Friday, January 29, 2010

Suasana Pilihanraya Kampus UKM 2010


Saya sudah pergi mengundi.... anda bagaimana? haha.. kenapa berskema sangat nih? walau bagaimana apa sekalipun, saya telah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai penuntut UKM dengan penuh rela hati dan kecintaan kepada calon2 yang bertanding. OK2, saya tipu, saya telah membuang undi dalam kemalasan yang mencapai tahap Z besar dan jugakkecik, maknanya sudah tiada lagi yang lagi besar dari tahap tersebut =( Harap-harap undi itu dikutip dengan seikhlas hati tidak seperti orang yang membuangnya. =D

abadikan kenangan kat banner pilihanraya.. posing sebelum mengundi

candid di hari pilihanraya

Terasa bertuah pulak bila berada di UKM nih, bukan apa... terlampau banyak sangat kenangan dalam pilihanraya kampus nih.Percaya atau tidak, saya pernah menjadi salah seorang jentera pilihanraya.. hahaha.. saya sendiri pun tak berapa nak percaya sebab masa tu baru je tahun satu, tak mengenal selok belok patah riuk politik UKM nih. Ikut je apa orang cakap.. maklumlah masa tu masih lagi suci, masih tidak tahu permainan politik ni, masih lagi penakut tahap X, tak sampai Z lagi sebab masih berani berdebat dengan pihak pembangkang pasal politik2 kampus... hah! jijah ke tuh? isk2.

Kemudian bila tahun 3 pulak pernah mendapat ugutan akan ditarik biasiswa tajaan JPA kerana telah melakukan sesuatu yang mendatangkan kemarahan seseorang yang tak ada kuasa untuk melakukan perkara tersebut kepada saya. Saya dapat tahu perkara ni daripada seorang kawan, yang bersungguh2 menelefon saya dan risaukan saya... Terima kasih sol... jijah selamat lagi sekarang... syukur kepada Allah.

Amboi2.. Sedap dia je nak tarik2 orang punya basiswa kan...huh! Alhamdulillah... biasiswa saya masih lagi masuk seperti biasa seperti kawan2 yang lain tanpa kurang walaupun satu sen. Apa yang saya nak fokus kat sini adalah sifat kedewasaan.. Kalau kita sudah dewasa, seharusnya bertindaklah seperti orang dewasa... nasib baik saya masih muda remaja... kalau bertindak macam budak2 pun orang tak kisah =P

Ingat lagi malam tuh, saya terpaksa buka balik syarat perjanjian dengan JPA untuk mengesahkan apa yang telah didakwa oleh individu tersebut... Hah! tak ada pun tertulis kat situ apa yang saya buat ni salah dan tajaan saya mesti dan harus ditarik balik. Apalah nasib badan, sudahlah orang susah, kena ugut pulak dengan ugutan yang sebegitu... Adakah kamu bahagia dengan bertindak sedemikian? ish2.. jika ya, maka kamulah orang paling teruk. Bergelak kih kih kih atas kesusahan orang lain. HUH!

Walau apa pun,remaja yang muda belia ini bersedia melupakan semua sengketa yang wujud dalam susasana serba kedinginan tersebut. Kalau difikirkan memang tak ada faedah pun saya nak marah2.. dapat bala ada la... mana tahu kalau tiba2 tekanan darah melambung2 terbang kan... tak ke naya tu.. HUk.. Senyum, jadilah manusia paling bahagia =D

Ok.. kisah pilihanraya kampus cukup setakat ini sahaja.. Sesungguhnya itulah yang dinamakan kenangan bersama UKM tersayang lagi dicintai.. uh tidak, aku jatuh cinta pada UKM =P


Biarkan Keyboard Berbicara =D




5 comments:

voonfung said...

haha~~politik ni~~kadang kadang agak rumit~~
berhati hati dalam politik~~haha

amadaster said...

ngee...baik x saye risaukan jijah???
ekekek...betul jgk kn,canela blh tlebih risau padahal org tu xleh buat pape pun sebenarnye kan3....gelak guling utk diri sendiri~~~

cik misi said...

baik sangat..lagi baik kalau risaukan berat saya yang tak naik2lagi ni =P eheee... jangan geak.. time tu jijah pun runsing gak.. uhuk

RYANie said...

sy bdk ukm gak..
hr 2 p mngundi krn trpkse..hohoho

cik misi said...

kagun beul dengan org yang mengundi dengan rela nih =P heheh
sabar ye RYANie... walau apapun tunaikan tanggungjawab kita.. rela dalam terpaksa.