Monday, December 13, 2010

Akhirnya yang tak berakhir


Assalamualaikum

11/12/10, sabtu. Akhirnya encik posmen yang ditunggu-tunggu telah membawa sepucuk surat kepada saya.. Saya sangka penasaran akan berakhir, namun tak sebegitu hakikatnya. Surat yang sampai kat rumah tu hanyalah berupa surat tawaran yang tak jugak-jugak memberitahu kat mana saya bakal bertugas dan bila saya harus melaporkan diri.

Aiyok! Ini memang betul-betul mendupdapdupdapkan jantung lah. Saya memang tak dapat nak teka langit mana yang akan dijunjung nanti. Dulu, waktu isi borang spa8, tak pulak diminta isi tempat pilihan untuk bekerja, masa interview pun dia tak tanya jugak. Makanya, dengan erti kata lain, macam masak-masak lah.. campak sahaja apa yang perlu. Apapun, saya akan menerima dengan hati yang terbuka, asalkan dapat kerja, dapat menyampaikan ilmu, dapat beramal.

Surat ini agak “best” la jugak, sama seperti pemberitahuan kat internet. Ada unsur-unsur yang menggentarkan jantung sikit lah. Kalau dalam semakan  internet, dia cakap tawaran hanya sah bila anda menerima surat tawaran dari kementerian berkenaan (macam kes saya, dari Kementerian Kesihatan Malaysia). Lepas tu, bila surat tawaran sampai, dia boleh cakap tawaran terbatal jika tuan/puan tidak menerima tawaran jawatan atau tak melaporkan diri dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat (tarikh surat adalah 9/11/2010).

Sudah naik cuak disitu… Tapi bila saya dapat tahu kawan-kawan yang lain pun baru sahaja menerima surat, makanya saya abaikan je lah apa yang tertulis. Lagipun, tarikh yang tertera pada cop pos adalah 6 dis 2010. Hah, amek ko.. tak kan lah sampai sebulan surat tu perap kat pejabat pos kan. Dah boleh jadi perkasam tuh. Perkasam sampul surat, kan ke tak sedap bunyinya tuh.

Tapi, syukur kepada Allah sebab dengan adanya surat tu, beberapa urusan yang perlu dilakukan terlebih dahulu dapat dibuat dengan relax. Contohnya, mengambil temujanji untuk pemeriksaan kesihatan. Ok, saya dah tetapkan tarikh dengan kakak misi kat Klinik kesihatan Bandar Pasir Mas pada 19 dis nih. Akhirnya dapat jugak merasa buat check up kat klinik kerajaan. (ada ke orang excited nak buat check up kat KK?, what ever!)

Ok, teruskan penasaran~~ harap-harap dapat surat lapor diri pada hujung minggu nih, En posmen, saya masih rindukan anda.

1 comment:

kulam0n said...

sabar kat jijah...sat lg koje gk...t kaya,blnje agh...hehehe