Friday, January 15, 2010

Dekat di hati


Ustaz Adzlan cakap balik nanti tulis kat blog ceramah malam tadi best sangat... then I did it ehee =D


Ustaz, saya dah tulis macam ustaz cakap... ada reward tak? ehee... Astagfirullah... apa ni? mintak ganjaran pulak... inilah dia masalah budak2 dan orang tua zaman sekarang..nasib baik saya remaja..tak masuk dalam golongan ni (umor 22 masih remaja lg ke =P) Apabila buat sesuatu, mesti nak mintak ganjaran. Sebab itu la surau2 yang ada kat Malaysia ni tak terisi dengan penuh... paling banyak pun 3 saff je.. bila cakap bab kebaikkan atau amalan2 sunat ni, ramai orang yang tak berminat nak buat.. Sebab paling utama adalah ganjaran yang Allah berikan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. tak ada pulak orang yang apabila balik dari surau, maka terhidanglah lauk pauk yang entah dari mana asalnya atau tiba2 duit kat dalam akaun bank berganda menjadi beratus ribu ringgit. wa... sukanya. but sad to say, berangan je la keajaiban akan berlaku.. Allah tak menjanjikan itu semua, tapi Dia reserved satu tempat yang indah kat sana kelak.. Bestnya kalu dapat masuk syurga.


Umum megetahui, di akhirat kelak hanya ada 2 tempat yang kita boleh tuju.. sama ada syurga ataupun neraka.. tak ada istilah tengah2 ye.. Untuk ke syurga, sangat senang.. beriman kepada Allah dan ikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.. tapi nak ke neraka pun senang gak,buatlah apa2 yang Allah dan nabi larang.


Saya teringat kata2 Ustaz Shauki,pensyarah matrik UIA.. dia adalah seorang ahli panel forum malam tadi. Dia  memetik.. macam buah pulak kan... tapi betul jugak,ustaz shauki memetik buah fikiran imam Ghazali... Untuk menuju ke Syurga, kita kena buat kebajikan.. kena berubah dari tidak baik kepada baik, kalau sudah baik, makanya... marilah kita berubah kepada lebih baik. makanya marilah kita sama2 berubah.


OK2, proses perubahan ni pulak ada 3 fasa... iaitu:


  1. Mujahadah: Dalam fasa ni, kita akan menemui kesukaran. Contoh, bila kita nak start buat sesuatu, kita mula rasa susah... nak solat sunat, hati terasa sangat riak... Nak bangun awal untuk solat subuh jemaah, mata terasa sangat berat... Nak keluar bekerja, badan terasa melekat kat dalam rumah... Astagfirullah... memang dugaan... tapi jangan putus asa.. paksa diri untuk buat. Kalau riak, simpan sorang2 dalam hati dan istighfar.. mudah2an Allah tidak menghapuskan pahala yang kita nak buat ni. Kalu mata berat, tahan dengan batang mancis =P.. ehehe..
  2. Riadah: Pada fasa ni, kita sedang melatih diri untuk mengamalkan apa yang kita buat di peringkat mujahadah.. Kiranya kita kena selalu buat supaya nanti sudah hilang rasa riak, berat hati dan apa2 yang  tak menyenangkan. Pada waktu ni, kita boleh meninggalkan amalan yang dibuat pada peringkat mujahadah, tapi, perlu diingat, jangan tinggal lebih daripada 3 kali.. Kalau tak, ia akan jadi mujahadah semula sebab kita akan rasa susuh nak start balik.
  3. Ikhitiad: Ini merupakan peringkat yang dimana apa yang kita amalkan secara paksaan tadi telah menjadi habit. Bila jadi habit, kita akan rasa susah nak tinggalkan... kalau tak buat, mesti akan susah hati.. kiranya ni tahap paling tinggi la..


kat belakang tu meja study saya (nape nak kena cakap gak ha?, kat depan pulak kawan2 saya.. menunggu waktu isyak untuk solat berjemaah.

Fuh, tak sangka saya boleh menulis pasal ni.. terasa terlalu rendah diri nak menulis pasal ni sebab saya bukan orang yang arif mengenai agama... tapi, nak kongsi apa yang saya dapat.. Ustaz Anwar cakap jangan rasa inferior nak buat kebaikkan.. Jadi, saya telah memotivasikan diri untuk menulis pasal ni.. OK... itu sahaja untuk kali ni... Sebenarnya banyak lagi yang nak kongsi, tapi takut tersalah bagi maklumat...uhuk. 


Biarkan keyboard berbicara =D



3 comments:

abufahim said...

assalamualaikum
kami pemudaiman bersyukur ada buah yg dapat dipetik dr forum mlm tu.
semoga dapat sebar2kan kpd sahabat yg lain tentang pemudaiman.
wlupun seayat
p/s: ust syauqi bukan ust shauki. bukan ikhitiad tp 'itiyad :)
wassalam

cik misi said...

wasalam ustaz
terima kasih atas teguran tu.. saya budak baru belajar~~
saya baru perasan suma nama2 ustaz tu salah lepas jengok pemudaiman.blogspot.. entri ni dah ditulis sebelum tu.. maaf ya. Insyaallah..akan saya sebarkan =D

nurse husna said...

salam..
jij, nice rumusan ceramah..
bley d jadikn tazkirah ringkas wktu usrah nnti..