Assalamu'alaikum
Alkisah *pelajar* tahun akhir di Jabatan Kejururawatan akan membuat satu persembahan nyanyian koir besempena Majlis Makan Malam Pelajar Kejururawatan. Sesungguhnya saya yang sangat comel dan bersuara sumbang ini juga turut menyumbangkan suara untuk persembahan tersebut. Walauapapun, demi menjaga keharhonian suara koir tersebut, makanya saya akan menyanyi dengan perlahan... ala-ala berbisik gitu....
Saya tak pandai menyanyi, apatah lagi menari serta apa-apa berkaitan seni suara ini. Saya hanya pandai mendengar lagu sahaja. huk. huk. huk. pelajar-pelajar sekalian, maafkan pelajar ini ya.
Sesungguhnya saya cemburu melihat semua orang bersungguh-sungguh praktis.. semua orang nampak enjoy... Saya pulak, flat effect T.T Sebab tidak menemui keseronokkan pada aktiviti seperti ini. Aduhai nasib badan... Seharusnya saya patut merasakan keseronokkan bersama mereka. Mungkin ini adalah kali terakhir kami bekerja sebagai satu kumpulan dalam dunia yang bergelar pelajar. =(
Insyaallah... esok saya akan cuba boost up sedikit keterujaan... demi membalas usaha rakan-rakan sekelas yang bersungguh-sungguh mencari lagu dan mencipta gaya-gaya havoc, juga demi memastikan persembahan ini muncul sebagai persembahan terbaik.. heheh.. ada ke majlis dinner bagi award persembahan terbaik, award king and queen of the night adalah.. Tetapi saya tak pernah mimpi sikit pun nak menang sebab???? saya tak ikut tema dia =P heheh..
**saya mahu menggunakan perkataan itu kerana beberapa bulan lagi tidak akan menggunakan status itu. harap maklum =D
Ok2.. ini adalah lirik lagu yang akan saya dendangkan bersama kawan2.. jom praktis sama2.
aku sadar bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu
ku punya harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkah ku miliki
sudah jauh kita tempuh
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yg akan menunggu
di penghujung jalan
biar nanti kecewa
setidak-tidaknya cuba
korus:
jika halangan menduga
perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerna ku ada di sisi
setia menemani
andai semangat mu gugur
genggamlah tanganku
kita hampir ke situ
adakala ku terasa
ketabahan tak setegar
tetapi apakan andainya
berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu
biar orang katakan
rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan
tapi kau ada aku
tandaku punya kamu
apa jua akhirnya
tetap bersama
Biarkan lirik lagu lancar meniti di bibir
Biarkan Keyboard Berbicara
=D
No comments:
Post a Comment