Sunday, October 17, 2010

dari dapur chef misi

Assalamualaikum 

Usia muda adalah waktu untuk kita meneroka dan mencuba sesuatu perkara sehinggalah kita menemui penawar (jalan terbaik) bagi penyelesaian sesuatu masalah. 

Itu adalah pandangan terbaru saya mengenai hidup ini selepas menjadi penghuni tetap rumahku syurgaku secara full time selama beberapa bulan. Banyak perkara telah saya pelajari untuk melengkapkan diri sebagai bakal suri rumah tangga sedikit masa lagi (HAHA, banyak masa lagi sebenarnya) Contoh, minggu lepas saya beramah mesra dengan mesin jahit,minggu ni pulak saya bersenda gurau dengan dapur. Aish, banyak benda lah boleh godek2 dengan perkakas rumah tu. Tinggal nak rajin ke tak je.

Ok, sekarang, dari dapur chef misi, saya membawakan kepada anda untuk santapan mata... PIZZA hasil tangan chef misi. Dibuat julung-julung kalinya untuk mengetest  adakah tangan ini memiliki super solar seperti Kazuma chan dalam series YAKITATE JAPAN. (Cerita kartun pasal budak berusia 14 tahun yang nak menghasilkan roti bercita rasa jepun)


Sebenarnya hasrat untuk membuat homemade pizza nih sudah berputik sekian lama dahulu ketika saya masih bergelar fulltime student.. Dan, bila sudah bergelar fulltime penganggur nih, barulah hasrat itu kesampaian. Alhamdulillah.. tak sia-sia jugak duduk kat rumah ni. Macam-macam benda boleh buat.

Walaupun pizza nih ringkas je, but it's worth as my very first trial. Tengoklah ada sos dengan daging je kat atas dia.. Simple bukan sebarang simple, roti dia lembut tau... hehe *suka hati i* bertambah-tambah suka  bila Fadli cakap SEDAPppppppp... cessssss! riak. Insyaallah. 2nd trial will coming, soooooooon with the recipe ok.. :) 

Wednesday, October 13, 2010

Hobi Baru??

Assalamualaikum

Lamalah sudah blog tak dikemas kini. Biar... biarlah. Biarkan kemalasan menulis tu beraja huhu =S Sebenarnya sekarang nih, minat saya sudah sedikit beralih. Internet dan komputer dah ditolak tepi.. tepi sket je, tak jauh sangat. Tanpa internet, sunyi sepilah hidup saya =P 

Sekarang saya sedang menumpukan separuh perhatian kepada sebuah mesin kecil. Mesin yang digunakan untuk mencatumkan selembar kain yang tak bermakna untuk menjadi sesuatu yang bermakna seperti sarung bantal misalnya. YA... itulah sebuah objek bermakna yang berjaya saya hasilkan. Bukan satu, tetapi TIGA bijik saya buat. HAHAHA... tersengih bangga. Sorry, tak ada gambar nak letak sebab kualiti internet tak cukup bagus untuk membenarkan saya memasukkan sebarang gambar. Tambahan lagi,,,, kualiti jahitan juga perlu dipertingkatkan. jahitan harus lurus, tidak boleh kelihatan seperti ular mengejar anak ayam. Nanti orang takut nak tidur, confuse ular ke sarung bantal nih. 

Selepas menjahit nih, barulah saya tahu.. adalah amat penting bagi seorang tukang jahit untuk berkenalan dengan mesin jahit. Saya harus tahu bila masanya mesin itu berada dalam mood baik atau sebaliknya (mesin lama katakan, dia ada semenjak saya berumur 7 tahun lagi) Kalau mood baik, saya boleh menjahit berjam-jam lamanya (untuk praktis jahit lurus) Kalau mood tak baik, sila-silalah sejukkan dia dulu, kemudian sambung balik aktiviti menjahit keesokkan harinya sebab saya sendiri sudah kehilangan mood baik.

Kemudian, haruslah jugak bagi saya untuk mengetahui bagaimanakan caranya untuk meletakkan benang pada tempat yang betul kerana mak saya tak akan sentiasa ada untuk membantu saya melatakkan benang ke tempatnya. Hah, mula-mula memang fail, tak tahu gane nak taruk benang, nak pintal gelung benang bahagian bawah, nak keluarkan benang bawah ke luar... HUH, susah! Tapi... itu dulu. Sekarang, saya sudah kenal siapakan SINGER JADE QUEEN. harap-harap dia kenal saya jugak =P

Makanya disini, saya pesanan saya kepada sesiapa yang ingin mencuba-cuba belajar menjahit.... ingat tips ini Kenali mesin jahit anda dan....... praktis jahitan lurus sebelum menjahit apa-apa aje.

Jumpa lagi
TATA

Thursday, September 23, 2010

Syawal

Assalamualaikum W.B.T

Dalam kecoh-kecoh rumah terbuka sempena raya ni, rupa-rupanya sudah 14 hari syawal berlalu. Tak sangka, sudah dua minggu rupanya perut ni boleh diisi bila-bila masa sahaja. Tapi… itulah.., tak berapa nak isi jugak sebab MALAS makan. Bila dah elok terbaring depan TV, nak-nak pulak cerita best giler untuk dilayan, makanya bagaikan taruk gam kat atas lantai tuh. Nak gerak pergi dapur susah benar. Kalau untung nasib, adik saya yang paling kuat makan, Fahmi, datang bawak makanan. Tapi…. budak ni kedekut. Kalau dia bawak keluar satu balang popia, makanya dua tiga biji je kot dia nak kongsi.  Aish… punyalah kedekut.

Mungkin budaya kat tempat saya nih, syawal tak berapa nak meriah, tapi zulhijjah lagi meriah.. makanya, mood persaan raya tu tak berapa  nak ada. Sebab itulah tiada update pasal raya. HOHO Lagipun… time bulan syawal ada satu lagi ibadah yang perlu diraih. Siapa-siapa yang tak nak rebut peluang beribadah ni, memang amat rugi. Oleh itu, saya tidak mahu tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Jom… jom heboh-heboh untuk berpuasa selama 6 hari, ganjarannya sama seperti berpuasa selama setahun. Tapi kesannya tak adalah kurus slim seperti tak makan setahun ya. huhu

Bermula semalam, tiap-tiap pagi, InshaAllah berterusan selama enam hari ,satu keluarga saya bangun secara beramai-ramai untuk makan sahur. Sampai kucing sekali pun jaga makan sahur. Puasa ke tak, lantak ko la kucim. Pastu petang pulak, masak-masak bersama mak. Aish.. betul-betul terasa seperti di bulan ramadhan. Sungguh seronok berada di rumah ni rupanya. Makanya, pergilah jauh-jauh wahai perasaan melankolia. Saya sudah hepi sangat2 kat rumah ni. 

 Harap-harap heppi ni akan terus menerus lah..... Amin..

TATA...

Wednesday, September 22, 2010

kopi itu

Assalamualaikum W.B.T

Hi hi anda semua, bye bye belum lagi. Sudah lama keyboard ni tak di ketak-ketuk. Alasan yang nak diberi, apa lagi… SUPERB SLOW BB dan tuan blog yang pemalas yang sedang beremosi melankolia. Adapun emosi itu tidak akan surut selagi tiada menerima sebarang jawapan dari institusi yang menawarkan kerja kepada saya. HAHAHA,, demand sungguh. (tengok, itupun nak gelak… uh melankolia)

Alangkah seronok kalau perasaan BUSAN ini boleh dilunturkan sepantas dan semudah memudarkan kaler baju dengan hanya merendam dalam klorox. Fuh.. terbukti berkesan. Kalau tak percaya, cubalah ambik sehelai baju bewarna (bukan baju kesayangan), rendamlah dalam separuh baldi air yang telah dicampurkan dengan 20 ml klorox. Errrr… saya tak galakkan ya. sekadar nak menyedapkan bahasa je nih.. manalah tahu, kang dapat email maki hamun pulak.

