Friday, September 9, 2011

Laguku buatmu

Assalamualaikum

Selamat hari raya aidilfitri buat semua, jugak selamat pengantin baru dan tahniah kepada sesiapa yang baru mendirikan rumahtangga. Ucapan ini jugak ditujukan khas buat suami tersayang, Mohammad fariz bin Yusop.. abang, tuju lagu boleh? (cara baca macam jambu maharaja lawak) 

Tajuk: Kasihmu amanahku
Penyanyi: In team

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu 
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri 

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isterilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Sekian, lagi banyak nak dicerita tetapi tak mahu menjadikan entries initiated menjadi panjang. (aik, blogger ada teknologi baru kaha?  sayik dok ubah ayat hakusho suka-suka hati diameter jekyll.  pasture bila orang ubah balik diameter tak nak terima. Apart kesha ni?)

paham? hahahah, jangan marah. Saya sendiri pelik dengan ayat yang telah diubah oleh blog ini. Harap
dimaafkan ya.

Thursday, August 18, 2011

baca-baca je






Assalamualaikum

Hari semalam, rakyat Malaysia telah bercuti kerana meraikan hari lahir saya. HaHAha.. Sori sori. perasan sebentar. Semalam adalah hari nuzul Quran dan secara kebetulan adalah hari kelahiran saya. Dan, dengan suka hati nya, saya telah menerima hadiah ini dari tunang terchenta.


Novel hasil tulisan Ramlee Awang Murshid, novelis kegemaran saya sejak dulu sampai sekarang. Boleh dikatakan hampir semua novel beliau telah saya baca, malahan siap boleh terangkan satu satu macam mana cerita dia. 

Cerita yang paling best adalah bagaikan puteri, punyalah best sampaikan saya menganggap itu adalah kisah benar, Masyaallah, kreatif sungguh pak cik Ramli neh menulis. lepas tu, dia keluarkan sambungan pulak - Cinta Sang Ratu, usaha sungguh saya pergi cari sebab nak baca. Kemudian bila novel ketiga keluar - Hijab Sang Pencinta, melengkapkan kisah trilogi, lagi lah saya tergedik-gedik cari kat kedai buku sebab nak baca sangat-sangat. Berbaloi-baloi!!! 

Akhirnya pakcik ramlee keluarkan lagi kesinambungan trilogi..... aish! kesibukkan saya bekerja di kolej membuatkan saya kurang teruja untuk mencari cerita ini sehinggalah semalam, en tunang telah menghadiahkan saya dengan buku ini. Semangat membaca terus mengunung bagai badai tsunami menghempas pantai. akan ku habiskan novel ini secepat mungkin. terima kasih sayang =)~~ Terima kasih kerana telah mengembalikan kesukaan saya.

Sekian.

Saturday, August 13, 2011

makanan

Assalamualaikum....

Sempena bulan ramadhan ini, saya ingin membuat satu entri tentang pandangan yang sangat-sangat nak dikongsikan dengan semua orang. 

Meh tengok gambar-gambar ni sekejap:

teringin sangat nak kendong kanak-kanak itu dan bawa dia jauh dari tempat tersebut

sanggup lagi tak nak menolak permintaan mereka?

rasa tak sanggup nak buang makanan bila melihat gambar ini T______T


Bila melihatkan gambar-gambar tadi, hati saya menjadi sayu. Kita di Malaysia sangat mewah dengan makanan. Kanak-kanak di Malaysia sangat sihat, malahan kejadian kes kwasiokor dan marasmus (penyakit akibat kekurangan protein dan tenaga) telah pun pupus. bersyukur ya Allah.

Dulu, saya suka bergambar dengan makanan sambil senyum lebar-lebar. Terasa seperti diri sangat comel dapat berposing dengan segala macam makanan. Tambahan lagi bila dapat memenuhi gambar empat segi itu dengan muka saya dan makanan sahaja. Tobat eh, rasa comel sungguh time tuh.

Sekarang, semenjak melihat gambar-gambar kat atas tu, terutama gambar pertama, hati saya jadi sebak dan secara automatik, saya rasa seperti terlalu bersalah. Saya tersenyum lebar, melihat makanan memenuhi meja. Namun kanak-kanak diluar sana, terpaksa merangkak mencari setitik air. Saya bangga dapat makan ditempat yang selesa, tapi kanak-kanak itu mencangkung sambil makan sisa makanan dengan penuh berselera tanpa jijik di hatinya. Saya tidak perlu meminta-minta untuk makan secara mewah, tetapi kanak-kanak itu terpaksa menghulur tangan meminta makanan untuk mengalas perut.

Astagfirullah.... sejak menemui gambar-gambar kat atas, saya jadi malu untuk bermegah dengan makanan, apatah lagi jika makanan itu adalah bersifat mahal-mahal. Tidak sanggup untuk bergambar seperti dulu... Aish! sentimental sungguh.. sayu dan syadu kat dalam neh T_________T

~~pendidikan jiwa semata-mata~~


Friday, August 12, 2011

Darah manis

Assalamualaikum...

Di kala bersahur ni, seronok jugak dapat membuat sebuah karangan ringkas bertajuk "DARAH MANIS". Ia merupakan simpulan bahasa yang digunakan oleh masyarakat Melayu, di Malaysia. Adapun darah manis bukanlah merujuk kepada kandungan glukosa yang tinggi di dalam darah.. bukan, itu adalah hyperglycemia. Tidak berapa manis untuk di alami, malahan cukup menakutkan. 

Situasi darah manis selalunya merujuk kepada seseorang yang bakal mendirikan rumah tangga. Dan, sumpah! haku seram gila dengan istilah ini. Selalunya darah manis merujuk kedaan yang sangat fragile. senang berlaku bencana. Aduish.. Saya tidak berapa nak percaya benda ni, tapi bila banyak peristiwa pelik-pelik bakal pengantin keluar kat metro, saya menjadi seorang yang paranoid.

Bila tunang cakap dia nak travel jauh-jauh, hati ni sangat tidak senang. Boleh pulak haku seram lebih-lebih macam tak nak bagi dia pergi. Kejap-kejap kacau dia, kejap-kejap kacau.. risau dalam hati ni, Allah sahaja tau. Syukur, semalam dia pulang dengan selamat.

Saya percaya, setiap bakal pengantin akan mempunyai perasaan ini. Aish, siapalah yang pandai-pandai reka istilah darah manis ni hah? mensusahkan orang tau! (Yang haku pergi percaya tu sapa suruh????) uhuk!

Monday, August 1, 2011

Walimah saya

Assalamualaikum

Salam ramadhan al-mubarak kepada semua. Di kesempatan ini, sukalah kiranya saya untuk mengingatkan diri sendiri serta anda-anda sekalian, Marilah kita berebut melakukan amal ibadah. Ganjaran pahala, Masyaallah, sangat tak terkira. Marvelous Fantastic Bombastic Wooyoh! gempak.

Baiklah, tanpa melalut panjang lebar seperti yang selalu dilakukan, saya akan terus menuju ke isi utama entri ini. 

3 September 2011.. setakat ini saya dan jumpa 2 orang kawan yang akan melansungkan majlis perkahwinan pada tarikh ini.. Oh! sungguh tidak ku sangka, tarikh ini memang hot hangat-hangat gitu. Sedih lah pulak, tak dapat nak meraikan kawan-kawan, serta tak dapat diraikan oleh kawan-kawan tersebut. Walaubagaimanapun, saya berharap kawan yang lain, sudilah kiranya menjadi tetamu saya ya. Uh, satu lagi..bukan kawan-kawan je dijemput hadir, adik-adik  didik saya di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar jugak dijemput hadir sama. (bukan anak-anak ya, sebab umur kita lebih kurang je dik oiii heheh), tak lupa juga kepada kakak-kakak dan abang-abang rakan sekerja. Saya harap, semua orang sudi datang, dan doakan kebaikkan buat pengantin ini =)

Pada firasat saya, semua orang telah maklum akan hal penyatuan dua keluarga, tautan kasih dua insan dan apa-apa sahaja yang berkaitan lah (kering idea nak mengarut di bulan mulia ini) makanya... saya nak mengepos kad jemputan neh. Bak mai alamat ya kawan-kawan sekalian.

Jumpa nanti ya~~

Sunday, July 24, 2011

sempit

Assalamualaikum

Saya sedang duduk sorang-sorang di waktu lapang yang sempit. Ya. memang sangat-sangat sempit waktu ini. Ini adalah waktu rehat yang saya tunggu-tunggu setelah 6 hari bekerja dari 8 am - 11.30 am tanpa henti. Kalau kerja swasta sudah berlambak-lambak duit masuk dalam akaun sebab OT. Tapi, kerana kerja kerajaan, di bawah skim pengurusan dan professional, redha aja lah. kerja untuk beramal. Kurang tang situ, lebih tang sana. Sekurang-kurangnya boleh mengesahkan sijil fotostat tu dah cukup lah kelebihan yang diberi kan kan kan =P

Saya rasa macam nak tidur tanpa bangun-bangun sampai tengah hari. Tapi, ngeri pulak rasanya bila melihat rumah yang berantakkan ini. Terdapat sebuah gunung kinabalu di atas katil, terdapat lubuk emas di dalam sinki, jugak terdapat salji hitam diatas lantai. Kat depan rumah pulak, penuh dengan makhluk halus warna hijau (bukan spesis toyol ok) Uh, rumah haku. kesian sama kamu sih

Makanya, dengan jiwa penuh iltizam saya bertekad untuk menyental setiap ruang-ruang yang ada di dalam rumah. Nanti kalau mak datang melawat (semoga), tak adalah dia nak buka radio buruk berfrekuansi tinggi. Nasib baik, waktu hari ayah datang dulu, rumah masih kosong. So, adengan bebel-bebel tu tak terjadi. (Ayah memang tak reti membebel pun hehe)

Baik, kerja kemas-kemas akan dimulakan sedikit masa lagi... semoga ketemu lagi. dddaaaaaaaa.

Friday, July 22, 2011

jangan lemah okeh

Assalamualaikum


Kita akan memulakan entri di hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari ini dengan satu petikkan ayat Al Quran. 

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)

Subhanallah! sesungguhnya Al Quran itu merupakan sebuah kitab yang lengkap. Semua benda dia cover. Dari hukum hakam, cara hidup.. sampailah kepada motivasi. memang besar sungguh anugerah Allah kepada umat akhir zaman neh.

Saya manusia yang paling tinggi darjatnya, kerana saya ISLAM, saya beriman kepada ALLAH, dan Alhamdulillah. anda-anda juga tinggi darjatnya kerana anda juga ISLAM. Makanya, kita semua terdiri daripada manusia yang tinggi darjat. Tak ada nak beza-beza pangkat ko apa, pangkat aku apa. malahan kat padang masyar nanti,  tak ada maknanya nak dapat layanan ikut pangkat kat dunia. Buku amalan jugak yang dibawak kan. Makanya, kumpul aja lah ASA banyak-banyak. Amanah Saham Akhirat lah cayang2 sekalian.


Berbalik kepada ayat tadi. Saya harap, dengan perkongsian ini siapa-siapa yang sedang lemah longlai sebab kena jatuh (down), terutama dengan orang-orang kafir akan merasa tenang dan tidak mudah beralah. Allah tidak membenarkan kita bersifat lemah, apatah lagi sekadar menyerah di atas penganiayaan yang dibuat. Makanya,  berlawanlah! Ops, bukan bermaksud lawan gaduh-gaduh ok! maksud lawan adalah, lawan diri sendiri agar tidak tewas dengan perangkap syaitan.

Syaitan neh, kalau nak cerita pasal perangkap dia, Nauzubillah. Yahudi pun kalah. terlampau licik tau... yelah, mula-mula dia cucuk suruh pergi gaduh. lepas tu kalau menang, dia taburkan riak. Kalau kalah pulak, dia taburkan sifat dendam, tak pun sifat terlampau rendah diri. Dahsyat-dahsyat. Paling dahsyat bila dia melaga-lagakan sesama Islam. 

hah, sebelum terpesong tajuk dengan lebih-lebih.... saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada anda-anda semua jugak... JANGAN BERSIKAP LEMAH. Allah tak suruh kita berundur daripada laluan yang benar selagi kita yakin itu adalah benar, dan tidak bercanggahan dengan apa yang dianjurkan oleh ISLAM... kerana kita adalah insan yang tinggi darjatnya.... BANGGA MENJADI ISLAM.. jangan cepat putus asa okeh! Love you all, saudara-saudara ku sekalian.

Kadang-kadang ada benda yang patut menjadi rahsia. titik. bimbang rahsia tak jadi rahsia. titik lagi. buat sekalian kalinya dalam entri ini. titik.