Thursday, April 1, 2010

Taman Bunga Berbajet


Assalamualaikum

Para hadirin sekalian.. terima kasih kerana hadir ke blog ni. Jangan bermuram durja ya... hiburkan hati anda dengan zikrullah... saat hati resah, perbanyakkan istigfar. Mungkin keresahan adalah petanda bahawa maksiat yang dilakukan dah over limit? erm..astagfirullah. Ditujukan kepada diri sendiri T.T


Alkisah saya telah pergi ke Taman Botani pada pagi tadi bersama makcik, Siti Fatimah, adik, Shaerah, dan jugak 2 orang kawan, Una dan Hani. Pada mulanya trip itu memang mengujakan.. Ok fine, mesti semua orang dapat agak ending dia tak seindah yang diharapkan.. tak nak membebel panjang-panjang, jom  baca sebuah kisah benar yang sahih ini. Untuk menjadi baik hati, saya akan berkongsi cuti-cuti 1Malaysia berbajet bersama anda semua ya =D 


Jam 8.15 pagi.. 
Terbayang  basikal kat depan mata.. nak kayuh puas-puas.. lama tak naik basikal nih. Teruja sungguh. Disamping itu, terbayang jugak keharuman dan keindahan bunga2  kat sebuah taman yang luas.. Er... sebenarnya nak cakap waktu ni rombongan lawatan saya bertolak dari Laman Midah, Cheras ke KTM komuter bandar Tasik Selatan dengan menaiki teksi. Bajet = RM 8.00 satu teksi. Bagi siapa2 yang nak naik bas rapid, tunggu kat depan HUKM jam 8.15 pagi atau pukul 9.20 ataupun 10.30 ya... Jangan lupa, nombor T 424, bayaran RM 2.00 sahaja. 


Jam 8.30 pagi
Tiba di Bandar Tasik Selatan, ternampaklah sebuah bangunan tak siap lagi yang bakal mengantikan hentian puduraya... sayang seribu kali sayang, saya tak sempat nak merasa, InsyaAllah bulan 8 ni status pelajar telah lupus, sekali lagi nak cakap, sungguh mengujakan =P. Nampak macam best je monumen itu (patut panggil monumen kah?).. tapi betol ke best? kita nantikan 4-5 tahun lagi bila saya datang KL untuk berjalan-jalan makan angin dan bershopping barang anak-anak kecik =P


Jam 9.15
Setengah jam menunggu komuter, barulah nampak kepala dia tergedek-gedek datang kat platform nih. Aduish! sungguh menguji kesabaran. Bila la agaknya mutu, gaya dan keunggulan  ktm nak meningkat ni... Nasib baik murah, RM 1.00 sahaja tiket dari Bandar Tasik Selatan ke Serdang.. so, jangan banyak complaint. Guna jek lah apa yang ada... jimat2. student la katakan, kena la berhemah dalam berbelanja.. mana ada gaji lagi Cik Senah oiiii. Jikalau sudah bergaji nanti, maka belilah sebiji Toyota Rush untuk memudahkan urusan pergerakkan anda. Rush sahaja ya, yang lain jangan layan =P 




Jam 9.30
Tibalah kami di Serdang. Makanya kami berjalan merentasi jejambat menuju ke seberang jalan untuk menunggu bas U42 dengan tiket berharga RM 2.00 sahaja. Ok, bas ni agak lambat.. dia akan datang setiap 30 minit... di sebabkan kami sampai ngam-ngam dengan time dia nak gerak, makanya menelan air liur sahajalah melihat bas itu pergi....... putih kaler anak mata ni kejap..


tayan tiket bas, iklan free rapid KL =P




Alkisahnya... dalam setengah jam tu, banyak benda baru yang saya ketahui... Fakta bas:  Tahukan anda Bas U41 (dari KL ke Serdang) akan melalui Serdang sebanyak 4 buah dalam masa 30 minit? sungguh mengujakan kan kan kan.. tak pernah lagi saya jumpa bas yang effisien macam gini.. Tahukah anda bahawa bas U 411 akan melalui Jalan Midah Besar dan menuju ke Serdang? ooooohh, andai ku tahu lebih awal, pasti akan ku gunakan bas itu untuk ke sini.. Jimat wooo, Paling mahal pun RM 3.00 je tambang bas tuh. Tahukan anda juga, saya telah membazir masa selama setengah jam dengan berdiri disini??????? =(


Jam 10.00 pagi
Alhamdulillah...akhirnya bas U42 sampai. Oh alangkah indahnya andai bas rapid masih menggunakan sistem lama.. RM 2.00 pusing satu KL.. Dulu, tiket bas boleh digunakan selama sehari, naik je mana-mana bas yang sama kelas (Contoh, Utama, Tempatan dan Bandaran), maka anda tak perlu lagi menambah bayaran bila guna bas lagi dalam hari tu.. Jimat tahap superb wa cakap lu fuyoh! ... tapi sekarang ni dah pakai sistem tambang untuk sehala sahaja.. sekali naik, sekali bayar.. oh tokey rapid KL, tolong pertimbangkanlah balik sistem lama tuh.. rayuan ikhlas dar hati yang suci dan nurani -penggemar bas rapid-


Ok baiklah, ini adalah tip apabila anda pergi ke tempat yang tak biasa pergi. Berbaik-baiklah dengan pakcik driver... Tambahkan madu dalam senyuman dan susunlah kata-kata yang manis.. Makanya, dia tak akan keberatan menolong anda. Tak payah tekan loceng, dia akan menurunkan anda di destinasi yang diingini. Memudahkan bukan.. Terima kasih pakcik =D


Jam 10.30 pagi
Makanya selamatlah sudah perjalanan itu. Sampai lah kami ke Taman Botani Putrajaya.. Mengujakan.. nak main basikal. Yeye! ceh, macam tak pernah jumpa basikal padahal masa zaman sekolah rendah dulu selalu mencari alasan untuk tidak kayuh basikal ke sekolah..


Sayang seribu kali sayang... saya ingin berseronok, melepaskan tekanan di jiwa. adeh, besar mana sangat ntah tekanan tuh =P. namun... tidak seperti yang diharapkan, saya terseliuh akibat terjatuh. huk huk huk.. sesungguhnya itu adalah saat paling cemas sampaikan saya terfikir mengenai kematian kerana mengalami kesukaran bernafas untuk seketika.. 


Pada mulanya saya berlagak mengatakan bahawa segala-galanya ok.. kononnya lah. Tapi, tak dapat paksa diri untuk menipu. Muka sudah pucat dan kepala pusing-pusing, ditambah pulak dengan kesukaran untuk bernafas.. Nasib baiklah ada sanak saudara dan kekawan yang baik hati.. Dapatlah kiranya saya bernafas semula seperti biasa.. Bakal-bakal misi ni kan memang bijak2... Dapat membuat pertolongan cemas dengan sungguh effisen sehingga mematikan kesakitan saya untuk sementara. Alhamdulillah... 


dapat basikal.. yeye =D


andainya ku ada DSLR...


phewitt.. awek. Haha. gedik!




12.00 tengah hari
Ok, sekarang masa untuk meninggalkan Taman Botani................. Makanya cerita sudah habis. Sila pergi rehat lepas baca entri panjang sungguh ini. errr... kejap, baca yang ni dulu. Hikmah melawat Taman Botani. Antaranya:

  1. menguji tahap kesabaran manusia apabila diuji dengan masa 
  2. menguji tahap kesabaran apabila di uji dengan kesakitan
  3. menguji ketahanan fizikal 
  4. menerapkan nilai kerjasama
  5. menerapkan nilai persahabatan
  6. menguji kesabaran manusia apabila tidak beroleh apa yang diingini
  7. mengajar diri untuk memahami kesukaran yang dialami oleh orang yang tidak berkenderaan, yang terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana
  8. menilai tahap kebagusan pengangkutan awam yang pelbagai.



Jadikan setiap sisi negatif sebagai positif 
Supaya mata hati terbuka untuk melihat hikmah 
Disebalik kesakitan dan keperitan
Akhirnya akan terbit sebuah kepuasan
Walau didepan terbentang sebuah kesengsaraan
Biarkan Keyboard Berbicara =D



No comments: