Sunday, May 16, 2010

o'oooo... exam lagi kah?

Assalamualaikum w.b.t dan selawat serta salam ke atas nabi junjungan Muhammad s.w.t
Saya mendoakan ketenangan hati serta kelapangan dalam semua urusan kepada pengunjung yang datang, serta seluruh umat Islam diseluruh dunia. 

Alkisahnya exam pertama telah pun selamat dilalui. Alhamdulillah.. Satu cabaran telah berjaya dilepasi, masih ada lagi 6 cabaran yang harus ditempuhi...bukan sunat, tapi harus. heheh... (bermain dengan istilah pulak budak ni) aiyok!!! masih ada 6 exam lagi, sungguh menyeksakan emosi, rohani, mustafa, fariz dan fizikal. ops!!! apahal pulak nak libatkan nama2 manusia nih? hukhuk =S Saya sengaja meletakkan  ma, ayah dan buah hati sebab dowang memang tengah terseksa dengan perangai saya sekarang ni. Apa taknye... dengan mak ayah, dah jadi manja semacam,nak benda ni, nak benda tuh (padahal tahu benda tu menyusahkan dan tak logik) dengan buah hati pulak dah jadi sangat cerewet. sket2 nak marah..sket2 nak majuk, pantang salah cakap sket, ngamok la jawabnya. adois!!! penangan exam dan ketidak-stabilan hormon.


Sebut pasal exam nih, saya akan terbayangkan cuti.. macam aur dan tebing, lautan dan daratan, tombol dan pintu serta laptop dan keyboard, cuti dan exam tak boleh dipisahkan. Selepas exam, kita akan bercuti ya kawan-kawan..ingat.. CUTI =D tak sabar sungguh menanti berakhirnya exam. Saya mahu cuti.. mahu tenangkan hati, mahu rehat, mahu merancang kehidupan selepas cuti dan memikirkan bagaimana  untuk menambah duit poket sepanjang bergelar status home freelancer (tak mahu sebut penganggur, saya yakin bahawa saya akan menjadi pembantu rumahtangga tak bertauliah, tetap ada kerja kan kan kan?)


Exam uh exam.. Kisah exam ni memang tak akan habis selagi saya dan anda2 suma bergelar pelajar.. Kalau dah kerja mesti dah tak ada exam kan.. (melainkan jika anda bekerja dengan kerajaan dan terpaksa mengambil ujian PTK bagi membolehkan gaji anda menaik) exam........pastinya akan melahirkan satu situasi iaitu
.
.
.
.
.

Kesusahan... tapi,  kesusahan mentarbiyah jiwa (sungguh baik bunyinya kan)

Alhamdulillah... kesyukuran yang tak terhingga saya panjatkan kepada Allah.. Dia telah melembutkan hati yang semakin hari semakin mengeras ni. Dia juga telah membuka mata saya untuk melihat rahsia disebalik apa yang telah diaturkanNYA. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar. takbir memuji kebasaran Allah. Di saat-saat kesempitan ni, Allah telah memberi peluang kepada saya untuk semakin rapat dengan Dia, mengadu, merintih dan berharap kepadaNYA.. 

Indahnya konsep tawakkal yang telah diajarkan oleh nabi. Berusaha dan menyerah kepada Allah. Kalau berusaha tanpa berserah, itu obsessi namanya. Kalau berserah tanpa berusaha pulak, itu adalah bodoh namanya. huhu... Makanya, marilah kita sama-sama tawakkal ya kawan-kawan. Selamat maju jaya.. study smart, study hard and don't ever forget this, doa =D jangan doa untuk diri sendiri je, doakan saya sekali tau.. eh... jangan lupa jugak untuk kawan2 yang lain ok?


