Monday, June 14, 2010

mata memandang

Assalamualaikum


Mimpi ngeri itu datang lagi, buat kali kedua. Adoi.. sumpah terasa macam betul-betul jadi. Apahal la asyik mimpi tu je. Kalau mimpi  dapat sebijik Toyota Rush ke, mimpi dapat istana sebijik ke, mimpi jumpa kedai somtam yang sedap ke, tak pun mimpi jumpa buah hati ke.. seronoklah jugak perasaan untuk pergi tidur tiap-tiap malam. Bukan kah menarik mimpi itu semua kan kan kan?

Alkisah yang sebenar-benarnya saya telah bermimpi mengenai sesuatu yang sangat disayangi dan perlukan. Ia telah menemui kehancuran (dalam mimpi sahaj, bukan di realiti ya =D). Naik seram pulak bila diingat-ingat balik. Tok say, Tak Nak, Tak Mo Nauzubillah... Janganlah mimpi itu menjadi kenyataan. Tapi.. mimpi apakah itu? 

Hah, ini la yang saya nak cerita. Ianya mengenai spek mata saya. Dalam mimpi pertama, saya memimpikan ia telah tercalar dengan dahsyatnya sampaikan tak ada sedikit ruang pun untuk mata saya melihat dengan jelas.  Adoi... nak kena tukar cermin bukan singgit dua yang perlu dibagi kat tokey kedai tuh, mahu jugak lah seratus lebih terbang melayang ke dalam poket dia. Adoi...

Ok2,itu baru mimpi pertama. Mimpi kedua pulak lagi mendahsyatkan sejuta kali dari mimpi pertama. Spek saya hancur lebur.. Macam kena gilis dengan jentera penuai padi.. Patah riuk remuk resah seperti tulang ayam yang dicincang sepuluh. huhuk. Tengok, sampai dua perumpamaan yang saya boleh berikan, serius sungguh kecederaan yang ia alami T.T

Masa tu, saya dah tak boleh nak cakap apa. Berdiam durja sebab spek yang banyak membantu saya melihat keindahan ciptaan Allah telah pun musnah. Apa yang terbayang, terbanglah duit aku beratus-ratus ringgit nih. Huk huk huk. Sungguh mengemosikan sehingakan bila terjaga dari tidur, perkara pertama yang saya buat selepas beristighfar (jadikan amalan ok.. mimpi yang tak elok adalah permainan syaitan untuk menyesatkan umat manusia) adalah mencari dimana spek itu. 

Alhamdulillah... bila terlihat sahaja spek tu elok comel kat atas buku medical surgical, hati menjadi tenang kembali. Suka lar.. sebab duit tak terbang untuk membeli spek. huk huk. Bolehlah saya menghabiskan duit itu untuk mengalas perut di waktu yang tengah sesak ni. Almaklumlah, biasiswa dah tak jalan sebab saya dah tamat belajar. Kini... hidupku cumalah menhgarapkan simpati orang tua... saya yang kasihan bukan? heheh.. meraih simpati anda sekalian =P

Mengapa saya fobia sangat pasal spek ni?... baca kat sini ya. Sesungguhnya saya tak ada tuah dengan spek ni. Harap-harap spek baru ni akan menjadi spek yang paling lama bertahan dengan saya. Harap jugak kekuasaan spek ni tak akan naik. Kalau turun tak apa. Kalau hilang rabun  lagi syukur.. Jom, makan lobak merah banyak-banyak (tetiba pulak).. 

Biarkan mimpi menjadi mimpi
=P

No comments: