Saturday, March 20, 2010

GiGi bOngSu



Demam? tiada. Sakit gigi? tiada. Sakit gusi? juga tiada. Bad Mood? ye... sangat banyak. Sungguh saya tidak menduga itu adalah tanda-tanda si bongsu ni nak tumbuh. Patut la semenjak dua menjak ni emosi saya sangat terganggu. Rupanya itu adalah petanda dia datang. erk... ada kaitan ke ha? 


Wisdom teeth @ third molar ni dikatakan banyak menyusahkan tuan-tuan dia. Kebanyakkan laman yang saya masuk mengatakan si bongsu ni terlalu menyusahkan. Makanya, sewaktu usia muda belia ni, sila aturkan temujanji dengan dental surgeon anda sekarang.. biar poket depa ni penuh ya =P Tapi... soket gigi anda akan kosong =S Banyak nasihat mengatakan jangan ko mimpi nak simpan budak kecik ni, sebab nanti diri sendiri akan merana.. tengok gambar-gambar ni....menyakitkan tau!


contoh-contoh geraham bongsu yang menyakitkan


Ok2, itu adalah contoh gigi yang tumbuh dengan posisi yang tidak baik. Bagaimana pula jika gigi mampu tumbuh dengan baik dan keluar sepenuhnya dari dalam gusi? Adakah akan timbul masalah jugak? Jawapannya adalah ya. Masalah tetap timbul. Gigi ini bersaiz kontot berbanding adik beradik yang lain. hahahahah.. kontot la pulak. ish.. tak baik gelak.. 


Masalah timbul bila gigi ni susah untuk dicapai oleh berus gigi sebab kedudukannya jauh ke belakang serta tidak sama tinggi dengan jiran-jiranya. Maka sudah semestinya ia akan menjadi ruang takhta kerajaan bakteria jahat mengembang biak. Bila dah ada kerajaan kuman bakteria ni, maka akan berlakulah carries gigi, jika lebih teruk lagi gusi akan terjejas. Makanya, jadilah bengkak serta bernanah. 


Kemudian, bila anda berjumpa dengan doktor gigi, pasti mereka akan mengeluh... Alatan pergigian yang canggih manggih tu sukar untuk mencapai kawasan si bongsu tu. Yelah, berus gigi anda sendiri pun susah nak sampai kan.. inikan pulak mesin-mesin yang besar tuh. Jadi, jangan terkejut kalau mereka mencadangakan agar gigi itu dicabut ya. eee... seram!


Namun, harus diingat.. setiap yang Allah ciptakan pasti ada kebaikkan. Bukannya suka-suka gigi itu tumbuh tanpa ada sebarang manfaat kepada manusia. Pada zaman paleoletik, neoletik mahupun zaman logam, diet yang diamalkan adalah bersifat makanan yang kasar-kasar. Daging2 yang sungguh keras serta buah-buah hutan yang kasar strukturnya menyebabkan gigi mudah haus dan semakin kontot..tak kurang jugak gigi yang patah dan hilang gara-gara tersadung akar pokok dan batu bata yang sungguh keras.  


Makanya, pada usia yang me'wiser'kan pemikiran manusia, gigi itu tumbuh bagi menampung tuntutan hidup pada ketika itu. Owang putes cakap no teeth, no food. Mana nak jumpa blended diet masa zaman tu cik senah oi... nak cari pakar gigi palsu pun macam nak cari kucing bertanduk. Makanya, untung sungguh bila Allah bagi tambah 4 bijik gigi extra. Bersyukurlah atas anugerah itu ya. nak tambah lagi la.. no food, no survival. Hah, amek ko... mati keringla siapa-siapa yang tak ada gigi.


Namun, bila masuk zaman millenium ini tabiat pemakanan manusia telah berubah. Daging akan dimasak empuk-empuk. Bila makan, tak ada terasa terbit perasaan macam nak buat baling ayam yang suka-suka hati masuk rumah tak reti basuh kaki dan menjadikan lantai rumah kita sebagai jamban dia kan. Aish! ayam jugak yang kena =S


Disebabkan perubahan itu, saiz si bongsu tak akan sama dengan saiz si abang dan kakak yang lain.. maka, jadilah masalah seperti diatas tadi. Namun, jangan dikhuatiri... zaman dah berubah, teknologi makin canggih. Kalau rosak, buang saja lah labu... nak simpan pun tak ada guna jugak.. kan kan kan. hah, jangan nak bantah pulak. 


Bila saya bercerita panjang gini, tak bermaksud saya nak buang si kecik ni dari soket gusi saya. Saya nak simpan dia, jaga dia elok2.. Tak nak buang... sayang kat dia dan takut nak buat tooth extraction sebenarnya. Sangat sakit la =(


Biarkan Si Bongsu Terus Bermastautin =P
Biarkan Keyboard Berbicara =D


No comments: