Wednesday, January 13, 2010

I'm not a lucky person in friendship =(



Apa masalah pulak ni? huk.. hari ni minda saya melayang2 mengingatkan peristiwa yang telah terjadi semalam... Sewaktu saya terserempak dengan seorang kawan, yang mungkin tidak lagi menganggap saya sebagai kawan nya... sedih kan.. terasa macam diri ini bagai kawan yang tak dianggap kawan.. alahai, macam lagu kasih yang tak dianggap la pulak. OK2, jom kita hayati lirik lagu tuh.




aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah


aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah



OK, fokus kepada part yang saya telah highlight je ok. yang lain tu macam entah pape tapi sengaja diletakkan sebab saya pernah mempunyai perasaan itu sedikit masa dahulu.. Saya rasa banyak sangat kekurangan pada diri ini. Setiap kali saya ada bestfriend, setiap kali itu jugaklah saya akan kehilangan mereka... tegah cuba bermuhasabah setelah peristiwa itu berlaku. Saya harap saya tak akan kehilangan lagi.......


Saya sangat sedih =( kenapa dia cuba lari dari saya? kenapa dia tidak mahu lagi berkawan dengan saya? Adakah terlalu mahal harga sebuah persahabatan dalam hidup dia sehinggakan apa yang saya tawarkan masih tidak cukup..adakah tempoh sebulan sudah cukup untuk menghilangkan kenangan selama hampir 5 tahun.. Jatuh bangun bersama2, makan pun boleh kongsi sepinggang semangkuk.. tapi sekarang? Ok,... tak nak fikir lebih2 dah. Lidah saya terlalu kaku untuk menuturkan pasal ni, hanya jemari yang berani bersuara untuk menyampaikan isi hati.


Biarkan keyboard berbicara =I


Semoga kita akan menjadi sahabat yang baik buat sahabat kita... hargai setiap detik bersama kawan kerana mungkin mungkin suatu hari nanti ia tidak akan berulang lagi.. apa yang tinggal hanya kenangan yang mungkin tidak mahu diingati.


mengapa saya begitu emo ni? ahhhhh.. tak nak sedih2... OK2.. nak lupakan, nak lupakan, nak lupakan....

=(




Tuesday, January 12, 2010

SPA on line

Seronok sungguh rasanya hari ni.. mengisi borang SPA secara berjemaah kat rumah Kam bucuk hahah, kita panggil bucuk kat kam sebab dengki kat dia. ada ke patut dia  kata kita bucuk kt fb dia. kita wangi tau =P

Alkisah kitowang suma sangat bermotivasi untuk mengisi setelah mendapat kata-kata perangsang dan cetusan semangat dari Kak Mena.. senior yang berjaya mendapat post Jururawat U41. Jumpa kat hospital tahun depan ta kak.. tak sabar nak kerja nih ehehe..

Keadaan skang sangat kritikal. Suma orang dah syahid angkara penat mengisi borang tersebut.. Kam bucuk  dengan jijah wangi je yang masih lagi berjuang kat depan laptop ni =P.Ok2, kita salahkan aplikasi SPA online tuh kerana telah menyebabkan kawan2 saya syahid kat ruang tamu,  tapi pengecualian bagi kak fatin. Dia up sket sebab  syahid kat atas katil una.  ...

penat ke isi borang SPA?


Ya... memang penat sebab nak kena pilih 5 jawatan yang berkaitan. .. saya cuma nak jawatan Jururawat U 41 je, bukan jawatan yang yang tak ada kaitan dengan apa yang saya belajar, patutkah saya isi jawatan2 lain? huk!.. Namun begitu, demi untuk mempastikan kelancaran permohonan itu, makanya saya telah mengisi jawatan Pengajar Jururawat, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Sekitar, Pegawai Kesihatan dan Jurusolek B17 hahah yang ni tipu jek.. ntah la, lagi satu saya lupa =P


Lepas tu yang saat paling malas bila masuk bahagian keputusan SPM dan aktiviti koko.. Alamak... terpaksa sekali lagi melalui saat2 mengingati result exam. sudah lupa la... Aktiviti koko pun main campur je kat sekolah dengan universiti. harap2 dia terima. Tak sangka pulak aktiviti koko nak kena isi gak.. ingat dah tak pakai.


Alhamdulillah... saya dah menyelesaikan permohonan SPA dengan jayanya..anda bila lagi? ehehe.. Marilah kita pakat ghamai2 kijo dengan kerajaan Malaysia. Dah ada duit nanti kita wat bussiness pulak ek =P


Biarkan Keyboard Berbicara =D



bakal jururawat

Green upload

Alhamdulillah...
Sungguh gembira rasanya bila blog ni dah boleh upload gambar dan save text yang saya dah taip =D itu pun lepas tukarkan setting kat latest editor.. Nak lepas gian upload gambar.. taruk gambar banyak2. hahahah. balas dendam kat blog yang dah melakukan kekejaman selama beberapa hari.



sila baca maksud tersirat disebalik nama saya =P




baby mouse kaler hijau





cooler fan: jugak bewarna hijau



my green lappy




Ok, dah malas nak upload dah... Sebab dah puas hati sangat =D

Biarkan keyboard berbicara =D





Sunday, January 10, 2010

Mesej kepada Kunciboard

Kepada: Blog tersayang

Daripada: Penulis kehampaan

Mesej:

Saya rasa kecewa sebab awak tak benarkan saya upload gambar dan menghilangkan etri yang saya dah type semalam. Saya betol2 kecewa dengan awak wahai blogku. Sampai hati awak buat perangai ek... macam mana saya hukum awak ni hah? tak meng-up-date entri berbulan2 lamanya? tiadak2, sudah tentu saya tak akan buat sebab nanti saya yang merana sebab awak dah jadi diari saya sekarang ni. huh. Saya harap awak tak buat perangai ni lama2 eh......





Saturday, January 9, 2010

Karnival filem Gerontology


Mencari Filem Menarik Untuk dikaji

Adakah anda pernah menonton filem atau cerekarama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon yang telah berusia? Jika ya, sila namakan tajuk filem atau pun cerekarama tersebut. Kerjasama anda amat dihargai dan saya akan mendoakan agar anda memperoleh kebahagian hidup didunia dan kesejahteraan hidup di akhirat kelak... itu sahaja yang mampu saya bagi, setulus doa yang ikhlas dari hati yang murni... Nak belanja makan ke, beli hadiah ke... tak mampu sebab saya pun tengah mencatu makan skang ni...... makin kurus la nanti...huk.



Ok2, berbalik kepada tadi, sebenarnya saya masih lagi tercari2 filem untuk di download bagi assignment subjek gerontology,ilmu yang mengkaji mengenai orang2 tua yag sudah berumur 65 tahun dan ke atas. Saya dan ahli kumpulan akan kaji karektor yang dibawa oleh warga emas terbabit berdasarkan watak yang dipegang.



DAD

Terasa macam nak tukar tajuk dad tu kepada sad. huhuk.. Nape? sebab saya dah silap download movie.. sedih wooooooooo...huk huk huk T.T Punyelah penat nak tunggu movie tu habis download, tapi bila siap tengok .... jeng jeng jeng ..........rupanya karektor utama dia adalah si anak, bukanya bapak dia ishh... lain kali tukar la tajuk dia kepada son. kan senang... dah la cerita dia pasal yahudi yang tinggal kat Rusia... allergic dengar perkatan yahudi ni..walaupun bukan semua yahudi jahat... tapi dok nampak yang jahat tu jek.. sebab sakit hati tengok penaklukan al-Aqsa dan penindasan rakyat Palestin. tak suka betol....



Alkisah, sepatutnya kami mendownload filem dad yang lain... bukan yang versi Rusia tuh. huk. Tak sangka la pulak banyak filem nama dad ni. dugaan2. Inilah namanya cabaran menyiapkan assignment, kalu la Puan Siti baca blog saya ni, harap Puan dapat bagi markah penuh atas kesungguhan anak murid yang bernama Amirah Fatin, Nurul Syifak dan Noorazizah serta penghuni L 13-A-7 yang sanggup menumpangkan pancaran kasih sayang streamyx kepada kami.


OK2, nak balik kepada topik tadi. Adapun movie yang saya cari tadi mestilah dilakonkan oleh orang2 tua, orang muda yang make-up jadi tua tak aci eh..... movie yang tua pun tak aci gak... manalah tau nanti ada orang cadang Nujum Pak Belalang ke... tak nak la yang tu sebab pelakon dia muda, movie je yang dah tua =D










Wednesday, January 6, 2010

Saya Yang Pensenyap a.k.a pendiam



Bila saya berada di tengah2 keramaian, saya akan mesenyapkan diri. Bila yang ramai itu bertanya mengapakah kamu senyap sahaja? saya akan jawab saya memang penyenyap. Sebenarnya memang saya jenis yang tak banyak bercakap dalam susana yang aktif dengan bunyi2an orang bercakap. Jadi, tiada apa yang pelik bila saya senyap.. jangan risau ye =D




peramah tapi pendiam


Itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan diri saya. Bunyi macam pelik.. wujudkah orang yang pendiam tapi peramah? biasanya orang yang peramah ni jenis yang banyak bercakap. heeeee.. tak nak cakap lebih2 dah sebab rasa macam tak kenal diri sendiri pulak. uhuk =(


Bukankah diam itu lebih baik dari berkata2? kadang2 kata2 boleh memakan diri sendiri.. bab kata pepatah melayu sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Bestnye makan pulut dengan pengat durian.. sangat sedap la. Ok2, lupakan durian, nak cakap pasal penyeyap ni. Saya yang penyenyap.. tapi suka memerhati. Saya perhatikan tingkah laku orang, apa yang baik jadikan ikutan, apa yang buruk jadikan tauladan. Jarang saya nak tegur2 apa yang orang buat sebab saya tak ada keberanian nak menegur.. Ish2... penakut kan.


periang, pengedik, hahah



Tapi....... walaupun penyeyap, saya akan bising kat tempat lain. contoh, kat dalam blog ni la.... eiiiiiiiiii.. So, kalau lidah kelu untuk berbicara, maka biarkan jemari melakar kata2 =P Biarkan Keyboard Berbicara =D




Monday, January 4, 2010

Budget jangan tak Budget


Apakah yang dapat anda berbelanja makan dengan hanya RM 12.90 untuk 3 hari merangkumi makan tengah hari dan malam?

Q : Uiks cikmisi.. betoi ka boleh belanja banyak tu je untuk 3 hari?

cik misi : iye2, betol la sangat

Q : tak percaya lah

cik misi : baik ko percaya, kalau tak aku.... ops, dilarang menggunakan kekerasan disini. I'm sorry

Q : buktikan..

cik misi : OK2, jom kita g kedai Yuzul


alkisah, makanya saya pun pergi ke Kedai Yuzul untuk shopping barang2 dapur. Mula2 wat list apa yang nak beli dulu, maklumlah.. tengah pokai katakan.. JPA oo JPA, bila mau masuk duit ni? Ok, teruskan perjalanan ke kedai. Time tu saya dah berbajet nak belanja sebanyak RM 20 bagi makan selama 3 hari.. harap2 jangan lebih belanja.. nanti lari bajet.. susah wooooooo.


Ok then pilih memilih barang pun bermula. Saya ambik barang2 ni:
  1. 3 batang serai = 50 sen
  2. 2 biji tomato = 50 sen
  3. satu batang lobak merah = 30 sen kot...
  4. satu ikat kangkung = 70 sen
  5. satu ikat kacang panjang (6batang je kot) = 40 sen kot
  6. bawang putih dan bawang merah = RM 1.5
  7. Udang (bape ekor ntah ~~lupa la~~) lupa harge
  8. Sotong (4 ekor sahaja, bersaiz besar) pun lupa harge
  9. cili boh = 60 sen
  10. cili api = 70 sen
  11. perencah tom yam = RM 1
  12. Yang penting masa bayar tu, pakcik tu cakap RM 12.90

OK, menu apa yang saya masak dengan barang2 tu semua? tapi before tu, nak bagitahu ni semua yang saya senaraikan hanyalah untuk makan sowang ek... sebab saya bersendirian kat rumah sepanjang cuti ni...


SABTU :
lunch: paprik udang + sotong dan nasi putih
dinner: sama seperti diatas.. masak lebih sebab tak mo masak banyak kali =P

AHAD:

breakfast: nasi goreng.. kali ni bukan macam hari tu kali ni punya siap taruk kangkung, sotong dan lobak merah serta telur
lunch: makan je nasi pagi tadi sebab breakfast pub dah pukul sebelas...lgpun masak banyak la jugak
dinner: tom yam seafood + kangkung goreng + nasi putih (masak lepas maghrib, tapi makan lepas ishak)

ISNIN:

breakfast: nasi dan lauk yang masak malam tadi lor..banyak lagi, tak kan nak bazir kan =P
Lunch: telur dadar dengan sayurgoreng (aik, mana aci, Q: dalam list tak ada senarai telur pun.. cik misi: haha, suka hati orang la nak taruk apa pun =P)
Dinner: tak tau la.... barang2 yang dibeli dah abis lor =(



cik misi bersama rakannya.masih boleh tersenyum walaupun kesempitan =D



P/S: Masih berharap JPA segera masukkan duit~~





Biarkan Keyboard Berbicara =(