Saturday, November 7, 2009

Banjir

Semalam adik lelaki saya hantar mesej cakap kampung saya dah bah a.k.a banjir. Ini merupakan kali kedua rumah saya delanda banjir. Masa pertama kali, saya berusia 13 tahun.. peristiwa 8 tahun yang lalu... seronok =p

Air bendang sudah naik sehingga melepasi jalan. Rumah mak cik kat depan rumah pun sudah selamat dimasuki air. Rumah tu memang terletak di kawasan yang rendah.. mengikut pengalaman lepas, kalau rumah mak cik saya dimasuki air waktu pagi, patang tu giliran rumah saya pulak..

Apa yang saya agak memang betul.. air naik dengan cepat dan petang semalam, air tersebut masuk dalam rumah.. Kesian mak kena kemas barang.



gambar2 banjir kat rumah saya.ihsan dari adik saya yang excited bercerita air semakin naik.

Kalau banjir gini, ada 2 situasi yang dapat dilihat.. pertama gembira.. sebab dapat main air bah dengan seronoknya.. boleh buat terjun lipat dalam air dari atas tangga rumah sahaja. Tidak perlu ke kolam renang atau mana2 sungai. Seronok.. lepas tu dapat main rakit buluh. Antara pengalaman yang tak boleh lupa, masa saya tengah berakit dengan sepupu dan adik-adik, seekor ular telah melintasi rakit kami. Disebabkan takut yang amat sangat, kami semua melompat turun dari rakit tersebut dan segera lari. Bila fikir lagi, rasa macam bodoh sangat waktu tu.. Tak sayang nyawa.. Kalau kami senyap-senyap atas rakit mesti lagi selamat berbanding lari. Nasib baik ular tu tak kejar kitorang yang tengah melarikan diri ni.. kalau tak, haru biru jugak la.

Kegembiraan yang lain? ader.. pengalaman tangkap ikan.. mula-mula nampak ikan berenang-renang masuk rumah kita. Lepas tu pakat dengan adik-beradik pergi tutup pintu dan kurung ikan dalam rumah. Ikan sepat kot... elok pulak pulak dia masuk ikut dapur.. macam suruh masak je kan.. Tapi tak ada pun nak masak ikan tu... buat main je. eheheh.. jahat kan.Nasib baik bukan belut yang masuk.. geli nak halau keluar.

Ok.. tu bab kegembiraan. yang pada biasanya dialami oleh kanak-kanak sahaja. Manakala situasi kedua adalah kepenatan dan kegelisahan orang-orang tua. Apa tidaknya, penat kena larang anak-anak, jangan main air, jangan pergi main kat tempat dalam, jangan main air tempat tak ada orang, jangan bazirkan kain baju, jangan-jangan-dan-jangan! eheh...

Lepas tu mereka kena pindahkan barang kat tempat tinggi pulak.. paling tak sangka time tu motor boleh naik atas rumah.. Kereta pulak kena cari bukit... Lepas tu semua orang sibuk nak alihkan baja-baja padi ke tempat tinggi. Kalau tak baja ni akan tinggal guni semata-mata kerana ia akan larut dalam air. Seronok tengok dowang bekerjasama satu kampung pergi angkut barang. Semnagt kerjasama tu tinggi... Pagi ni buat kat rumah ko, nanti petang kita wat rumah aku pulak.. Kalau kat bandar KL ni.. payah benar la nak jumpa orang tolong-tolong ni.. sebab kebanyakkan orang fikirkan duit.. Kalau orang bagi pertolongan pun payah nak dengar terima kasih sebab orang akan cakap memang tu kerja dia.. dia dah dapat gaji.. Adoi... tak paham dengan orang-orang kat bandar ni. Semua pun nak dinilaikan dengan wang.

Teringin nak balik.. main air.. Macam pesta air pulak.. padahal Tok Guru dah warning, musim bah bukan untuk berseronok berpesta air... sayangi nyawa... Mak saya, adik-adik saya dah sibuk cakap, kalau nak main air balik lah.. macam mana nak balik sayang oi... minggu depan kena bentang kertas kerja dah.. Lagipun tak sempat sampai rumah dah merasa air banjir kat tengah jalan. Bas tak dapat nak jalan... banjir...huhuk terima kasih atas perlawaan~~

Seronoknya kalau dapat balik kampung....
Biarkan keyboard berbicara

5 comments:

voonfung said...

oh~~nak main air tak perlu tunggu banjir ni lah~~kolam renang kan boleh main air~~saya tengok saja tiap tiap tahun akan banjir sudah penat dan lali dah~~
KL pun banjir juga~~tapi lain sikit~~banjir kilat tu lah ada~~tak syok pun~~jam sini sana~~yohhhh~~jangan banjir kat KL ni arr~~semua orang penat lagi pengsan~~jangan jangan~~

satu lagi ya~~lain kali bila saya nampak kamu ni~~saling berterima kasih lah~~dengan hati yang ikhlas~~

voonfung

cik misi said...

kalau air banjir bagaikan kolam renang yang sangat besar =P

terima kasih kalau saya bantu Lee saje..kalau saya tak bantu, takperlu terima kasih.

KL banjir xbest. xleh main air banjir..

Norhayati said...

Huhu..mmg best kaklong..Dulu igt lagi msa tu kakti darjah brp yer(1 ker 2), banjir agak besar jgk..air nk sampai lutut jgk atas jln dpn rmh kaklong tu..ado sore pokcik ni duk kutip cacing2 yg byk atah jale(nk wat umpan mancing kot..Pahtu paling suka nk tgk air telaga dpn rmh kakti tu..byk ker tidak..Klu boleh biar buleh sentuh air tu..suka..suka..

cik misi said...

wawawwa.. nampak naurah yang comel. heheh
betol tu kakti... masa kakti umo 7 tahun tu, tak tau la bape umo org.. eiiii... cacing se hal, hal lain pulak lintah.. hu... geli nak jijak jalan tar tu.. tapi berenang dalam air banjir takpo pulap.. eheehhee

nurse husna said...

huhu.. husna pn pernah main air banjir wktu kat sek dl.. lps tu nmpak mcm tali b'ayun2 dlm air.. rupa2nyer lipan sdg b'renang! smua lari naik ats kerusi.. hehe.. klaka pulak bl igt blk ksh banjir di sek dl..