Wednesday, January 13, 2010

I'm not a lucky person in friendship =(



Apa masalah pulak ni? huk.. hari ni minda saya melayang2 mengingatkan peristiwa yang telah terjadi semalam... Sewaktu saya terserempak dengan seorang kawan, yang mungkin tidak lagi menganggap saya sebagai kawan nya... sedih kan.. terasa macam diri ini bagai kawan yang tak dianggap kawan.. alahai, macam lagu kasih yang tak dianggap la pulak. OK2, jom kita hayati lirik lagu tuh.




aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah


aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah



OK, fokus kepada part yang saya telah highlight je ok. yang lain tu macam entah pape tapi sengaja diletakkan sebab saya pernah mempunyai perasaan itu sedikit masa dahulu.. Saya rasa banyak sangat kekurangan pada diri ini. Setiap kali saya ada bestfriend, setiap kali itu jugaklah saya akan kehilangan mereka... tegah cuba bermuhasabah setelah peristiwa itu berlaku. Saya harap saya tak akan kehilangan lagi.......


Saya sangat sedih =( kenapa dia cuba lari dari saya? kenapa dia tidak mahu lagi berkawan dengan saya? Adakah terlalu mahal harga sebuah persahabatan dalam hidup dia sehinggakan apa yang saya tawarkan masih tidak cukup..adakah tempoh sebulan sudah cukup untuk menghilangkan kenangan selama hampir 5 tahun.. Jatuh bangun bersama2, makan pun boleh kongsi sepinggang semangkuk.. tapi sekarang? Ok,... tak nak fikir lebih2 dah. Lidah saya terlalu kaku untuk menuturkan pasal ni, hanya jemari yang berani bersuara untuk menyampaikan isi hati.


Biarkan keyboard berbicara =I


Semoga kita akan menjadi sahabat yang baik buat sahabat kita... hargai setiap detik bersama kawan kerana mungkin mungkin suatu hari nanti ia tidak akan berulang lagi.. apa yang tinggal hanya kenangan yang mungkin tidak mahu diingati.


mengapa saya begitu emo ni? ahhhhh.. tak nak sedih2... OK2.. nak lupakan, nak lupakan, nak lupakan....

=(




2 comments:

voonfung said...

kadang kadang saya pun kehilangan kawan juga~~macam azizah ni lah~~tapi pada masa yang sama~~saya juga buat perkara yang sama kepada orang lain pula~~iaitu tak mahu jumpa atau jauhi kawan kawan yang kenal~~adil dan saksama juga ni saya fikirkan~~

cik misi said...

aiyok! itu macam ka? tapi saya harap lee akan terus berkawan dengan saya sampai bila2 ye. friendship never end..