Ok2... masa untuk belajar pulak. 
Tarbiyah mendidik jiwa
Biarkan keyboard berbicara
=D

Sunday, May 9, 2010

kelalaianku

Assalamualaikum




Semakin hari semakin sayang.. ok2, dun jiwang2 here plz. Sebenarnya nak menyebut ayat ni.. SEMAKIN HARI SEMAKIN HAMPIR. Masyaallah.. masa adalah makluk Allah  yang taat. Tidak pernah tahu penat untuk bergerak. Asyik berjalan dan berjalan je. Seram pulak terasa bila menghitung masa nih.

Semakin dekat dengan  13 hb nih, semakin banyak pulak distraction. aduish!!!! Exam pertama yang bakal membuatkan sel neuron pada otak bekerja keras untuk mengerakkan tangan bagi mempamerkan skill yang tersembunyi adalah osce. Apalah yang keluar ni hah?? ada klu tak? 

Sepatutnya isnin ni ada mock osce.. Makanya, saya pun bergumbira kerana peluang untuk menghidu prosedur yang bakal masuk real osce adalah sangat tinggi. Namun.... langit tak selalu cerah.. Bila mendengar guruh dilangit, air ditempayan jangan dicurah. Ok2.. itulah perumpamaan yang boleh saya bagi. Mock osce dibatalkan.. ia cuma diganti dengan satu sesi taklimat sahaja. Aish!! kecewa.. 

Ok.. jangan kecewa lebih2 jijah. pergi study cepat. Berpoya-poya je nih.. apa la.. huk huk huk... Ku mahu belajar, tapi ku risau. Risau pasal research.. nak baca buku, ingta research. Nak baca note, ingat research. Tapi.. pelik jugak bila nak tidur, langsung tak ingta apa-ape. Astagfirullah... kelalaian yang nyata nih.


Semakin hampir nak exam, semakin ramai setan datang. Merasuk-rasuk suruh tidur, sms, chatting, tengok movie, main spider, berangan.. Ya Allah.. bantulah hambaMU ini. Jauhilah bisikan-bisikan syaitan itu dari telingaku.. 


Ok2..saya nak study.. Lupakan game, lupa kan punca kelalaian. OK~~~ mula sekarang.. good bye semua. titik...

Friday, May 7, 2010

hijau itu ayu

Assalamualaikum


Anda semua nak tahu satu fakta tak? Hijau itu ayu. Mengapa ya????  Ok2.. seperti biasa, saya tak akan berteka-teki. Sebenarnya saya baru mengetahui nama kuih hijau berkelapa yang selalu dibeli ini rupanya bernama putu ayu. Terima kasih tak terhingga kepada kak Mas dan Hani.. tanpa mereka, pastilah saya masih memanggil kuih itu sebagai kuih hijau, Adoi.. gini la budak-budak zaman sekarang. Tak kenal dah nama kuih tempatan. Kalau tart, pizza, pai, kek.. semua kenal kan. Aish.. boleh kena reject kalau masuk program gadis melayu nih. uhuk uhuk uhuk. (Takpe...Biar direject Gadis Melayu, asalkan tak direject Pengacara Jemputan Nona. (Sumpah, saya telah terinspirasi oleh Datin Nurjuma =P)






kuih hijau taruk kelapa, itu dulu.. sekarang dah tau nama.

Tak sangka la pulak kan.. Macam2 jenis putu ada kat Malaysia nih. Nak try senaraikanlah...

  1. Putu Mayam? ok, saya tak gemar sebab rasa dia tak memenuhi selera. 
  2. Putu Beras? hah..yang ni saya suka sangat masa zaman budak2. Ada macam2 bentuk dan kaler. Paling tak boleh lupa bentuk pistol dan kereta. Selalu berlakon tembak2 dengan adik2 kalau makan kuih ni. Paling best kalau mak beli bentuk bulat, sebab ada guli kat tengah dia. Nape ntah suka sangat simpan guli masa kecik2 dulu..tak paham.
  3. Putu ubi? ok, first time jumpa kat Pasar Malam To' Uban sewaktu berusia 16 tahun. Dibuat daripada ubi kayu yang diparut halus dan dikukus bersama kelapa parut serta gula melaka.
  4. Putu Ayu?  hijau yang ayu.


Biarkan Keyboard Berbicara
=D

perubahan ke ni?

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, ada benda yang telah berlaku dalam diri saya. Saya tak pasti, adakah saya suka dengan perkara tersebut. Tapi,,,, apa yang pasti, saya memang sedang cuba beradaptasi dengan perubahan itu. Payah untuk saya jelaskan faktor pemangkin perubahan tersebut.. tak sanggup nak cakap. Takut menjadi sesi mengumpat pulak. Dosa yang paling payah nak terampun tuh.. Kalau Allah ampunkan kita pun, tak semestinya tuan punya badan nak ampunkan kan kan kan... Nak kena cari tuan punya badan pulak, then nak kena mintak maaf serta bagitau apa yang kita dah umpat. Haru biru tuh.  Makanya, meh la kita menghindarkan diri daripada sifat tercela itu, baik mengumpat, ataupun mendengar orang mengumpat. Astagfirullah...istighfar2... (takut mengenangkan diri yang banyak sangat dosa.. janganlah aku dimatikan dengan keadaan yang sarat dengan dosa.. amin)

Ok2, berbalik kepada isu asal.. Bermacam rasa bergabung apabila dikenang perkara-perkara yang membawa kepada perubahan dalam diri saya. Pahit, masam, kelat, masin... semua bergabung dalam satu rencah, khas untuk santapan kehidupan.  Gabungan semua rasa itulah yang melahirkan saya yang sekarang.. Mungkin orang lain tidak tahu apa yang berlaku dalam diri saya.. tapi saya tahu dan saya yang merasainya.. Mungkin jugak ada orang perasan... sebab saya tidak menyembunyikan perubahan itu. Jadi, kepada individu yang pernah terkena dengan 'kemarahan' saya, saya mintak maaf ye.. saya menyesal kerana menuruti nafsu amarah itu..

Dulu saya merupakan seorang yang penyabar, sangat penyabar. Ok, minta maaf kalau ada orang merasakan statement ni berbaur bangga diri... Sumpah, saya tak merasa bangga.. sebab  sekarang sifat itu telah beransur hilang. Saya akan buat muka bila orang sakitkan hati saya, saya akan membebel dan mengeluh bila tahu ada benda tak menyenangkan berlaku, saya akan mengutuk dalam hati bila orang buat sesuatu yang menjengkelkan hati dan saya akan bad mood bila kena perli. Adoi... pada suatu masa dahulu,,, benda2 tu saya bakul sampahkan je.. Saya segera memaafkan orang2 yang menyakitkan hati saya.. Indahnya masa lalu T_______T tenangnya hidup itu. 

Astagfirullah.. bagaimana saya nak kutip balik nilai semurni itu? =(( Saya ingin menjadi penyabar dan lembut seperti Abu Bakar, namun saya juga ingin menjadi setegas Umar.. argh... senang cerita, saya nak jadi seperti dua insan mulia ini. Terlalu obseskah diri ini? =(( mengharap kesempurnaan walaupun sedia maklum, tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Sedangkan Rasullullah sendiri tidak sempurna (tapi perlu diingat, Nabi bersifat maksum, satu sifat yang menghampiri kesempurnaan)... layakkah saya menjadi sempurna?? layakkah saya? tapi.. (alahai, banyak pulak tapi ni), tak salah mencari kesempurnaan kan. Ok2.. sebenarnya nak tegaskan bahawa, mencari kesempurnaan itu tidak salah.. tetapi jangan kecewa kalau tak dapat menjadi sempurna. Ok, kembali senyum =D

Hati ini selalu berbolak-balik.. Saya memohon agar ditetapkan hati ini kepada satu jalan, Jalan yang menuju ke arah redha Allah. Bukankah seharusnya itulah prinsip yang perlu ditanam.. Hidup untuk mencari keredhaanNya..  Alhamdulillah. Allah merencanakan semua ini bagi saya kerana Dia sayangkan saya.. saya dapat rasakan kasihNYA... Dia mengajar saya menjadi tabah, Dia mahu saya belajar untuk berhadapan dengan dunia akhir zaman ini.. dunia yang penuh dengan tipu muslihat. 


Konflik dalam diri semakin banyak
Wajar ke saya mencari identiti yang lain? 


Wednesday, May 5, 2010

kenangan oh kenangan

Assalamualaikum


Semalam telah pergi. Hari ini juga bakal pergi.. hari esok? Insyaallah.. jika Dia mengizinkan maka esok akan sentiasa menunggu kita. Apa yang kita bawakkan untuk esok? Ok2.. cepat bagi jawapan. 

Jawapan saya adalah kenangan. heheheh...gaya cakap macam nak bertazkirah kan.. rupanya nak cakap pasal kenangan. Hari-hari dalam hidup kita adalah kenangan (memetik kata-kata cik azu), dan setiap kenangan yang indah harus dihargai.. Makanya.. meh la nak mencoretan antara kenangan-kenangan terakhir di Cheras.

Kat sini, ada sebuah tasik..yang besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Tasik itu bernama Taman Tasik Permaisuri. Ia pernah dijadikan lokasi Garden Weeding Erra-Yusry suatu ketika dahulu. Tapi... saya tak sempat pergi sebab waktu tu saya masih berada di matrik Kedah. Kalau tak... jangan harap la nak lepaskan peluang makan-makan free nih =P

Ok..meh la kita menuju ke point utama. Sebenarnya cerita di sebalik tasik tu yang ingin dikongsikan.. Kat sana banyak sangat kenangan indah dengan kekawan. Sama-sama keluar bersenam, kadang-kadang lepaskan  tension, kadang-kadang semata-mata nak makan sengkuang dan kadang-kadang sebab nak buang masa =P. Cakap banyak pun tak guna, meh kita tengok gambar.

sambil berangan berada di oversea bersama housemates

kereta oldskol dan ex-roomates matrik kedah

aktiviti kat tasik masa modul elektif, bertiga je sebab wawa dan zul posting kat UK

kenangan bersama..mekar selamanya. Insyaallah... semoga kita semua bertemu lagi.. Saya sudah mula membayangkan perpisahan, membayangkan apa yang bakal dilalui hari esok sehingga tiba saat perpisahan kita.. hanya tinggal sebulan je lagi untuk kita bersama seperti ini.. Saya akan merindui kawan-kawan di UKM.. uhuk. Lepas ni, semua orang akan membawa haluan sendiri........ uhuk uhuk uhuk (lagi dan lagi uhuk uhuk)



Biarkan Keyboard Berbicara




Monday, May 3, 2010

aku seorang kartun

Assalamualaikum


Kali pertama muka saya dikartunkan.. terasa seperti sedang membintangi majalah ujang pulak. Dapatkah anda mencari dimana saya? Sesungguhnya saya sedang tersipu-sipu malu dibelakang sana. Ok2, bagi memudahkan kerja anda, meh saya bagi klu gambar.


Ok, saya yakin anda sudah dapat jumpa kan.. Sama tak? sebijik sejibang dia lukis... tudung kaler pink, anak tudung yang obvious, spek.. pendek kata.. perfect la cara dia lukis.. Pandai pulak tu dia bayangkan dagu saya macam mana (nampak tak, saya tutup dagu dengan tangan). Nasib baik tak nampak parut bawah dagu, kalau tak... mesti ada dagu terbelah kat situ..  Cumanya........ =(( gambar kartun saya macam mak cik lor! fine... baru saya sedar bahawa wajah saya ni matang rupanya (ayat penyedap hati)

Beruntungnya saya berada di barisan belakang.. Tak nampak la kebesaran kepala macam orang kat barisan depan.. heheh..Itulah uniknya karikatur.. kepala besar, badan kecik. Lagi sekali ulang.. Untungnya berada di belakang, Kepala yang cantik.. hehe =P  (perasan macam gambar wanita koperat pun ada jugak nih =P)

Gabar ni dilukis oleh Jack Tenggiling (ada nama dia kat bawah sekali tuh).. Orang ni berniaga kat Pasar Seni, KL.. upah untuk satu kepala pulak adalah RM 20.. so, kalau ada 17 kepala macam kat atas ni, anda kiralah sendiri berapa... anda bijak matematik kan.. sebab tu saya suruh anda kira sendiri... hehehe. Makanya, sape2 yang berminta, silalah buat tempahan.. bukan pada saya, tapi pada si pelukis tu.. Saje buat promosi kat sini =P

Bagi sape2 yang berminat.. saya nak bagi nasihat ni. Berilah gambar yang betul-betul menampakkan wajah anda.. Kalau agak-agak wajah anda iras-iras orang lain kat dalam foto tu, jangan bagi kat pelukis.. Sebab dia akan tiru bulat-bulat foto tuh.. Hasilnya.. lihatlah saya. Macam makcik.. huwah!!

Terima kasih kepada Cik Salwa kerana telah bersusah payah ke Central Market untuk menempah gambar ni. Kalau Sal tak tempah, makanya tak dapat nak merasa jadi kartun. Harap-harap lepas ni Les Copaque tergerak hati nak amek saya jadi watak tambahan dalah siri kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin. Manalah tahu, diaorang nak buat watak baru ke kan... silalah hubungi saya =P Gambar dah ada.. tinggal nak reka watak je heheheh.  

Biarkah wajah dikartunkan
Tapi jangan biarkan kehidupan dikartunkan
Biarkan Keyboard Berbicara
=D


Saturday, May 1, 2010

EMO yang baik

Assalamualaikum

Alkisah tiap2 hari saya akan membaca akhbar secara online.. aish! tobat, hari-hari akan ada je berita yang menjengkelkan. Contoh, pelajar mati akibat lari daripada JAIS, pelajar ditembak polis, pelajar terkejut kena buang sekolah, pelajar samun nenek, pelajar buang bayi, pelajar bunuh diri.. alahai.. macam-macam hal la belia zaman sekarang ni. aku pulak yang terEMO nih. 

CETEK AKAL!itu adalah pandangan saya kepada golongan-golongan seperti itu. Ok, fine... jijah.. jangan menghukum orang.. manusia boleh berubah. Kalaulah (cikgu saya cakap monyet dia mati sebab makan buah kalau --> dia tak suka orang menggunakan kalau) suatu hari nanti mereka berubah, pastinye bukan usaha orang yang menghukum mereka.. Sebab, kutukan dan hukuman menyebabkan mereka ni makin down, demotivated untuk berubah. So? nak kena puji macam ni ke? 

Senah oi...mak suka ko ponteng sekolah.. bila cikgu buang sekolah, dapat masuk surat khabar, Kalau bukan sebab ko, tak ada la mak nak merasa kuar gambar kat surat khabar nih. Semua orang kenal mak.. bangga mak ada anak macam ko ni Senah.Jiran-jiran pun jeles tau!

Ok2, itu sudah merepak-repek. Budak-budak belia nih perlukan bimbingan, bukan hukuman. Agar nanti berpeluang menjadi beliau, bukan suspek, atau pun defenden ok. Macam mana nak bimbing? tepuk dada, tanya iman. 

Pagi tadi saya berchatting dengan cikgu kaunselor, saya tanya lah pasal aktiviti semasa sekolah..saya terkejut bila dia cakap sekolah akan menganjurkan program dengan pelajar2 perempuan yang hardcore kat kem Tok Selehor Kelantan. pendekatan baru tuh..

Golongan-golongan sebegini memerlukan bimbingan.. Selalunya mereka akan terus dikeji, dihina dan dihukum tanpa ada yang tampil nak membantu. Tapi... cikgu saya melihat perkara ni dari aspek berlainan. Bila kita bagi perhatian kepada mereka ni, basuh otak bersih-bersih (brain wash) sumbat ilmu agama banyak2.. biar jiwa mereka terisi banyak2.. Insyaallah.. bak kata orang kampung saya lambat bangat akan terjagalah mereka dari alam mimpi itu. 

Kata pepatah ada menyebut Mencegah lebih baik dari mengubati. Makanya, hal ni pun ada prophylaxis jugak.. aceh.. macam nak bagi vaccine pulak kan.. Kalau nak belia yang cemerlang, seharusnya dimulakan dengan pendidikan seawal alam rahim sehinggalah mati.. So, adakah anda nampak apa yang saya cuba sampaikan? Ibu bapa!! So, kepada bakal-bakal mak bapak..persiapkan diri anda. Didiklah anak2 dengan sebaik mungkin. Kalau anak buat salah, janganlah sayang sangat sampai tak sampai hati nak marah atau tegur. Sesekali, kena bertegas jugak..

Banyak sangat dengar kisah mak bapak marah cikgu sebab denda anak. Kalau anak awak tu dah terang-terang ponteng sekolah, buat masalah disiplin, kenapa nak marah cikgu sampai kena buat laporan polis? Kalau dan banyak sangat duit nak saman-saman cikgu, hantar je anak pergi sekolah swasta. Tak payah marah-marah pihak sekolah yang nak mendidik anak awak jadi manusia. 

OPS... lupa pulak.. mereka nak pengadilan.. sebab tu lah nak naik mahkamah.. Tak puas hati anak kena buang sekolah, kena fitnah, kena marah.. ADOI.. Awak tak terfikir ke pengadilan kat akhirat sana? Hak anak-anak untuk dididik menjadi hamba Allah yang taat dan berguna dah diabaikan.. fikir yang itu dulu.. Ini tidak.. sibuk nak fikir saman sekolah,lepas tu dapat duit. Anak tak payah belajar dah.. hidup dengan duit tu jek..(kalau menang lah)

Teringat kisah kat sekolah saya... Masa tingkatan 3, ada seorang pelajar ni sangat suka ponteng sekolah dan buat hal. Mak bapak dia kena panggil dan dia dia beri amaran buang sekolah.. Masa tu, tak ada pulak mak bapak dia marah2 cikgu, siap merayu supaya anak dia ni ditukarkan ke kelas pertama lagi. Alasan? supaya dapat bergaul dengan orang baik-baik dan meningkatkan motivasi untuk belajar. 

Alhamdulillah... pengetua sekolah bersetuju tanpa pening-pening nak fikir graf pencapaian kelas tu turun sebab result budak ni tak bagus.Akhirnya, budak tu masuk kelas dalam kelas saya. Sememangnya perangai budak tu berubah lepas dapat masuk kelas saya.. maklumlah, bergaul dengan budak-budak baik =P Nak ponteng sekolah? jangan harap.. mak bapak hantar sampai dalam sekolah tuh.. (cam sekolah tadika lak kan.. cian dia). Nak ponteng kelas pulak, tak ada geng.. Kan bagus tu... bergaul dengan budak baik. (lagi sekali mention budak baik =P)

Hidup.. adalah untuk mecari keredhaan Allah.. itulah tujuan manusia diciptakan, beribadah kepada Allah dan saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Makanya... jom lah kita berbaik-baik sangka dan menolong orang-orang yang tengah kealphaan.. Jangan tahu kutuk je.. fikirkan jugak penyelesaian. Jihad tu... =D


Biarkan iman menguasai akal
Biarkan akal menguasai diri
Biarkan keyboard berbicara 
=D