Saturday, June 26, 2010

Rabu Haru-Biru


Assalamualaikum, selawat serta salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhamad S.A.W

Disebabkan RABU telah lepas, makanya saya teringin sangat untuk melakar sejarah didalam blog nih. Nak buat hatrik post.. APA? ingat bola je ke ada hatrik? jangan memain, blog pun ada tau. HAHAHA penangan piala dunia lah ni. Go Brazil GOLLL!! 

Rabu yang saya harapkan berjalan dengan cumel rupanya menjadi tak berapa nak cumel. Awal-awal pagi lagi sudah haru-biru. Apakah yang terjadi pada hari Rabu?? Ok2, sebenarnya Laman Midah tercinta (yang bakal ditinggalkan sedikit masa lagi) telah mengalami krisis air tatkala azan Subuh masih belum kedengaran. Hasilnya, apabila kedengaran suara azan bergema di atmosfera Kuala Lumpur, sebotol air mineral 500ml terpaksa dikorbankan untuk berwuduk.. solat mesti diutamakan ok.

Selepas bersolat, saya memberi tempoh sehingga 6.30pg kepada SYABAS. Kalau tak mahu bagi air jugak, saya nak blah ni. Nak membawa diri ke HUKM. Selamat tingggal bilik airku.. semoga kita jumpa lagi. BUBYE T.T

Buat pertama kalinya dalam sejarah (aceh ceh... asyik buat sejarah je ni).. saya telah berjalan kaki dengan berkain batik menuju ke HUKM pada jam 6.30 pagi (kalau pukul 2 petang, sumpah saya tak akan sesekali berani nak buat..malu kat orang la cik senah oit..) . Maklumlah, waktu tu sangat emergency, jalan pun laju-laju.. sampai tak sempat nak berlenggang kangkung macam dalam cerita-cerita klasik Melayu. (Emergency untuk madi pagi, xmahu bucuk2 masuk dewan exam buat kali terakhir ketika berstatus pelajar) ~~tiada gambar dirakam sebab tak sanggup nak snap~~ i kan pemalu~~ =P

Exam uh Exam.. Kalau bukan sebab nak exam menduduki peperiksaan  lembaga jururawat malaysia, saya tak akan bersusah payah berkain batik sambil angkut beg berisi tuala mandi, uniform, kasut hitam, toner, krim muka, bedak, lipbalm dan roti untuk sarapan pagi. (punyalah susah payah begini... kalau tak dapat jadi nurse jugak tak tahu nak kata apa lah... kita hanya merancang.. Allah menetukan segalanya)

Ok2.. saya mahu menSTOPkan pasal susah payah di pagi hari. Nak bercerita suasana di dewan exam pulak. Yang ni pun satu hal jugak.. exam yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan pada jam 9.10 pagi. Banyak sungguh prosedur dia.. 

Mula-mula nama dipangil dan sowang demi sowang kena masuk dewan ikut senarai nombor firasat (rupanya membawa maksud nombor calon), selepas itu tubuh badan sowang demi sowang jugak kena periksa. Selepas diperiksa, students kena bergerak ke kaunter seterusnya untuk tandatangan pengesahan masuk dewan sambil menunjukkan slip masuk yang bewarna biru dan ic. (jugak sowang demi sowang). Hanya selepas itu barulah students boleh mengambil tempat duduk. Hadoi... time consuming! (aka wasting time)

Kalau setakat 20-30 students, ok lah kalau nak buat begitu kan..cubalah kalau jumlah student tu seramai 100 orang.. boleh sesak nafas nak menunggu turn nih. (Tak payah cakap 100, 70 pun dah tak mampu nak tunggu =(). Agak-agaknya kan, kenape sistem dibuat sebegitu?? adakah students sekarang terlalu tak boleh dipercayai?? Adoih... payah jugak kalau terlalu tak mempercayai orang ni.. parah parah.

Tapi kan... saya suka sesuatu mengenai exam nih. Borang OMR bewarna purple lembut. Bukan merah atau biru macam yang biasa kita jumpa.. Cukup mendamaikan minda dan menimbulkan mood baik untuk menjawab exam.. HAHA, cam tak ada kaitan pulak. Tapi kan... cumanya..... ruang untuk menghitamkan tu bulat2 besar macam kuih donat, bukan leper-leper kecik macam cekodok tersilap bancuh. PENAT nak penuhkan ruang.. jugak membazir masa sebab beberapa saat diperlukan untuk memenuhkan bulatan itu. Sungguh berkira dengan masa sebab 100 soalan perlu dijawab dalam tempoh  2 jam 1/2 tau... 

Bila habis exam pulak, students kena tunggu lagi. Ok, kalau takat tunggu 10mint untuk membuktikan kertas tu kena seal, saya masih boleh bertahan. Tapi kalau dekat setengah jam, apa kes?? hadoi.. prosedurnya sungguh la banyak. Kertas jawapan tu kena cop dengan cop getah yang dibakar. Siap berlilin lagi.. Tak tau nak cakap kuno ke terlebih maju. 

Alamak... saya dok kutuk-kutuk sistem nih,,,, sungguh bahaya. Tak pasal-pasal kena panggil kat LJM pulak (Nauzubillah)  HUHUK. Apa-apapun, lihatlah secara positif ok. Baiki apa yang kurang supaya sistem peperiksaan semakin mantap.

Ok, bila tamat exam ada sesuatu pulak. Students diberitahu bahawa pemangku ketua jabatan nak jumpa. Alih-alih ia adalah satu penipuan, rupanya ada talk daripada syarikat insurans . UKM ni selalu menjaja nama orang besar untuk membuatkan semua students berkumpul. Tak suka la... dah la ejen tu memaksa orang. Saya bukan tak nak amek insurans, tapi saya masih belum bersedia lagi.. Salahkah jika saya melewatkan pemikiran mengenai rancangan pelaburan wang selama 5 bulan lagi selepas saya sudah bergaji?? salah ke?

Saya belum bersedia untuk memikirkan investment dengan mana-mana skim sebab saya meragui halal haramnya. Saya tak mahu makan duit haram sebab nanti darah daging itu akan dibakar di neraka kelak. Kalau bukan buat beli makan pun, yang haram tetap haram,tak akan bersih walaupun digunakan untuk buat beli rumah, kereta, pampers anak dan keperluan harta benda yang lain.. Insyaallah... saya akan membuat pelaburan, tapi kena research banyak2 nih.

Ok.... itu sahaja untuk entri kali nih. 2 entri lagi bakal menyusul
Semoga jumpa lagi
=D


No comments: