Friday, March 29, 2013

kerja saya

Assalamualaikum

Seronok tak kerja?

Kalau soalan tu diajukan kepada saya pada waktu dulu-dulu, saya akan jawab TAK! kenapa? Sebab masih belum terbuka hati untuk menghargai apa yang saya ada. Sekarang? Saya akan jawab ALHAMDULILLAH...sangat sangat seronok. Dengan kerja inilah saya memperoleh rezeki yang halal, dengan kerja inilah saya membina sebuah keluarga, dengan kerja inilah saya mempunyai ramai kawan dan keluarga yang besar.

Kenapa baru kesedaran itu timbul? Jawapnya adalah selepas mendengar ceramah daripada Ustaz Nursyamsul Abd Roni, imam masjid negara... datang memberi ceramah mengenai kepentingan amal jariah. Sungguh-sungguh meresap kalbu.

Suatu masa dahulu,balik rumah asyik merungut-rungut je kerja tak best..banyak nak kena buat, banyak nak kena kawal, banyak nak kena macam-macam.. hakikatnya, ada ke kerja yang mudah? duduk-duduk saja duit masuk? MLM boleh la cakap gitu, tapi...meh sini kepala nak sekeh sket! kacau orang tengah-tengah malam, bagi harapan untuk bermewah-mewah..ado ka patut. saya memang langsung tak minat bussiness MLM..so jangan nak promote2 ya.. belum jumpa lagi fatwa yang menghalalkan benda tu..kalau jumpa sila share, TQ.

Sebelum ni saya tak pernah terbayang macam mana kalau tiba-tiba Allah tarik balik rezeki yang telah diberikan dalam keadan ekonomi yang masih belum kukuh neh. Kalau Dia berkehendak, bila-bila masa Dia boleh buat...Tapi..Dia masih lagi menyayangi saya. Jadi...sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang...bukannya melihat kepada apa yang kita tiada tapi orang lain ada. Bak kata pepatah melayu...jangan sampai jadi yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat.

Meh nak perkenal keluarga besar saya di KJMKPerlis..

Banyak bunga daripada kumbang...dah nama pun Kolej Jururawat kan...haruslah perempuan yang ramai. kan kan kan.. ehehehehe

Okeh, ni pula menara KLCC di kolej..ada cross bridge siap kat tengah..
Sekian~~