Friday, June 4, 2010

Jumaat

Assalamualaikum


Hari ini adalah hari jumaat. Hari-hari lain bukan hari jumaat tapi khamis, rabu dan sebagainya =P Ada apa dengan jumaat?  ok... semestinya jumaat adalah penghulu segala hari. Seharusnya pada hari ini, saya duduk diam-diam kat rumah, baca surah Al kahfi sampai habis, bukannya keluar meninjau jendela pasar raya di Jalan TAR  T.T

Besar ganjaran membaca Al Kahfi di Jumaat yang mulia ni.. sape-sape yang baca surah ni akan terhindar daripada apa-apa fitnah selama lapan hari, termasuklah fitnah daripada dajjal (jika dia muncul). Tawaran hebat bukan?? Ok2.. itu kalau kita baca surah Al Kahfi.. kalau tak buat apa-apa pun dapat keberkatan jugak tau. Seandainya ditakdirkan malaikat maut datang menjemput pada hari itu, makanya..... terlepaslah si mati daripada seksa kubur.. whoaaa.. ini lagi dahsyat kan. Tawaran hebat sungguh. Fikir-fikir kan..

Wokeh, alkisah sebenar-benar nak bercerita pasal jumaat yang memenatkan, tapi menggumbirakan bersama mak cik saya. Kami keluar sepanjang hari ini untuk bershopping kain pasang untuk dijadikan baju raya, tak lupa jugak membeli sandle baru bagi menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan dan sebotol minyak kapak bagi mengubati kepeningan selepas mengalami hypoglysemic (kekurangan gula dalam darah) dan hypomoney (kekurangan duit dalam poket). 

Sepanjang hari tu, kami telah selamat keluar masuk kedai kain sehinggalah akhirnya tersinggah di Nagoya textile. Banyak sungguh pilihan yang boleh dibuat....murah-murah pulak tu. Kelabu biji mata kami dibuatnya. Nasib baik juga la makcik saya dah menetapkan kaler yang dia nak. So, kelabu bertukar menjadi pink blink blink. Sekarang ni, saya tak sabar nak tengok kain itu siap dijahit menjadi jubah... My makcik,, see u this raya with the jubah ya!! 

Ok2.. cite pasal kain dah habis. Tiba masa kami ke bahagian penjagaan kulit wajah pulak. Adoih... mendalam sungguh bisa masuk ke hati dengan kata-kata cik promoter yang tak pandai nak bekerja dengan bagus nih. Suka-suka dia mengutuk muka saya nih. Yela2.. saya tahu la jerawat sungguh bermaharajalela sekarang nih. Tapi, jerawat tu tak bermakna saya tak jaga muka, tak bermakna saya tak basuh dengan air sembahyang 5 kali sehari.. emo sungguh saya nih. huk huk.. sorry cik-cik promoter. Saya agak emotional sekarang ni..

Astagfirullah.. Nape la saya marah-marah ni kan. Tak ada manfaat sedikit pun kepada nusa bangsa dan juga agama. Kalau marah saya ni boleh menghancurkan Israel laknatullah saya rela marah untuk seumur hidup. Sayangnya,, tak sesekali itu terjadi. huk huk huk. Makanya... saya nak melembutkan hati nih.. jom, meh ramai-ramai kita meredakan kemarahan saya =P Anda pasti boleh.. Ok, saya ajarkan ye,, anda ikut tau. Panjatkan doa kepada Allah supaya hati saya manjadi tenang dan damaikanlah jiwa yang sedang gelisah. 

Jangan marah-marah ya. Senyum selalu.. 
=S

1 comment:

Siti Fatimah said...

saba2..besa la tuh de nak promote bg brg de laku..hehe..selamat flight ke perlis =)