Thursday, December 1, 2011

konvo ilkkm

Walaupun tak ada seorang pun pelatih daripada KJM Kangar yang akan berkonvo pada tahun ini, namun saya nak jugak menunjukkan rasa bangga dan menghargai para graduan ILKKM. TAHNIAH di atas kejayaan anda.

Selepas bergraduasi ini,  janganlah dilupakan jasa, keringat dan susah payah pengajar yang telah mendidik anda semua selama 2 - 3 tahun ke belakang. Tanpa mereka, anda tidak mungkin dapat mengecapi kejayaan. Selepas bergraduasi ini, sila jalankan tugas yang bakal diamanahkan dengan penuh amanah. Bila anda telah berjaya, janganlah memandang rendah kepada para pengajar walaupun sesetengah daripada kami memang rendah orangnya...  Dan, jika anda telah menduduki kerusi tertinggi di dalam jawatan, bantulah adik2 yang bakal mengantikan tempat anda kelak. Berilah kerjasama kepada para pengajar yang telah membantu anda selama ini... Dengan kata mudah, sila jangan lupa diri... kang tetiba menjadi kerusi ke meja ke, tak pun jadi kambing... aish! jangan tau. Jadilah orang. Hah, dalam tu maksudnya. hanya orang bijak pandai je yang faham.

Seandainya majlis graduasi ini berjalan dengan lancar, tolong jangan lupakan jasa-jasa para petugas graduasi, yang sanggup mengembara jauh-jauh semata-mata nak pastikan anda, dan jugak ibu bapa anda mendapat tempat di dalam dewan perdana KSKB Ulu Kinta. Sesungguhnya sangat susah untuk memastikan dewan itu disiapkan dengan sempurna. Perjalanan selama 5 jam telah ditempuhi oleh mereka semata-mata untuk anda. Suami dan anak-anak ditinggal lama semata-mata kerana anda bakal bergraduasi.

Akhir kalam, TANHNIAh sekali lagi. Selamat maju jaya.