

Fail:Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.jpg

Jadi anda-anda semua, ayuh! kita tingkatkan kualiti hidup ini dengan melupakan sebentar apa-apa perkara yang menyesakkan fikiran, buat apa yang kita sukai dan gunakanlah waktu itu dengan sebaik-baiknya. Hidup bukan sekadar untuk bekerja, tinggalkan saki baki keja di dalam pejabat. Manfaatkan masa untuk diri sendiri di rumah. Insyallah.... bahagia hidup.