Adapun sekarang sudah pukul 3.01 pagi.. tapi mata saya masih belum mengantuk. Ok2, kali ini saya tidak menyalahkan emosi melankolia, sebaliknya salah secawan kopi yang saya minum selepas isyak tadi. Huh, salah diri sendiri sebenarnya, sebab minum kopi itu sampai habis di waktu dekat-dekat nak tidur. Hah, amek muka ko!

Jika diimbas sedikit masa dahulu, sewaktu masih belum bergelar penganggur, kopi dan saya bagaikan kawan karib. Kalau tak ada kopi, lemah-longlai satu badan.  Macam dadah pulak kesan dia ishk ishk. Kadang-kadang tu, dang-dang nak tidur, saya boleh telan segelas air kopi… ulang sekali lagi, air kopi.. gelas tu letak atas meja, pagi esok basuh sebab nak guna untuk breakfast pulak (malas HAHA) tapi kan.. yang herannya dalam masa beberapa saat je saya terus terlelap.

Memetik iklan Nescafe yang dibintangi oleh Maya Karin, kopi adalah sejenis buah-buahan. Ia adalah kaya dengan anti-oksidan dan serat. Anti oksidan berfungsi untuk menghalang pembenyukan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser, manakala serat pulak bagus untuk penghadaman, elak sembelit. Makanya, mengamalkan pengambilan kopi sebanyak segelas sehari adalah sihat… tak gitu anda-anda semua?Tahukah anda, iklan kopi yang pertama di dunia mewar-warkan kopi boleh mengurangkan risiko penyakit jantung? Ok, anda sudah tahu sekarang.

Lagipun… bukankah kopi merupakan salah satu minuman kegemaran Rasullullah S.A.W… elok sangat minum kopi ni…. Tapi… seperti biasalah. Kalau nak ikut sunnah nabi, ikut semua, jangan nak ambil separuh-separuh  ya. Nabi mengamalkan besederhana dalam segenap aspek. Makanya, minumlah kopi secara besederhana. Jangan dok teguk sampai 5-6 gelas sehari.. bawa mudharat la pulak…. kan kan kan… tubuh kita tak perlukan kafein yag banyak. Kang jadi cerita keluar masuk hospital pulak. Haru tuh.

Aduhai mata…. Walaupun satu entri sudah siap… dia tetap degil Tak mengantuk jugak. Pagi esok ni habislah.. kompem tidur sampai tengah hari. Tak senonoh betul anak dara nih.. (tak kisah pun =P) Oklah, saya sudahi entri ini dengan pantun 6 rangkap:

Mata-mata adalah polis
Mata hari adalah bintang
Mata air pulak adalah kekasih
Entri sudah habis tulis
Sekarang sudah siap ditayang
Sekian, terima kasih

Wednesday, September 1, 2010

Cuit-cuit Ramadhan


Assalamualaikum

Tinggal sepuluh hari sahaja lagi bulan ramadhan ni. Alhamdulillah... untuk pertama kalinya  selepas 8 tahun (dan mungkin jugak yang terakhir T.T), saya menyambut ramadhan kali ini secara sepurnama penuh bersama mak ayah, dan adik-adik di rumah. Seronok sangat.. Mestilah seronok kalau dapat makan apa-apa je yang direquest, pastu tak payah masak dan tak payah risau terlepas sahur. Sebab... ada satu perkataan ajaib yang akan menyelesaikan masalah itu... teng teng teng.... MA. hah, seringkas itu sahaja perkataan ajaib saya. Dengan adanya ma di rumah, sebut sahaja apa yang nak makan... nescaya akan terhidanglah makanan itu di depan mata time berbuka nanti =D 

Sebagai contoh, hari ni anak dia cakap sedapnya asam pedas ikan patin... tup tup petang esok, ada sekor ikan patin bawah tudung saji. Menyelarakan yummy yummy.. Kemudian anak dia cakap lagi.. sedapnya kalau time-time puasa ni dapat makan kerang rebus lepas terawih.. tengok-tengok ada pulak kerang dalam periuk. Seronok sungguh merequest makan time bulan ini.. saya pasi tak akan kecewa. Terasa seperti orang mengandung pulak. Sebut je, pasti dapat. Cumanya mengidam yang satu ni masih belum dapat lagi... mengidam nak pergi Bazar Ramadhan kat pekan Pasir Mas. Tiap-tiap hari saya ajak adik saya pergi sana, tapi tiap-tiap hari jugak dia tak nak ikut. Tiap-tiap hari saya ajak ayah saya pergi, tapi tiap-tiap hari jugak ayah tak layan. Pendek kata, tiap-tiap hari hajat tak kesampaian. 

Kadang-kadang saya hairan jugak dengan diri saya nih. Mengapakah kuat benar nafsu makan di bulan puasa ini? Adik-adik yang masih budak-budak yang penat berpuasa tu tak adalah pulak nak merequest macam-macam. Diorang tahu request satu macam sahaja berbanding kaklong yang nak dua macam. Fahmi dengan Faisal tahu mintak ayam goreng je. Farhan pulak nak ayam, tapi nak makan bahagian dada je, part lain jangan bagi... tak akan dijamah pun. Fadli pulak, masak la apa pun, makan je. Fadil pulak, selalu makan kat luar dengan kawan-kawan dia. kak long pulak, hari ni nak makan ikan bawal masak stim, esok sup tulang singgang, lusa asam pedas ikan patin, tulat daging bakar, seterusnya nasi ulam, terus lagi kepala keretapi. apa tuh???? haha, mengarut-ngarut sahaja. Pendek kata, kebanyakkan juadah berbuka adalah ditetapkan oleh kaklong, dimasak oleh ma dan dibeli oleh ayah. Bukankah itu adalah satu kerjasam yang bagus? heheh

Hah anda semua, lumayan sungguh berada dirumah nih. Walaupun menganggur, perut terisi penuh. Walaupun menganggur, beremosi tak tetap, selera makan tetap jalan. Malahan makin menjadi-jadi pulak berbanding zaman tak menganggur yang dulu tuh. Makanya, mungkinkah hasrat menambah berat badan akan tercapai???? tunggu dan timbang.. huhu

Love U all
Semoga kita mendapat keberkatan Ramdahan ini dan..
Semoga berjaya dalam pencarian Lailatul Qadar
TATA


Thursday, August 26, 2010

Emosi Penganggur



Assalamualaikum

Saya masih lagi kurang bersemangat nak menUPDATE blog yang terabai ini. Terasa seperti nak berdiam dan bersenyap buat sementara waktu, dengan kata lain,,,, nak mengabaikan blog ni dengan lebih lama lagi...... tapi.. ada masalah lain pulak. Kepala cakap, update lah, tapi otak cakap... tak payah lah. errr... ada beza ke kepala dengan otak?? ok2, sah lah sekarang ni saya tengah berserabut.

Emosi seorang penganggur ni benar-benar kacau bilau.Saya tak suka beremosi seperti ini. Saya rasa seperti melankolia (apakah itu??). Rasa sayu je sepanjang2 pagi bila mak ayah tinggalkan saya sendirian bersama kucing2 yang pemalas tak leh nak kata haper. Keje dorang adalah tidur, makan, main, makan, tidur balik. Dah la kuar rumah tak reti nak pakai kasut, lepas tu masuk rumah dengan selamba dek dia je. Habis kuman dan bakteria tumpang masuk sekaki. Tapi... tak apa lah kucing kesayangan punya pasal. Dah puas marah2,  berbuih bibir nih. Tak makan saman betol, makan ikan je keje.

Semenjak dua menjak ni pulak, kucing2 tu ada tebiat pelik. Asyik muntah-muntah je, suka-suka dia pulak tu mana nak memuntah. hadoi.. penat tuan dia yang baik hati ni membersihkan muntah dia. Walaupun puas saya membebel ajar dia, masuk dalam bilik air kalau nak muntah. Tapi... macam biasa lah, masuk telinga kanan, tak singgah otak, terus keluar ikut telingan kiri macam angin lalu. errr... kucing saya ni tengah membawak budak dalam perut kah?? harap tidak lah. Sudah terlalu ramai bilangan kucing di rumah ini. tak larat nak jaga dah..uhuk. Aik?? cerita emosi penganggur bertukar menjadi cerita kucing???? Hah, ni lah salah satu ciri melankolia..senang berubah topik T.T

Melankolia menjadikan saya kurang proaktif. Nak membuat kerja pun terasa kurang bersemangat. Haish!! tak boleh jadi nih. Kalau dibiar lama-lama, makanya masuk rumah bahagia lah saya nih. Nauzubillah.. Ini semua gara-gara EMOSI PENGANGGUR dan ditambahi pula dengan episod broadband yang di sekat selama beberapa minggu. Sungguh menjadi-jadi emosi saya. 

Penganggur mempunyai baaaaaaaaaaaaanyak masa terluang, sampai tak habis nak guna. Saya dah puas tidur, sampaikan dah tak boleh nak tidur siang, saya dah puas kemas rumah, sampai segenap ceruk saya kemas, saya dah bosan main game, sampai nak bukak laptop pun dah tak lalu.. T.T Ha, tengok... mewah sungguh masa saya

Kalaulah masa boleh disewakan kat orang. Kompem saya nak buat bisnes sewa masa. Goyang kaki, duit masuk. wooo.. Kayoooo den gitu. Kalau sehari saya boleh sewakan 5 jam waktu dengan cas 5 ringgit sejam.. sambil tidur je saya mengumpulkan sebanyak RM 25 sehari. HAHA, mewah2. sebulan je dah dapat RM 750. dah cukuplah makan pakai dengan top-up. Tapi... angan-angan semata. Alamak.. Teringat pulak lagu nasyid Raihan... 

Ingat lima perkara. Sebelum lima perkara. Masa usia muda, sebelum usia tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, sihat sebelum sakit, hidup sebelum mati,  

Insaf pulak terasa sob sob sob... di Bulan ramadhan ni elok benar lah menambahkan amal ibadat kan. Tambahan pulak masa saaaaangat banyak. Sehari mengaji satu juzuk Quran, sebulan dapat khatam sebuah Quran. WUYOOO... lumayan pahala masuk tuh. Pahala mengaji, pahala melihat ayat2 quran, pahala menjaga hati, pahala-pahala.. Gedung amalan baik nih...


Eh.. Mak ayah saya sudah balik lah. Makanya melankolia sudah berakhir... Makanya, TATA anda semua. semoga ketemu lagi. nak menggumbira-bira kejap.

Saturday, August 21, 2010

patah jari

Assalamulaikum

Selamat menyambuat ramadhan yang mulia wahai anda sekalian. Semoga kita semua menggunakan kesempatan di bulan yang penuh barakah ini dengan sehabis-habisnya. Ye lah, bila lagi nak mengaut pahala berganda-ganda kan.. Waktu ini sahajalah. hah, jangan berlengah, kejap lagi kita bersolat sunat ya kawan2.

Wokeih, sudah lama tuan punya BLOG yang terabai ini tidak datang menjenguk blog. Tuan yang tidak terabai telah mengalami kepatahan jari buat sementara waktu. (errrr.. bukan real punya ok, kiasan semata-mata). Broadband kena sekat la cik senah, sebabnya bil tertunggak sampai beberapa bulan. Alhamdulillah... bila dah dijelaskan.. makanya,,,,, HORAY!! dapatlah berblog lagi =D

Sebenarnya saya banyak sangat yang nak diceritakan, tapi............ mesti sudah basi. Makanya, tak naklah hidangkan. Karang sakit perut pulak di bulan-bulan puasa ni. Haru biru jadinya kan. Nanti lain kali saya berblog lagi.. terasa tak ada mood lagi. NANTI YA.

TATA