Thursday, November 19, 2009

Matematik


Khamis, 4,57 pagi...

Revision week telah bermula secara rasminya pada hari isnin lepas, tetapi saya melewatkanya selama sehari kerana memberi komitmen kepada study care in psychiatric.... Makanya sekarang saya pun mulalah merajinkan diri untuk selak balik nota2 lama dan buka buku2 yang sepatutya.. yang tak sepatutnya telah ditolak ke dalam rak.. meja saya hanya menerima buku2 yang berkaitan sem ini sahaja.

Selepas mendapat tidur yang berkualiti selama 4 jam, saya pun bangkit dari katil yang sangat disayangi pd jam 1.30 pg.. sungguh lena tidur malam tadi... sampaikan mesej2 daripada Sharifah Nur Samihah dan Mohammad Fariz diabaikan.. kecian betul insan2 tersebut.. nanti pagi kang saya balas ek.. (sorry ya... tak sengaja)

Tapi sungguh menyedihkan...... tengah2 khusyuk study, tetiba stuck.. mental block! uhuk.. terasa macam berat sangat nak memahami dan mengingati subjek statistik ni...so... sebagai alternatif, saya pun bukak my lovely laptop, then mulalah mencipta entri luahan perasaan tak puas hati pada matematik kat sini.















Kenapa saya perlu belajar balik benda2 ni? adoi... mata pelajaran yang paling saya tak suka masa kat sekolah adalah maths. Sebab payah nak paham kot.. Sebenarnya saya ni jenis yang cuai.. careless.. So, bila banyak2 sangat nombor, saya akan jadi pening. Lepas tu mula masuk nombor entah paper..kemudian menghasilkan jawapan yang salah.. kemudian pening kepala nak kira balik.. kemudian kecewa sowang2.. kemudian announce kat satu dunia saya tak suka maths. ade ke patut? ish2... tak patut.

Matematik ni penting sangat... Walaupun saya tak berapa nak gemar subjek ni tapi saya tak menafikan kepentingan matematik dalam kehidupan. Tapi dengan seteguh pendirian, saya tak berapa gemar.. macam mana ni.. Nak buat Quantitative research kena berhadapan dengan nombor.. Nak analisis data lagi..mak.. uhuk!Ok.. mulai skang, saya kena buat2 suka dengan subjek ni. Siapa tahu, kalaulah hari ni merupakan titik permulaan saya menyukai matematik. Akan terjadi ke? ehe.. segalanya mungkin, tapi.................. sumpah, belum ada lagi perasaan tu =P















Baik.. skang ni benih2 cinta kepada matematik akan dituai dan disuburkan..

SAYA, Noorazizah akan:
SUKA MATEMATIK
SUKA STATISIK
SUKA KALKULATOR
SUKA SPSS
SUKA SUKA DAN SUKA SANGAT
kepada perkara yang disebutkan di atas.. huh~~

Sekian luahan perasaan terhadap matematik di pagi Khamis yang hening dan damai...



Andai lidah kelu, biarkan Keyoard melakar kata
Biarkan Keyboard Berbicara =)

5 comments:

voonfung said...

saya lagi ya~~ apa study care in psychiatric itu~~tak pernah nampak kamu muncul kat day care tu pun ~

lagi ya~~matematik penting bukan untuk exam saja~~bagi saya~~nya penting dalam harian kerana perlu buat kira-kira ~~supaya suatu hari nanti saya akan bebas daripada beban krisis wang dalam keluarga~~ tujuan saya faham matematik bukan setakat untuk sekolah~~malah penting dalam pengurusan kewangan~~

cik misi said...

ha? kalau tak pernah nampak, macam mana kita kenal ni ha? Lee?
Ye lah, saya kan selalu ikut home visit. mestilah jarang nampak..

saya harap saya tak akan belajar matematik lg~~

nurse husna said...

husna suka matematik..
favourite subjek..
rindu btl nak pegang kalkulator..
tp dsbbkn lama x study mate,
husna pn mental block jgk..
huhu..

voonfung said...

oh~~study care in psychiatric~~maksud kelmarin tu sibuk buat laporan mengenai aktiviti dulu tu ya~~saya salah faham pula~~

hehe~~husna bila nak bincang pasal kewangan dan pasaran saham lagi??

cik misi said...

Lee : aah.. betol.. laporan masa dekat kat sana... Sekarang dah habis psychiatric.. nanti semester baru dah tak pergi sna... kat wad lain pulak..

Una: good luck dalam subjek kira2 anda