Monday, March 7, 2011

ilmu wallpaper nehi nehi

Assalamualaikum

Selamat bertemu kembali setelah lama blog ini terbiar sepi.Alasan sibuk memang tak sedap di dengar... tapi itulah dia... memang sibuk sungguh dengan kursus itensif selama 2 minggu berturut-turut. Letih! T______T  (Tapi cukup seronok kerana menambah ilmu di dada)

Urm... nasib baik bunga2 kertas dinding (wallpaper) kat blog neh bukan macam bunga segar. Kalu tidak, semestinya sudah lama ia menjadi layu kan kan kan. Malahan lalang juga mungkin akan berserakkan meninggi diri. Namun, TUAH sungguh bila ia hanya sekadar lukisan. HUHUHU... Pengumuman!! saya nak bagitau semua orang, saya tak suka bunga segar yang dipotong dan dijadikan hiasan, keindahan yang tak tahan lama, wangi yang sementara, bagaikan memusnahkan sebuah keindahan bunga di taman indah. Biarlah ia mekar bersama tunjangnya, tolonglah!  Teeeeet.... T_______T

Bila menyebut wallpaper, saya teringat bait ceramah seorang kaunselor semasa berkursus hari tuh. Orang sekarang, ilmunya di wallpaper. Kalau hilang kertas itu, maka hilanglah ilmunya.

Maka bertuahlah orang-orang yang ilmu di kepalanya. Maka jugak, bertuah sungguh orang Islam ya, Islam dah lama menegaskan hal ini apabila memberikan  ganjaran pahala yang cukup besar kepada para hafiz hafizah. Bukan calang-calang ganjaran, membawa bersama sepuluh ahli keluarga ke syurga. Bertuah badan kalau ada anak yang hafiz hafizah... (Tapi kenapa bukan mak ayah dia yang nak jadi hafizah neh???? adeih, cabaran2. ayahnya...... sanggup amek cabaran ni tak? wink wink) Kalau bukan membawa kebaikkan, masakan diberi ganjaran sehebat itu kan kan kan...

Oleh yang demikian, saya akan berusaha supaya ilmu di wallpaper akan menjadi ilmu di dada, seterusnya menjadi ilmu di hujung lidah. Tunggu lontar-lontar je kepada para pencarinya. Insyaallah, tuhan akan meredhai niat yang ikhlas, jom sesama kita menghafal demi anak bangsa yang bakal dilahirkan..

Bukan apa...... saya teringat perbualan dengan kekawan masa dulu-dulu. Saya nak masuk bidang pendidikan sebab saya nak lihat tunas-tunas Islam  mekar di taman yang cukup indah (kejururawatan). Saya tak mahu ia dicantas sewaktu sedang berkembang. Tak mo tak mo tak mo. kalau boleh, biarlah kembangnya cantik elok, membekalkan madu penyembuh kepada ummah, lepas tu membuahkan benih yang baik. Amin...

Saya bukanlah seorang yang sempurna, malahan tak pernah terlepas dari dosa... Tapi, tak salah kalau saya ingin manganjak kepada perubahan yang baik kan.... lepas tu ajak ramai2 pulak kan... Jom lah. Sama-sama kita belayar dalam bahtera ini. CUMA sedikit keberanian je diperlukan. Adoish, itulah yang sukar dari dulu sampai sekarang. Saya mesti berani!!! mesti!

TATA
I/O chart menanti neh
Jugak prosedur memberi makan
Jom siapkan lesson plan jom
CABARAN BERMULA SAAT INI
T______T

Sunday, February 13, 2011

kisah pedas-pedas, hot!

Assalamualaikum

13 februari 2011. 
Lagi satu hari je lagi untuk genap sebulan sebagai permastautin di tanah UTARA ini. Kalau ikutkan, satu bulan merupakan tempoh yang elok2 atau dan dan lah untuk beradaptasi dengan tempat ini. Tapi...

Tapi... perut saya masih belum beradaptasi sepenuhnya dengan makanan utara yang bersifat pedas-pedas di sini T_______T

Saya suka makanan pedas, tapi bukan sangat pedas. Saya suka makan pedas, tapi bukan hari-hari pedas. Saya suka cili api, tapi bukan berapi-api. Saya suka pedas, tapi bukan kepedasan. Saya suka manis (stereotype kelantanist sweety i am) tapi bukan sinis T_____T

wokeh, Alkisah, tak ada satu kafe pun wujud di dalam KJM Kangar ini. Kalau ada pun, hanyalah dewan makan pelajar yang hanya menyediakan makanan mengikut frekuensi 3 kali hidangan utama sahaja. Sebagai langkah mengelakkan kebuluran, saya terpaksa mengambil pakej RM 6.50/day ini. Jimat memanglah jimat... tapi.. tapi... tapi..  eh, tak baik merungut dengan harga semurah itu, kufur nikmat!

Kalau namanya mengikut pakej, makanya saya tidak mempunyai pilihan lain dalam pemakanan, melainkan apa yang dihidangkan. Bayangkan, kalau pagi2 dapat makan roti dua keping jek, adakah perut berkapasiti 4 kliter ini mampu bertahan sehingga satu tengah hari untuk lunch?? 

Ok, itu bab makan pagi secuit jek... ini bab makan pedas pulak. alkisah, sepanjang minggu lepas.... tiap-tiap hari saya berpeluang makan nasi lemak. Sambal tumis dia.... adoish, tak usah cakaplah, pedas yang amat. Sepanjang hari, suhu dalam perut mencapai tahap maksimum, panas wo.... memulas-mulas dalam usus besar nih, sehingga terasa penat bertapa dalam toilet tiap-tiap hari T_____T ada gaya-gaya kete yang temperature tengah naik la jugak, tak mampu memproduktif, lemau jek sepanjang hari.

Bila hari-hari breakfast nasi lemak, dalam kepala otak terus teringat nasi kerabu kuah tumis, nasi berlauk ayam gulai. Uh, saya rindukan kg Bujok terchenta. Nak makan nasi kerabu keler biru! nak jugak makan nasi kuah ayam gulai. Kalau boleh,tiap-tiap pagi nak ngadap nasik-nasik tu dulu sebelum pergi punch card.. Dah la harge murah, RM 1.50 je sebungkus,kenyang dan sangat berbaloi-baloi untuk nilai wang dan poket. windu T_____T

Kalau anda mempunyai lidah dan perut seperti saya, barulah anda akan paham. Susah sungguh nak jumpa makanan tak pedas disini. Semuanya pedas-pedas belaka. Kalau lunch kat luar, saya terpaksa makan nasi dengan kuah yang minimum, dengan kata lain, seperti tak ada kuah langsung. Hatta sup jugak pedas, apa lagi yang boleh saya makan dengan rakus di sini? Tapi, itu masih boleh diterima lagi kan, bagaimana pulak kalau spageti prawn oleo kat Pizza Hut pun boleh bersifat pedas? sungguh-sungguh ni, bukan tipu2.

Untuk pengetahuan anda semua, ini bukan kali pertama saya berada di utara. 5 tahun ke belakang, saya menuntut ilmu di Changloon, Kedah (tempat pertama pertemuan dengan encik buah hati terchenta, nostalgik sungguh KMK neh)... Dulu, lidah, tekak dan perut saya boleh beradaptasi, tapi kini.. sangat susah. Adakah ini merupakan salah satu ciri-ciri ketuaan? T____T


Semoga saya akan cepat beradaptasi dengan makanan disini memandangkan saya bercadang untuk tinggal disini dalam tempoh yang lama. Tambahan lagi, saya bercadang untuk menambahkan kapasiti, kuantiti dan kualiti simpanan adipose tissue didalam badan, sekaligus meluaskan lagi interval jarum penimbang berat bila susuk ini berdiri diatasnya.


Semoga cepat menjadi kenyataan. Perkenankanlah ya Allah~~


saya suka propranolol
melebihi kesukaan kepada piriton
????

Sunday, February 6, 2011

seminggu pertama di KJM Kangar

Assalamualaikum

Tidak sampai sebulan gelaran penjawat awam telah aku sandang, namun penatnya terasa bagaikan sudah terlalu lama  mencurah keringat di arena ini. Kesakitan di tulang belakang tatkala menyiapkan plan pengajaran dan persembahan power point masih lagi mencucuk-cucuk, berbisa seperti telah mengalami vertebra slip dislocation. (Nauzubillah)

Aceh,,,, ayat ini kelihatan skema, seperti ingin menyertai pertandingan menulis cerpen pulak gayanya. Tapi, cerpen satu perenggang ajo lah eh.. tak larat kot nak mengarang ayat-ayat cam gitu dengan banyaknya. HAHA, tak kelakar pun.

Menjadi pengajar ini rupanya tidaklah mudah. HUHU, ada ke kerja yang mudah? duduk je dapat duit... adeh, macam keje jaga tol lah pulak. Sambil duduk, gaji berjalan. pom pom hon berbunyi apa kes????

Wokeh, kembali kepada cerita asal... Dulu, masa belajar dulu2 lah... saya tengok lecturer ni macam rileks je. Masuk kelas, pong pang pong peng bercakap. Pastu keluar, pergi makan. Senang sungguh gayanya. Tapi..... disebalik tuh, rupanya susah jugak iya. Meh baca apa yang berlaku sepanjang minggu pertama yang meruntung jiwa ini:

1. Menyiap lesson plan, lesson note dan power point presentation

KKM mempunyai format tersendiri dalam menghasilkan lesson plan. Memang tak sama dengan format yang saya belajar dulu. Mengikut KKM, plan pengajaran hanya mengandungi objektif, perancangan waktu, alat bantu mengajar, aktiviti pengajar dan pelatih serta penilaian. Manakala, isi kandungan pembelajaran pula berada dalam sheet berasingan, yang dikenali sebagai lesson note. Makanya, format KKM ini kelihatan lebih kemas dan tidak padat seperti yang saya buat masa zaman ritu2 lah. 

Sepanjang proses menghasilkan lesson plan & note nih, tahap stress adalah pada tangga yang sangat tinggi. Segala-galanya kelihatan susah, dan memenatkan. HADOIH. Rembesan hormon serotonin pulak memang tinggilah sangat2 (tapi tak dapat dibuktikan sebab tak g buat blood test pun =P), seiring dengan itu, pengumpulan acid laktik jugak berlaku dengan banyaknya terutama di kawasan lengan dan betis. Hal ini dibuktikan dengan rasa lenguh yang amat seperti berlari sejauh 5 km setiap hari T_____T

2. Quality of life? 

Wokeh, bacalah luahan dibawah dan nilaikan bagaimanakah kualiti kehidupan saya dalam tempoh seminggu itu.... silakan silakan...


Waktu tidur  telah berubah. Setiap hari, saya akan tidur pada jam 2 pagi dan bangkit pada jam 6.30 pagi. Tempoh 4 jam setengah yang sangat berkualiti, kalau jagi gempa bumi belum tentu terjaga neh..... Makanya, bolehlah dipanggil beuty sleep walaupun tak berapa nak cantik. 

Tiap-tiap hari bila nak tidur jek, terasa seperti satu badan mengalami kelumpuhan. Otak saya masih lagi dok pikir2 pasal kerja, tapi badan rasa tak larat dah nak bangkit buat kerja, rasa sangat berat sampai tak boleh nak gerak. Agaknya, macam nilah perasaan orang yang mengalami kelumuhan... Muhasabah.....

Dengan serious saya mengakui, time tuh memang terasa sangat busan dengan rutin tiap-tiap hari. Apa tak nya, pagi-pagi lepas punch card, terus bukak komputer buat kerja, Lepas rehat, sambung kerja lagi. Pastu punch card, balik bilik then sambung buat kerja lagi sampailah tertidur pada jam 2 pagi. 

Makanya, pendapat anda????? T____T

3. Kerja-kerja lain....

Dalam pada tengah sibuk2 buat lesson plan, dok pikir kerja lain lagi..... apa dia? Ni hah, Skill lab yang tak berapa nak siap. Ianya adalah dibawah tanggungjawab saya dan Mahani. Adoish, kali pertama tengok skill lab dia, sentap habis. Semua benda belum di set up lagi.... Nak tak nak, memang kami lah yang kena siapkan, Ada dateline pulak tuh, kena siap sebelum kursus teaching methodology, 21 February nih... Adoish., Doakan kami berjaya ye..


4. Pelatih-pelatih

hah, bab ni memang mengujakan. Kalau dulu, istilah pelatih memang sangat asing bagi saya. JP (Jururawat pelatih), JMP (Jururawat masyarakat pelatih).... memang tak pernah didengari sewaktu bergelar STN (Student nurse) di UKM. Sememangnya sistem IPTA dan kolej latihan KKM mempunyai beza yang besar... Bukan takat beza panggilan jek, pengurusan pun lain-lain. Makanya, adaptation is a must!! Bak kata pepatah Melayu, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang rimau, mengucap banyak2, panjat kandang.hehe.

Sebagai pengajar di KKM, jangan terperanjat bila semua pelatih akan berdiri dan mengucapkan salam secara  beramai2 seperti disekolah ya kawan2. Lepas mereka bagi salam, jangan lupa untuk persilakan mereka duduk sebab selagi anda tak bagi mereka duduk, mereka akan berdiri jelah. Bagus mereka=mereka nih. Ini merupakan suasana baru bagi saya.... so, memang saya sangat terkejut dengan situasi itu.... Lagi satu, saya tak biasa bila saya yang masuk ke tempat mereka, tetapi mereka yang bagi salam.... sepatutnya tetamu lah yang memberi salam kan.... So, kena lah biasa-biasakan sebab itu adalah budaya disini.

Okeh, cuba teka, berepakah umur pelatih-pelatih disini? Tet tet tet.............

Mengharukan, mereka adalah rakan sebaya jek. Walaupun baru berada di semester satu tapi umur dah 25-26 tahun. Terkesima cikgu nak ngajar. huhu Tapi, seronok mengajar mereka-mereja nih, ceria sepanjang masa. Harap-harap ceria itu tanda paham ya murid-murid.


5. Rakan setugas 

Disebabkan ini adalah kolej baru, pelatih pulak seramai 90 orang sahaja, makanya pengajar yang ada cumalah 6 orang sahaja. Mungkin tunggu pelatih menjadi semakin ramai barulah bilangan akan ditambah kepada bilangan yang sepatutnya...

Buat masa nih, saya masih lagi dalam proses erkenalan dengan mereka..... Tak kenal maka tak cinta kan.... So, terlalu awal lagi nak bagi komen2 pasal rakan setugas neh....Karang kan iya2 dok kutuk, rupanya2 dowang ni baik2 je. Tak pun, iya2 dok puji, rupa2nya talam bermuka-muka pulak.. huhuhk

Makanya, Jom.... kenali rakan sekerja kita... Wujudkan suasana yang harmoni supaya hati senang... kerja pun tak stress kan kan kan

Wokeh, kisah seminggu bekerja sudah tamat. Perkongsian yang pendek jek...... Nak panjang2 lagi tapi tak tau nak menyusun ayat. Nanti story lagi yek. 

TATA

Monday, January 31, 2011

DUA

Assalamualaikum


Ini adalah entri paling pendek ciput. Sangat tak ada cerita, cuma menayangkan sekeping gambar semata-mata. Itupun dah dikaburkan sebab nak menutup jerawat yang bermaharajalela kat muka angkara ketidak-stabilan hormon.


Sudah DUA TAHUN rupanya ya! Lama, tapi terasa macam baru kenal...

untuk buah hati disana, yang dekat dimata, juga dekat di hati (awak yang sedang baca tuh)

Terima kasih. terima kasih. terima kasih.
Love you so much

Sekian entri gedik T_____T

Monday, January 24, 2011

panduan menyimpan bubur bayi

Assalamualaikum

Puas mencari-cari maklumat pasal makanan pelengkap dan cara-cara simpan bubur bayi yang berlebih-lebihan,dimasak oleh ibu-ibu yang nak instant je keje (like me in future hohoho) kebanyakkan artikel dia dalam bahasa endon. Aduish, naik jemu dok ulang baca frasa lemari es  a.k.a peti ais. 

Disebabkan kesedaran itu, saya mengeluarkan entri ini bagi panduan ibu-ibu bekerjaya kat luar sana, yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi kepada baby yang ditinggalkan bersama pengasuh. (Layakkah wanita tak berkahwin ini bercakap mengenai makanan bayi?? T______T)

Cara-cara:
  1. Masak bubur nasi kosong atau puri buah mengikut jumlah yang anda ingini
  2. Biar bubur sejuk, jangan simpan panas-panas, karang menaikkan suhu peti ais pulak (pastikan bubur tidak dibiarkan lebih dari 2 jam di dalam suhu bilik bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria)
  3. Masukkan bubur kedalam takung ais dan balut dengan wrapping paper, lagi bagus kalau takung berpenutup. 
  4. Simpan didalam bahagian sejuk beku. Letak pada paras paling atas bagi mengelakkan air dari makanan lain tertitik atas tuh.
  5. Bila bubur sudah beku, keluarkan dari peti sejuk.
  6. Keluarkan kiub bubur dan simpan dalam plastik kecil-kecil sesuai untuk satu hidangan (buat cepat-cepat ya, jangan bagi peluang bubur mencair)
  7. Labelkan tarikh dan susun elok-elok. Ingat, 1st in, 1st out. 
  8. Bubur boleh bertahan selama satu bulan, tapi seelok-eloknya habiskanlah cepat-cepat dalam tempoh dua minggu ya.

Bila nak  guna, perlu dinyah beku. Senang aja eh... masukkan kiub kedalam bekas yang mesra mikrowave dan thaw aje. Kalau tak ada mikrovawe, boleh ditambahkan sedikit air panas dan panaskan diatas api. 


Mudah kan, sekian.
Sumber dan gambar asal di sini ya


P/s: dengan terbitnya entri ini, sila jawab teka-teki. Apakah subjek yang saya ajarkan kepada student kat KJM Kangar?

Saturday, January 15, 2011

bukan lagi penganggur

Assalamualaikum

Akhirnya, secara rasmi saya sudah memadamkan gelaran penganggur. Dan, anda mungkin tidak akan membaca lagi perkataan itu di blog ini. Kalau baca pun, mungkin di blog archive ajo lah ekau eh (betul ke cakap negori lagu ni neh?)

Alhamdulillah, Syukur kepada Allah. Ini adalah rencana yang telah Dia tetapkan kepada saya. Rezeki ini memang merupakan anugerah. Wajib sungguh di syukuri. Terima Kasih Allah. Melepaskan diri dari belenggu pengangguran, sekaligus membuka ruang kepada kehidupan yang lebih baik. Ini merupakan satu nikmat yang sungguh besar. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! (Tasbih, tahmid dan takbir kepada Allah atas segala kurniaan Dia)

KJM Kangar. Ia memang satu tempat yang mengagumkan walaupun semua fasiliti masih belum lengkap sempurna, maklumlah baru je dua minggu dibuka. Students pun ada 60 sahaja, yang terdiri daripada sem 1 dan 2.

Hostel pelajar dia tak payah cakap lah...memang tip top top sungguh. Bayangkan, satu bilik, dua orang. pastu dua bilik pulak berkongsi satu bilik air dan tandas. Memang heaven lah!(pinjam ayat buah hati) Tambah-tambah heaven lagi bila setiap aras diberi 2 biji peti ais (Kalau dapat mesin basuh, triple heaven lah). Saya sangka asrama di SESTER sudah cukup selesa, tapi sini lagi selesa. Almari baju sangat besar, begitu juga dengan meja study. Aduish, saya cemburu dengan segala kemudahan ini.

Saya dapat menceritakan dengan detail pasal asrama ini kerana............. buat sementara waktu nih, saya menumpang di hostel tersebut. Harap-harap proses untuk memasuki kuaters kakitangan dipermudahkanlah hendaknya. 

Wokeh, itu cerita fizikal. Ini cerita emosi pulak. 

Saya sungguh-sungguh tak sangka menerima layanan yang sangat baik daripada pemangku pengarah KJM Kangar ni. Paling tak sangka bila mendengar pandangan beliau mengenai jawatan pengajar jururawat kepada orang muda belia seperti saya ini.

Baguslah you all (saya dan Hani) datang sini. Nanti budak ni tengok muda-muda dah jadi pengajar dapat bagi motivasi kepada students sini ar. Bagi mereka semangat nak study kuat-kuat supaya berjaya macam you all.

Ok, saya memang tak pernah menjangkakan ayat ini keluar dari mulut beliau. Masa mula-mula nak masuk lapor diri, saya memang bersedia nak kena bambu seperti yang terjadi kepada salah seorang rakan setugas. Awal-awal lagi dia sudah kena basuh dengan klorox sebab terpilih menjadi pengajar, walhal tak ada pengalaman kerja di wad. Walaupun agak luntur sedikit, tapi dia tetap jugak buat-buat pekak dan pergi melapor diri. 

Wokeh, lupakan yang negatif, buang jauh-jauh rasa tak selesa tuh. Jangan peduli apa kata orang yang bersifat pedengki. Pedengki memang tak redha dengan rezeki orang lain, malahan rezeki diri sendiri pun dia tak bersyukur. (Kalau bersyukur, tak adalah dia nak kutuk-kutuk orang yang dapat lebih dari dirinya kan) Rezeki Allah SWT yang beri, tak payah persoal-soalkan kurang lebih. SYUKUR ok!

wokeh... sekian. 
Biarkanlah keyboard ni kena ketuk
Biarlah keyboard ni berbicara
ok?

Friday, January 7, 2011

bersedia dalam hujan

Assalamualaikum

Hujan sudah berhenti, tapi hati ni masih berbolak-balik nak melakukan kerja mendobi. Banyak kain nak kena basuh nih, cadar, selimut, tudung, baju dan segala bagai. Takut kalau tetiba hujan, habis lah kain-kain tu berbau sebab lembap, eiiii bucuknya! Makanya, duduk diam-diamlah kain baju oi…. Nanti kalau langit tak lagi mendung, awan hitam berlalu pergi, saya akan sental kalian habis-habisan ya.. Tapi, kalau tak cerah-cerah jugak, makanya bawak kain busuk lah ke Perlis nanti. Kemudian……. Cari je kedai dobi kat sana =P

Tinggal 6 hari je lagi untuk saya berangkat-angkut pindah ke Perlis nih. Tapi barang-barang tak siap sedia lagi. Maklumlah musim hujan, kedinginan yang mencengkam sampai ke tulang, beku! Sampai diri sendiri pun membeku dalam kain selimut. Baik, diagnosis kendiri pada musim ini adalah: Malas.  Tindakan yang patut diambil adalah: kerja last minute.  HAHAH, tak kelakar pun! Tapi, seriously, kalau last minute punya kerja memang menjadi. Perasaan malas tu akan menghilang dengan sendiri dan seolah-olah paras glukosa dalam darah membuak-buak, bertenaga je sepanjang masa. Hormon serotonin pun makin naik, semangat lain macam je  tanpa rasa penat.

Tak sabar sungguh nak memegang gelaran pekerja nih, sekaligus melenyapkan gelaran peganggur. YEEHA! Alhamdulillah. Rezeki Allah ni wajib disyukuri, dengan selapang dada. Terima Kasih Ya Allah. Lepas ni macam mana lah pulak suasana kerja kat sana. Harap=harap semuanya berjalan dengan lancar.

Harap-harap jugak dapat ramai kenalan kat sana memandangkan saya tak ada saudara mara pun kat sana. Makanya, bila cuti-cuti, tak adalah program ziarah sanak sedara, mengeratkan silaturrahim T____T Tak ada jugak orang yang nak disusahkan bila darurat melainkan hanya dua orang insan sahaja, yang saya kenali berada di sana, Buah hati pengarang jantung (aceh!) dan Hani (rakan satu sekolah dan satu universiti), yang bakal bertugas bersama-sama di KJM Kangar.

Sebenarnya……. didalam hati  agak berbunga-bunga jugaklah ni bila dimumkan bertugas disana, walaupun ada sedikit terkilan tak dapat posting kat negeri sendiri. Sekurang2nya bila berjauhan dengan keluarga, dekat dengan bakal soulmate =)

Mesti ramai yang sangka saya memohon untuk bertugas di Perlis kan kan kan. Sebenarnya Tak. Dalam tiga pilihan tempat bertugas, tak ada satu pun saya letakkan Perlis.  Tapi, macam biasalah. Dilema gadis bujang…  akan tercampak dimana-mana sahaja untuk mengisi kekosongan yang ada tanpa dipertimbangkan pilihan yang dimohon. Redha aja lah….. But.. I’m happy with that =) syukur sangat-sangat.

Ok, sekian entri kali nih. Hujan kembali merintik. Paras air semakin naik dan harap-harap tak banjir teruk macam 10 tahun yang lepas. Penat nak kemas barang nih. Aduish, kerja mendobi tertanguh lagi T____T

kemas-kemas kemas
Kan best kalu ada kuasa magic
petik je jari, kain baju susun sendiri 
=P