Friday, June 11, 2010

Perlis part 2; Padang Besar

Assalamualaikum


wokey wokeh.. bersambung lagi mengenai cerita di Perlis. Alkisahnya, selepas bersakit-sakit lutut meneroka Gua Kelam, rombongan jelajah kami bergerak pula ke satu tempat kesukaan ibu-ibu serata dunia, Padang Besar. Memang syurga membeli belah barang-barang siam la. Murah-murah sungguh barang dia, tapi...barangan tersebut mungkin akan jadi lebih murah lagi jika waktu itu bukanlah waktu cuti sekolah, bukan waktu orang ramai menyerbu kedai-kedainya. 

Apa yang saya perhatikan, kawasan ni tak ada kurang lebih pun dengan kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Barang-barang yang dijual adalah sama, peniaga-peniaga kat sana juga adalah sama iaitu mokcik pokcik, adek kakok alek siam yang bercakap loghat Kelantan. Makanya, saya rasa seperti sedang berada di Kelantan walaupun pada hakikatnya kaki sedang menapak di bumi Perlis. Windu kat Kelantan kah?? huhuk

4 motor di snap, 4 jugak plat siam. ramai sungguh siam disini

Puas kami berjalan-jalan membanding harga di pasar-pasar sekitar Padang Besar.. berjalan je kerjanya  sampai nak tercabut skru lutut nih. Kalau tak longgar sendi lutut, bukan perempuan bershopping namanya kan kan kan. Namun seperti biasalah, perempuan... walau tercabut sendi lutut, walau habis semua kedai ditawaf, tak ada jugak barang yang dibeli. huk huk. well, sekali lagi diulang, perempuan. Hanya lelaki yang dikurniakan kesabaran yang tinggi sahaja mampu mengikut perempuan itu.



Setelah penat bertawaf pasar di Padang Besar, makanya kami berempat bersepakat mengatakan barang-barang yang dijual di tepi jalan (kat dalam padang besar tu jugak) lebih memberikan penjimatan berbanding dengan barang yang dijual di dalam bangunan. Makanya, kami membeli barang kat tepi jalan sahaja. Bukankah berjimat cermat amalan mulia.. Anda setuju?

Bershopping disini memang memenatkan. Makanya kami harus mengisi perut dengan makanan yang enak-enak. Salah satu tip untuk memilih makanan enak adalah dengan pergi ke gerai yang paling ramai orang. Makanya, kami pun berbuatlah demikian. Siapa sangka... taktik itu sebenarnya menjerat kami. huk huk.. sungguh terrible horrible menu lunch kami pada tengah hari yang redup berenyai-renyai itu. Dah la kakak tu macam nak tak nak je mengambil order kami.. dapat makanan pulak cam haper je rasaya. Paling mengecewakan, bila somtam kesukaanku menjadi sangat manis. wadus... ini menimbulkan kemarahan. Nasib baik jiwa tenang.. tak adalah nak membebel sangat. Ok, jangan mengutuk lebih-lebih. Tak baik... Rasulullah tak pernah mengutuk makanan tau. Kalau sedap dia makan, kalau tak.. dia tinggalkan. Makanya meh la kita ikut sunnah ini. Jom anda semua... 

Selesai makan (walaupun tak sedap, licin jugak semua makanan tu, kecuali somtam ya. sangat kuciwa)........ sekarang tibalah masanya untuk mengundur diri kerana kisah untuk episod kali ini telah tamat. Semoga berjumpa lagi wahai anda semua. 

Biarkan Keyboard Berbicara
=D


No comments: