Sunday, January 10, 2010

Mesej kepada Kunciboard

Kepada: Blog tersayang

Daripada: Penulis kehampaan

Mesej:

Saya rasa kecewa sebab awak tak benarkan saya upload gambar dan menghilangkan etri yang saya dah type semalam. Saya betol2 kecewa dengan awak wahai blogku. Sampai hati awak buat perangai ek... macam mana saya hukum awak ni hah? tak meng-up-date entri berbulan2 lamanya? tiadak2, sudah tentu saya tak akan buat sebab nanti saya yang merana sebab awak dah jadi diari saya sekarang ni. huh. Saya harap awak tak buat perangai ni lama2 eh......





Saturday, January 9, 2010

Karnival filem Gerontology


Mencari Filem Menarik Untuk dikaji

Adakah anda pernah menonton filem atau cerekarama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon yang telah berusia? Jika ya, sila namakan tajuk filem atau pun cerekarama tersebut. Kerjasama anda amat dihargai dan saya akan mendoakan agar anda memperoleh kebahagian hidup didunia dan kesejahteraan hidup di akhirat kelak... itu sahaja yang mampu saya bagi, setulus doa yang ikhlas dari hati yang murni... Nak belanja makan ke, beli hadiah ke... tak mampu sebab saya pun tengah mencatu makan skang ni...... makin kurus la nanti...huk.



Ok2, berbalik kepada tadi, sebenarnya saya masih lagi tercari2 filem untuk di download bagi assignment subjek gerontology,ilmu yang mengkaji mengenai orang2 tua yag sudah berumur 65 tahun dan ke atas. Saya dan ahli kumpulan akan kaji karektor yang dibawa oleh warga emas terbabit berdasarkan watak yang dipegang.



DAD

Terasa macam nak tukar tajuk dad tu kepada sad. huhuk.. Nape? sebab saya dah silap download movie.. sedih wooooooooo...huk huk huk T.T Punyelah penat nak tunggu movie tu habis download, tapi bila siap tengok .... jeng jeng jeng ..........rupanya karektor utama dia adalah si anak, bukanya bapak dia ishh... lain kali tukar la tajuk dia kepada son. kan senang... dah la cerita dia pasal yahudi yang tinggal kat Rusia... allergic dengar perkatan yahudi ni..walaupun bukan semua yahudi jahat... tapi dok nampak yang jahat tu jek.. sebab sakit hati tengok penaklukan al-Aqsa dan penindasan rakyat Palestin. tak suka betol....



Alkisah, sepatutnya kami mendownload filem dad yang lain... bukan yang versi Rusia tuh. huk. Tak sangka la pulak banyak filem nama dad ni. dugaan2. Inilah namanya cabaran menyiapkan assignment, kalu la Puan Siti baca blog saya ni, harap Puan dapat bagi markah penuh atas kesungguhan anak murid yang bernama Amirah Fatin, Nurul Syifak dan Noorazizah serta penghuni L 13-A-7 yang sanggup menumpangkan pancaran kasih sayang streamyx kepada kami.


OK2, nak balik kepada topik tadi. Adapun movie yang saya cari tadi mestilah dilakonkan oleh orang2 tua, orang muda yang make-up jadi tua tak aci eh..... movie yang tua pun tak aci gak... manalah tau nanti ada orang cadang Nujum Pak Belalang ke... tak nak la yang tu sebab pelakon dia muda, movie je yang dah tua =D










Wednesday, January 6, 2010

Saya Yang Pensenyap a.k.a pendiam



Bila saya berada di tengah2 keramaian, saya akan mesenyapkan diri. Bila yang ramai itu bertanya mengapakah kamu senyap sahaja? saya akan jawab saya memang penyenyap. Sebenarnya memang saya jenis yang tak banyak bercakap dalam susana yang aktif dengan bunyi2an orang bercakap. Jadi, tiada apa yang pelik bila saya senyap.. jangan risau ye =D




peramah tapi pendiam


Itulah ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan diri saya. Bunyi macam pelik.. wujudkah orang yang pendiam tapi peramah? biasanya orang yang peramah ni jenis yang banyak bercakap. heeeee.. tak nak cakap lebih2 dah sebab rasa macam tak kenal diri sendiri pulak. uhuk =(


