Thursday, November 5, 2009

Kegembiraan Dalam Kesempitan

12 November 2009.

Tak sanggup saya nak menunggu tarikh tersebut. Sungguh gementar dan berdebar-debar, bagaikan selepas berlari pecut 100 meter, begitulah lajunya seketul daging yang tak pernah berhenti berdenyut dalam dada saya ini beraksi apabila memikirkan semakin dekatnya tarikh itu. Apa tidaknya, pada tarikh tersebut saya dan rakan penyelidikan saya, Kam, akan membentangkan kertas kerja kajian kami yang bertajuk Association of Sleep Disturbance and Academic Achievement Among Nursing Students in PPUKM.

Sepanjang minggu ni saya sangat tertekan kerana banyak benda yang belum selesai lagi.. Fikiran pun sangatlah kucar-kacir.. terasa macam berada dalam ruang yang sangat sempit, sukar untuk bernafas dan bergerak. Ironinya, sepanjang minggu lepas saya berada dalam perpustakaan yang sangatlah luas dan selesa untuk bernafas. Huh! inilah dinamakan kesempitan dalam kehidupan.. uhuk!

Lepas tu, rasa sangat tak bertenaga. Sentiasa rasa letih dan selalu sangat nak tidur je.. Kerja banyak tapi perasaan nak tidur tu sama banyak dengan dengan kerja.. lepas tu pergi tidur.. konon nak seimbangkan kerja dengan tidur. Banyak cantik! tak jadi kerja la oooooiii.

Disebabkan kerja banyak, otak mula tak dapat nak terima tekanan. Sedikit saja orang buat silap, mulalah fikir bukan-bukan. Saya jadi sangat sensitif kemudian cuba jauhi orang tersebut dalam waktu tersebut. Padahal orang tersebut tidak bermaksud untuk menyentuh hati yang tengah sensitif ni, malahan orang tersebut tak tahu pun yang saya tengah sensitif. Bila fikir balik, rasa tak patut. Tapi, benda dah jadi... so, bila ok, mula berbaik semula... Tapi.. rasanya orang tu tak tahu pun saya terasa hati sebab saya bukan jenis yang suka express perasaan tak senang terhadap orang lain. Saya suka menjaga hubungan yang telah terjalin... Tak sanggup nak melukakan hati orang sebab saya menyayangi semua manusia yang saya kenali.

Rasa macam nak meletup kepala... adoi... nasib baik tak meletup lagi, kalau tak haru-biru jadinya. Sebab kerja banyak sangat ni.. Lepas tu nak siapakan semua secara serentak. Mana boleh! Kepala ada satu je, tangan pulak ada dua je. Cukup-cukup untuk buat satu assignment dalam satu masa. uhuk!

Kemudian, dilanda sindron TPU.. (Typical University Student Sindrom)
TPU sindrom (atau saya je yang wat kerja ni?pastu perasan cakap kebiasaan budak2 U) are always:
  1. Nak bereskan semua kerja dalam satu masa
  2. Suka mengejar dateline assignment di saat akhir
  3. Belajar last minute.
  4. Sentiasa nak yang assigment yang sempurna
  5. Suka membandingkan assignment sendiri dengan orang lain dan akhirnya tertekan sebab orang lain buat assignment tebal-tebal, tapi diri sendiri wat sekadar yang diminta oleh pensyarah.
  6. Tak tidur pada malam sebelum date lina assignment.
  7. Tidur adalah priority.
  8. zzZzZZzz
Ok lah. stop cite pasal banda2 yang tak mencetuskan motivasi ni. Jom bergerak ke tahap seterusnya... iaitu muhasabah diri.... Siapa sangka, dalam kesempitan tersebut munculnya kegembiraan yang tak tersangka-sangka. Syukur.. Alhamdulillah..

Ok, kegembiraan pertama saya adalah menjadi orang yang bertuah. Sebelum ni saya tak pernah memenangi mana-mana cabutan bertuah dengan sejujurnya. Kenapa? Sebab sewaktu pertama kali memenangi cabutan bertuah, saya sebenarnya orang yang paling malang. Sebabnya pada waktu tersebut, semua orang dapat nombor bertuah. Ok, maksudnya semua nombor hadirin majlis tersebut dicabut kecuali nombor saya... Makanya, pada hari tersebut saya memenangi hadiah utama kerana hanya nombor saya yang tidak dicabut. Inilah cabutan bertuah paling pelik pernah saya jumpai.. Nasib baik jugak penganjur terfikir nak buat konsep tu, kalau tak, tidak merasalah saya nak merasai perasaan memenangi cabutan bertuah.

Tetapi pada kali ini, saya betul-betul bertuah... Tak ada bias dalam cabutan dan nombor saya bertuah.. Kegumbiraan yang nyata! eheeeeee... Syukur..

Ok, itu adalah kegembiraan pertama.. Kegembiraan kedua pulak adalah bila saya menemui kembali telekung yang telah hilang setahun yang lalu.. Kenapa gembira sangat? sebab telekung itu adalah hadian daripada mak saya ketika saya masuk ke sekolah asrama penuh. Walaupun buruk, tapi saya sangat sayangkan nilai sentimental yang tersirat di sebalik telekung tersebut. Bersyukur sangat sebab dapat jumpa balik dalam keadaan yang elok dan di tempat asal saya tinggalkan walaupun setahun yang lalu saya pernah cari disitu tapi tak dijumpai..

Ok, yang last.. Semalam meja study saya disinari dengan cahaya bulan purnama yang sangat terang. Terasa tenang melihat bulan tersebut.. Terasa diri bagai diperhatikan oleh permata langit. betul ke bulan ni permata langit? what ever! ehehehe. Seronok sangat tengok bulan tu..

ini adalah gmabar bulan pada jam 6 pagi


pada jam 7 pg.. cantik sangat. Subhanallah..

Sebenarnya dalam hidup ni, banyak benda yang sangat membahagiakan. Walaupun dalam kesempitan, pasti ada sesuatu yang mengembirakan.. Perkara ni boleh menjadi hiburan kepada hati yang gundah... Tapi ia tidak akan datang dengan sendiri. Yang penting, jangan biarkan emosi menguasai diri. Sentiasa fikir balik @ muhasabah diri atas apa yang terjadi. Jangan selalu melihat kepada perkara negatif, sebaliknya luaskan sedikit pandangan ke ruang yang besar dan lihatlah kegembiraan lain. Tak salah untuk melihat kesempitan.. sebab kadang2 ia tak dapat dielakkan... Walau apapun, jadikan kesempitan itu sebagai motivasi untuk segara ke arah yang lapang..

Alamak.. terBERSYARAH pulak...... uhukkk.. Ok. Wassalam

Biarkan keyboard berbicara =)

3 comments:

fung said...

ok~~saya sudah baca semua~~tidak tinggal satu perkataan pun~~bolehlah kenal sedikit pada azizah ni~~ last sekali~~ always all the best~~

voonfung

cik misi said...

Terima kasih Lee. I visited your blog, but there is nothing.. not anything.. eheee =P

fung said...

sebab dah lama saya tak ada blogging lagi~~lagi pun saya guna mandarin dalam blog saya~~awak tak faham pula~~~jadi tak apa lah~~ tapi saya ada myspace dalam msn tu~~ada sikit photo dalam tu~~boleh lah pergi tengok tengok~~haha~~ ^^

voonfung