Saturday, February 28, 2015

2015 wishlist

Assalamualaikum

Hahaha, tengok tajuk tuh. Rasa-rasanya releven lagi ke tak neh? dah nak masuk bulan 3 baru nak umum wishlist. Yang pastinya pengharapan tahun lepas cuma tinggal harapan. Kunun nak konfiden naik kereta, boleh pergi merata-rata dengan kete, akhirnya tak kesampaian jugak lah.

Apapun, harapan tahun neih harap tercapai

  1. majukan bisnes family
  2. saving untuk ke Mekah, tak dapat pergi haji, umrah pun jadi lah dulu
  3. beli gelungsur untuk anak. 
  4. satu trip holiday yang tidak diganggu
Okeh, sikit tu sahaja lah wishlist tahun neh. Nak buat banyak-banyak karang takut tak tercapai. Perkara nombor satu dengan 2 tu boleh la nak carry foward tahun depan.. tapi kalau boleh nak mintak tolong semua doakan saya ye.. lebih-lebih lagi kalau sape2 nak pergi Mekah tu, tolonglah doakan saya dan keluarga boleh mengikut jejak langkah anda jugak. Seriously, sangat-sangat teringin nak sembayang kat depan Kaabah =)

ekh, short and sweet kan, hahaha bye!