Friday, March 26, 2010

burung hantu jaga malam


Assalamualaikum

Malam telah datang dan sekali lagi saya menjadi nocturnal di PPUKM. Sesungguhnya malam ini sangat best.. pasalnya bila jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, semua kerja telah beres.. saya berjaya menyediakan ubat, buat observation dan jugak bagi ryle tube feeding. Uh, sungguh bahagia kerana dapat berehat dan tidur lebih awal dari malam sebelumnya. 

Malam ni, pakcik yang suka buat perangai pelik sudah pun balik rumah. yeah yeah, dia dah balik =D Tapi kan, ada benda lain pulak yang jadi. Adakah anda masih ingat uncle yang mendapat trauma kena samun tuh? Sila jangan kasihan kat dia..

Dia mengambil kesempatan atas kebaikkan diri ini. Sakitnye hati adus!.. Ada ke patut dengan selamba kodok dia sentuh-sentuh badan dan tangan saya nih!! eeee!!!! kegeraman menyala-nyala bagaikan kerdipan lampu ultramen lepas 3 minit kat bumi. terasa aura super power nak fire uncle tuh. Malangnya...
aku bukanlah ultramen
aku ngak bisa fire
bila engkau suka-suka 
sentuh-sentuh aku

Sesungguhnya dia sangat berbangga bercerita pasal judi dan amoi-amoi cantik sambil tersenyum gatal. eeeee! Nak sekeh kepala orang je rasanya waktu tu.  M.E.N.Y.A.M.P.A.H yang amat membuak-buak sampai melimpah. Namun, disebabkan dia merupakan pesakit, hatinya perlu dijaga. Makanya, saya memujuknya supaya tidur. 

Barulah saya mengerti kenapa uncle ni selalu datang ke kaunter nurse bersama bantal macam budak-budak nak masuk bilik mak bapak. Ok, jangan cakap perbuatan itu comel, sungguh menyampah tengok dia buat gitu. Bukan sebab sakit tapi sebab nak amoi manis macam saya ni g layan dia. Arhhhhh... tensionnya. 

Pelik sungguh.. sudah sakit macam tu pun masih lagi tak sedar diri. Suka hati dia je nak menggatal kat wad yang ternyata lebih selamat berbanding dunia luar. Kalau la saya jahat, pastinya saya halau dia keluar. Pergi! pergi! carilah perlindungan kat tempat lain. hahah puas hatiku.. tidurlah kat tepi-tepi longkang nun disana. Rasakan. 

Tapi.. itu hanyalah khayalan semata-mata. Setiap orang layak diberi peluang kedua. errr... siapa yang nak sedarkan dia tuh? Saya ke? mintak maaf dan mohon ampun.. saya tak reti la der... 

Malam ni berakhirlah posting malam saya. Terima kasih tak terhingga kepada misi-misi yang suka mengajar. Sungguh seronok menimba pengalaman itu~~ 



Biarkan Keyboard Berbicara =D

nocturnal


Assalamualaikum 


Sesungguhnya penulis blog ini memang tak reti nak mendoakan pelawat-pelawat dia kan.. Dalam banyak-banyak entri, rasanya beberapa entri sahaja yang dimulakan dengan ucapan selamat sejahtera ke atas kamu semua. Oleh itu, bermula dengan entri ini, saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada anda - pelawat yang disayangi.


Ok, sesi mukadimah telah berakhir. Sekarang saya akan menuju ke topik utama saya. Alkisah malam tadi, saya telah selamat menjalani clinical posting untuk shift malam. Sesungguhnya kerja malam ni boleh dikatakan mencabar kesabaran. Mengapakah demikian? hah, inilah yang cikmisi nak cerita... Jom..kita mendengarnya.







Lebih kurang pukul 12 tengah malam, terdengar jeritan adoi! adoi! dari katil 3. Makanya saya dan rakan setugas segera menuju ke lokasi kejadian.


misi, ada olang pukul. tengok, tengok (sambil tunjuk kat atas kepala dan tengkok) sudah bengkak. sakit woooo. 


Dia curik habis lantai sama gelang. cincin pun abis ma.. adus! adus! itu balang harga sepuloh libu... aiyak.. adoi! adoi!


ok, fine.. tenyata uncle tu bermimpi. Sungguh kasihan, dia mengalami trauma dengan kejadian ragut yang membawa kerugian wang dan menganggu kesihatan mentalnya untuk ketika ini.. Jahatnya penyamun itu. Setakat yang saya tahu, banyak sungguh kes pesakit masuk hospital sebab kena ragut dan mengalami kecatatan kekal. Aish..apa nak jadi dengan manusia yang tak bertamadun ni. parasit! 


Saya dan Fitriyani memujuk uncle itu supaya tidur.. Yelah, kalau tak tidur, habis orang  lain kena kacau. Bising yang amat. Setelah memastikan dia baring..saya pun mula menapak ke kaunter nurse. Baru je 2 tapak berjalan...
.
.
.
misi! misi! mak saya misi..


Jeritan kecemasan dari katil 18 pulak. Fuh.. selang berganti nih. Ada pesakit mengalami muscle spasm pulak... makanya bergegas saya lari mencari mesin observation, periksa tekanan darah, agak tinggi sedikit tapi paras oksigen pulak stabil. Staff nurse nk bagi ubat, tapi pesakit tu tak nak. Dia cakap ubat ni la yang menyebabkan keadaanya makin teruk. fuh, cabaran sungguh... nak menolong orang tapi orang tak nak ditolong.. Nak bersuluh kasi terang  satu-satu kat makcik tu pun tak guna jugak.. pasal dia dah set dalam kepala, makan ubat-makin teruk. adoi... Bila kejadian sama berulang dan bagitau doktor suruh bagi ubat, baru mak cik tu nak. Sesungguhnya hal itu sangat menyakitkan.. pesakit tak percaya kat nurse.  Walaupun benda sama yang diterangkan oleh nurse, mereka hanya percaya bila doktor yang cakap.. huk huk huk


Kemudian jadi pulak kejadian pelik-pelik yang kelakar. Ada seorang pesakit ni datang ke kaunter nurse dengan hanya memakai pampers dan baju sahaja.. bajet seksi kot =P Dia cakap sejuk.. Sungguh pelik bukan? Kalau sejuk, duduklah berselimut lingkup kat katil seperti pocong. nampak seram sket, biar misi-misi naik seram pandang. Bukannya bukak kain, jalan-jalan pergi kaunter sambil lenggang peria, (tak nak guna kangkung sebab pesakit ni lelaki, nanti nyah pulak eheh). Bila balik ke katil pulak, dia pergi panjat katil dan mencuba untuk membuang langsir dari rail. Alasan? Sejuk... misi kasi saya selimut sama itu kain.(sambil tunjuk kat langsir) Aduis uncle... kami sudah bagi dua helai selimut untuk kamu. mengapa kamu membuat onar pada malam hari? Sepanjang malam uncle tu buat hal... sesungguhnya kesabaran adalah teman paling erat pada waktu itu.


Ok2.. nak masuk penutup pulak. Sebagai kesimpulan, saya menegaskan seronok jugak kerja malam-malam nih.. Apa yang best, bila saya balik kerja.. terserempak ramai orang keluar pergi kerja. Terasa nak menyapa semua orang... Pergi kerja eh? saya nak balik tido... bye. hah tengok, betapa berlagak dan riaknya nak bagitau orang lain, kerja saya dah habis.. awak baru nak start eh? ehehe.. ish, tak baik!




tomorrow is my 2nd and last nite..
xsabar sungguh
*******



Wednesday, March 24, 2010

Ais krim Vanila untuk jiwa lara


Alkisahnya saya telah pergi ke Mc Donald lalu memesan 2 biji ais krim. (puas fikir, apakah penjodoh bilangan bagi ais krim... tapi tak dapat fikir jugak, makanya saya meletakkan biji, kedengaran pelik, tapi lantaq pi la) Ais krim tu sangat special...keluaran terbaru kot.. kelihatan sangat sedap. nyum nyum... Semestinya ais krim itu berperisa vanilla yang sungguh sedap dan disaluti krim strawberry. Lepas tu kat atas dia ditabur dengan biskut oreo dan kat tepi2 dia ada cebisan roti kecil.. Saiz dia pulak, sungguh Extra vaganza. Kalau tak makan nasi pun boleh kenyang atau paling tepat, rasa muak nak makan benda lain. Berbaloi saya bersusah payah ke kedai tersebut selepas habis clinical posting.. dapat beli ais krim spesel yang menghuru-harakan salivary gland. heheh

lebih kurang macam ni la bentuk dia.. cuma tukarkan gelas kepada kon
sedap kan kan kan kan?


Selepas membayar harga aiskrim tu.. tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dibuka, makanya saya terjaga dari tidur pada petang yang redup itu. Masyaallah.. mimpi rupanya. huk! Saya pasti.. mesti anda sudah dapat mengagak kan, anda memang bijak. 


Kecewa sungguh rasa hati ini apabila tidak dapat merasai keenakkan ais krim yang super duper yummy tuh. Saya bukanlah peminat fanatik ais krim tetapi petang tu saya sangat mengidam nak makan sebab tergoda dengan mimpi yang tak ada kesudahan. KECEWA yang amat! =S tajuk mimpi saya petang itu adalah Sad Ending Dream.


Lepas terjaga, terasa macam nak sambung balik tidur sebab nak merasa bagaimana keenakkan aiskrim. Sedap ke tak... tengok rupa, macam sedap, tapi tak boleh jugak nak cakap sedap, don't judge ice cream by its appearance hehe. Ok fine, saya tak akan berpeluang langsung nak test rasa dia kan kan kan =( mimpi je Cik Senah oi..mustahil la nak dapat rasa manis ais krim tu, kalau degil jugak, nanti rasa lah macam mana masam peluh bila tergigit jari... yurk!


Ok2, fine... saya menerima kenyataan bahawa saya sedang bermimpi. Disebabkan bunyi pintu yang dibuka oleh Syifak, saya terjaga dan kecewa sebab tak dapat makan . lagi sekali me-mention-kan kekecewaan. =(


Lepas dapat mimpi tu, saya terfikir... Adakah ini merupakan satu pengajaran yang Allah berikan kepada saya? Ya... mimpi itu indah dan hanya yang indah-indah sahaja terbayang diruang mata. Saya tak nak lepaskan mimpi itu dan ingin meneruskanya tetapi dengan kuasaNYA, dia kejutkan saya. Dia sedarkan saya bahawa bila saya tidak dapat memiliki sesuatu, maka lepaskan sesuatu itu. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik akan terjadi dalam hidup ini, berusahalah untuk mencari sesuatu yang baru dan lepaskanlah sesuatu yang lama itu. Makanya, pergilah cari ais krim kat kedai bawah.. dapat makan jugak kan. ehehe. 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)




Bila hati tak mampu lagi meyakini
Biarkan ia pergi
Insyaallah, akan ada sesuatu yang baik bakal kamu raih
Biarkan Keyboard Berbicara =D


Tuesday, March 23, 2010

Refleksi


Aduhai nasib jari-jari cumel .. apahal la susah sangat nak memulakan ayat kali ni neh? Memang la saya ni agak pendiam orangnya, tapi kalau bab menulis-tulis ni, tak adalah nak jadi pendiam jugak.. bising sokmo deh.. Tak kira apa pun, asalkan boleh ditulis, akan digunakan sepenuhnya.. buku nota ke, buku sekolah ke, diari apatah lagi..manfaatkan sepenuhnya. Tak lupa juga kepada kekunci yang boleh ditekan untuk mengeluarkan perkataan.. manfaatkan dia sehingga OVER USE.. tapi tak ada la abuse, itu sudah kes berat. Bak kata emak saya, saya dan keypad tak dapat dipisahkan. Ok, fine... saya dan handset sebenarnya. Kalaulah dia baca blog ni, pasti dia juga akan kata saya dan keyboard tak boleh dipisahkan. 

Kenapa saya suka menulis ha? Sebab dia best!! uiks.. macam iklan petronas pulak... Bila menulis, umpamanya kita sedang buat  reflextion.. ok, itu owang putes cakap. Orang Melayu cakap muhasabah. aceh..terasa begitu baik bila menggunakan perkataan ini. Lazimnya muhasabah ini diguna pakai oleh orang-orang yang sentiasa mencari kebaikkan dan sentiasa ingin maju ke hadapan. Makanya, saya juga ingin masuk ke dalam golongan itu.. Mencari jalan-jalan yang baik, benar serta lurus. Insyaallah =D


Muhasabah.. satu proses yang senang sangat. Ok, itu adalah yang seharusnya. Melalui tulisan, secara tidak langsung, proses muhasabah sedang berlaku. Apa yang telah terjadi dalam kehidupan tertulis elok dalam sebuah karangan. Itulah dinamakan naskah kehidupan. Satu persuratan yang merakam kebaikkan, kelemahan serta realiti hidup. Wooooooo.. mengapakah gue berbicara gaya gini sih? buang tebiat kot.


Kebaikkan muhasabah? alamak.. perlu ke ditulis? ehe... budak malas ni tak mahu huraikan apa-apa sebab sudah terang lagi bersuluh, dia sangat malas. Apa pun, marilah kita sentiasa refleksi apa yang telah kita buat dalam sehari ini...Apa yang kita buat ok, bukan apa yang orang lain buat.. tapi tak salah kalau nak dijadikan ikhtibar dan tauladan, asalkan betulkan diri sendiri dulu.. 


Tapi, setiap kali bermuhasabah, akan ada satu cabaran. EGO.. hah, bila ego terlalu tinggi maka hilanglah nilai sebuah muhasabah. Sebabnya nanti apa yang terbayang diruang mata adalah alasan-alasan baik yang menjadi topeng menutup kesalahan yang terjadi.. tapi, kalau anda betul2  dipihak yang benar... alhamdulillah. Ambil iktibar untuk tidak membenarkan banana fruit twice =P heheh. Secara jujur... pepatah ni la yang paling saya tak faham.. Orang Melayu tak suka pisang ke? Tak suka benda pelik yang baik terjadi kah?Kalau berbuah dua kali tu kan bagus.. Dapat makan buah, dapat nama sebab ada pisang pelik. Untung-untung masuk Harian Metro, lagi untung masuk Buletin Utama =P kalau tak untung, buah kena curi... huhuk


Ok... sebenarnya budak ni nak bercerita pasal hobi dia.. tapi terlajak bercerita pasal muhasabah pulak. Tapi, itu adalah bagus bukan? kerana berkongsi alasan baik untuk mempertahankan hobi. eheh. Ok.  comma,,,,,,,




refleksi berbicara
mengatur perjalanan kehidupan
menjamin kecemerlangan hari esok
\(^.^)/
Biarkan Keyboard Berbicara =D
....full stop....







Saturday, March 20, 2010

Pertengahan


Setiap permulaan akan ada pengakhirannya. Begitu juga pertemuan, pasti akan disusuli dengan perpisahan. Namun bukanlah kisah sebuah pertemuan yang bakal menemui perpisahan menjadi bual bicara saya untuk memblog pada kali ini. Tetapi ia adalah kisah sebuah permulaan yang sedang mara ke depan. 

Dengan kata lain, sedang berada di pertengahan. Owang putes cakap In the middle of the bridge.. kenapa bridge? sebab macam sedap je letak jambatan tu. Lagi best kalau jambatan gantung macam kat Taman Negara Kuala Tahan. Tobat rasa seram sampai tak nak berhenti jalan, tobat saya tak nak tersekat atas sekeping papan nipis pada aras 30 meter dari atas tanah, nak jalan laju-laju sepantas kilauan guruh dilangit. Kat kepala dok terbayang, kalaulah ditakdirkan papan tu retak, habis berkecailah badan ini di atas dahan-dahan yang menadah. Makanya glamourlah seorang pelajar UKM pada keesokkan harinya, menjadi tajuk utama harian metro dan buletin utama... mungkin.. siapa tahu. ish!.. Nauzulbillah... mintak jauh la benda-benda gini. Kematian itu pasti, tapi saya harap dapat mati dengan aman, dalam sujud yang terakhir di dunia nih.

betapa kecik papan itu

Pertengahan adalah saat yang paling rumit. Pada ketika itulah akan muncul berbagai konflik. Konflik, dan konflik, serta konflik lagi... Uiks! Sesungguhnya saya sedang berada di pertengahan.. diulangi, pertengahan.. bukan persimpangan ya =P


Alkisah research saya sedang berada di tahap pertengahan --data collection-- Alhamdullah, proses itu sedang berjalan. Terima kasih tak terhingga kepada semua responden yang baik hati. Anda telah memberikan maklumat yang saya kehendaki. Namun, kepada sesetengah responden yang tidak memberi apa yang saya minta dalam soal-selidik itu, jugak saya ucapkan terima kasih. Anggaplah token yang telah saya berikan itu sebagai amal jariah ye.. 


Telah saya jelaskan dibahagian hadapan soal selidik, penyertaan anda adalah sukarela, tiada paksaan. Anda bebas menarik diri daripada kajian ini tetapi janganlah memberikan harapan palsu kepada saya dengan mengembalikan borang yang tidak lengkap. fuh.. pelik bukan, responden saya terdiri daripada pelajar universiti.. yang semestinya pandai membaca.  Tetapi... mengapakan anda berbuat demikian pada saya? Sudahnya, token habis, tapi data tidak cukup. Akhirnya saya terpaksa memikirkan plan B =(


Cabaran oh cabaran... umpama makan nasi dengan lauk. Kekadang pedas sampai tak larat minum air, kekadang tawar hebey sampai kena masuk kicap banyak-banyak. Tapi paling best bila tergigit cili sebijik tanpa dijangka dalam nasi tu wujudnya dia. hahaha sedap sungguh kan =P Begitulah perjalanan kita.. cabaran memanjang.. Kalau tak ada cabaran, bukanlah namanya manusia dan kehidupan kan kan kan.. habis, apa namanya? Kematian kot. Nanti kat sana mana ada cabaran, yang ada hanyalah pengadilan, hukuman dan balasan atas apa yang kita dah lakukan kat dunia ni. Makanya, kumpulkan amal soleh sebanyak mungkin kat dunia ni. Biar banyak sket bekal nak bawak pegi sana kelak. 


Ok2..pertengahan saya sedang betul-betul ditengah. Saya harap dapat mencapai penghujung secepat mungkin.... dan berharap juga agar Allah memudahkan urusan saya ini. Nanti bila masuk analisis data dan writing thesis lagi banyak cabaran.. Bagilah kemudahan kepada saya wahai tuhan, kurniakanlah idea yang cukup bernas dan mencurah-curah bagaikan hujan lebat dari langitMU yang seluas semesta itu semasa penulisan tesisku.... ameen.




Biarkan cabaran itu datang
Semoga diri menjadi tabah, kuat dan cekal
Biarkan Keyboard Berbicara =D


GiGi bOngSu



Demam? tiada. Sakit gigi? tiada. Sakit gusi? juga tiada. Bad Mood? ye... sangat banyak. Sungguh saya tidak menduga itu adalah tanda-tanda si bongsu ni nak tumbuh. Patut la semenjak dua menjak ni emosi saya sangat terganggu. Rupanya itu adalah petanda dia datang. erk... ada kaitan ke ha? 


Wisdom teeth @ third molar ni dikatakan banyak menyusahkan tuan-tuan dia. Kebanyakkan laman yang saya masuk mengatakan si bongsu ni terlalu menyusahkan. Makanya, sewaktu usia muda belia ni, sila aturkan temujanji dengan dental surgeon anda sekarang.. biar poket depa ni penuh ya =P Tapi... soket gigi anda akan kosong =S Banyak nasihat mengatakan jangan ko mimpi nak simpan budak kecik ni, sebab nanti diri sendiri akan merana.. tengok gambar-gambar ni....menyakitkan tau!


contoh-contoh geraham bongsu yang menyakitkan


Ok2, itu adalah contoh gigi yang tumbuh dengan posisi yang tidak baik. Bagaimana pula jika gigi mampu tumbuh dengan baik dan keluar sepenuhnya dari dalam gusi? Adakah akan timbul masalah jugak? Jawapannya adalah ya. Masalah tetap timbul. Gigi ini bersaiz kontot berbanding adik beradik yang lain. hahahahah.. kontot la pulak. ish.. tak baik gelak.. 


Masalah timbul bila gigi ni susah untuk dicapai oleh berus gigi sebab kedudukannya jauh ke belakang serta tidak sama tinggi dengan jiran-jiranya. Maka sudah semestinya ia akan menjadi ruang takhta kerajaan bakteria jahat mengembang biak. Bila dah ada kerajaan kuman bakteria ni, maka akan berlakulah carries gigi, jika lebih teruk lagi gusi akan terjejas. Makanya, jadilah bengkak serta bernanah. 


Kemudian, bila anda berjumpa dengan doktor gigi, pasti mereka akan mengeluh... Alatan pergigian yang canggih manggih tu sukar untuk mencapai kawasan si bongsu tu. Yelah, berus gigi anda sendiri pun susah nak sampai kan.. inikan pulak mesin-mesin yang besar tuh. Jadi, jangan terkejut kalau mereka mencadangakan agar gigi itu dicabut ya. eee... seram!


Namun, harus diingat.. setiap yang Allah ciptakan pasti ada kebaikkan. Bukannya suka-suka gigi itu tumbuh tanpa ada sebarang manfaat kepada manusia. Pada zaman paleoletik, neoletik mahupun zaman logam, diet yang diamalkan adalah bersifat makanan yang kasar-kasar. Daging2 yang sungguh keras serta buah-buah hutan yang kasar strukturnya menyebabkan gigi mudah haus dan semakin kontot..tak kurang jugak gigi yang patah dan hilang gara-gara tersadung akar pokok dan batu bata yang sungguh keras.  


Makanya, pada usia yang me'wiser'kan pemikiran manusia, gigi itu tumbuh bagi menampung tuntutan hidup pada ketika itu. Owang putes cakap no teeth, no food. Mana nak jumpa blended diet masa zaman tu cik senah oi... nak cari pakar gigi palsu pun macam nak cari kucing bertanduk. Makanya, untung sungguh bila Allah bagi tambah 4 bijik gigi extra. Bersyukurlah atas anugerah itu ya. nak tambah lagi la.. no food, no survival. Hah, amek ko... mati keringla siapa-siapa yang tak ada gigi.


Namun, bila masuk zaman millenium ini tabiat pemakanan manusia telah berubah. Daging akan dimasak empuk-empuk. Bila makan, tak ada terasa terbit perasaan macam nak buat baling ayam yang suka-suka hati masuk rumah tak reti basuh kaki dan menjadikan lantai rumah kita sebagai jamban dia kan. Aish! ayam jugak yang kena =S


Disebabkan perubahan itu, saiz si bongsu tak akan sama dengan saiz si abang dan kakak yang lain.. maka, jadilah masalah seperti diatas tadi. Namun, jangan dikhuatiri... zaman dah berubah, teknologi makin canggih. Kalau rosak, buang saja lah labu... nak simpan pun tak ada guna jugak.. kan kan kan. hah, jangan nak bantah pulak. 


Bila saya bercerita panjang gini, tak bermaksud saya nak buang si kecik ni dari soket gusi saya. Saya nak simpan dia, jaga dia elok2.. Tak nak buang... sayang kat dia dan takut nak buat tooth extraction sebenarnya. Sangat sakit la =(


Biarkan Si Bongsu Terus Bermastautin =P
Biarkan Keyboard Berbicara =D


Monday, March 15, 2010

Penantian


Perasaan itu muncul lagi, senyap-senyap dia dah mula meracun dan menjalar di segenap urat saraf saya.. Blood brain barrier pun dia redah jugak, menyebabkan otak saya telah teracun dengan jangkitan itu, meningitis kah?Uh tidak, Nauzubillah. Yang ni penyakit lain.. debaralitis. hah! amek ko, penyakit apa entah. untuk mencanggihkan bunyi dia, saya nak tukar jadi istilah owang puteh la.. anxitis! apa ke hal nak jugak tis tis ni? eheh, tanda2 kerasukkan kuman yang jelas nih.Tapi tak perlu nak bimbang sangat, tak sampai tahap sepsis lagi, suhu badan pun masih lagi 37 darjah celcius.Kalau 38c, kena buat tepis sponging dah, plus amek2 bijik PCM . Tak pun, kena start antibiotik, pastu kena cucuk branulla sebab bagi melalui IV.. woooooooooo sakit tuh. OK2, stop cikmisi, mengarut ntah apa2 dah ni.


Seronoknya zaman itu 

Debaralitis @ anxitis yang sedang saya hadapi sekarang ini tidak la seteruk yang saya alami 5 tahun yang lepas, sewaktu mengakhiri zaman SPM dulu... Kalau dulu, sangat jelas terasa macam mana perasaan tu. Masa tu perasaan saya seperti en suami menunggu kelahiran anak sulung, berdebar-debar sambil meneka lelaki ke perempuan. aceh! macam pernah beranak pulak kan. ntah apa-apa contoh ni. 

Masa SPM tu saya terasa sangat kepentinganya, terasa masa depan saya ditentukan oleh keputusan dalam SPM tersebut. Namun hakikatnya, keputusan matrik yang menentukan di mana saya sekarang. Kalaulah masa matrik dulu saya telah mendapat 4.00, semestinya sekarang saya sedang belajar dalam jurusan kedoktoran.. Kalau dapat 2.00 pulak, mesti saya telah tercampak dimana-mana kos lelong. Alhamdullillah... keputusan yang sederhana yang saya perolehi dulu telah mencampakkan saya ke dalam bidang ini.. NURSING =D 

Perasaan berdebar-degup-kencang jantung sewaktu SPM dulu tu sebenarnya adalah disebabkan banyak sangat mendengar cerita orang. Orang cakap lepas SPM lah bermulanya hidup kita, apa yang kita buat adalah atas pilihan sendiri, kita bebas memilih apa yang kita rasakan terbaik.. Ya.. hakikatnya begitulah... Saya mula memilih apa yang saya rasa bagus untuk diri saya. Namun, tak semestinya apa yang dipilih itu bagus.. tapi percayalah, apa yang berlaku telah tertulis di loh mahfuz.. ada hikmah disebalik yang terjadi.. tak kira la baik ke, buruk ke.. semuanya ada iktibarnya. Cuma, bergantung kepada diri sendiri nak menilai dan memahami.

Saya tidak sabar menanti untuk keluar daripada kehidupan seorang pelajar degree. Ya... sangat2 lah tidak mampu bersabar lagi. saya nak bebas!!! perasaan itu sebenarnya yang menimbulkan ketakutan buat saya. Masih ada 2 bulan sebelum final exam, tapi perasaan saya dah jauh 5 bulan ke depan. advance woooo. Sudah terbayang pentas graduasi DECTAR tuh!!! berangan je kan! uhuk! Ish2,,, Sungguh menakutkan memiliki perasaan itu, Ya Allah.. kurniakanlah kesabaran kepada budak ini. Kurniakanlah semangat untuk dia terus melangkah kehadapan. ameen.

Sebenarnya saya pelik dengan diri sendiri, saya berharap supaya masa berlalu dengan pantas.. padahal banyak benda yang tak sudah lagi. Tak sedar diri kan,  ada hati nak masa bergerak cepat.urmmmm. Saya harap perasaan ini hanya semetara sahaja. Saya nak kembali menjadi diri yang dahulu.. easy going... bukan easily sensitive... yang mana sangat saya perasaan perubahan itu semenjak dua menjak ni... =(

Ok2... sesi penatian tak akan menjadi sesi yang sangat suram dengan kegelapan.. Saya akan warnai dengan warna ceria.,.. Insyaallah... nak ceriakan seceria hijau pucuk pisang atau pun hjiau kepala itik, bersinar-sinar tu... Saya cuba.. menjadi positif, dan optimis =D InsyaAllah~~


Biarkan Keyboard Berbicara