Sunday, May 15, 2011

situasinya begini...

Assalamualaikum

 
Jika menjejakkan kaki di mana-mana hospital, siapakah yang paling kerap anda jumpa? doktor? dietician? physio? nehi nehi.... semestinya JURURAWAT kan kan kan. Hah, anda memang penipu kalau berani berkata tidak. buktinya, cuba try kira berapa kali anda terserempak dengan misi-misi berbanding doktor bila berjalan-jalan di kawasan hospital.mesti lebih berpuluh-puluh kali kan.

Jururawat adalah orang yang terlatih bagi menjaga orang sakit dan menjalankan rutin-rutin perubatan. 12 Mei merupakan tarikh keramat bagi individu-individu ini kerana pada tarikh ini, mereka akan diraikan dan diberi penghargaan.

Namun, dalam situasi di Malaysia, seramai manakah rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa tarikh itu merupakan hari jururawat?? Pesakit yang kerap masuk hospital sampai 5-6 kali setahun pun belum tentu akan tahu bahawa 12 Mei merupakan hari jururawat. Sungguh menyedihkan, walhal bila masuk wad, berak kencing muntah semua misi yang uruskan. 

Cuba anda bayangkan, jika regular customer sendiri tidak tahu kewujudan hari jururawat, inikan pula individu yang tak pernah masuk hospital... Sungguh sedih, media-media Malaysia tak mahu memainkan peranan memberi penghargaan kepada jururawat Malaysia kah? Cuba buat iklan besar-besar... mesti semua orang akan tahu dan ucapan HEPI NURSES DAY akan selalu terucap lah. Sekurang-kurangnya ucapan ringkas itu akan mampu menaikkan semangat misi-misi nak berkhidmat dengan lebih cemerlang... tak gitu? tak perlu lah hadiah-hadiah, cukup ucapan sahaja. Kalau ada, apa salahnya =P
 
Manakala 16 Mei pula, semua umat manusia akan menyambut hari guru. GURU... atau lebih sinonim lagi dengan panggilan cikgu. Guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Dengan kata lain, guru adalah individu yang menyampaikan ilmu. Sesungguhnya profession ini adalah satu bidang yang mulia.

Jadi, situasinya begini..... Saya merupakan PENGAJAR JURURAWAT. Okeh, adakah anda jelas? saya merupakan guru, dan saya juga merupakan jururawat. Saya ingin diingati sebagai dua-dua sekali. Kedengaran tamak bukan? Tapi siyes, saya sangat epi kalau ada orang sudi wish untuk kedua-dua hari itu..

Tapi.... begitulah. Situasinya begini, ada yang tidak mahu mengiktiraf saya sebagai jururawat, kerana saya merupakan pengajar. walhal, saya merupakan orang yang terlatih untuk menjaga orang sakit. Jadi, saya adalah jururawat. Manakala sebagai guru pulak, rasanya terang dan nyata lah. Sememangnya saya merupakan pendidik walaupun tidak mengajar di sekolah. Jadi.... dua-dua pun boleh kan.  So, HAPPY NURSES DAY.... dan HAPPY TEACHERS DAY buat diri sendiri serta rakan setugas yang lain =)

 
cekgu cekgu... what do like? banana? yes or no? yes or no?
(hah, lompat lompat)
-----> lagu lompat tali time bebudak ritu<--------

Monday, May 2, 2011

gambar bercerita

Assalamualaikum

Sekeping gambar mampu menerbitkan seribu cerita (A picture talk thousand words). Saya tidak berhasrat memanjangkan kisah gambar ini. Diharap kawan-kawan bersabar menunggu karangan cerita bergambar ini. Insyaallah, akan ada. Tapi......... bukan dalam masa terdekat ini... Kalau tak sudi bersabar, tanya-tanyalah khabar saya, persornally.... saya lagi suka, kerana ia adalah lebih mesra. hehe.

Wassalam~~

Tuesday, April 26, 2011

saman trafik di jalan seruling: wajarkah?

 Assalamualaikum

Astagfirullah... astagfirullah... mulakan entri kali ini dengan beristigfar, mohon keampunan dari Allah.. (jugak sebagai pengingatan kepada diri sendiri supaya tidak melebih-lebih serta emosional dalam melontarkan bait tulisan dalam entri ini)

Sekalung appresiasi saya ucapkan buat para pembaca yang setia, terima kasih kerana sudi bersinggah-singgahan meluangkan masa barang seketika disini. Uh, tidak!... panjang betul ayat bunga-bunga. Busan kang baru tau!

Ok, point utama saya kat sini adalah mengenai satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Kangar pada waktu petang tadi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, matahari masih belum jatuh lagi. Pasangan itu bercadang untuk ke bank..... tiba-tiba

tangan putih melambaikan bendera merah, meminta saga hitam bergerak ke tepi jalan.

abang polis: encik tahu tak jalan ni tak boleh lalu?
buah hati: tak tahu (dengan jujur)
saya: eh? sejak bila neh? tak tahu pun... 
abang polis tak cakap apa-apa, ada simpati di wajahnya, namun......
pakcik polis: bagi lesen, dengan i/c

Tatkala itulah, pakcik polis menarikan pen di atas sekeping kertas berlapikkan karbon, mengeluarkan satu notis kompaun. Maka, tercatitlah satu saman trafik. Adoi........

