Assalamualaikum
Halo semua orang. Semoga anda semua sihat-sihat dan comel-comel sokmo ya. Alkisah sekarang ni saya sedang berada di dalam rumah sambil menghidu haruman pengat durian.. yummy yummy. ma uh ma,, bilakah pulut itu mahu masak? saya tak sabar nak nak makan pulut bersama pengat nih.. alamak.... mak saya baru mentanak pulut rupanya. menguji kesabaran sungguh.
Ok2, sambil menunggu pulut masak, saya mengarang cerita manakala anda pula mahu buat apa ya?? hah, apa lagi, baca je la apa yang saya karang. heheheh =P
Tahukah anda saya telah selamat menjelajahi Negeri Perlis Darul Sunnah dalam masa satu hari sahaja. Bagaikan tidak percaya, sekecil itukah negari Perlis? Sungguhpun kecil tapi seronok. Andai saja diberi lebih masa dan juga wang, semestinya semua wang di Perlis akan saya masuk.. Wang burma, Wang Ulu, Wang Ringgit.. uhuk.. Rupa-rupanya wang membawa maksud lembah. pengetahuan baru ok!
Perjalanan selama lebih kurang 8 jam daripada KL ke Kangar memang berbaloi.. Ok, untuk pengetahuan anda sekalian, itu adalah pengalaman pertama saya bergerak daripada Barat ke Utara, perasan? biasa je.. macam naik bas yang lain.. aceh, cam tak ada benda lain nak bercerita pulak kan. Saya ke Perlis dengan menaiki bas paling selamat di Malaysia, Sani express. Kerusi dia sangat best, besar dan mengikut kontur badan. selesa untuk tidur walaupun ruang kaki dia agak sempit sedikit. Kelebihan bas ini adalah, bas dipandu dengan kelajuan yang tak pernah melebihi 90km/jam, dilengkapi dengan sistem GPS dan driver yang sangat informatif. Setiap kali berhenti, mesti akan diumumkan anda boleh ke tandas sekarang, ye..baik! terima kasih pak cik..tapi saya tak mahu turun =P.
Lebih kurang pukul 7.20 pagi, saya dan Syikin selamat sampai di stesen bas Kangar. Nasib baik ada orang yang dah sedia menunggu kami.. tak adalah terasa macam makhluk asing kat planet Pluto. Terima kasih banyak2 kat orang tersebut sebab jadi driver yang sungguh baik. Lain kali kita jalan-jalan lagi ya =D
Seterusnya, dari Kangar, kami bergerak pulak ke Kampung Wai. Pagi-pagi lagi kami sudah mengejutkan salah seorang penghuninya, Cik Nazurah. Mandi-manda kat rumah dia sekejap sebelum memulakan misi meneroka Perlis yang sungguhpun kecil tetapi cumel. Amboi... Kelantanku jangan ambik hati ok, kamu tetapi no 1 di hatiku.
Seterusnya, dari Kangar, kami bergerak pulak ke Kampung Wai. Pagi-pagi lagi kami sudah mengejutkan salah seorang penghuninya, Cik Nazurah. Mandi-manda kat rumah dia sekejap sebelum memulakan misi meneroka Perlis yang sungguhpun kecil tetapi cumel. Amboi... Kelantanku jangan ambik hati ok, kamu tetapi no 1 di hatiku.
Destinasi pertama pagi itu adalah... stesen bas Kangar. Selamat tinggal Perlis. Eh... baru sampai pagi tadi, tak kan mahu pulang. Ternyata, saya menipu. heheh. Saya dan Syikin mahu membeli tiket untuk balik keesokkan harinya. Cukuplah sehari sahaja di Perlis. Bukankah Perlis itu kecil? ehehe
Selepas selamat membeli tiket dan makan pagi, kami bergerak ke Gua Kelam yang tak berapa kelam, sebab dia dah ada banyak lampu, terang tapi tak benderang.. ala-ala romantik gitu =P Sesungguhnya telah lama saya teringin ke gua itu, hah, ini semua gara-gara menonton rancangan dokumentari RTM1 masa zaman budak-budak ritu la.
batu tanda satu. klasik sungguh bukan?
hamboi.. berdua-duaan di batu tanda kedua. nak kena mereka ni kan =P
ok.. bertiga-tigaan pulak di papan tanda ke tiga.
Gua ni sangat cantik, bau dia tak teruk macam gua kat tempat lain sebab tak ada kelawar yang menjadikan tempat tu sebagai jamban dorang. Jugak, gua ini dilengkapi dengan jejambat di sepanjang-panjang jalan. Sungguh tak mencabar, tapi menyeronokkan. Manakala pengudaraan semulajadi gua ini pula sangat bagus, Sejuk dan berangin-angin seperti diletakkan kipas. Kalau main layang-layang pun boleh naik woo.. tapi,,, sure dia tak akan naik sebab dinding gua tak ada la tinggi melangit.
Benda-benda dalam gua tu kan.. Subhanallah, sangat cantil. Marvelous. Rupa bentuk semula jadi yang sangat tak dijangka indah yang amat. Jap.. benda-benda itu adalah merujuk kepada starlaktik dan starlakmit (kalau salah sila betulkan)
Bila keluar dari gua, saya berasa agak terkilan.. yelah dah bayar seringgit untuk masuk tau tapi tak jumpa apa yang saya bayangkan... Saya dah terbayang berjumpa dengan katak, labah-labah, kelawar serta penghuni gua yang lain. Excited untuk meneroka alam semulajadi yang indah dan memerhati keindahan alam. Namun, hampa sungguh, hanya seekor rama-rama sahaja yang dapat dilihat di pintu keluar gua. Tak ada mood nak tangkap gambar sebab rama-rama ada di mana sahaja. sedih lor. Tapi, kat luar gua tersebut, saya jumpe ulat bulu yang besar,gebu dan menjadi senyap dengan tiba-tiba bila disergah. sungguh comel, ehh.. silap,, menggelikan. terus datang mood nak tangkap gambar.
nampak comel tapi awas. sekali pegang berkali-kali menggaru
Keluar daripada gua, kami berniat untuk melakukan aktiviti thrill, mendaki bukit menuju ke pintu masuk gua. Namun, disebabkan hujan yang membasahkan jalan batu di lereng bukit, kami membatalkan hasrat itu. Licin la ci senah oi...tak dapat saya nak mencabar diri dengan memberi makan pacat-pacat kat dalam hutan. aceh,,, macam berani sangat bunyinya padahal nampak pacat depan mata, terus bukak seribu tapak.
Namun,, ada jugak aksi thrill lagi ngeri yang berjaya kami lakukan.Memanjat tangga stainless steel yang sangat tinggi. sumpah! menggayatkan. Terasa cuak nak naik sampai atas sana. Nasib baik buah hatiku berada di depan... bermotivasi la jugak nak naik kan, Ok, gedik.. makanya lebih baik ditamatkan disini sahaja supa tak melebih-lebih kegedikkan itu.
Ok... cerita Gua Kelam telah tamat. Pulut juga telah lama masak dan telah habis saya makan sepanjang menulis entri ini =P sedap sungguh. Nak g tambah pulut jap ye.. bersambung lain kali.
=D
saya dan masukkan gambar
No comments:
Post a Comment