Bukankah diam itu lebih baik dari berkata2? kadang2 kata2 boleh memakan diri sendiri.. bab kata pepatah melayu sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Bestnye makan pulut dengan pengat durian.. sangat sedap la. Ok2, lupakan durian, nak cakap pasal penyeyap ni. Saya yang penyenyap.. tapi suka memerhati. Saya perhatikan tingkah laku orang, apa yang baik jadikan ikutan, apa yang buruk jadikan tauladan. Jarang saya nak tegur2 apa yang orang buat sebab saya tak ada keberanian nak menegur.. Ish2... penakut kan.


periang, pengedik, hahah



Tapi....... walaupun penyeyap, saya akan bising kat tempat lain. contoh, kat dalam blog ni la.... eiiiiiiiiii.. So, kalau lidah kelu untuk berbicara, maka biarkan jemari melakar kata2 =P Biarkan Keyboard Berbicara =D




Monday, January 4, 2010

Budget jangan tak Budget


Apakah yang dapat anda berbelanja makan dengan hanya RM 12.90 untuk 3 hari merangkumi makan tengah hari dan malam?

Q : Uiks cikmisi.. betoi ka boleh belanja banyak tu je untuk 3 hari?

cik misi : iye2, betol la sangat

Q : tak percaya lah

cik misi : baik ko percaya, kalau tak aku.... ops, dilarang menggunakan kekerasan disini. I'm sorry

Q : buktikan..

cik misi : OK2, jom kita g kedai Yuzul


alkisah, makanya saya pun pergi ke Kedai Yuzul untuk shopping barang2 dapur. Mula2 wat list apa yang nak beli dulu, maklumlah.. tengah pokai katakan.. JPA oo JPA, bila mau masuk duit ni? Ok, teruskan perjalanan ke kedai. Time tu saya dah berbajet nak belanja sebanyak RM 20 bagi makan selama 3 hari.. harap2 jangan lebih belanja.. nanti lari bajet.. susah wooooooo.


Ok then pilih memilih barang pun bermula. Saya ambik barang2 ni:
  1. 3 batang serai = 50 sen
  2. 2 biji tomato = 50 sen
  3. satu batang lobak merah = 30 sen kot...
  4. satu ikat kangkung = 70 sen
  5. satu ikat kacang panjang (6batang je kot) = 40 sen kot
  6. bawang putih dan bawang merah = RM 1.5
  7. Udang (bape ekor ntah ~~lupa la~~) lupa harge
  8. Sotong (4 ekor sahaja, bersaiz besar) pun lupa harge
  9. cili boh = 60 sen
  10. cili api = 70 sen
  11. perencah tom yam = RM 1
  12. Yang penting masa bayar tu, pakcik tu cakap RM 12.90

OK, menu apa yang saya masak dengan barang2 tu semua? tapi before tu, nak bagitahu ni semua yang saya senaraikan hanyalah untuk makan sowang ek... sebab saya bersendirian kat rumah sepanjang cuti ni...


SABTU :
lunch: paprik udang + sotong dan nasi putih
dinner: sama seperti diatas.. masak lebih sebab tak mo masak banyak kali =P

AHAD:

breakfast: nasi goreng.. kali ni bukan macam hari tu kali ni punya siap taruk kangkung, sotong dan lobak merah serta telur
lunch: makan je nasi pagi tadi sebab breakfast pub dah pukul sebelas...lgpun masak banyak la jugak
dinner: tom yam seafood + kangkung goreng + nasi putih (masak lepas maghrib, tapi makan lepas ishak)

ISNIN:

breakfast: nasi dan lauk yang masak malam tadi lor..banyak lagi, tak kan nak bazir kan =P
Lunch: telur dadar dengan sayurgoreng (aik, mana aci, Q: dalam list tak ada senarai telur pun.. cik misi: haha, suka hati orang la nak taruk apa pun =P)
Dinner: tak tau la.... barang2 yang dibeli dah abis lor =(



cik misi bersama rakannya.masih boleh tersenyum walaupun kesempitan =D



P/S: Masih berharap JPA segera masukkan duit~~





Biarkan Keyboard Berbicara =(

Saturday, January 2, 2010

Tag daripada Kak Tie

Dah lama rupanya sepupu saya tag benda ni...Very sorry ye Kak tie, lama sangat dekpun tak jengok blog... dok rumah buke ada tenet nih..tambah2 lagi nak exam, xcare tengok blog oghe lain, dok update blog sendiri jah.. uhuk




Ok, soalan pertama berbunyi:

a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award

  1. Dia ada seorang baby yang sangat cute bernama Naurah Adni. Baby yang menjadi rebutan sedara2 yang lain bila balik kampung sebab before ni baby ni lah yang menjadi penghibur budak2 ni.. Comel la dia,.
  2. Ayah dia nama Che Ahamat, merangkap abang kepada ayah saya, jugak bapak saudara kepada saya dan atok sedara kepada anak2 saya.. =P haha berangan dah ada anak. Lebih dikenali sebagai Pok tengoh yah, nape ada yah? cam tak ada kaitan dengan nama dia. saya tak tau nape.. Kaktie sila jawab. ehehe. pok tengoh ni cikgu ngaji quran saya masa budak2 dulu.
  3. Orang pertama dalam keluarga besar Che Seman bin Abdul Rahman yang berjaya dapat 5A dalam UPSR, berjaya g asrama penuh and masuk U. Masa kecik2 dulu ma&ayah sokmo kata, jadilah macam kaktie, tak pernah ponteng sekolah, sebab tu dia dapat 5A. Paling kelakar, time tu saya konpius perkatan conteng dengan ponteng.. So, saya assumed, kalau kita tak conteng sekolah kita akan jadi pandai. ehee.. maklumlah, baru darjah dua time tu.. cumel jugak aku ni ek =P
  4. Menjadi idola saya masa budak2 dulu.. nak jugak dapat 5A, nak jugak g sekolah asrama penuh
  5. Dia pakai spek masa sekolah menengah. Dulu saya kagum sangat dengan orang pakai spek ni dan pernah menanam cite2 nak pakai spek jugak. tapi....... bila mata saya rabun, saya kagum dan jelous dengan orang yang tak rabun.. Leceh betol kalau pergi tempat2 yang best sangat tapi saya lupa bawa spek. kerugian yang besar. tak suka pakai spek mata.



Soalan ke-2 berbunyi:

b. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies..

  1. Saya suka membaca, sangat suka. Buku yang paling saya suka adalah novel daripada novelis thriller terkenal di Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Buku dia yang paling saya minat adalah trilogi bagaikan puteri. Best! tiap2 bulan, saya tak akan missed baca mastika, manakala tiap2 hari ada je apa2 buku, risalah or blog yang akan saya baca.
  2. Selain membaca, saya suka menulis. Sebelum buat blog, saya ada buku catatan ala-ala diari yang merangkumi segala isi hati saya. siap tampal gambar lagi. selain itu, conteng2 jugak merupakan kesukaan saya.
  3. Bila pergi mana2 tempat baru, saya suka snap gambar tong sampah. tahukah anda, setiap tempat mempunyai tong sampah yang unik dan tersendiri? sebenarnya macam buang tebiat pun ada jugak =D
  4. Suka sangat dengan kaler hijau. Suma benda yang saya beli akan bewarna hijau, jika tidak, akan ditukarkan kepada hijau. contoh, laptop saya dah berubah kepada kaler hijau, mouse, dan kipas cooler pun kaler hijau gak..lengkap satu set komputer hijau. Selain itu, selimut, tuala dan beg galas jugak bewarna hijau.
  5. Bakal menjadi misi cumel =P
  6. Mempunyai masalah menyebut perkataan pekong (loghat kelantan bermaksud baling), biasanya saya akan sebut pek kong. selalu ditertawakan oleh kakpah. uhuk
  7. Bersemangat tinggi untuk mendapatkan berat badan yang ideal, dengan kata lain sekarang ni tengah underweight
  8. Teringin nak melawat zoo negara sekali lagi..... kekawan, jom!
  9. Tak suka shopping.. ada jugak perempuan macam ni ek. Daripada jalan2 tengok baju2 yang tak akan dibeli,baik saya pergi ke air terjun, jungle tracking, pusat sains, zoo negara ke........ dapat jugak ilmu. dapat cuci mata. eheeeeee
  10. Adoi........ kena bagitau sampai sepuluh ke? yelah2, last sekali..... orang selalu cakap saya orang penang, anak mami, keturunan mamak ler.. sampaikan bila g mana2 mesti akan dimengorat oleh mamak... haha, perasan. tapi betol... mesti ada jejaka2 mamak yang akan bertanya bila jumpe saya. Last sekali dowang yang kecewa sebab I tak layan. eheheh
c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them

  1. hahhaha........ yang ni malas nak tag kat sape2
  2. sorry kaktie
  3. terpaksa hentikan chain sampai sini jek
  4. peace
  5. jangan marah yer... nanti cepat tua










Nasi Goreng ilham JPA




Selamat tahun baru buat diri saya..seperti biasa, setiap kali tahun baru, pasti saya akan bersorang-sorangan kat rumah... Tapi, jangan jadikan itu sebagai faktor kejatuhan semangat yang berkobar2. Perjuangan mesti diteruskan, jangan syahid diatas katil sehari semalam sebab tak ada teman... Internet kan ada, movie pun banyak yang tengok lagi ni =P


OK2, alkisah pagi tadi, bangkit dari katil pagi tadi terus teringat kat buah hati yang jauh di mata dekat di hati=P dan jugak teringat kat nasi malam tadi yang masih belum habis lagi.. terpikir2, perlu ke panaskan balik? alahai.. tak nak! dah jemu makan nasi dengan ikan masin kat umah ni. Nak lauk lain pulak.. tapi malas nak keluar rumah pergi beli lauk. huh!


Akhirnya muncul sebijik mentol yang menyala2 dengan terang kat atas kepala saya.. ceh, cam cerita kartun. hehe. saje nak hiperbola sket.. hipehoki pun tak apa jugak =P Nak buat nasi goreng lah.. tetapi =( stok bahan mentah kat rumah dah abis.. bawang putih, bawang merah, cili kering, cili boh, cili padi, mak cili, bapak cili, anak cili... suma tak ada. Sayur-sayuran pun tak ada... tak sedap la nasi goreng saya nanti.. ceh, cam sedap sangat masak ko selama ni =P



Namun, semua itu bukanlah satu penghalang untuk saya membenamkan impian makan nasi goreng homemade hari ni.. Makanya, saya meninjau2 di segenap dapur.. Ok, ramuan yang telah saya jumpe:
  1. nasi wajib ada.. kalu tak ada memang tak akan jadi la
  2. minyak masak kalu tak ada boleh diganti majerin atau mentega, tapi tak boleh diganti dengan minyak diesel atau minyak kereta
  3. kicap nasib baik ada lagi dalam peti ais
  4. sos cili menggantikan cili kering... yang ni pun nasib baik tak habis lagi sebab budak rumah saya ni hantu sos cili.. eiiiiii seramnye =P
  5. telur baru beli semalam masa turun g beli nasi lemak kat Yuzul


Proses memasak? senang saje, mula2 panaskan satu sudu makan minyak masak, masukkan telur kemudian kacau sampai dia hancur. Seterusnya masukkan nasi, kicap dengan sos cili. Kacau2 sampai rata dengan api slow. bila agak2 nasi cam dah kering, bolehlah tutup api dan sedia untuk dimakan =D


rupa nasi goreng yang dimasak dalam kegawatan ekonomi dan hidup yang serba kekurangan



Nasi goreng.. o nasi goreng.. untung ada makanan di pagi hari ni. Tang rasa dia pulak, tak ada la terrible horrible.. boleh dimakan dengan selamatnye, sedap la jugak.. Alhamdulillah..kenyang.
Sape2 yang tengah pokai cam saya sekarang ni, boleh la cuba ya... Sebenarnya......... malas nak turun pergi bli bahan2 mentah, plus biasiswa tak masuk lagi... so, makanlah apa yang ada. Manipulasikan sumber, bijak berbelanja, cerah masa hadapan ;P




Biarkan Keyboard Berbicara =D

Friday, January 1, 2010

010110 tahun baru


01 01 2100

Bila tengok banyak kali cam best jugak tarikh hari ni kan.. Oleh sebab itu, saya nak abadikan tarikh ni dalam entri saya.. Selamat datang ke tahun 2010.. Dan selamat datang jugak umur ke-23! fuh.. apa? dah nak masuk 23??? biar betol.. terasa macam besar pulak umur tu. ale... adakah ini bermaksud saya sudah tidak boleh berkebudak2an? =(



selamat tinggal 2009

2009 merupakan tahun kenangan. Banyak benda yang terjadi dalam tahun ni, yang pasti membawa kesan yang besar mahupun bakal membawa kesan besar dalam hidup saya. err.. apakah maksud saya? heeee.. ada lah.

first untuk dikenang adalah pada 31 januari 2009, ada ehem2 yang telah menjadikan dirinya sebagai sebahagian dari kehidupan saya. Ok, tak nak cite lebih2 dah pasal ehem2 ni. 2 baris pun cukuplah kan.. eheeeeee =P



lagi?? 10 - 12 ogos 2009, 1st Asia Pacific Nursing Students Conference.. tak akan saya lupakan tarikh itu sebab banyak sangat perkara yang terjadi untuk menjadikan konferen ini sesuatu yang real. Pertama kali jadi setiausaha, untuk program bertaraf antarabangsa pulak tu... sangat mencabar.. Konflik, suka, duka, banyak sangat yang terjadi... tarikh asal terpaksa ditunda sampai 2 kali dan sampai kali ke-3, akhirnya.... Alhamdulillah.. berjaya jugak.

orang2 kuat APNSC




apa lagi yek?? urm... tak ingat tarikh la.... tapi ingat apa yang terjadi..nak wat list la..
  1. Buat pertama kalinya result exam dapat above 3.5 pada tahun 4 sem 1
  2. Buat pertama kalinya dapat A untuk klinikal.. time tu modul emergency, tak sangka murah rezeki walaupun subjek yang tak berapa nak gemar Alhamdulillah..
  3. Setelah bertahun2 rumah saya tak ada pets, akhirnya mak saya berkenan membenarkan adik2 saya membela kucing.. kucing tu ada 3 ekor anak yang cute tapi malangnya sekor dah mati.. Windu..
  4. Berjalan2 secara percuma di Kuala Lumpur.. sonoknye
  5. Belajar menggunakan perkhidmatan bas di KL
  6. Memiliki sebuah kamera.. semestinya dibeli sendiri.. tak ada owg nak sponsor..
  7. malas nak pikir dah....... heheheh


OK2... kembali ke tahun 2010

Setiap kali tiba tahun baru mesti orang akan buat azam kan... Bagus2... ada matlamat dan arah tuju.. tak macam saya.. tak pernah nak set azam secara spesifik. Selalu mengeneralisasikan azam dan matlamat..

Saya nak sentiasa meningkatkan pencapaian diri.. Sentiasa nak jadi yang sederhana.. tak nak baik sangat.. sebab saya tak mampu jadi terlalu baik.. tapi Insyaallah tengah mencuba dan tak nak jadi terlalu jahat.. jAhat sket2 tak apa kan =P

tapi kan..secara spesifik, saya nak naikkan berat badan kepada 45Kg.. harap2 tahun ni berjaya la ya! tolong doa2kan. cukup 40 orang doakan naik lah berat saya.. ameen

Ok, ini harapan saya di final sem... saya harap projek penyelidikan saya berjalan dengan lancar.. harap2 tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan.. mudah2an jalan saya dipermudahkan..


One more.. tahun ni saya akan melangkah ke alam pekerjaan... Insyaallah.. harap2 jururawat U41 akan menjadi milik saya.. besar harapan untuk mendukung jawatan tu.


Ok... sekian cerita 010110.
jumpe lagi ye




Biarkan Keyboard Berbicara =D