Tapi.....eh? ada papan tanda ke kat depan tu? tak perasan pun. ada ke? bila letak? tak puas hati! Maka, saya mula google pasal jalan itu dan hasilnya.... terjumpalah berita ini. Ternyata, saya tidak bersendirian dalam hal ini. Masih ramai yang tidak tahu kewujudan jalan sehala di Jalan Seruling, sebab apa? sebab papan tanda tak strategik, dan pendek. HAHAHA, macam ala-ala kontot pun ada. Disebabkan itu, wajarkah pemandu disaman? silap siapa ni? silap pemandu? silap JKR yang pasang papan tanda? atau silap polis yang saman? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri. Tapi.... saya nak bagi buah fikiran sket boleh? boleh, blog ni kepunyaan saya, maka memang boleh sangatlah.

Akbar hari ni cakap, terima kasih polis kerana tidak menyorok lagi. Saya pulak cakap.... terima kasih kerana sorok papan tanda (tak sorok, tapi letak kat blind spot je) Jadi, saman tetap jalan... Inilah usaha murni yang sungguh bijak. Pemandu tetap bersalah kerana tidak peka dengan papan tanda trafik... 
berlandaskan emosi semata-mata (mohon maaf)


Haha, sumpah... saya memang teremosi sangat-sangat. Dah la time orang nak pakai duit banyak-banyak... terasa seperti teraniaya pulak T________T tak baik tau, doa orang teraniaya ni termakbul. Hah, sila takut sekarang (tak tau lah haku tengah warning sapa neh)

Wokeh, tanpa perlu memanjang lebar, eloklah saya mengundur diri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... maaf dipinta.. terlajak kereta, tak sempat reverse, buruk padahnya......

Sekian.





Tuesday, April 19, 2011

hal kecik-kecik je

Assalamualaikum

Mengarang entri sambil berbaring atas katil yang besar ini sungguh menyeronokkan. Terasa seperti satu terapi yang melegakan. Seronok sungguh!!! Macam tengah rilek kat tepi pantai pulak rasanya, dengan angin kipas yang sepoi-sepoi bahasa dan suhu hangat negeri Perlis neh, memang sebijik feel kat tepi pantai. Nasib baik tak ada daun nyiur melambai je. Eh, seram pulak rasanya. 

Mengarang entri sambil membakar cd (burn cd) jugak sungguh menyeronokkan sebab kerja saya setel seperti memakai syampoo Rejoice, 3 dalam 1, pakej yang lengkap. Kerja selesai, entri berjaya di post, dan hati senang gumbira.

Sesungguhnya saya tahu, kenyataan di atas kedengaran agak hiperbola. Manakan bisa, dengan hanya berbaring, mengarang entri dan membakar cd mampu menghasilkan kegembiraan. Tapi, percayalah, bila anda mula masuk ke alam pekerjaan, benda kecik beginilah yang akan memberikan kegembiraan. Benda besar seperti melancong 5 hari 4 malam ke Pulau Lnagkawi hanyalah angan-angan, yang akhirnya membawa kepada kemurungan, Ah, tension2.... nak pergi bercuti, tapi................. ongkos dan masa pulak yang menjadi kengkangan T_______T

Tapi.... tak apalah.. Pepatah Melayu ada menyebut: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan kata lain, sekarang ni, sakit-sakit je lah dulu. Apa yang kecik-kecik tuh, besar-besarkan supaya tak menjadi perkara sipi, dan akhirnya mampu menjadi pengubat kesakitan. Contoh, macam sekarang ni lah.... Berbaring di katil sambil mengarang entri, dan membakar CD telah menghasilkan satu kegembiraan. Alhamdulillah, syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat.

Sekian..~~~

Saturday, April 9, 2011

perangai pelik?

Assalamualaikum

Sepatutnya hari ni saya berperangai normal. Begitulah seharusnya, tapi sekarang saya sedang melakukan perangai di luar normal (bukan luar tabii iya) Dulu, saya pelik bila melihat blogger meluahkan perasaan dalam blog macam blog tu bukan untuk bacaan manusia. Entri berbentuk hasutan dan kemarahan melampau bagaikan lontaran rasa harimau mengamuk tak cukup makan. Tapi sekarang, saya tak rasa pelik dah sebab saya jugak teringin nak membuat perkara yang sama. Tapi jugak, Alhamdulillah, akal ini masih  waras... makanya, tak adalah entri berbentuk untuk bacaan haiwan tertulis sebab blog ini adalah khas untuk manusia-manusia yang mulia seperti anda semua, dan saya juga. Dulu.... saya juga berasa pelik apabila meilhat entri yang  di telah post  di padamkan dari blog. Tapi, sekarang saya tidak berasa pelik lagi sebab saya juga melakukan hal yang sama. Sekarang, saya sedar.... kita hanya manusia. Bukan malaikat, yang tak mempunyai nafsu, atau pun Allah, yang maha sempurna. Saya mempunyai kelemahan, bertindak terburu-buru dan akhirnya tak menjadi, dan akhirnya termalu sendiri. T_________T dengan kata lain yang lebih jelas maksunya, kecewa. Insan kecewa akan melahirkan entri untuk bacaan haiwan. Saya harap, saya tidak tergolong dalam golongan penulis entri sebegitu. Astagfirullah....... Dengan entri yang secoit, tanpa rangkap perenggang, sudah mampu menjelaskan perasaan saya bukan? Ok, hanya ini sahaja yang saya nak tulis. Maklumlah, insan kecewa mampu menjadi penulis paling dramatik dan lantang dalam mengarang kerana sifat defensive yang akan terbit secara automatik dalam jiwa, sekaligus melahirkan idea-idea tak masuk akal yang kedengaran agak melankolia. Ups! saya tak mahu lebih-lebih sampai macam tu sekali. peace!! =)


Jumpa lagi
~~wassalam~~

Friday, April 8, 2011

suspenlah!

Assalamualaikum

Entri bersifat rajin. Baru dua hari menulis, terus menulis lagi. Walaupun sedang sibuk dengan kerja dan urusan peribadi, tapi masih mampu meluangkan masa, bukan kah itu adalah jiwa seorang blogger? Aceh ceh.... ntah apa-apa lah haku dok merepek di sini! Ops!

Wokeh. Alkisah, jantung ni dok ber dup dap dup dap dari petang tadi lagi.  Ternyata 250mg propranolol tak mampu menurunkan kepantasan degupan jantung ini. Adakah saya patut mengambil tambahan dos 250mg propanolol lagi untuk hari ini? (Uh, tak mahu lah, kang tak pasal-pasal bradycardia pulak haku, terus kojol kang! nauzubillah)

Aduish!!!!! dup dap toksOh kata hape lah. Berdebar-debar sungguh, tak sabar menunggu apakah yang bakal terjadi pada esok hari. Dengan kata yang berbelit putar alam pulak, harap semoga malam ini menjadi terlalu panjang supaya esok tidak datang dengan cepat.

Kedengaran agak suspen bukan? Hahaha, memang suspen sungguh-sungguh pun. TAPI, dengan kejam yang amat... saya mengambil keputusan untuk tak memberitahu apakah pencetus kesuspenan ini. Harap bersabar wahai kawan-kawan. Saya berharap berita baik akan menyusul selepas esok hari supaya bibir ni mampu tersengih sampai ke telinga. (Ya Rabb, perkenankanlah)

Sampai bertemu lagi.
^-^


Wednesday, April 6, 2011

bah di perlis

Assalamualaikum

Alhamdulillah, banjir sudah surut, pulau KJM Kangar jugak dah tak jadi pulau (sah sah ini adalah cerita lapuk, nak basi dah pun, tapi tuan blog baru ada kesedaran nak meng-up-date blog T______T) Makanya, saksikan gambar semasa banjir ya.

bahagian hadapan kolej


jangan salah sangka, ini merupakan air bah, bukan tasik di depan gunung (bangunan kecik kat belakang tu adalah kolej saya)


dari sisi kanan kolej, sebelah pondok guard


Ok, dah puas menatap gambar? Ok, sekarang sesi bercerita pulak. Dalam tempoh 5 bulan, ini merupakan kali ke dua Perlis dilanda banjir. Manakala dalam tempoh 5 tahun, ini merupakan kali ke-3 lah. Dan, secara tak bernasib baik, ini merupakan kali ke-2 saya berpengalaman menghadapi banjir di Utara. Kali pertama adalah sewaktu pertama kali bermastautin di Kolej Matrikulasi Kedah, dan kali kedua pulak adalah ketika kali pertama bermastautin di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar.... orang tua cakap air melimpah adalah petanda rezeki yang melimpah ruah.... ^-^ makanya, kedatangan saya adalah bersama rezeki yang melimpah ruah, aman makmur selalu ya negeri perlis~~ Insyaallah

Walaupun saya tidak menjadi mangsa manjir secara langsung, tetapi sedikit sebanyak tempias kesusahan itu terkena pada saya, (Aceh, macam hujan pulak) Catuan makanan! susah sungguh nak mendapatkan bekalan makanan bila habitat saya bertukar menjadi pulau. Bila jumpa nasi, umpama jumpa petroleum, beharga sungguh!  Biskut kering pun mampu menjadi juadah istimewa tau. Sebab itu lah bantuan makanan amat-amat di hargai pada waktu ini.

Ok, di kesempatan ini, saya nak mengucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan-kawan dan rakan seperjuangan yang mengambil berat mengenai keadaan di kolej saya. Terima kasih ya! Kami, warga KJM Kangar amat menghargai keprihatinan anda semua. Siap offer nak bantu2 lagi.... terharu tau!

P/S: Sebenarnya, salah satu tujuan entri ini di buat adalah untuk memberitahu bahawa KJM Kangar selamat daripada bencana alam ini, jangan risau-risau ya.. Sekian.....