Tuesday, October 20, 2009

Seronoknya Hari Raya

Mungkin raya pada tahun ni merupakan raya yang paling meriah dalam hidup saya.. Sebabnya saya mengumpulkan sangat banyak kenangan indah.. bersama keluarga dan juga sahabat handai..Mungkin juga sebab cuti raya yang agak panjang, jadinya agak meriahlah jugak minyak kereta habis untuk berjalan-jalan. adoi... tak apa, ayah yang bayar.. dia jugak yang nak jalan jauh-jauh pergi kenduri rumah kawan dia yang telah diakui bagaikan sedara sendiri. Paling best, masa sampai rumah kawan ayah tu, tuan rumah tak ada. Walaubagaimanapun, makan tetap makan... tuan rumah belakang kira la...isk2 burok perangai.. Tapi nasib baik la jugak sebab dapat jumpa dengan kawan ayah tu kat masjid masa kitowang nak singgah solat zohor. Dapat skodeng anak dia akad nikah lagi... Bertambah burok perangai saya ni... dah pandai skodeng =P

Apa yang saya sangat perasan, hari raya saya dimeriahkan dengan 3 orang ahli keluarga baru.. Seramai 3 bayi yang comel telah memeriahkan raya saya pada tahun ini. Siapakah mereka? Mereka adalah Nur Afifah, Naurah dan Zaim. Sangat comel la you all... 2 orang daripada meraka adalah sepupu saya dan seorang lagi adalah anak sepupu. Seronok main-main dengan budak=budak ni. Mak ayah diorang pun sporting je bagi saya culik anak mereka.. hahaha... culik baby.. best sebab diowang dah pandai gelak, tak takut dengan orang dan sangat suka didukung. Nak baby jugak!! *tanda-tanda gatal nak kahwin ni* =P

Baby Zaim


Baby Afifah


Baby Naurah

Apa yang seronok lagi, sehari sebelum saya bertolak ke KL, mak saya buat ketupat dan sate.. Macam nak sambut rasa sekali lagi.... Kebetulan pulak sedara datang rumah... makanya bertambah meriahlah raya saya pada kali ini... terharu pun ada jugak.. Rasa nak pause masa dan berada pada saat itu lama-lama. Sangat seronok bila berasama sanak saudara, susah senang sentiasa bersama, tak pernah gagal menghulurkan bantuan bila diperlukan dan sentiasa meraikan kebahagian yang dikurnaiakanNYA bersama-sama.. Alhamdulillah... makmurkanlah kehidupan kami semua Ya Allah..panjangkanlah kebahagian ini kerana ia adalah anugerah yang sangat bernilai.. Tak sanggup rasanya untuk kehilangan nikmat itu...

Di PPUKM pulak, sangat terasa kemeriahan sambutan Syawal.. Apa ke tidaknya, setelah tiga tahun tak dapat merasa daging kambing golek, akhirnya di tahun terakhir pengajian saya di UKM, dapat juga saya merasainya.. Walaubagaimanapun, tidaklah terasa sangat nikmatnya kerana hanya seketul daging yang berjaya dicapai. Ucapan terima kasih saya tujukan kepada Husna dan Syifak yang sanggup beratur untuk mengambil daging itu.. dan terima kasih juga kepada Din yang menghadiahkan dua ketul daging kambing dan sepotong roti John kepada senior yang telah lama mengidam kambing golek HUKM.. Korang memang baik... TQ =)

Di jabatan Psikiartrik pulak, kemeriahan yang sebenar dapat dirasai... Yang ni memang betul-betul dan bukan tipu-tipu... Sebabnya sebelum raya lagi saya dan staf-staf disana menghias Unit Jagaan Psikiatrik Dewasa bagai nak rak (apakah maksud rak? saya tak tahu..... tapi orang selalu pakai).. Sebelum bercuti. segala perhiasan dan kad raya dah dinaikkan di dinding dan syiling... memang betul-betul macam nak beraya! Lepas raya pulak, menghias kawasan SANTAI RAYA dengan penuh manic (terlalu seronok/over). memang cantik... memang menakjubkan, memang seronok..Tapi... ada jugak peristiwa tak best... Apa ya?... uhuk... nangis dulu la.. terasa ngeri nak cerita...

Waktu tengah hari, perut saya sangat penuh... terasa macam mengandung 5 bulan pulak... Nasib baik tak rasa bayi menendang, kalau tak memang sah cacing-cacing dalam tu memberontak sebab tak ada ruang nak bernafas. Tiba-tiba ternampak pulak nasi Arab yang dibawa oleh Dr Sabour.. macam sedap jek... Makanya, tanpa menghiraukan perut yang memboyot, saya segera menyerbu nasi tersebut.. tetap nak sumbat dalam perut walaupun ruang untuk makanan sudah penuh. Alkisah pulak saya tergigit cili.. Mak oi... pedas yang amat... Nak minum air tapi tak mampu nak masukkan air dalam perut... Tak ada ruang.. Sedih.. terpaksa menahan kepedasan dan keperitan.. Pengajarannya disini... Jangan tamak.. Ingatlah sunnah Nabi Mohammad.. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang...

Bestnya Raya =P Tapi........ kecewa sebab tak mampu menunaikan ibadah sunat yang menjanjikan ganjaran pahala yang besar.. Teruknya.. =(

No comments: