Monday, January 24, 2011

panduan menyimpan bubur bayi

Assalamualaikum

Puas mencari-cari maklumat pasal makanan pelengkap dan cara-cara simpan bubur bayi yang berlebih-lebihan,dimasak oleh ibu-ibu yang nak instant je keje (like me in future hohoho) kebanyakkan artikel dia dalam bahasa endon. Aduish, naik jemu dok ulang baca frasa lemari es  a.k.a peti ais. 

Disebabkan kesedaran itu, saya mengeluarkan entri ini bagi panduan ibu-ibu bekerjaya kat luar sana, yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi kepada baby yang ditinggalkan bersama pengasuh. (Layakkah wanita tak berkahwin ini bercakap mengenai makanan bayi?? T______T)

Cara-cara:
  1. Masak bubur nasi kosong atau puri buah mengikut jumlah yang anda ingini
  2. Biar bubur sejuk, jangan simpan panas-panas, karang menaikkan suhu peti ais pulak (pastikan bubur tidak dibiarkan lebih dari 2 jam di dalam suhu bilik bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria)
  3. Masukkan bubur kedalam takung ais dan balut dengan wrapping paper, lagi bagus kalau takung berpenutup. 
  4. Simpan didalam bahagian sejuk beku. Letak pada paras paling atas bagi mengelakkan air dari makanan lain tertitik atas tuh.
  5. Bila bubur sudah beku, keluarkan dari peti sejuk.
  6. Keluarkan kiub bubur dan simpan dalam plastik kecil-kecil sesuai untuk satu hidangan (buat cepat-cepat ya, jangan bagi peluang bubur mencair)
  7. Labelkan tarikh dan susun elok-elok. Ingat, 1st in, 1st out. 
  8. Bubur boleh bertahan selama satu bulan, tapi seelok-eloknya habiskanlah cepat-cepat dalam tempoh dua minggu ya.

Bila nak  guna, perlu dinyah beku. Senang aja eh... masukkan kiub kedalam bekas yang mesra mikrowave dan thaw aje. Kalau tak ada mikrovawe, boleh ditambahkan sedikit air panas dan panaskan diatas api. 


Mudah kan, sekian.
Sumber dan gambar asal di sini ya


P/s: dengan terbitnya entri ini, sila jawab teka-teki. Apakah subjek yang saya ajarkan kepada student kat KJM Kangar?

5 comments:

Anonymous said...

salam..

puan, saya suka entry puan ini..
puan mengajar paeds kah?
saya staff nurse yg br graduate yg skrg ni b'kerja di paeds wad..
sila beri tunjuk ajar~~~
hihi... =P
agak2nyer sape saye ek...

cik misi said...

cik anonymous... saya tahu siapa awak eheheh =)keje kat melaka kan... hahah (jangan tipu2 ye)

minta maaf, jawapan salah. Sila cuba lagi. jangan give up, =P

nurse husna said...

alaaa...
camner awk tau nih.. huhu..
mmg sy pon..
oit, x dpt teka r..
x kan dietetik kot...

cik misi said...

saya kan ada psikik.hhahaha
xde lah una, untuk permulaan ni jij kena ajar subjek nutrition. Skang ni, dok ajar pasal pemakanan bayi...

Wafaa' said...

Sy nk tanya..boleh ke bubur yg sudah dicampur dengan sayur dan ayam disejuk bekukan..n klu boleh tahan berapa lama?