Wednesday, June 2, 2010

kek cawan bertaut hati


Assalamualaikum 

Adakah anda perasan? ok, bukan mengatakan anda mamat atau minah perasan tapi menanya adakah anda sedar sesuatu? sesuatu berkaitan dengan saya. Saya telah berblog dengan kerap sekarang nih =P huhu... itu menandakan saya sedang free, atau dengan bahasa ibunda juga disebut kelapangan. hoho... Alhamdulillah..kelapangan adalah anugerah Allah yang sangat didamba oleh saya pada waktu dahulu..time tengah sibuk2 dengan program yang bertimbun-timbun dan exam yang banyak. uhuk uhuk. Saya percaya, anda juga sedang lapang.. kalu tak, tak ada makna nak menyinggah kat sini kan kan kan???  Makanya, jom lah kita bertahmid syukur kepadaNYA kerana telah melapangkan kita.. Alhamdulillah.

Alkisah petang tadi, jiwa  yang sedang kekacauan telah terhibur. Alhamdulillah, syukur sekali lagi. Sungguh terhibur, bukan tipu2.. Terhibur dan terharu, Ok, dua-dua rasa tu sedang bercampur baur,, menjadikan satu aroma kebahagian. aceh.. ayat tak menahan tuh =P Sepanjang 4 tahun bergelar pelajar kejururawatan, saya rasa diri saya sangat dihargai(selama ni pun dah terasa, tapi tak nampak sangat sebab mata tertutup). 

tada......cup cake pemberian Adel, pesakit PPUKM

Sesungguhnya saya benar-benar terharu apabila Adel memberikan kek cawan ni kepada saya. Dia cakap saya banyak menceriakan orang di sekeliling. Saya sendiri tak sedar apa yang saya lakukan sebenarnya membuatkan orang suka. Terharu, tersentuh, terkedu. Saya tak sangka Adel masih mengingati saya walaupun sudah lebih 6 bulan kami tak bersua. Adoi.. macam mana saya tat terharu wahai anda sekalian. Dia cuma ada satu cup cake, tapi dia bagi saya. Saya mahu menolak, tapi dia berdegil untuk bagi... Bak kata orang tua, rezeki jangan ditolak.. Kalau mahu tolak.. tolak-tolak kucing sudah la. awal tolak akhir ambik.. heheh.. bahasa sedap dia mahu tapi malu. huk huk. Ok2, apa yang pasti, saya ambil kek tu dan berterima kasih kepada Adel. Mahu menangis berteriak keterharuan tapi malu. 

Terima kasih kerana mengingati saya dan terima kasih kerana menghargai saya. Ops, mentang-mentang saya bercerita pasal penghargaan dan hadiah ni,, harap2 anda semua janganlah salah anggap pulak ya. Saya tak pernah mengharapkan puji-pujian atau hadiah2 apabila berbuat baik. Cukuplah sebuah penghargaan dengan menerima salam apabila berjumpa. Dengan kata lain,, kemesraan yang berpanjangan. Bukan ke ukhwah itu indah andai kita berjumpa sua untuk memanjangkan silaturrahim =D

Biarkan ukhwah bertaut
Salam kasih sayang
=D
Biarkan keyboard berbicara

No comments: