Saturday, June 12, 2010

Perlis part 3; Burung unta

Assalamualaikum


Halo halo anda sekalian. Sekarang saya akan menyambung lagi kisah di negeri Perlis darul Sunnah. Ini adalah kisah terakhir di negeri terkecil di Malaysia. Wokey, daripada Padang Besar kami telah menyinggah di _____ (tak tau apa nama tempatnya.. sekejap ya, sedang menanya buah hati di kejauhan sana) T.T

Kat tempat tu ada dua jenis binatang iaitu burung unta dan kuda padi. Untuk pengetahuan anda sekalian, tiada bayaran masuk dikenakan untuk kesini. Tempatnya pun tak ada lah besar sangat.. Dan tak la bombastik cantiknya.. biasa-biasa sahaja. Boleh la melawat untuk mengisi masa atau sekadar menyinggah.. jangan jadi main agenda sudah.

muka takut-takut kat sebelah ostrich. takut kena patuk lor! huk huk

Tengok.. betapa takutnya nak datang dekat dengan burung yang tak boleh terbang tu.Bukan apa, badan dia sikit punya besar wa cakap lu. Kalau dia tegakkan kepala, memang tinggi habis la. Boleh je dia nak capai kepala kami dan mematuk saya yang comel ni. Takot woooo... sekali kena patuk,sakit la jugak. aceh, macam pernah kena patuk je kan. Tapi, tak salah menyuarakan kebimbangan kan.

Tengak syok mengacau-kacau burung unta tuh, datanglah  seorang budak perempuan yang berumur lebih kurang 4-5 tahun.. nama budak tu adik.. punya lah berani budak ni g sua rumput kat mulut burung unta tuh. naik malu pulak kami yang bertitle mak cik ni. eh... bukan kah kanak2 adalah berani? makanya, tak jadi la nak malu =P i like this child.. dia puji beg kakak cantik =P

mula-mula adik tu tengok2 je (dia dah mengekor je kemana kami pergi), lepas di acah oleh burung tersebut,, laju je dia lari. uhuk

Ada satu fakta yang anda perlu tahu mengenai burung ini. Dia makan rumput. sungguh tak sangka kan.. Mula-mula tu saya tak berapa nak percaya, tapi bila tengok dia makan,,,, terpaksa lah jugak percaya (but i'm still in denial stage). Ingatkan spesis ayam ni makan serangga dan nasi lebih je.. rupanya berselera jugak dia makan kangkung kat tepi sangkar tuh. Padan la badan besar, makan sayur rupanya. 

Ok, ini lagi satu fakta. Kalau anda melihat bontot burung itu sedang membengkak dan bewarna merah, jangan sesekali pergi dekat-dekat dan cuba telek2 pulak. Kalau degil jugak, anda akan memperoleh habuannya =P Burung itu bukan mahu bertelur, mahupun sedang datang bulan (ini spesis unggas, bukan mamalia ok).. tapi kan.. dia nak berak. huk huk huk. Ini adalah peristiwa benar yang saya alami. bukan main khusyuk la tengok kan..ingatkan keluar telur ke hapa.. sekali dia melepaskan empangan pergau, Adoi... tak senonoh punya burung, berak depan orang. Nasib baik tak tepercik kena baju.. Fine, jangan salahkan dia. kalau ada jamban, mesti dia dah mencari jamban awal-awal lagi.


Wokey anda sekalian.. tamatlah sudah berjalan-jalan di Perlis. Sehari di Perlis.. perjalanan relaksasi minda yang menseronokkan, yang membuka mata hati untuk melihat kebesaran Allah di tempat yang kecik. Subhanallah. Kecik-kecik cili padi (orang cakap) saya cakap kecik-kecik comel. ehehe

Eh... saya sebelum menutup entri ni, saya harus memberi tahu apakah nama tempat itu.Mengikut pengamatan buah hati saya, tempat itu adalah... Berseri kot, ke felda mata air.Padang Besar kot. hah.. anda semua pilih la.. kalau orang Perlis pun tak tahu nama tempatnya, inikan pula saya orang Kelantan nih..

Wokey.. tamat sudah
Jauh perjalanan Luas permandangan
Banyak pengetahuan Bertambah Iman
Sekian

No comments: