Friday, April 8, 2011

suspenlah!

Assalamualaikum

Entri bersifat rajin. Baru dua hari menulis, terus menulis lagi. Walaupun sedang sibuk dengan kerja dan urusan peribadi, tapi masih mampu meluangkan masa, bukan kah itu adalah jiwa seorang blogger? Aceh ceh.... ntah apa-apa lah haku dok merepek di sini! Ops!

Wokeh. Alkisah, jantung ni dok ber dup dap dup dap dari petang tadi lagi.  Ternyata 250mg propranolol tak mampu menurunkan kepantasan degupan jantung ini. Adakah saya patut mengambil tambahan dos 250mg propanolol lagi untuk hari ini? (Uh, tak mahu lah, kang tak pasal-pasal bradycardia pulak haku, terus kojol kang! nauzubillah)

Aduish!!!!! dup dap toksOh kata hape lah. Berdebar-debar sungguh, tak sabar menunggu apakah yang bakal terjadi pada esok hari. Dengan kata yang berbelit putar alam pulak, harap semoga malam ini menjadi terlalu panjang supaya esok tidak datang dengan cepat.

Kedengaran agak suspen bukan? Hahaha, memang suspen sungguh-sungguh pun. TAPI, dengan kejam yang amat... saya mengambil keputusan untuk tak memberitahu apakah pencetus kesuspenan ini. Harap bersabar wahai kawan-kawan. Saya berharap berita baik akan menyusul selepas esok hari supaya bibir ni mampu tersengih sampai ke telinga. (Ya Rabb, perkenankanlah)

Sampai bertemu lagi.
^-^


Wednesday, April 6, 2011

bah di perlis

Assalamualaikum

Alhamdulillah, banjir sudah surut, pulau KJM Kangar jugak dah tak jadi pulau (sah sah ini adalah cerita lapuk, nak basi dah pun, tapi tuan blog baru ada kesedaran nak meng-up-date blog T______T) Makanya, saksikan gambar semasa banjir ya.

bahagian hadapan kolej


jangan salah sangka, ini merupakan air bah, bukan tasik di depan gunung (bangunan kecik kat belakang tu adalah kolej saya)


dari sisi kanan kolej, sebelah pondok guard


Ok, dah puas menatap gambar? Ok, sekarang sesi bercerita pulak. Dalam tempoh 5 bulan, ini merupakan kali ke dua Perlis dilanda banjir. Manakala dalam tempoh 5 tahun, ini merupakan kali ke-3 lah. Dan, secara tak bernasib baik, ini merupakan kali ke-2 saya berpengalaman menghadapi banjir di Utara. Kali pertama adalah sewaktu pertama kali bermastautin di Kolej Matrikulasi Kedah, dan kali kedua pulak adalah ketika kali pertama bermastautin di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar.... orang tua cakap air melimpah adalah petanda rezeki yang melimpah ruah.... ^-^ makanya, kedatangan saya adalah bersama rezeki yang melimpah ruah, aman makmur selalu ya negeri perlis~~ Insyaallah

Walaupun saya tidak menjadi mangsa manjir secara langsung, tetapi sedikit sebanyak tempias kesusahan itu terkena pada saya, (Aceh, macam hujan pulak) Catuan makanan! susah sungguh nak mendapatkan bekalan makanan bila habitat saya bertukar menjadi pulau. Bila jumpa nasi, umpama jumpa petroleum, beharga sungguh!  Biskut kering pun mampu menjadi juadah istimewa tau. Sebab itu lah bantuan makanan amat-amat di hargai pada waktu ini.

Ok, di kesempatan ini, saya nak mengucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan-kawan dan rakan seperjuangan yang mengambil berat mengenai keadaan di kolej saya. Terima kasih ya! Kami, warga KJM Kangar amat menghargai keprihatinan anda semua. Siap offer nak bantu2 lagi.... terharu tau!

P/S: Sebenarnya, salah satu tujuan entri ini di buat adalah untuk memberitahu bahawa KJM Kangar selamat daripada bencana alam ini, jangan risau-risau ya.. Sekian.....




Thursday, March 24, 2011

gaji pertama

Assalamualaikum

hari ni merupakan hari khamis, hahhahaha. semua orang dah tahu kan. Tapi, tahukah anda apakah yang ada disebalik khamis ini? Khamis merupakan penghujung hari bekerja bagi negeri Kelantan, Kedah dan Terengganu. tapi, saya kat Perlis ni masih bersisa satu hari lagi nak off day, tapi disebabkan kerja tambahan, makanya off day masih bersisa 2 hari, kalau nasib tak baik, hari ahad pun buat kerja lebih masa T_____T

(berapa banyak tapi nak pakai daaaa)

Wokeh, justeru apakah yang ada di sebalik KHAMIS wahai jijah?

KHAMIS merupakan hari saya meraih gaji pertama setelah bekerja selama 2 bulan setengah. Alhamdulillah..... dapat gaji.. yeay yeay =) Urm..... suka sungguh macam nak lompat-lompat je depan mesin ATM sewaktu melihat skrin. Lepas tu, balik rumah dengan senyuman melebar dan senang hati.

Wadus, sungguh tak sabar nak membuat buku kira-kira nih. Perkara pertama nak dibuat adalah, bayar hutang. 3 bulan tanpa pendapatan, memang seksa, memang sana sini lah kena tagih hutang, hutang mak, hutang buah hati, hutang ceti je tak lagi (aish, nauzubillah) Hah, tak lupa jugak hutang PTPTN...

Perkara kedua pulak? kedian-kedian fikir lah. Sebab dah lebih separuh duit tu digunakan untuk membayar hutang T_____T **bye tepon baru, bye skrin kamera, by mesin basuh, bye peti sejuk... bye bye** $-$

Perkara ketiga? eh, dah tak ada perkara kedua, bisa kan pulak ada perkara ketiga sih? huhuhu... bye bye je lah sebab tak nak merapu bukan-bukan pasal duit neh. karang jadi boros sebab macam-macam benda akan terlintas dalam kepala kalau saya meneruskan penulisan. Sekian, terima kaih.

Friday, March 18, 2011

kualiti hidup

Assalamualaikum

Halo halo everybuddy! apa khabar anda-anda di sana? Saya disini, agak tidak berapa nak OK lah jugak. Sebab?? Personal conflict, tak kisah lah inter ke.. intra ke, suma balun aje. Yang penting, kegembiraan jarang sekali nak datang melainkan buat-buat gembira dan melupakan sajalah apa yang terasa sebagai konflik itu. Kalau nak fikir dalam-dalam sangat, tak enjoy lah hidup ni. Bak kata orang muda belia, tak ada life! Tapi,,,,, terfikir jugak, macam manalah tak ada life tuh. Sebagaimana sibuk, banyak masalah, mahupun teruk seseorang itu, dia tetap ada kehidupan.Cuma, kualiti hidup dia tak sama macam kualiti hidup MR. BEAN. Ceria sentiasa, di mana jua berada.

Untuk mengembalikan kualiti hidup, marilah kita sama-sama membuat dan melakukan kembali hobi dahulu kala yang telah lama ditinggalkan lantaran kesempitan masa dan bebanan kerja yang tak akan pernah putus selagi jantung mampu berdegup, paru-paru mampu mengembang kecut, darah mampu mengalir di kapilari yang sempit, perut mampu mencerna, usus mampu menyahtinja serta ginjal mampu menapis cecair.(HORAY! saya berjaya membuat satu ayat yang panjang tanpa titik di tengah-tengah WOW! AMAZING)

Jom kita membaca Majalah UJANG.

Jangan tak tau, (Kalau tak tau, sila lah tau) Saya merupakan peminat tegar UJANG. Aik, bukan jijah suka Mastika ke? Mastika pun suka jugak, tapi nombor 2 selepas UJANG. Dari kecik lagi, memang majalah inilah yang saya minat secara gila-gila selain daripada Tunas Sains dan Siri Penyiasatan Hadi serta Siri Penyiasatan Salmah. (WAKAKAKAKAh, berapa banyak jenis judul buku sudah di taruk dalam perenggan neh... Tapi, I like all those books secara serius-serius okeh)

Selamat bersiaran sebanyak 400 terbitan kepada UJANG. Sebagai pembaca sejati, saya berharap majalah ini akan terus diterbitkan sehingga selama-lamanya lah. Saya suka kartun-kartun kat dalam majalah neh, semuanya kiut miut, nak-nak lagi edisi lawak junior (zaman ritu-ritu  tuh). Lawak jenaka dalam majalah Ujang memang bermakna lah, bukan bodoh-bodoh macam sesetengah majalah. Memang saya tabik lah dengan kartunis-kartunis Ujang nih, tak pernah kering idea menghiburkan pembaca. Teruskan usaha murni anda. Semoga peratusan diagnosis Kemurungan (Depression) semakin menurun seiring dengan kenaikkan jualan majalah UJANG. (HUWAH, terasa seperti sedang buat promosi pulak)

 

Sekian, promosi UJANG... gambate all to all kartunis out there... saya akan terus menyokong anda!.

Wokeh, seterusnya kita akan masuk ke acara seterusnya. Iaitu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
JOM, beli buku....  (toko buku Popular, cawangan Alor Star tengah buat book fair, jangan lepaskan peluang beli buku murah-murah)

Alkisah, saya memang sangat sukakan buku. SUKA yang amat sangatlah tak tahu nak kata haper. Impian saya adalah untuk membina sebuah perpustakaan peribadi di rumah. Jika boleh, saya teringin jugak menerbitkan buku sendiri. (Mimpi, angan-angan, khayalan, TAPI.... mungkin jugak impian yang bakal terlaksana~~~ tak siapa tahu)

Ini adalah koleksi terbaru saya. Macam best.... harap2 saya dapat menghabiskan bacaan dalam masa terdekat. Semoga isi patinya dapat membantu dan dijadikan pedoman dalam hidup saya. Jom, membaca~~~~

Fail:Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.jpg

Jadi anda-anda semua, ayuh! kita tingkatkan kualiti hidup ini dengan melupakan sebentar apa-apa perkara yang menyesakkan fikiran, buat apa yang kita sukai dan gunakanlah waktu itu dengan sebaik-baiknya. Hidup bukan sekadar untuk bekerja, tinggalkan saki baki keja di dalam pejabat. Manfaatkan masa untuk diri sendiri di rumah. Insyallah.... bahagia hidup.

Monday, March 7, 2011

ilmu wallpaper nehi nehi

Assalamualaikum

Selamat bertemu kembali setelah lama blog ini terbiar sepi.Alasan sibuk memang tak sedap di dengar... tapi itulah dia... memang sibuk sungguh dengan kursus itensif selama 2 minggu berturut-turut. Letih! T______T  (Tapi cukup seronok kerana menambah ilmu di dada)

Urm... nasib baik bunga2 kertas dinding (wallpaper) kat blog neh bukan macam bunga segar. Kalu tidak, semestinya sudah lama ia menjadi layu kan kan kan. Malahan lalang juga mungkin akan berserakkan meninggi diri. Namun, TUAH sungguh bila ia hanya sekadar lukisan. HUHUHU... Pengumuman!! saya nak bagitau semua orang, saya tak suka bunga segar yang dipotong dan dijadikan hiasan, keindahan yang tak tahan lama, wangi yang sementara, bagaikan memusnahkan sebuah keindahan bunga di taman indah. Biarlah ia mekar bersama tunjangnya, tolonglah!  Teeeeet.... T_______T

Bila menyebut wallpaper, saya teringat bait ceramah seorang kaunselor semasa berkursus hari tuh. Orang sekarang, ilmunya di wallpaper. Kalau hilang kertas itu, maka hilanglah ilmunya.

Maka bertuahlah orang-orang yang ilmu di kepalanya. Maka jugak, bertuah sungguh orang Islam ya, Islam dah lama menegaskan hal ini apabila memberikan  ganjaran pahala yang cukup besar kepada para hafiz hafizah. Bukan calang-calang ganjaran, membawa bersama sepuluh ahli keluarga ke syurga. Bertuah badan kalau ada anak yang hafiz hafizah... (Tapi kenapa bukan mak ayah dia yang nak jadi hafizah neh???? adeih, cabaran2. ayahnya...... sanggup amek cabaran ni tak? wink wink) Kalau bukan membawa kebaikkan, masakan diberi ganjaran sehebat itu kan kan kan...

Oleh yang demikian, saya akan berusaha supaya ilmu di wallpaper akan menjadi ilmu di dada, seterusnya menjadi ilmu di hujung lidah. Tunggu lontar-lontar je kepada para pencarinya. Insyaallah, tuhan akan meredhai niat yang ikhlas, jom sesama kita menghafal demi anak bangsa yang bakal dilahirkan..

Bukan apa...... saya teringat perbualan dengan kekawan masa dulu-dulu. Saya nak masuk bidang pendidikan sebab saya nak lihat tunas-tunas Islam  mekar di taman yang cukup indah (kejururawatan). Saya tak mahu ia dicantas sewaktu sedang berkembang. Tak mo tak mo tak mo. kalau boleh, biarlah kembangnya cantik elok, membekalkan madu penyembuh kepada ummah, lepas tu membuahkan benih yang baik. Amin...

Saya bukanlah seorang yang sempurna, malahan tak pernah terlepas dari dosa... Tapi, tak salah kalau saya ingin manganjak kepada perubahan yang baik kan.... lepas tu ajak ramai2 pulak kan... Jom lah. Sama-sama kita belayar dalam bahtera ini. CUMA sedikit keberanian je diperlukan. Adoish, itulah yang sukar dari dulu sampai sekarang. Saya mesti berani!!! mesti!

TATA
I/O chart menanti neh
Jugak prosedur memberi makan
Jom siapkan lesson plan jom
CABARAN BERMULA SAAT INI
T______T

Sunday, February 13, 2011

kisah pedas-pedas, hot!

Assalamualaikum

13 februari 2011. 
Lagi satu hari je lagi untuk genap sebulan sebagai permastautin di tanah UTARA ini. Kalau ikutkan, satu bulan merupakan tempoh yang elok2 atau dan dan lah untuk beradaptasi dengan tempat ini. Tapi...

Tapi... perut saya masih belum beradaptasi sepenuhnya dengan makanan utara yang bersifat pedas-pedas di sini T_______T

Saya suka makanan pedas, tapi bukan sangat pedas. Saya suka makan pedas, tapi bukan hari-hari pedas. Saya suka cili api, tapi bukan berapi-api. Saya suka pedas, tapi bukan kepedasan. Saya suka manis (stereotype kelantanist sweety i am) tapi bukan sinis T_____T

wokeh, Alkisah, tak ada satu kafe pun wujud di dalam KJM Kangar ini. Kalau ada pun, hanyalah dewan makan pelajar yang hanya menyediakan makanan mengikut frekuensi 3 kali hidangan utama sahaja. Sebagai langkah mengelakkan kebuluran, saya terpaksa mengambil pakej RM 6.50/day ini. Jimat memanglah jimat... tapi.. tapi... tapi..  eh, tak baik merungut dengan harga semurah itu, kufur nikmat!

Kalau namanya mengikut pakej, makanya saya tidak mempunyai pilihan lain dalam pemakanan, melainkan apa yang dihidangkan. Bayangkan, kalau pagi2 dapat makan roti dua keping jek, adakah perut berkapasiti 4 kliter ini mampu bertahan sehingga satu tengah hari untuk lunch?? 

Ok, itu bab makan pagi secuit jek... ini bab makan pedas pulak. alkisah, sepanjang minggu lepas.... tiap-tiap hari saya berpeluang makan nasi lemak. Sambal tumis dia.... adoish, tak usah cakaplah, pedas yang amat. Sepanjang hari, suhu dalam perut mencapai tahap maksimum, panas wo.... memulas-mulas dalam usus besar nih, sehingga terasa penat bertapa dalam toilet tiap-tiap hari T_____T ada gaya-gaya kete yang temperature tengah naik la jugak, tak mampu memproduktif, lemau jek sepanjang hari.

Bila hari-hari breakfast nasi lemak, dalam kepala otak terus teringat nasi kerabu kuah tumis, nasi berlauk ayam gulai. Uh, saya rindukan kg Bujok terchenta. Nak makan nasi kerabu keler biru! nak jugak makan nasi kuah ayam gulai. Kalau boleh,tiap-tiap pagi nak ngadap nasik-nasik tu dulu sebelum pergi punch card.. Dah la harge murah, RM 1.50 je sebungkus,kenyang dan sangat berbaloi-baloi untuk nilai wang dan poket. windu T_____T

Kalau anda mempunyai lidah dan perut seperti saya, barulah anda akan paham. Susah sungguh nak jumpa makanan tak pedas disini. Semuanya pedas-pedas belaka. Kalau lunch kat luar, saya terpaksa makan nasi dengan kuah yang minimum, dengan kata lain, seperti tak ada kuah langsung. Hatta sup jugak pedas, apa lagi yang boleh saya makan dengan rakus di sini? Tapi, itu masih boleh diterima lagi kan, bagaimana pulak kalau spageti prawn oleo kat Pizza Hut pun boleh bersifat pedas? sungguh-sungguh ni, bukan tipu2.

Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan kali pertama saya berada di utara. 5 tahun ke belakang, saya menuntut ilmu di Changloon, Kedah (tempat pertama pertemuan dengan encik buah hati terchenta, nostalgik sungguh KMK neh)... Dulu, lidah, tekak dan perut saya boleh beradaptasi, tapi kini.. sangat susah. Adakah ini merupakan salah satu ciri-ciri ketuaan? T____T


Semoga saya akan cepat beradaptasi dengan makanan disini memandangkan saya bercadang untuk tinggal disini dalam tempoh yang lama. Tambahan lagi, saya bercadang untuk menambahkan kapasiti, kuantiti dan kualiti simpanan adipose tissue didalam badan, sekaligus meluaskan lagi interval jarum penimbang berat bila susuk ini berdiri diatasnya.


Semoga cepat menjadi kenyataan. Perkenankanlah ya Allah~~


saya suka propranolol
melebihi kesukaan kepada piriton
????

Sunday, February 6, 2011

seminggu pertama di KJM Kangar

Assalamualaikum

Tidak sampai sebulan gelaran penjawat awam telah aku sandang, namun penatnya terasa bagaikan sudah terlalu lama  mencurah keringat di arena ini. Kesakitan di tulang belakang tatkala menyiapkan plan pengajaran dan persembahan power point masih lagi mencucuk-cucuk, berbisa seperti telah mengalami vertebra slip dislocation. (Nauzubillah)

Aceh,,,, ayat ini kelihatan skema, seperti ingin menyertai pertandingan menulis cerpen pulak gayanya. Tapi, cerpen satu perenggang ajo lah eh.. tak larat kot nak mengarang ayat-ayat cam gitu dengan banyaknya. HAHA, tak kelakar pun.

Menjadi pengajar ini rupanya tidaklah mudah. HUHU, ada ke kerja yang mudah? duduk je dapat duit... adeh, macam keje jaga tol lah pulak. Sambil duduk, gaji berjalan. pom pom hon berbunyi apa kes????

Wokeh, kembali kepada cerita asal... Dulu, masa belajar dulu2 lah... saya tengok lecturer ni macam rileks je. Masuk kelas, pong pang pong peng bercakap. Pastu keluar, pergi makan. Senang sungguh gayanya. Tapi..... disebalik tuh, rupanya susah jugak iya. Meh baca apa yang berlaku sepanjang minggu pertama yang meruntung jiwa ini:

1. Menyiap lesson plan, lesson note dan power point presentation

KKM mempunyai format tersendiri dalam menghasilkan lesson plan. Memang tak sama dengan format yang saya belajar dulu. Mengikut KKM, plan pengajaran hanya mengandungi objektif, perancangan waktu, alat bantu mengajar, aktiviti pengajar dan pelatih serta penilaian. Manakala, isi kandungan pembelajaran pula berada dalam sheet berasingan, yang dikenali sebagai lesson note. Makanya, format KKM ini kelihatan lebih kemas dan tidak padat seperti yang saya buat masa zaman ritu2 lah. 

Sepanjang proses menghasilkan lesson plan & note nih, tahap stress adalah pada tangga yang sangat tinggi. Segala-galanya kelihatan susah, dan memenatkan. HADOIH. Rembesan hormon serotonin pulak memang tinggilah sangat2 (tapi tak dapat dibuktikan sebab tak g buat blood test pun =P), seiring dengan itu, pengumpulan acid laktik jugak berlaku dengan banyaknya terutama di kawasan lengan dan betis. Hal ini dibuktikan dengan rasa lenguh yang amat seperti berlari sejauh 5 km setiap hari T_____T

2. Quality of life? 

Wokeh, bacalah luahan dibawah dan nilaikan bagaimanakah kualiti kehidupan saya dalam tempoh seminggu itu.... silakan silakan...


Waktu tidur  telah berubah. Setiap hari, saya akan tidur pada jam 2 pagi dan bangkit pada jam 6.30 pagi. Tempoh 4 jam setengah yang sangat berkualiti, kalau jagi gempa bumi belum tentu terjaga neh..... Makanya, bolehlah dipanggil beuty sleep walaupun tak berapa nak cantik. 

Tiap-tiap hari bila nak tidur jek, terasa seperti satu badan mengalami kelumpuhan. Otak saya masih lagi dok pikir2 pasal kerja, tapi badan rasa tak larat dah nak bangkit buat kerja, rasa sangat berat sampai tak boleh nak gerak. Agaknya, macam nilah perasaan orang yang mengalami kelumuhan... Muhasabah.....

Dengan serious saya mengakui, time tuh memang terasa sangat busan dengan rutin tiap-tiap hari. Apa tak nya, pagi-pagi lepas punch card, terus bukak komputer buat kerja, Lepas rehat, sambung kerja lagi. Pastu punch card, balik bilik then sambung buat kerja lagi sampailah tertidur pada jam 2 pagi. 

Makanya, pendapat anda????? T____T

3. Kerja-kerja lain....

Dalam pada tengah sibuk2 buat lesson plan, dok pikir kerja lain lagi..... apa dia? Ni hah, Skill lab yang tak berapa nak siap. Ianya adalah dibawah tanggungjawab saya dan Mahani. Adoish, kali pertama tengok skill lab dia, sentap habis. Semua benda belum di set up lagi.... Nak tak nak, memang kami lah yang kena siapkan, Ada dateline pulak tuh, kena siap sebelum kursus teaching methodology, 21 February nih... Adoish., Doakan kami berjaya ye..


4. Pelatih-pelatih

hah, bab ni memang mengujakan. Kalau dulu, istilah pelatih memang sangat asing bagi saya. JP (Jururawat pelatih), JMP (Jururawat masyarakat pelatih).... memang tak pernah didengari sewaktu bergelar STN (Student nurse) di UKM. Sememangnya sistem IPTA dan kolej latihan KKM mempunyai beza yang besar... Bukan takat beza panggilan jek, pengurusan pun lain-lain. Makanya, adaptation is a must!! Bak kata pepatah Melayu, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang rimau, mengucap banyak2, panjat kandang.hehe.

Sebagai pengajar di KKM, jangan terperanjat bila semua pelatih akan berdiri dan mengucapkan salam secara  beramai2 seperti disekolah ya kawan2. Lepas mereka bagi salam, jangan lupa untuk persilakan mereka duduk sebab selagi anda tak bagi mereka duduk, mereka akan berdiri jelah. Bagus mereka=mereka nih. Ini merupakan suasana baru bagi saya.... so, memang saya sangat terkejut dengan situasi itu.... Lagi satu, saya tak biasa bila saya yang masuk ke tempat mereka, tetapi mereka yang bagi salam.... sepatutnya tetamu lah yang memberi salam kan.... So, kena lah biasa-biasakan sebab itu adalah budaya disini.

Okeh, cuba teka, berepakah umur pelatih-pelatih disini? Tet tet tet.............

Mengharukan, mereka adalah rakan sebaya jek. Walaupun baru berada di semester satu tapi umur dah 25-26 tahun. Terkesima cikgu nak ngajar. huhu Tapi, seronok mengajar mereka-mereja nih, ceria sepanjang masa. Harap-harap ceria itu tanda paham ya murid-murid.


5. Rakan setugas 

Disebabkan ini adalah kolej baru, pelatih pulak seramai 90 orang sahaja, makanya pengajar yang ada cumalah 6 orang sahaja. Mungkin tunggu pelatih menjadi semakin ramai barulah bilangan akan ditambah kepada bilangan yang sepatutnya...

Buat masa nih, saya masih lagi dalam proses erkenalan dengan mereka..... Tak kenal maka tak cinta kan.... So, terlalu awal lagi nak bagi komen2 pasal rakan setugas neh....Karang kan iya2 dok kutuk, rupanya2 dowang ni baik2 je. Tak pun, iya2 dok puji, rupa2nya talam bermuka-muka pulak.. huhuhk

Makanya, Jom.... kenali rakan sekerja kita... Wujudkan suasana yang harmoni supaya hati senang... kerja pun tak stress kan kan kan

Wokeh, kisah seminggu bekerja sudah tamat. Perkongsian yang pendek jek...... Nak panjang2 lagi tapi tak tau nak menyusun ayat. Nanti story lagi yek. 

TATA