Saturday, November 21, 2009

EXAM MOOD

Semenjak dua menjak ni entri terbaru saya mesti pasal assignments dan study je kan.. Bosannye asyik dok cite psal exam.. Tak ada benda lain nak cerita dah ke?

Tak ada benda best berlaku semenjak dua ni melainkan bila terjumpa dengan buku yang paling menepati kehendak exam. maksudnya buku yang mengandungi perkara yang saya nak study.. Seronok sungguh perasaan tuh.. uhuk!

Tapi kan, saya rasa study week kali ni yang paling pelik dan terburuk dalam rekod saya. eceh... siap ada rekod lagi.. apa da~

Sebelum ni, masa study week, sleep cycle saya akan berubah.. Saya akan mula dijangkiti virus nocturnal~~Ok, sila jangan percaya~~ nocturnal bukan sejenis virus tetapi perlakuan @ habit berjaga di waktu malam~~ Tiap2 kali study week mesti tak tidur malam.. Lepas solat subuh baru reti nak panjat katil dan menidurkan diri.. Agak2 jam sebelas ke dua belas tengah hari baru rasa nak bangun... sonok jugak wat gitu...

Apa yang best sangat study malam2 buta ni? hanya orang yang tahu je paham...SETUJU?

Ok, meh nak citer sket.. Kalau study waktu malam ni sangat best tau.. Sebab time tu, suma orang tidur.. suasana sangat sunyi dan saya boleh pasang radio.. Tak suma orang boleh study dengan kehadiran bunyi kan.. Tapi saya jarang dapat study kalau tak ada bunyi. So, time malam je la leh pasang radio tanpa kacau orang lain study~~

TETAPI...itu dulu.. kini, semuanya dah berubah... Waktu study week dah jadi lintang pukang. Tak tau apa nak difokuskan. Tambahan lagi, exam hanya menyumbang 30% kepada keseluruhan markah.. 70% lagi dah lama berlalu. huh!

Pattern tidur pun dah tak tetap. Kadang2 tidur lewat, kadang2 tidur awal.. Kadang2 tidur sepanjang hari. Aduis... lepas tu, dah start jadi malas semacam jek.. huk! lagi haru kan.

EXAM OH EXAM.... kesimpulannya disini, exam dan tidur memang sesuatu yang sangat berkait rapat... Jadi, tak hairan kalau saya berminat nak mengkaji perkaitan antara tidur dan pencapaian akademik pelajar.. menarik bukan? (werk.. perasaan ah)ehe..nanti kalau dah dapat hasil kajian, saya akan ceritakan kat sini.. tapi lambat lagi la... 3-4 bulan lagi.


Mengikut kajian, tidur selama 6-8 jam sangat bagus untuk pelajar. Kenapa? sebab sewaktu tidur, otak akan memproses apa yang kita pelajari sewaktu kita berjaga, seterusnya menyimpan maklumat tersebut dalam bentuk memori. Pelajar yang mendapat tidur yang cukup (6-8 jam) menunjukkan prestasi yang baik dalam pencapaian akademik berbanding pelajar yang mendapat tidur yang tak mencukupi...

Begitu juga dengan tidur siang (nap)... tidur selama 10 hingga 30 minit akan membuatkan badan segar dan ingatan bertambah kuat... ni pun ada kajian jugak.. Tapi kajian tu cakap, kalau kita tidur lebih dari sejam.. maka, produktiviti pada hari itu akan menurun... maka, kalau nak tidur, agak2 ar... hehe

Ok, sekian perkongsian saya ~~ sehingga bertemu lagi..

1 comment:

voonfung said...

bila habis exam ni ??
tak payah cerita banyak pasal study exam azizah~~
dah lama saya tinggalkan zaman tu ~~
sekarang saya baca buku bukan untuk exam ~~
tapi sendiri yang cari pasal ~~ lebih banyak berfikir daripada yang persekolahan dulu ~~
nak cari ilmu dari segi bukan kebendaaan ~~
mengikut ajaran buddism ~~ tiada sesiapa boleh tolong saya melainkan diri sendiri ~~