Thursday, September 23, 2010

Syawal

Assalamualaikum W.B.T

Dalam kecoh-kecoh rumah terbuka sempena raya ni, rupa-rupanya sudah 14 hari syawal berlalu. Tak sangka, sudah dua minggu rupanya perut ni boleh diisi bila-bila masa sahaja. Tapi… itulah.., tak berapa nak isi jugak sebab MALAS makan. Bila dah elok terbaring depan TV, nak-nak pulak cerita best giler untuk dilayan, makanya bagaikan taruk gam kat atas lantai tuh. Nak gerak pergi dapur susah benar. Kalau untung nasib, adik saya yang paling kuat makan, Fahmi, datang bawak makanan. Tapi…. budak ni kedekut. Kalau dia bawak keluar satu balang popia, makanya dua tiga biji je kot dia nak kongsi.  Aish… punyalah kedekut.

Mungkin budaya kat tempat saya nih, syawal tak berapa nak meriah, tapi zulhijjah lagi meriah.. makanya, mood persaan raya tu tak berapa  nak ada. Sebab itulah tiada update pasal raya. HOHO Lagipun… time bulan syawal ada satu lagi ibadah yang perlu diraih. Siapa-siapa yang tak nak rebut peluang beribadah ni, memang amat rugi. Oleh itu, saya tidak mahu tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Jom… jom heboh-heboh untuk berpuasa selama 6 hari, ganjarannya sama seperti berpuasa selama setahun. Tapi kesannya tak adalah kurus slim seperti tak makan setahun ya. huhu

Bermula semalam, tiap-tiap pagi, InshaAllah berterusan selama enam hari ,satu keluarga saya bangun secara beramai-ramai untuk makan sahur. Sampai kucing sekali pun jaga makan sahur. Puasa ke tak, lantak ko la kucim. Pastu petang pulak, masak-masak bersama mak. Aish.. betul-betul terasa seperti di bulan ramadhan. Sungguh seronok berada di rumah ni rupanya. Makanya, pergilah jauh-jauh wahai perasaan melankolia. Saya sudah hepi sangat2 kat rumah ni. 

 Harap-harap heppi ni akan terus menerus lah..... Amin..

TATA...

Wednesday, September 22, 2010

kopi itu

Assalamualaikum W.B.T

Hi hi anda semua, bye bye belum lagi. Sudah lama keyboard ni tak di ketak-ketuk. Alasan yang nak diberi, apa lagi… SUPERB SLOW BB dan tuan blog yang pemalas yang sedang beremosi melankolia. Adapun emosi itu tidak akan surut selagi tiada menerima sebarang jawapan dari institusi yang menawarkan kerja kepada saya. HAHAHA,, demand sungguh. (tengok, itupun nak gelak… uh melankolia)

Alangkah seronok kalau perasaan BUSAN ini boleh dilunturkan sepantas dan semudah memudarkan kaler baju dengan hanya merendam dalam klorox. Fuh.. terbukti berkesan. Kalau tak percaya, cubalah ambik sehelai baju bewarna (bukan baju kesayangan), rendamlah dalam separuh baldi air yang telah dicampurkan dengan 20 ml klorox. Errrr… saya tak galakkan ya. sekadar nak menyedapkan bahasa je nih.. manalah tahu, kang dapat email maki hamun pulak.

Adapun sekarang sudah pukul 3.01 pagi.. tapi mata saya masih belum mengantuk. Ok2, kali ini saya tidak menyalahkan emosi melankolia, sebaliknya salah secawan kopi yang saya minum selepas isyak tadi. Huh, salah diri sendiri sebenarnya, sebab minum kopi itu sampai habis di waktu dekat-dekat nak tidur. Hah, amek muka ko!

Jika diimbas sedikit masa dahulu, sewaktu masih belum bergelar penganggur, kopi dan saya bagaikan kawan karib. Kalau tak ada kopi, lemah-longlai satu badan.  Macam dadah pulak kesan dia ishk ishk. Kadang-kadang tu, dang-dang nak tidur, saya boleh telan segelas air kopi… ulang sekali lagi, air kopi.. gelas tu letak atas meja, pagi esok basuh sebab nak guna untuk breakfast pulak (malas HAHA) tapi kan.. yang herannya dalam masa beberapa saat je saya terus terlelap.

Memetik iklan Nescafe yang dibintangi oleh Maya Karin, kopi adalah sejenis buah-buahan. Ia adalah kaya dengan anti-oksidan dan serat. Anti oksidan berfungsi untuk menghalang pembenyukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser, manakala serat pulak bagus untuk penghadaman, elak sembelit. Makanya, mengamalkan pengambilan kopi sebanyak segelas sehari adalah sihat… tak gitu anda-anda semua?Tahukah anda, iklan kopi yang pertama di dunia mewar-warkan kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung? Ok, anda sudah tahu sekarang.

Lagipun… bukankah kopi merupakan salah satu minuman kegemaran Rasullullah S.A.W… elok sangat minum kopi ni…. Tapi… seperti biasalah. Kalau nak ikut sunnah nabi, ikut semua, jangan nak ambil separuh-separuh  ya. Nabi mengamalkan besederhana dalam segenap aspek. Makanya, minumlah kopi secara besederhana. Jangan dok teguk sampai 5-6 gelas sehari.. bawa mudharat la pulak…. kan kan kan… tubuh kita tak perlukan kafein yag banyak. Kang jadi cerita keluar masuk hospital pulak. Haru tuh.

Aduhai mata…. Walaupun satu entri sudah siap… dia tetap degil Tak mengantuk jugak. Pagi esok ni habislah.. kompem tidur sampai tengah hari. Tak senonoh betul anak dara nih.. (tak kisah pun =P) Oklah, saya sudahi entri ini dengan pantun 6 rangkap:

Mata-mata adalah polis
Mata hari adalah bintang
Mata air pulak adalah kekasih
Entri sudah habis tulis
Sekarang sudah siap ditayang
Sekian, terima kasih

Wednesday, September 1, 2010

Cuit-cuit Ramadhan


Assalamualaikum

Tinggal sepuluh hari sahaja lagi bulan ramadhan ni. Alhamdulillah... untuk pertama kalinya  selepas 8 tahun (dan mungkin jugak yang terakhir T.T), saya menyambut ramadhan kali ini secara sepurnama penuh bersama mak ayah, dan adik-adik di rumah. Seronok sangat.. Mestilah seronok kalau dapat makan apa-apa je yang direquest, pastu tak payah masak dan tak payah risau terlepas sahur. Sebab... ada satu perkataan ajaib yang akan menyelesaikan masalah itu... teng teng teng.... MA. hah, seringkas itu sahaja perkataan ajaib saya. Dengan adanya ma di rumah, sebut sahaja apa yang nak makan... nescaya akan terhidanglah makanan itu di depan mata time berbuka nanti =D 

Sebagai contoh, hari ni anak dia cakap sedapnya asam pedas ikan patin... tup tup petang esok, ada sekor ikan patin bawah tudung saji. Menyelarakan yummy yummy.. Kemudian anak dia cakap lagi.. sedapnya kalau time-time puasa ni dapat makan kerang rebus lepas terawih.. tengok-tengok ada pulak kerang dalam periuk. Seronok sungguh merequest makan time bulan ini.. saya pasi tak akan kecewa. Terasa seperti orang mengandung pulak. Sebut je, pasti dapat. Cumanya mengidam yang satu ni masih belum dapat lagi... mengidam nak pergi Bazar Ramadhan kat pekan Pasir Mas. Tiap-tiap hari saya ajak adik saya pergi sana, tapi tiap-tiap hari jugak dia tak nak ikut. Tiap-tiap hari saya ajak ayah saya pergi, tapi tiap-tiap hari jugak ayah tak layan. Pendek kata, tiap-tiap hari hajat tak kesampaian. 

Kadang-kadang saya hairan jugak dengan diri saya nih. Mengapakah kuat benar nafsu makan di bulan puasa ini? Adik-adik yang masih budak-budak yang penat berpuasa tu tak adalah pulak nak merequest macam-macam. Diorang tahu request satu macam sahaja berbanding kaklong yang nak dua macam. Fahmi dengan Faisal tahu mintak ayam goreng je. Farhan pulak nak ayam, tapi nak makan bahagian dada je, part lain jangan bagi... tak akan dijamah pun. Fadli pulak, masak la apa pun, makan je. Fadil pulak, selalu makan kat luar dengan kawan-kawan dia. kak long pulak, hari ni nak makan ikan bawal masak stim, esok sup tulang singgang, lusa asam pedas ikan patin, tulat daging bakar, seterusnya nasi ulam, terus lagi kepala keretapi. apa tuh???? haha, mengarut-ngarut sahaja. Pendek kata, kebanyakkan juadah berbuka adalah ditetapkan oleh kaklong, dimasak oleh ma dan dibeli oleh ayah. Bukankah itu adalah satu kerjasam yang bagus? heheh

Hah anda semua, lumayan sungguh berada dirumah nih. Walaupun menganggur, perut terisi penuh. Walaupun menganggur, beremosi tak tetap, selera makan tetap jalan. Malahan makin menjadi-jadi pulak berbanding zaman tak menganggur yang dulu tuh. Makanya, mungkinkah hasrat menambah berat badan akan tercapai???? tunggu dan timbang.. huhu

Love U all
Semoga kita mendapat keberkatan Ramdahan ini dan..
Semoga berjaya dalam pencarian Lailatul Qadar
TATA


Thursday, August 26, 2010

Emosi Penganggur



Assalamualaikum

Saya masih lagi kurang bersemangat nak menUPDATE blog yang terabai ini. Terasa seperti nak berdiam dan bersenyap buat sementara waktu, dengan kata lain,,,, nak mengabaikan blog ni dengan lebih lama lagi...... tapi.. ada masalah lain pulak. Kepala cakap, update lah, tapi otak cakap... tak payah lah. errr... ada beza ke kepala dengan otak?? ok2, sah lah sekarang ni saya tengah berserabut.

Emosi seorang penganggur ni benar-benar kacau bilau.Saya tak suka beremosi seperti ini. Saya rasa seperti melankolia (apakah itu??). Rasa sayu je sepanjang2 pagi bila mak ayah tinggalkan saya sendirian bersama kucing2 yang pemalas tak leh nak kata haper. Keje dorang adalah tidur, makan, main, makan, tidur balik. Dah la kuar rumah tak reti nak pakai kasut, lepas tu masuk rumah dengan selamba dek dia je. Habis kuman dan bakteria tumpang masuk sekaki. Tapi... tak apa lah kucing kesayangan punya pasal. Dah puas marah2,  berbuih bibir nih. Tak makan saman betol, makan ikan je keje.

Semenjak dua menjak ni pulak, kucing2 tu ada tebiat pelik. Asyik muntah-muntah je, suka-suka dia pulak tu mana nak memuntah. hadoi.. penat tuan dia yang baik hati ni membersihkan muntah dia. Walaupun puas saya membebel ajar dia, masuk dalam bilik air kalau nak muntah. Tapi... macam biasa lah, masuk telinga kanan, tak singgah otak, terus keluar ikut telingan kiri macam angin lalu. errr... kucing saya ni tengah membawak budak dalam perut kah?? harap tidak lah. Sudah terlalu ramai bilangan kucing di rumah ini. tak larat nak jaga dah..uhuk. Aik?? cerita emosi penganggur bertukar menjadi cerita kucing???? Hah, ni lah salah satu ciri melankolia..senang berubah topik T.T

Melankolia menjadikan saya kurang proaktif. Nak membuat kerja pun terasa kurang bersemangat. Haish!! tak boleh jadi nih. Kalau dibiar lama-lama, makanya masuk rumah bahagia lah saya nih. Nauzubillah.. Ini semua gara-gara EMOSI PENGANGGUR dan ditambahi pula dengan episod broadband yang di sekat selama beberapa minggu. Sungguh menjadi-jadi emosi saya. 

