Monday, March 8, 2010

Aktiviti Pelajar UKM di Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu




ENTRI INI ADALAH BERBENTUK HEBAHAN... bertujuan untuk memohon pertolongan serta bantuan kawan-kawan yang menjadi wartawan kat mana-mana syarikat penerbitan.. Kalau yang tak jadi wartawan tu pun boleh jugak membantu. Bantuan jenis gane tuh? Ha, ni la yang saya nak cakap... sila bantu saya untuk menyiarkan program ini ke dalam mana-mana surat khabar kat Malaysia.. tapi kalau Jepun pun boleh jugak.. international gitu =P

Ini adalah warkah dari pelajar yang menganjurkan program itu... Jom hayatinya..


Saya wakil dari UKM ingin memaklumkan bahawa kami akan mengadakan program di sebuah rumah orang-orang tua di Selangor, di bawah Persatuan Pelajar Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Dibawah adalah butir program tersebut :

Tajuk : Program Secangkir Kenangan Pelajar Kersus Pengurusan Persatuan UKM 
Tarikh  : 20 Mac 2010
Tempat  : Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu, Selangor
Anjuran : Pengurusan Persatuan dengan kerjasama Persatuan Pelajar Kejururawatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Program ini bukan bertujuan untuk meraih keuntungan wang ringgit mahupun populariti di dunia, tetapi bertujuan untuk memenuhi tuntutan matapelajaran pengurusan persatuan disamping beramal sedekah dan mengaplikasi ilmu kepada golongan yang memerlukan.. kiranya ini juga merupakan pelaburan dunia dan akhirat... Dunia untuk markah exam, akhirat pulak amal jariah yang dilakukan. 

Ok, kepada sesiapa yang boleh membantu untuk menunjukkan jalan yang harus dituju...saya memohon kerjasama anda... sila komen artikal ni ye... anda memang baik hati.. Bawalah saya ke jalan yang benar =D

*saya yang dimaksudkan bukanlah cik misi, dia cumalah tukang karang dan tukang publish sahaja.. saya adalah merujuk kepada cik Amirah Fatin... apa-apa hal, sila hubungi saya melalui komen dibawah ye.. tak pun guna je chat box kat sebelah. Insyaallah saya akan respons kepada anda semua. Terima Kasih Daun Keladi~~


Biarkan sifat murah hati menyelimuti anda
selimut=tidur
=P



3 comments:

nurse husna said...

husna bole join ke?

Soleha Adnan said...

nape xtry tnye kak mas?aritu kitorg punye program kat skolah ada la jugak wakil press datang..kitorg nye program kcik je,n/paper femes ni xlayan.korg cuba lah..tnye kak mas..cane die mintak org tu dtg aritu...good luck!!

cik misi said...

eheh.. sorry ye kekawan. Xtengok komen2 anda.. UHUK.. maafkan jijah ye. Una leh join... kak fatin cakap OK.

Thanks sol.. dah ckp kt kak fatin =D