Sunday, November 16, 2014

Aziefariz Shope

Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana 11/11/14 yang lepas, kedai online saya telah pun berjaya didaftarkan di SSM Perlis. Dulu cuba buat secara online, tapi proses online memang macam siput bersiar-siar di taman.. berjalan dengan sangat perlahan, bahkan siap cakap error lagi. memang haru sugguh.

Akhirnya dengan kesungguhan yang ada, kami laki bini serta anak-anak pun pergilah ke bangunan KWSP kat Kangar. 1st time naik bangunan tinggi kat Perlis dan menikmati permandangan negeri Perlis dari tingkat 8 memang mengujakan. Aliyah tak henti-henti dok WOW sana, WOW sini. Mama dia pun tumpang sekaki WOW jugak sebab lawa dan tak sangka dapat tengok suasana Perlis dari tempat tinggi gitu. Hahaha, kekaguman tak boleh blah. Dulu duduk kat Laman Midah tingkat 16 tak ada pun kagum sangat. 

Sekejap je masa yang diambil untuk mendaftar perniagaan kat sana. Isi borang, lepas dah siap nanti kerani akan bagi nombor dan lepas tu kita teruskan bayaran pendaftaran dan tunggu pulak sijil dicetak..haa, tak sampai sejam pun sebab Perlis kan kecik.. orang pun tak ramai.


Tada!!!!!!!!!! ni lah dia sijil dia. Dulu saya cadangkan nama Aziefariz doorgift store, tapi akak kat kaunter tu bagi consultation sket, kalu letak doorgift maksudnya doorgift je lah boleh jual. Kalu nak tambah barang jualan, contohnya tilam bayi ke, baju ke, make up ke...tak boleh lah sebab tak berkaitan dengan nama kedai.. Makanya saya memilih nama Aziefariz Shop. Kedai ni didaftarkan atas nama encik suami dan buat masa sekarang memang dia yang banyak dok urus dari segi stok dan penghantaran barang. Saya pulak lebih kepada promosi.. Apa yag penting? kerjasama ekekeke.


Baiklah, kepada pembeli-pembeli diluar sana, jangan ragu-ragu untuk berurusan dengan aziefariz shop. Kami peniaga jujur, dan telah berdaftar dengan SSM =) Nombor pendaftaran AZIEFARIZ SHOP; RA0035319-D

Thursday, November 6, 2014

YES 2014, goodies kahwin sales

Assalamulaikum, Boss besaq AzieFariz DGS nak buat hebahan promosi kat sini, B2B sekalian, jangan ketinggalan untuk klik link sini ya. Kami melancarkan YES ini bermula november 2014 sehingga 15 Januari 2015, memang harga murah-murah sangat.







hemangioma part 2

Assalamualaikum

Alhamdulillah, saya sudah pun bertemu dengan pakar kanak-kanak berkenaan dengan masalah yang dihadapi budak comel kiut-miut, Amirah Faqihah.. Lepas jumpa paed, rasa lega lah! seriously, sebab apa yang tertanya-tanya selama neh sudah terjawab. Dulu dok risau tengok tangan dia, makin lama makin besar. Pergi mana-mana je orang mesti tanya~~ 

Sebenarnya hemangioma neh akan sentiasa membesar dan kadar pembesaran itu boleh dikawal dengan pemberian ubatan, propanolol. Tapi doktor cakap, kesan ubat lagi teruk berbanding kesan pembesaran hemangioma tersebut, makanya ubatan masih belum diperlukan memandangkan keadaan masih terkawal, pembengkakan pun masih kecil, Nasib baik lah tak perlukan ubat.. seriau haku nak bagi ubat-ubat kat budak kecik neh.

Tapinya, pantang larang Amirah neh memang banyak jugak lah. Macam nak jaga pesakit dengan AVFistula, Apakah itu AV Fistula, hahaha, googlekan je lah ya. Tak boleh ambil tekanan darah kat tangan tu, tak boleh ambil darah, juga tak boleh ikat tourniqate/ apa-apa pencerutan, dibimbangi hemangioma ruptured. Kalau lah ada pendarahan kat tempat tersebut, kena tekan untuk kawal pendarahan dan terus ke hospital sebab  saluran darah kat situ besar dan susah untk dihentikan... Uh adik, mama kena lebih berhati-hati menjaga adik.

Tapi usah khuatir, hemangioma ini akan berhenti menbesar dan bengkak akan hilang bila anak semakin membesar, Alhamdulillah...lega mendengarnya.

Okes, sekian update.

Tuesday, October 14, 2014

hamangioma

Assalamualaikum


Pernah dengar mengenai hemangioma? Sebenarnya saya sendiripun 1st time dengar lepas jumpa doktor semalam.. Alkisah, si kecik ni demam..alang-alang jumpa pasal demam, consult sekali harung lah mengenai masalah ketumbuhan kecik kat lengan Amirah.

Dolu-dolu masa Amirah lahir, tak ada pun timbul benda-benda pelik kat badan dia...cumanya setiap sendi, dua-dua siku dan dua-dua lutut dia ada tanda lahir pudar-pudar gitu.. Alhamdulillah, tanda lahir tu dah makin tidak kelihatan..

Dua minggu lepas tu, mula lah timbul bintik-bintik merah kat lengan kanan. Masa tu saya ingatkan ruam sebab cuaca panas.. Makanya saya pun biarkan saja lah... Tapi makin lama, makin besar pulak tompokan merah tu. 

umur sebulan lebih, bintik merah kat belah kiri (lengan) gambar kecil je... tak kelihatan lagi

umur 6 bulan, bintik-bintik makin ketara dan besar (ada ketumbuhan kat dalam)


Mama makin risau bila tengok lengan dia tuh.. Orang Kelantan panggil neh sebagai tanda burma..katanya boleh jumpa bomoh untuk alih.. Aduish! syirik wooo, jangan dok ikut. Mengikut pembacaan saya, hemangoima neh less common untuk terjadi. Biasanya akan muncul beberapa minggu lepas kelahiran, membesar dengan pantas antara 3 - 5 bulan dan berhenti pada umur lebih kurang 18 bulan dan seterusnya hilang apabila umur 5-6 tahun.

apapun, nanti 16/10 saya ada temujanji dengan pakar kanak-kanak... Nanti saya update lagi ya..huhuhu


Thursday, October 9, 2014

cita-cita saya =)

Assalamualaikum

Ketemu lagi kita dalam blog yang tak seberapa neh. Ok, topik pada hari ini adalah mengenai Cita-cita.. adesh! lagak pos macam zaman sekolah dulu-dulu. Masa saya kecik-kecik dulu, bila buat karangan bertajuk CITA-CITA SAYA, secara automatik akan tertulislah karangan mengenai cikgu. 

Cita-cita saya nak jadi cikgu, kalau tak, nak jadi pensyarah. Kalau tak juga, nak jadi ahli perniagaan. Dan, sekarang di usia 27 tahun ini, saya mampu mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana cita-cita saya telah tercapai. 

Saya sedang menjadi guru/pensyarah di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar. Walaupun gelaran jawatan adalah pengajar, tapi aci la kira cikgu jugak kan kan kan. Kalau orang luar tanya keje apa? memang direct je saya jawab kerja cikgu, ngajar kat Perlis. Bila orang tanya lebih-lebih sikit baru la saya bagitahu dengan panjang lebar.. 

Kemudian, sebagai ahli perniagaan pulak, saya baru nak menapak. Alhamdulillah, rezeki anak-anak kot.. Dalam cuti confiment anak kedua, saya telah membuka sebuah perniagaan online (aceh-ceh..bunyi macam gah sangat kedai haku neh). Kedai ni membekalkan barang-barang cenderahati perkahwinan. Inshaallah, dalam perancangan untuk berdaftar dengan SSM dan saya mengharapkan doa anda untuk terus berjaya sehinggalah saya berjaya membuka kedai sendiri dan seterusnya menjadi suri rumah sepenuh masa sambil membantu suami di kedai. Impian kena besar kan kan kan.

Saya suka sangat quete ayat dalam cerita TURBO, cerita siput yang masuk pertandingan lumba kereta tu...seolah-olah satu inspirasi bagi saya. Meh saya share ya....

no dream too big, no dreamer too small

Kalau nak berjaya, jangan takut untuk mengambil risiko. Saya harap cita-cita terbaru (untuk menjadi suri rumah) akan tercapai apabila menginjak usia 30 tahun. Dan, semestinya banyak pengorbanan yang terpaksa dilalui~~doakan saya okey? heeeee.

dua budak comot yang menjadi inspirasi mama untuk mengejar cita-cita seterusnya... 

***dengan cita-cita ini, tak bermakna produktiviti kerja hakiki saya menurun, tak juga bererti saya memandang rendah terhadap ibu-ibu yang bekerja..

***kalau saya berhenti kerja gomen, pastinya jawatan saya akan diisi, makanya membuka peluang kepada orang lain untuk bekerja gomen.

***kalau saya boleh buka perniagaan / kedai, nanti akan terbuka lagi peluang pekerjaan kepada orang lain untuk bekerja 

*** mohon doa semua~~




Wednesday, October 8, 2014

doorgift 60sen

Assalamualaikum

Saya nak update doorgift dari kedai online AzieFariz~~ meh cuci mata sket-sket ya. Semua ni bernila 60sen/unit memang murah-murah je saya jual.




cupcake dengan tag

mini purse


cup cake riben

sosej

variasi doorgift ada di AzieFariz, jangan lepaskan peluang untuk memilikinya. Jangan lupa buat pesanan awal untuk memudahkan urusan dan menimatkan kos penghantaran ~~

Friday, October 3, 2014

Assalamualaikum

Raya haji bakal menjelma ahad ni. Tahun ni kami sekeluarga akan beraya di kuala perlis dan rasa teruja jugak lah nak menyambut raya walaupun kali ni tak berpeluang beraya di Kelantan. Kat dalam otak ni dah susun plan nak jalan beraya.. ehehehe. harap-harap kesampaian lah hasrat hati. 

gambar masa raya puasa hari tu. nanti raya haji gambar lain =P