Penganggur mempunyai baaaaaaaaaaaaanyak masa terluang, sampai tak habis nak guna. Saya dah puas tidur, sampaikan dah tak boleh nak tidur siang, saya dah puas kemas rumah, sampai segenap ceruk saya kemas, saya dah bosan main game, sampai nak bukak laptop pun dah tak lalu.. T.T Ha, tengok... mewah sungguh masa saya

Kalaulah masa boleh disewakan kat orang. Kompem saya nak buat bisnes sewa masa. Goyang kaki, duit masuk. wooo.. Kayoooo den gitu. Kalau sehari saya boleh sewakan 5 jam waktu dengan cas 5 ringgit sejam.. sambil tidur je saya mengumpulkan sebanyak RM 25 sehari. HAHA, mewah2. sebulan je dah dapat RM 750. dah cukuplah makan pakai dengan top-up. Tapi... angan-angan semata. Alamak.. Teringat pulak lagu nasyid Raihan... 

Ingat lima perkara. Sebelum lima perkara. Masa usia muda, sebelum usia tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati,  

Insaf pulak terasa sob sob sob... di Bulan ramadhan ni elok benar lah menambahkan amal ibadat kan. Tambahan pulak masa saaaaangat banyak. Sehari mengaji satu juzuk Quran, sebulan dapat khatam sebuah Quran. WUYOOO... lumayan pahala masuk tuh. Pahala mengaji, pahala melihat ayat2 quran, pahala menjaga hati, pahala-pahala.. Gedung amalan baik nih...


Eh.. Mak ayah saya sudah balik lah. Makanya melankolia sudah berakhir... Makanya, TATA anda semua. semoga ketemu lagi. nak menggumbira-bira kejap.

Saturday, August 21, 2010

patah jari

Assalamulaikum

Selamat menyambuat ramadhan yang mulia wahai anda sekalian. Semoga kita semua menggunakan kesempatan di bulan yang penuh barakah ini dengan sehabis-habisnya. Ye lah, bila lagi nak mengaut pahala berganda-ganda kan.. Waktu ini sahajalah. hah, jangan berlengah, kejap lagi kita bersolat sunat ya kawan2.

Wokeih, sudah lama tuan punya BLOG yang terabai ini tidak datang menjenguk blog. Tuan yang tidak terabai telah mengalami kepatahan jari buat sementara waktu. (errrr.. bukan real punya ok, kiasan semata-mata). Broadband kena sekat la cik senah, sebabnya bil tertunggak sampai beberapa bulan. Alhamdulillah... bila dah dijelaskan.. makanya,,,,, HORAY!! dapatlah berblog lagi =D

Sebenarnya saya banyak sangat yang nak diceritakan, tapi............ mesti sudah basi. Makanya, tak naklah hidangkan. Karang sakit perut pulak di bulan-bulan puasa ni. Haru biru jadinya kan. Nanti lain kali saya berblog lagi.. terasa tak ada mood lagi. NANTI YA.

TATA

Thursday, August 5, 2010

preload graduation

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaan-NYA saya berjaya menghabiskan tempoh 4 tahun belajar kat UKM nih. Akhirnya tibalah masa untuk berGRADUASI pulak. Alkisah, raptai telah diadakan pada hari semalam (4 Ogos 2010). Saya tak sangka, saya telah menghadiri raptai. Sebelum ni bukan main la cakap tak nak pergi raptai, buang masa je. Tapi rupa-rupanya, ada hikmah juga pergi raptai tuh.

Tak mau becerita panjang, saksikanlah gambars yang diambil selepas raptai tersebut. Nah.. eh jap, sebelum tuh, saya nak berterima kasih kepada Kak Fatin kerana merealisasikan impian saya untuk bergambar di Dataran Merdeka, berlatar belakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad.

seronok bertiga-tigaan

baling-baling

gemuknya bayang saya... haha. sukanya

amalan mulia, memberi dan merasa (tanpa rasa)


kumpulan nasyid merdeka

ok2.. sudah. Jangan menayang2 lagi.. tak baik tayang-menayang nih. nanti riak terperasan cumel pulak.. haru-biru kan. Dikesempatan ni, saya nak ucapkan terima kasih berjuta-juta tak terhingga kepada kak fatin sebab menumpangkan internet sebanyak separuh jalan, dan separuh jalan lagi kepada budak ni...

alamak, sedih la pulak

hah, ni hah. baru cun bila tersenyum kan (tapi ganaz la pulak)

hah, nama dia HUSNA... thanks cik husna... semoga jadi puan secepat mungkin. hehe. (tolong aminkan ye anda semua)

TATA... love u all lah
Biarkan keyboard berbicara


Tuesday, August 3, 2010

Ogos lagi

Assalamualaikum


OGOS.. Maka dengan ini telah sepurnama berlalu,,, tetapi diriku masih lagi di rumah. Mengerjakan urusan kemas mengemas, masak-mamasak dan basuh-membasuh. Tidak ketinggalan juga jalan-berjalan jika mempunyai kesempatan. Tapi... seperti biasalah, sebagai anak dara yang 'patah kaki', kalau nak berjalan, kena bawak mak bapak sekaki. Kalau tak, melangak lah dalam rumah itu bersama kucing-kucing yang banyak kaki. Rindu pulak zaman anak gadis sunti dulu.. keluar ramai-ramai dengan kawan. Sekarang ni, kawan-kawan  dah ada life sendiri. Ada yang sudah berkahwin, ada yang dah kerja, ada jugak yang sedang belajar. 

OGOS.. Maka jugak Insyaallah saya akan bergraduasi di usia 22 tahun. (mudanya saya Hoho). Alhamdulillah.. akhirnya tamat belajar. Selepas  ini usaha memulakan kerja pulak. Cari duit banyak-banyak $.$ .... tak lupa jugak, beramal banyak-banyak. Rezeki itu adalah pemberian Allah. banyak duit, jangan lupa berzakat. Kalau tak,  hilang keberkatan. Tak akan kurang duit kalau berzakat, sebab duit yang sepatutnya dizakatkan tu sebenarnya bukan hak kita, tapi hak Allah. Kalau hak Dia kita tak ditunaikan, macam manakah mahu hidup tenang? Itu yang jadi duit mengalir macam air curah masuk longkang.

OGOS.. jugak akan membawa saya ke usia 23 tahun. Dulu, mak saya melahirkan saya di usia ini (maknanya umur mak saya adalah 46 tahun, muda lagi =P) Tapi.. saya?? bukan kata nak melahirkan, berkahwin pun belum lagi. Pertambahan usia.. maknanya berkuranglah tempoh kehidupan. Dengankata lain, dekatlah kematian dengan saya. Ya Allah.. panjangkanlah umur kami (saya dan readers) dalam kebajikan, Tetapkanlah hati kami dengan Islam dan  dan kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal.

OGOS.. MERDEKA.. heheh.. patriotik tetiba pulak. Saya sayangkan Malaysia. Saya berharap agar suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bebas daripada fitnah dunia. Yang menjadi penyatu umat Islam di seluruh dunia, yang menenggelamkan penipuan Amerika dan Zionis. Besar sungguh harapan kepada Malaysia nih. 

OGOS.. oh OGOS
Biarkan Keyboard Berbicara
=D