Wednesday, June 16, 2010

3 meter sahaja

Assalamualaikum


LARI LARI.. Run for your life. 

Berlari-lari mampu menguatkan otot jantung dan menyihatkan badan. Badan sihat, otak cerdas. Namun, jangan nak perasan untuk merasa sihat kalau setakat berlari dalam wad ketika mengelakkan sinaran radiasi daripada portable X-ray. Tapi, kalau tak menjadi sihat, tak bermakna otak tak cerdas kan kan kan..KEJAP KEJAP.. untuk menjadikan blog ini sebagai blog yang bercirikan sumber ilmu pengetahuan, makanya marilah saya bercerita serba sedikit portable X-ray nih. 

Portable X-ray

Hah,ambik dia..siap bagi tulisan bold lagi. Nampak la sikit tanda-tanda serius nak berkongsi pengetahuan bukan? ehehe =D Portable X-ray juga dikenali sebagai X-tray bergerak sana sini (bukan nama sebenar, tapi digunakan untuk memudahkan kefahaman). Ia dikendalikan oleh unit radiologi bertujuan untuk memudahkan pemeriksaan berkaitan organ dalaman seperti melihat paru-paru yang sedang dijangkiti bakteria, tulang temulang yang patah, memastikan kedudukan instrumen yang dimasukkan ke dalam badan berada pada tempat yang sesuai (seperti kedudukan endotracheal tube) dan sebagainya (HAHA... sungguh tak boleh diterima perkaaan ini)

Apabila dinamakan sinaran X-ray, makanya ia tentulah memiliki radiasi terdiri daripada radikal bebas (free radical) yang mampu mengubahkan sel dalam badan kita dan seterusnya menyebabkan kanser. ish.. bahaya bahaya.. Makanya, janganlah suka-suka sangat pergi buat pemeriksaan X-ray kalau tak ada sebab yang benar-benar memerlukan.

Ok, ini pula adalah fakta untuk anda semua makluk manusia ciptaan Allah.. Pendedahan kepada sinaran X-ray boleh menyebabkan kemandulan. Mengapa? Kerana sinaran itu menganggu sistem reproduktif lah tentunya. HOHO.. maklumat tidak lengkap. Ok2, sebenarnya peluang untuk mandul tu tak tinggi pun, melainkanlah kalau menerima kadar sinaran yang tinggi dan sinaran itu memang target pada testes ataupun ovari atau kawasan yang berdekatan. Makanya, jangan risau2 sangat..


Ok2, everubody.. my educational entry need to be stop here for some reason.. for further information, please google by yourself ok =P HEHE.. (penulis blog ini sangat kejam)


1..2.. 3.. SHOOT!

Makanya.. berlari-larilah para misi, para doktor, attandent, dan jugak seantero wad kecuali radiograher dan pesakit. (melampau la kalau dowang pun lari sama kan)   Lagi jauh lagi selamat. Kalau boleh nak lari sampai Afrika Selatan.  bolehlah kita menyaksikan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia secara depan-depan mata.. Bak kata uncle Karam Sigh Walia sambil menyelam minum air.. tapi anda tidak, sambil lari, sambil berhibur eheh =P

Ok, ini ialah satu lagi fakta. Hanya jarak sejauh 3 meter sahaja diperlukan untuk mengelakkan sinaran X-Ray. Ingat fakta itu wahai anda sekalian.. Saya sendiri baru sahaja mendapat tahu hal ini selepas dibagitahu oleh bakal radiograher Cik As daripada IIUM. hukhuk... T.T (terima kasih ye AS dan NAJWA)

Hadoi.. buang tebiat je la selama ni dok merisau-risau bila tak sempat nak lari ke belakang dinding bila time orang nak shoot x-ray. Pastu siap gosok-gosok perut mintak maaf kat ovari sebab tak sempat nak selamatkan dia daripada risiko kemandulan. Hadoi sekali lagi sambil tepuk dahi AYYO YOO!!.

Makanya, kepada anda semua.. Janganlah merasa kesusahan lagi bila tiba masa orang nak buat x-ray kat dalam wad. Tak perlulah meninggalkan pesakit  demi untuk lari menyelamatkan ovari daripada dimandulkan =P. Buatlah kerja seperti biasa ya, cuma pastikan jarak 3 meter tau. 

biarkan pengetahuan dikongsi bersama
=D

No comments: