Monday, October 12, 2015

teknologi pendidikan

Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Dimohon untuk muat turun teknologi pendidikan di link yang tertera.


teknologi pendidikan. jantung.


Semoga bermanfaat.

Tuesday, April 14, 2015

minat orang tua =P

Assalamualaikum

Minggu yang benar-benar menguji kekuatan fizikal sedang berlansung. Sibuk kemain dari pagi sampai ke malam sampai nak luang masa dengan family pun terhad T__________T seriously, bila time kalut gini, saya teringin sangat nak buat kerja lain. Apa tu? hah, baca kat bawah ini. 

Bila umur dah banyak nih, minat mula beralih. Beralih kepada minat masa kecik-kecik dulu. Dulu suka sangat meniaga, selalu sangat bawa makanan pergi jual kat sekolah. Seronok giler bila makanan habis dijual. Bukan makanan hebat-hebat pun, cuma jual sagun dengan kerepek ubi yang ma buat. Paling best, duit untung dapat simpan dalam tabung sendiri. Terasa kepuasan di situ..

Loni, bila tua-tua neh minat datang balik.. middle age crisis kot...urmm mungkin la =P Terasa macam nak menceburkan diri secara sepenuh masa tapi sayangnya tak cukup hebat lagi nak menempuhi dunia perniagaan, Tambah-tambah lagi dengan GST yang kerajaan perkenalkan, jualan semakin perlahan. Masyarakat mula berkira-kira untuk berbelanja..terutama  dalam bidang online neh. Oh, peniaga kecil-kecil macam saya ni memang tak mampu nak sokong walaupun dengan sesipi hati ini.

Rasanya situasi pasca GST ni bukan ditempuhi oleh saya je, tapi turut melanda peniaga-peniaga lain. Harapnya lepas ni kerajaan yang memerintah akan lebih prihatin dengan isu ini. Selami rintihan rakyat marhaen neh..bukan fikirkan periuk nasi sendiri saja sehingga menjadikan jurang pendapatan rakyat sangat-sangat lebar. RM5900/isi rumah kot... 

Okeh, rileks...sekarang saya kembali kepada topik asal. Sekarang ni saya memang sedang mengintai peluang untuk memajukan lagi bisnes sedia ada...hasil usaha Azizah dan Fariz, lahirlah AzieFariz Shop yang juga dikenali sebagai AzieFariz DoorGift Store, hah...nak tahu lebih lanjut sila ke page facebook kami, okey? 

Harapnya bisnes ini boleh maju lagi bertapak-tapak ke depan..orang tua kata biar lambat, asal ada. hehehe pepatah reka sendiri. Doakan kami ya =

Saturday, February 28, 2015

2015 wishlist

Assalamualaikum

Hahaha, tengok tajuk tuh. Rasa-rasanya releven lagi ke tak neh? dah nak masuk bulan 3 baru nak umum wishlist. Yang pastinya pengharapan tahun lepas cuma tinggal harapan. Kunun nak konfiden naik kereta, boleh pergi merata-rata dengan kete, akhirnya tak kesampaian jugak lah.

Apapun, harapan tahun neih harap tercapai

  1. majukan bisnes family
  2. saving untuk ke Mekah, tak dapat pergi haji, umrah pun jadi lah dulu
  3. beli gelungsur untuk anak. 
  4. satu trip holiday yang tidak diganggu
Okeh, sikit tu sahaja lah wishlist tahun neh. Nak buat banyak-banyak karang takut tak tercapai. Perkara nombor satu dengan 2 tu boleh la nak carry foward tahun depan.. tapi kalau boleh nak mintak tolong semua doakan saya ye.. lebih-lebih lagi kalau sape2 nak pergi Mekah tu, tolonglah doakan saya dan keluarga boleh mengikut jejak langkah anda jugak. Seriously, sangat-sangat teringin nak sembayang kat depan Kaabah =)

ekh, short and sweet kan, hahaha bye!

Sunday, January 25, 2015

rose towel

assalamualaikum

Produk best seller kami, paling laris dan permintaan sangat tinggi. 

Bunga towel/ rose towel/ bunga saputangan

Dengan harga yang berpatutan dan menjimatkan, kami membekalkan bunga yang cantik kepada anda dengan harga 85sen tanpa net telur dan 95sen jika ditambah net telur.

 bunga tanpa net telur


 pembuatan bunga yang kemas dan cantik

 bunga dengan net telur


antara yang telah diposkan kepada customer kami.

Jom dapatkan dari kam.. Inshaallah, anda pasti puas hati~~

Beg No-Vowen


 Assalamualaikum

Alahai, lamanya tak up-date blog. Kali ni AzieFariz Shop telah menambah koleksi gift bag.

Beg No-Vowen


Beg ni sesuai untuk isi cenderahati kepada tetamu, jenis ala-ala kain dan kuat serta kukuh. Harga amat kena dengan bajet anda ya.. cuma 15 sen/pc. Dijual dalam bugkusan 10pcs/pek.
Saiz: 20cm X 25 cm (seperti kertas A4, cuma pendek 5 je dari A4)


pilihan warna yang ditawarkan




Boleh lawati page facebook kami di: Aziefariz Doorgift Store