Sunday, April 25, 2010

Melawat Cikgu


Assalamualaikum.. marilah kita menatap gambar ini sebagai appetizer untuk membaca entri kali ini.. Apa? anda ingat makan je ke ada appetizer, membaca blog pun ada jugak la =P ni hah bukti dia~~~ layan je lah.

~~comels~~

Alkisah trip ke UKM Bangi untuk berjumpa dengan Dr. Affendi telah diselitkan dengan sedikit slot fotografi.. Sempatlah dua tiga keping gambar kena snap.. Melihat rama-rama kat atas kepala tu, rasanya rugi kalau tak dijadikan kenangan. Namun, bukanlah kenangan mencabut rama-rama tersebut dan bawak balik rumah tetapi cukuplah sekadar menangkap gambar2 menarik dengan rama2 itu..

tengok..siap berkepak lagi. excited betol budak2 nih

Sesungguhnya saya cemburu melihat panorama fakulti pendidikan.. nampak tenang dan damai. Tambahan lagi ada banyak pondok yang dilengkapi kipas dan plug untuk keperluan dan keselesaan bagi pelajar. Kalaulah kalau kat PPUKM ni pun ada kemudahan macam tuh..kan bagus. Dapat belajar dengan best, dapat buat diskusi dengan selesa. Aish! dengkinya. 

lihatlah.. banyak pondok kat belakang tuh dan kat depan pulak, ramai gadis-gadis rupawan...

...yang sungguh cumel =P

Ok2.. menagkap gambar bukanlah tujuan utama kami ke Bangi pada hari itu.. Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan... Jelas?? Saya dan kawan-kawan pergi kesana untuk berjumpa dengan pakar statistik, Dr. Affendi bagi bertanya beberapa perkara mengenai research kami.. Terima kasih kepada beliau kerana sudi menerima kedatangan kami dan sanggup melayan karenah kami yang sanggup mengetuk pintu kali kedua bagi bertanya soalan: Boleh tak kami nak tangkap gambar dengan doktor? Sumpah! sangat gila kamera kan =P

lihat belakanh.. banyak key chain.. dari negara2 berlainan tau.. nak jugak!!!

Ok2.. cerita bergambar berakhir disini...
Sekian terima kasih
Biarkan Keyboard Berbicara
=D


Tuesday, April 20, 2010

Exam Mood Datang lagi

Assalamu'alaikum

Gelombang kedua h1n1 masih belum melanda..(Nauzubillah) tapi gelombang ke 200 exam sudah datang.. luckily masih belum mampu menghasilkan tsunami tapi sikit-sikit bahang tu dah terasa. Tekanan, itu yang paling jelas. errrr..macam setiap masa pun tertekan nih.. gane cerita pulak?


Exam uh exam.. kali ni paper tak banyak, 3 je pun.. so, terasa ringan sikit untuk itu. Apa yang berat bila masuk bab OSCE, running assessment dan jugak thesis presentation. Merangkumi prosedur dan diseases sepanjang 4 tahun lepas tu.. Aduhai badan, aduhai otak, aduhai minda... Aduhai akal.. bergerak la dengan maju.. Tak mahu slow2 ye, tak mahu lemah-lemau macam masuk angin. go jijah, go jijah! go!! yeay.. sorakan semangat untuk diri sendiri.


(ok2... saya dah padam gambar jadual~saya mohon maaf kepada kepada saper2 yang keliru. Nanti saya buat jadual baru ek~~)


Ok2, sekarang bukan masa untuk merungut-rungut.. tapi, sekaranglah masa untuk berusaha. Jom, anda-anda semua jugak.. marilah kita menyahut seruan azan yang dilaungkan 5 kali sehari itu.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN. Ok, jom... jangan sekadar mendengar tanpa dihayati.. marilah mari kawan-kawan sekalian. Usaha + tawakkal kepada Allah.. InsyaAllah.. Dia mendengar rintihan dan rayuan kita~~






Semarakkan semangat kita
Biarkan Keyboard Berbicara =D


Saturday, April 17, 2010

Award from Kak Tie


Assalamu'alaikum

Pengumuman pengumuman... blog saya dapar award! hehe.. terima kasih kepada Kak Tie yang telah bersusah payah mencalonkan saya =P heeeee.. riak sungguh. macam dapat anugerah bintang popular pulak. Tak salah nak gumbira kan kan kan.. Apa pun, ia tetap anugerah walaupun tak dapat wang berjuta-juta mahupun satu sen. Kalau dia buat syarat, sesiapa yang bagi anugerah, maka diwajibkan bank in kepada penerima sebanyak RM 100... kan sedap bunyinya tu

Ok2, itu adalah kalau. Masalahnya tidak... =( Tapi.jom fikirkan.. kalau lah iya...saya sanggup menerima anugerah dari sejuta blogger yang lain $.$ Kasihan kat pemberi anugerah tu, niat asal nak menghargai kawan-kawan blogger, last sekali harga besar yang dia kena bayar =P  Tapi tak ape.. Allah menyukai orang-orang yang pemurah.

Kak tie.. sesungguhnya orang terharu dengan anugerah nih.. Tak sangka Kak Long nih beutiful jugak orangnya =P kembang kempis lubang hidung nih... blushing! eheee

sila baca: BeAUtiFul BloOgeR... me! =P




Aish! nak dapat award ni bukan senang tau. Ada syarat dia... Ok2, marilah saya lengkapkan apa yang dia nak tuh. Bukan selalu dapat award ni kan... layan saja lah.

The rules are :

1. Thank & link the person that gave you the award 
 

Terima kasih emak Naurah
2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic :


  1. nazurah
  2. solehah
  3. husna
  4. wawa
  5. brother lee
  6. kura-kura chomel
  7. hani
  8. ekay aka cikgu azilah
  9. urmmmmmmm tanda2 diriku tidak mempunyai ramai rakan blogger  =(

3. Contact said Blogs and let them know they've won 
B
aiklah encik nombor 3.. 

 
4. State 7 things about yourself.

  1. seorang gadis kecik molek
  2. bermata coklat pekat
  3. sangat komited untuk memiliki ideal BMI
  4. sangat menggemari kerabu dan rojak buah
  5. serta air yang berkaffein tak kira teh ke kopi ke, sedut habis
  6. suka main spider solitaire
  7. suka barang2 bewarna hijau

Sekian terima kasih
Biarkan Keyboard Berbicara

demotivated

Assalamualaikum

Hujung minggu telah pun menjelang tiba.. Tak ada apa yang nak diseronokkan sebab tak ada beza antara hujung minggu dan juga hari biasa. Hari-hari berjalan seperti biasa, tiada kelas, tiada clinical posting, tiada tekanan fizikal, study group setiap malam dan berpoya-poya setiap  siang. 

Exam makin dekat, tapi otak makin tumpul. Aish! ni yang nak mengeluh.. macam mana nak buat ni. Kalau lah sharpener boleh dipakai untuk tajamkan otak seperti mana untuk tajamkan pensil... kan bagus tuh. 

Saya teruk, saya perlukan kata-kata semangat, saya perlukan teguran membina, saya perlukan suntikan motivasi...ada orang bersimpati tak??? meraih simpati dalam blog pulak... uhuk uhuk uhuk

masam kerut-kerut sampai selalu kena tegur kat buah hati


DEMOTIVATED!!!

Saya terlalu semsitif dan senang demotivated apabila dikritik dengan kaw kaw. Kalau masuk AF, OIM, atau apa-apa sahaja rancangan realiti, pasti saya akan disingkir awal-awal. Sebab? saya tak kuat untuk menerima kritikan. 

Saya pernah menerima kritikan..mulanya saya menganggap orang itu ikhlas menegur saya. Makanya, saya sangat suka menerimanya dan saya jadikan sebagai panduan dalam membaiki kelemahan diri. Tapi... bila saya tahu kritikan itu menjadi satu umpatan dan bahan untuk menjatuhkan kredibiliti saya, saya jadi sangat demotivated =S 

Malahan, sampai sekarang ni saya masih lagi terasa down. Sampaikan bila makan, teringat, bila naik lrt, teringat, bila nak tidur, jugak teringat. Pendek kata buat apa pun saya akan teringat-ingat. Aish! terasa nak buat serangan hendap kat individu terbabit. Adakah ini dinamakan dendam? Uh tidak, orang yang paling saya tidak suka adalah orang yang penuh dengan dendam dalam hatinya. Tetapi... kali ni saya yang mengalami perasaan itu. Kadang-kadang kemaafan sukar untuk datang. Maka, ketika itu, nilai sebuah keikhlasan akan terasa sangat mahal. Ye..mungkin lagi mahal daripada harga sebuah Nautica yang diwarwarkan buatan national tetapi lebih mahal daripada Rush keluaran Toyota.

Saya nak jadi pemaaf, saya nak rungkaikan kekusutan ni. Tapi.. saya tiada kekuatan untuk berdepan dengan masalah itu. Saya tahu, mesti anda akan suruh saya berdepan dengan individu tersebut dan minta penjelasan dia.. tapi, ketahuilah.. saya seorang yang penakut. Saya lebih suka membiarkan hal itu berlalu dengan sendiri. Sangat tidak baik~~ i know =(

Apa-apapun, saya berharap agar semangat saya akan menaik dengan cepat seperti kek yang dibakar. Naik gebu-gebu tau, bukan naik sket pastu penyek. eiiiiii.. tak best. Doakan saya ye... Harap-harap kepala otak jadi ringan sket selepas buat entri ni. 


berharap dapat segera tersenyum seperti ini =D


~~~~~Biarkanlah~~~~
Biarkan Keyboard Berbicara
T___T



Monday, April 12, 2010

triple M triple G

Assalamua'alaikum

Alhamdulillah.. akhirnya saya berjaya!!! YahOO!. sorakkan buat diri sendiri sebab berjaya membuat persembahan di 3MG.. Majlis Makan Malam Glitter Glory and Glammor. Tak sangka, berjaya jugak saya berkoir malam itu. Ternyata suara yang tidak sedap bukanlah penghalang untuk berkoir. Buktinya, lihat saja saya... saya berjaya menyanyi dengan konfiden.. dihadapan lebih kurang 300 jemputan! errrrrrr.. Sumpah, lepas ni saya tak nak masuk koir. tak nak dan eih...


persembahan yang mantap =D

Ok..itu pasal persembahan.. tak nak cakap panjang-panjang pasal tu.. sebab dah pernah cakap sebelum ni kat sini. Jadinya..... nak jadi artis la sekejap.. no comment. ceh ceh ceh.. setakat buat persembahan dinner pun nak berlagak jadi artis ke? Bagi standard answer kebanyakkan artis Malaysia la pulak kan.. ehheeeeeeee =P

Malam dinner tu kan, kebanyakkan orang pakai baju yang sangat glamor. Saya? tentulah tidak.. menyahut seruan agama~~marilah kita besederhana dalam kehidupan~~ tapi, sederhana itu bukanlah penghalang untuk bergaya.. cukuplah sekadar memakai pakaian baru yang indah, cantik, bersesuaian serta menutup aurat. ceh.. ala-ala nak beraya la pulak. Cuma bezanya, kalau hari raya kita dapat pahala kalau memakai pakaian baru... sunat tu.. Makanya, janganlah dipersoalkan kenapa saya tidak mahu berglamor2.. kerana saya ingin menjaga tatatertib seorang muslimah =D

CAK!!! pusing komputer anda sebanyak 180 darjah ke utara =P

Jika diperhatikan, terdapat dua tema yang cuba diketengahkan oleh hadirin majlis. Yang pertama, sudah pasti tema yang ditetapkan penganjur.. 3G.. yang kedua??? Hitam putih.. betol wo...... ramai sungguh yang memakai kaler ni, termasuklah saya yang innocent nih =P patutlah tak menang queen of the nite..lari tema rupanya huk huk huk (pura-pura sedih =P)



Mengenai makanan pulak.. hidangan dia sangat santai. Masakan kampung yang bukan favorite saya =( walau bagai mana walau sekalipun, layan je lah....... rezeki depan mata. Santap saja la labu.. fakta: tiada sebarang labu dihidangkan di atas meja itu ya. Kalaulah ada ulam-ulam kampung seperti pucuk gajus, pucuk ubi, halia muda dan terung putih..kan sedap. Lepas tu ada pulak budu dengan perahan limau dan secuit cabai.. Yum yum,, sedapnya. Aish, ni yang membuatkan saya nak balik kampung. MAKAN!!!!!!! eheeeee.. tapi tak apalah, ayam percik, kari ikan, sotong goreng dengan sayur campur pun enak jugak.. cuma tak kena dengan selera aje la. makan tetap makan, habis tetap habis, kenyang?? Alhamdulillah.

Secara keseluruhan, bolehlah saya bagi 3 bintang kat majlis tuh.. Sebabnya ramai lecturer dan ci datang, siap bawak anak-anak dan suami lagi.. tak adalah suram macam dinner yang sebelum-sebelum ni. Nak bagi 5 bintang pulak, belum capai standard lagi sebab terpaksa menjamah makanan dalam gelap.. Orang yang jaga lampu tu lupa nak terangkan dewan kot. Bukan candle light dinner la adik ooiiii. Tak ada sebarang lilin pun kat atas meja tu.. Makanya, jadilah dim light dinner. 

bersama classmate saya =D

Majlis makan malam.. tujuan utama dia adalah untuk meraikan pelajar tahun akhir.. Maksudnya saya la tuh. Setelah hampir 4 tahun bersama, akhirnya perpisahan bakal terjadi.. =( Selamat tinggal kawan-kawan, somoga kita bertemu lagi... Semoga kenangan kita mekar terpahat di memori.. InsyaAllah..


Biarkan keindahan semalam bersemadi di jiwa
Tanda tulus kasih sebuah persahabatan
Biarkan Keyboard Berbicara =D




Wednesday, April 7, 2010

Hampir-hampir


Assalamu'alaikum

Alkisah *pelajar* tahun akhir di Jabatan Kejururawatan akan membuat satu persembahan nyanyian koir besempena Majlis Makan Malam Pelajar Kejururawatan. Sesungguhnya saya yang sangat comel dan bersuara sumbang ini juga turut menyumbangkan suara untuk persembahan tersebut. Walauapapun, demi menjaga keharhonian suara koir tersebut, makanya saya akan menyanyi dengan perlahan... ala-ala berbisik gitu.... 

Saya tak pandai menyanyi, apatah lagi menari serta apa-apa berkaitan seni suara ini. Saya hanya pandai mendengar lagu sahaja. huk. huk. huk. pelajar-pelajar sekalian, maafkan pelajar ini ya.

Sesungguhnya saya cemburu melihat semua orang bersungguh-sungguh praktis.. semua orang nampak enjoy... Saya pulak, flat effect T.T Sebab tidak menemui keseronokkan pada aktiviti seperti ini. Aduhai nasib badan... Seharusnya saya patut merasakan keseronokkan bersama mereka. Mungkin ini adalah kali terakhir kami bekerja sebagai satu kumpulan dalam  dunia yang bergelar pelajar. =( 

Insyaallah... esok saya akan cuba boost up sedikit keterujaan... demi membalas usaha rakan-rakan sekelas yang bersungguh-sungguh mencari lagu dan mencipta gaya-gaya havoc, juga demi memastikan persembahan ini muncul sebagai persembahan terbaik..  heheh.. ada ke majlis dinner bagi award persembahan terbaik, award king and queen of the night adalah.. Tetapi saya tak pernah mimpi sikit pun nak menang sebab???? saya tak ikut tema dia =P heheh.. 

**saya mahu menggunakan perkataan itu kerana beberapa bulan lagi tidak akan menggunakan status itu. harap maklum =D

Ok2.. ini adalah lirik lagu yang akan saya dendangkan bersama kawan2.. jom praktis sama2. 


aku sadar bukan mudah
untuk mengejar mimpi indah
pernah suatu ketika dulu
ku punya harapan besar
kini aku tak pasti
dapatkah ku miliki

sudah jauh kita tempuh
kekalkanlah impian lalu
mungkin ada hikmah yg akan menunggu 
di penghujung jalan
biar nanti kecewa
setidak-tidaknya cuba

korus:
jika halangan menduga
perjalanan kita
janganlah kau putus asa
kerna ku ada di sisi
setia menemani
andai semangat mu gugur
genggamlah tanganku
kita hampir ke situ

adakala ku terasa
ketabahan tak setegar
tetapi apakan andainya
berhenti separuh jalan
percayalah padaku
aku yakin kita mampu

biar orang katakan
rapuhnya harapan
bukan mereka tentukan
tapi kau ada aku
tandaku punya kamu
apa jua akhirnya
tetap bersama


Biarkan lirik lagu lancar meniti di bibir
Biarkan Keyboard Berbicara 
=D

Tuesday, April 6, 2010

Kejut-kejut kampung halaman


Assalamualaikum

YAhOO! tetiba pulak bersorak gumbira.. apa kes la budak nih? Saya baru sahaja pulang dari kampung halaman yang dirindui lagi dicintai dan sentiasa dekat di hati.. Makanya, haruslah dalam mood seronok sebab dapat jumpa ma dan ayah yang suka berceramah dan risau keterlaluan pada sesuatu yang belum lagi jadi kat anak-anak dia.. errrrrr.. ma je kot. Ayah releven sket..kadang2 selamba yaya sampai kena bebel sekali kat ma. Makanya, menadah teligalah kami bersama-sama dan saling menjawab ye... iya.. sweet jugak mak bapak aku nih =P
balik kampung ooo balik kampung hati girang

Ok2... silalah tatap penulisan saya pada kali ini..Jangan stress ya.. nanti cepat dapat penyakit darah tinggi. kalau dah dapat penyakit tu, senang dapat strok tau.. jadi, relex sokmo deh. Hiburkan hati.. Jom relex santai bersama saya.... 


Sesungguhnya saya tidak sangka banyak kejutan yang dipengalamani (buat adik-adik yang mengambil exam BM, sila jangan guna perkataan yang  dibold, kamu akan dipotong markah nanti). Disebabkan kemalasan bercerita panjang lebar, makanya lebih elok saya membuat point ringkas sahaja. Pastinya kamu jugak seronok kan. Tak perlu membaca panjang lebar. Aceh... bajet ada orang suka baca pulak.. =P 
  1. Terkejut melihat tali air kat gate Batu Hampar hampir kering. Adapun dalam bahasa owang putes, gate itu merupakan pintu pagar, tetapi dalam bahasa ibunda saya, gate itu adalah sejenis empangan kecil yang dibina untuk menakung air bagi mengelakkan banjir.. Hasilnya, sepanjang lebih kurang 40 tahun pembinaannya, kampung di sekitar tempat tersebut, termasuklah kg Bujuk tercinta jarang dilanda banjir besar. (sumber: arwah nenek.. windu kat dia T.T)
  2. Siapa tak nak percaya, sila abaikan perenggang ini. Tetapi percayalah.. tolonglah baca sampai habis.. ini adalah kebenaran. Saya berjaya pergi ke pekan Pasir Mas dengan membawak sebijik motor. Ok, bukanlah saya dukung motor tu, tapi menunggang  motosikal tersebut sambil diboncengi oleh mak saya. Sangat membanggakan.. saya berjaya melakukannya. Anak mak dah berdikari tau.. Saper2, jangan memperkecilkan saya, dah berani bawak motor ke pekan tau.. Tolong jangan gelak ye,,, saya tahu anda sudah lama mempunyai kebolehan itu, sedekad yang lampau mungkin.. saya budak baru belajar, berilah motivasi kepada saya. Mudah-mudahan nanti berani memegang stereng kereta pulak. Saya percaya bahawa bawak kereta lagi mudah daripada bawak motor. Sebab? pengalaman hari tu la.... takut nak menyelit.. baik bawak kereta, tak adanya nak kena masuk kat celah2 antara 2 kereta. seram...
  3. Musim menuai baru tamat. Sesungguhnya saya sangat teruja melihat jentera menuai padi menghalang laluan saya yang freshi dalam dunia menaiki motorsikal ke pekan yang jauh itu.. Besar tahap 5-6 ekor gajah kot... dia berlalu sambil memecahkan birai-birai jalan tar kat depan rumah saya. Sungguh sakit hati melihatnya... semakin parah kerosakkan jalan tersebut. Tidak dibaiki kah? tunggulah pilihanraya akan datang. Insyaallah akan berturap elok. Ok, selamat jalan mesin jentera besaq, jumpa lagi tahun depan. Sayonara..
  4. Motor baru.. tapi tak boleh nak gembira sangat. Bukan milik saya pun....... Adik yang punya. Dibeli khas untuk kegunaan semasa praktikal. Ceh....... kedengkian sungguh di hati ini. Nak jugak sebijik! nangis guling2 mintak kat mak bapak. Ok, jangan buat, buruk perangai. Tak nak hurai lebih-lebih sebab saya telah dirasuah dengan sepasang kasut baru.. hheeeeeeee.. dapat jugak barang baru, tak sia-sia balik kampung.
  5. Sekian sahaja perkongsian ini.................. (hasrat nak buat seringkas mungkin, tapi tertulis panjang pulak, minta maaf ya)


Biarkan Kejutan Mewarnai Hidup
Moga terlakar garis-garis keriangan disitu 
Biarkan Keyboard berbicara
=D