Tuesday, February 9, 2010

T.U.A


Fakta ringkas gerontology 

Gerontology adalah satu cabang ilmu dalam perubatan yang mengkaji satu fasa dalam kehidupan kita yang singkat ini. Fasa tersebut bermula pada umur 65 tahun dan berakhir apabila seseorang itu memulakan perjalanan di alam barzakh. Ia mengkaji perubahan-perubahan dan juga permasalahan yang timbul seiring dengan penambahan usia. Seterusnya, kualiti hidup golongan ini akan dapat dipertingkatkan hasil kefahaman mengenai perubahan tersebut =D

Manakala gerontophobia pula adalah ketakutan untuk menghadapi hari tua.. hasilnya, banyak la perlakuan pelik yang dapat diperhatikan. Sebagai contoh, adik remaja muda belia memakai krim anti kedut, nenek berusia 80 tahun pakai baju macam adik remaja.. huhuk.. iskh2.. dasyat gak ek.

Ok2.. saya bukan nak bercerita pasal perubahan2 yang jadi pada usia geron nih, tapi untuk muhasabah diri.. Bila tengok keadaan warga emas kat salah satu hospital yang saya pernah pergi, terasa sayu pulak kat hati ni.. Insaf pun ada jugak.. Mungkin budaya saya yang kekampungan ni sangat lain dari budaya kat sini... Kalu kat kampung, kebanyakkan orang tua sihat2.. kalau sakit pun masih gagah jalan pergi surau.. yang sakit terbaring tu pun tak lama, dalam 2-3 bulan selamat jalan dah la. Jadi, bila tengok nenek2 dan atuk2 kat hospital tu.. hati saya sayu. Kasihan tengok mereka terlantar tak berdaya.

Bagaimana dengan saya kelak? Jika mak ayah saya terbaring begitu, apa akan saya buat? hantar ke pusat jagaan dan keluar bekerja? atau mendapat larangan dari suami untuk menjaga mereka.. Nauzubillah. walau apapun, saya doakan kesejahteraan ke atas kedua ibupa saya, dan jugak bakal mak abah mertua =D Janganlah keadaan mereka jadi macam gitu. Saya berdoa nyawa mereka diambil dalam keadaan yang aman, Janganlah sampai diuji sebegitu... Jangan salah paham yek, bukan bertujuan untuk meringankan saya, tapi untuk kesejahteraan mereka. nanti mesti saya sedih kalau tengok dowang sakit =(

muda menuju tua, tua menuju ke mana?


Ok, definite answer is death. Tapi.. mati yg macam gane? urm... mestilah lagi sekali akan jawab kematian yang aman.. orang putih cakap peaceful death. Tapi.. gane pulak kematian yang aman tuh? Bg saya yang jahil nih, kematian yang aman adalah bila malaikat maut tu datang, saya telah berada dalam keadaan yang sedia. mampu mengucap taubat dan kalimah Laillahaillallah..

Orang cakap dengar nasihat orang tua... sebab dowang lagi banyak makan garam berbanding kita yang muda belia nih. ish2.. patutlah ramai dapat HPT =P ok, gurau je tau. Benar jugak kata orang tuh... dengar la cakap orang tua... ambik nasihat yang berguna.. yang tak bagus tu pulak masuk telinga kanan, keluarkan kat telinga kiri. Maksud: jadikan sempadan ok.

Teringat nenek2 dan atok2 kat sana... bila dah tua ni, satu2nya impian adalah untuk beramal sebanyak mungkin untuk bekalan kat sana nanti.. kalau boleh, nak sangat pergi haji kat Mekah.. Tapi, dalam keadaan yang macam gitu... apa je yang dapat buat kan... nak angkat kaki pun dah tak mampu, apatah lagi nak berjalan. Mandi, makan, buang air... semua pun mengharapkan bantuan orang.

Untuk solat pulak, ada dua alasan, sama ada diri sendiri tidak mahu buat, ataupun tiada orang yang membantu dan mengingatkan.. susahnya hidup di institusi yang bukan dipunyai oleh badan yang benar2 bertanggungjawab ke atas keseluruhan keperluan pesakit. Baru tersedar, besarnya tangunggjawab misi... takut pulak nak menjawab audit kat sana nanti... tak kan nak cakap saya sibuk sangat, tak sempat nak tolong makcik tu solat. kompem2 kena reject nanti.huk huk

Apa yang saya sedih sangat, bila tengok dowang  mengalirkan air mata bila ditanya mengenai ibadah solat dan  kekosongan rohani sepanjang di hospital. Saya berharap semoga setiap titisan air mata yang mengalir itu mampu menjadi saksi pembela kat akhirat kelak ~~ semangat mereka ada, cuma kemampuan mereka terbatas. terasa nak ngaliran air mata jugak, tapi tak boleh... saya kena kuat supaya kekuatan saya menjadi tempat mereka bersandar.

Ok, pengajaran yang saya dapat....

  1. Masa muda ni, didiklah anak2 jadi orang yang berjaya.. bukan bab belajar dan kerja sahaja.. tetapi jugak bab agamanya... supaya nanti dia tahu tanggungjawab yang dipikul
  2. Berbuat baik dengan orang tua dan anak2
  3. Bertanilah ketika kita masih muda dan istiqamah sehingga ke hari tua.. nanti kat sana kita tuai sama2 ek
  4. Jadilah misi yang bukan sahaja merawat kesakitan fizikal, tetapi jugak kesakitan rohani
  5. Makanlah makanan yang berkhasiat, rendah gula, garam, kolesterol, lemak tepu dan apa2 sahaja yang tak baik... supaya dah tua nanti sihat walafiat =D


Sekian
Biarkan Keyboard Berbicara =D

No comments: