Sunday, April 25, 2010

Melawat Cikgu


Assalamualaikum.. marilah kita menatap gambar ini sebagai appetizer untuk membaca entri kali ini.. Apa? anda ingat makan je ke ada appetizer, membaca blog pun ada jugak la =P ni hah bukti dia~~~ layan je lah.

~~comels~~

Alkisah trip ke UKM Bangi untuk berjumpa dengan Dr. Affendi telah diselitkan dengan sedikit slot fotografi.. Sempatlah dua tiga keping gambar kena snap.. Melihat rama-rama kat atas kepala tu, rasanya rugi kalau tak dijadikan kenangan. Namun, bukanlah kenangan mencabut rama-rama tersebut dan bawak balik rumah tetapi cukuplah sekadar menangkap gambar2 menarik dengan rama2 itu..

tengok..siap berkepak lagi. excited betol budak2 nih

Sesungguhnya saya cemburu melihat panorama fakulti pendidikan.. nampak tenang dan damai. Tambahan lagi ada banyak pondok yang dilengkapi kipas dan plug untuk keperluan dan keselesaan bagi pelajar. Kalaulah kalau kat PPUKM ni pun ada kemudahan macam tuh..kan bagus. Dapat belajar dengan best, dapat buat diskusi dengan selesa. Aish! dengkinya. 

lihatlah.. banyak pondok kat belakang tuh dan kat depan pulak, ramai gadis-gadis rupawan...

...yang sungguh cumel =P

Ok2.. menagkap gambar bukanlah tujuan utama kami ke Bangi pada hari itu.. Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... Jelas?? Saya dan kawan-kawan pergi kesana untuk berjumpa dengan pakar statistik, Dr. Affendi bagi bertanya beberapa perkara mengenai research kami.. Terima kasih kepada beliau kerana sudi menerima kedatangan kami dan sanggup melayan karenah kami yang sanggup mengetuk pintu kali kedua bagi bertanya soalan: Boleh tak kami nak tangkap gambar dengan doktor? Sumpah! sangat gila kamera kan =P

lihat belakanh.. banyak key chain.. dari negara2 berlainan tau.. nak jugak!!!

Ok2.. cerita bergambar berakhir disini...
Sekian terima kasih
Biarkan Keyboard Berbicara
=D


No comments: