Sunday, October 25, 2009

Bunyi Bising di Pagi Hariku

Tidur malam terganggu kerana bunyi bising pada waktu tengah malam tadi? Malam tadi yang dimaksudkan adalah pada hari ahad, 25 Oktober 2009.. Saya pasti penghuni apartment Laman Midah, Prisma Perdana dan Midah Ria mengetahui bunyi apa yang dimaksudkan.

Sewaktu saya terjaga pada jam 2 pagi, telinga saya dicemari dengan bunyi horn yang bertalu-talu.. Menganggu kedamaian malam ahad jek. Kemudian bunyi itu berterusan sehingga pagi ini (waktu sekarang jam 9 pagi) ... Saya hairan betul... Tak habis pulak beteri kereta tu kan... Kacau orang jek bunyi ni... Adoi...

Tetiba saya terfikir kenapa horn kereta tu berbunyi? ok.. ini adalah pandangan saya:
  1. Tuan punya kereta telah pengsan dan kepalanya tersemban di atas hon tersebut.. sebab2 pengsan mungkin kerana dia mengalami sakit seperti sakit jantung atau migrain yang teruk, atau mungkin dia dirompak oleh orang jahat.
  2. Berlaku masalah pada litar sambungan wayar kereta tersebut dan hal ini tidak disedari oleh empunya kereta
  3. Tuan punya kereta sengaja nak menguji kesabaran penduduk di sekitar jalan midah 8A
  4. Tuan punya kereta sedang melakukan ujian terhadap ketahan bateri kereta
  5. Tuan punya keteta tak ada otak nak fikir.. Kalau ada, silalah hentikan bunyi terbabit.. adoi... sakit telinga wei...
Ok... pandangan diatas adalah berlandaskan emosi semata... tidak dipandukan dengan akal sebab dah bengang dengan bunyi yang serabut tadi...

Nak kongsi sesuatu sket... Dalam sesi usrah minggu lepas, salah seorang kawan saya bercerita....
Akal hanya memandu kita untuk melakukan sesuatu yang logik... Tapi bukan semua yang logik itu mampu mendatangkan kebaikkan atau keredhaan Allah... Yang sebenar-benar dapat memandu kita adalah Al Quran..

Contoh diberi:
  • Nafsu cakap aku nak ambik duit tu.. Bukan ada sesiapa tahu pun. Boleh aku buat belanja makan, beli telfon baru, ada GPS, 3G.. wireless lagi... wa... Dunia ni aku yang punya!!
  • Akal cakap: Tak baik mencuri hak orang lain... Kalau aku ambil, nanti dia tak dapat beli keperluan dia... lagipun itu adalah hak dia, yang diperolehi daripada titik peluh dia. kesian dia... penat2 kerja tapi kena curi pulak. (kadang-kadang akal jugak kata, tak salah ambil sket... dia boleh rasa, aku pun boleh rasa)
  • Quran cakap: Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana (Surah Al- Maidah ayat 38) Quran dah tegaskan... Mencuri adalah salah satu dosa besar dan hukumannya sudah ditetapkan dengan jelas oleh Allah..
Akal yang dipandukan dengan Al Quran adalah sebaik-baiknya.... Semoga kita semua berada
dalam KeredhaanNYA...

No comments: