Tuesday, June 21, 2011

jangan jadi ketam

Assalamualaikum

Apa khabar? apa khabar? (saya pun tak tahu mengapa harus bertanya khabar banyak-banyak kali.. nak tunjuk keikhlasan kot =P) Nak dijadikan cerita... hah, terus ke cerita pulak neh.. well, saya kan seorang yang lurus, selalu straight to the point, tak reti nak berjela-jela dan tak ada berperasaan bila bercakap-cakap atau bercerita-cita.. 

Baiklah, nak dijadikan cerita...... sudah 5 bulan saya memegang jawatan pengajar jururawat di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar. Selama itu jugak, saya sentiasa dianggap sebagai pelajar oleh orang yang tidak dikenali. Disebabkan badan yang kecil, raut wajah yang awet muda saya tidak pernah diiktiraf sebagai staff. Malahan, paling mengharu-biru, senyuman dan sapa tegur saya jarang mendapat reaksi positif daripada staf sejawatan luar yang melawat kolej. Mereka menyangka saya ini merupakan pelajar, dan pelajar tidak boleh diberi muka baik T.T uh, terguris hati saya tahu! Senyumanku lemparkan, muka derk je kamu buat. uhuk

Urm... Budaya apakah itu? Pernah mendengar ketam mengajar anak berjalan lurus? kamu mengajar pelajar supaya senyum dan memberi salam. Tetapi kamu sendiri sentiasa berwajah kelat macam kopi tak ada gula. Bak kata pepatah, kemana tumpah kuah kalau bukan ke laksa? kurang-kurang pun atas alas meja je kan. kalau lebih-lebih kat atas lantai.Hah, tu yang haru pasal dah rugi tak dapat merasa laksa kuala perlis yang enak nyum nyum!

Bila situasi staff nurse tak reti senyum mesra-mesra kepada pesakit dan waris kat dalam wad, saya menjadi terfaham dengan sendiri. Iya lah, kalau sudah akarnya reput, macam mana benih elok nak keluar kan kan kan.     Jambu (Maharaja Lawak) cakap.. Apa pun tak jadi!! Hhuhuhu

Wokeh, dengan ini saya menamatkan cerita diatas perasaan bimbang menganggu sensitiviti individu. Namun, cerita itu tetap kena publish jugak sebab nak dijadikan pengajaran, atau pun ikhtibar supaya budaya senyum, ramah mesra ni dimulai oleh pendidik, kemudian berkembang biak menjadi baka yang baik dan cantik, menyuburkan profession jururawat itu sendiri =) anda setuju??

Okeh-okeh, sebenarnya cerita tadi hanyalah sebagai mukaddimah sahaja. Cerita yang nak diceritakan adalah berkenaan kejadian hari ini. Alkisah, buat pertama kali dalam sejarah, saya disapa sebagai seorang pekerja oleh orang yang tidak dikenali. Selama ini, semua orang menyapa saya sebagai pelajar T.T Saya sudah dewasa! YeaY!!!!!! dah boleh kahwin la neh hehehehehe gediks!

Sebenarnya saya agak terkejut lah jugak bila makcik kedai makan itu bertanya, mengajar kat mana dik? amboih.... mak cik.. makcik... I love U makcik. Sudahlah tadi makcik bagi saya makan rambutan dengan nangka sebagai pencuci mulut secara percuma lagi. Fuh, rezeki. Makcik memang best. Saya suka lah makcik. Saya terasa seperti dewasa sangat2. Terima kasih makcik, makcik telah menggumbirakan hati saya. Muahahahah. Kegembiraan melampau ini memanglah melampau-lampau, namun... restuilah kegumbiraan saya ini ya, jangan kutuk2 heheh.

Sekian. terima kasih


Thursday, June 16, 2011

P, and P, and P, dan P lagi...PPP

Assalamualaikum

Sekarang neh, hidup sungguh-sungguhlah sibuk, macam penyibuk pun ada jugak sikit-sikit. Tapi yang banyak-banyak tu adalah menjadi sibuk. Sibuk dengan persiapan PPPPPPPP... aduish. Banyak P yang datang (Una yang bagi idea neh) 

Pekerjaan saya menuntut Persediaan Persiapan Pelan Pengajaran dan Pembelajaran. Semester baru akan bermula 4 Julai ini. Subjek yang nak cover adalah sedikit  saje jika nak  dibandingkan dengan pengajar senior.... Tapi, sebagai junior, semua benda adalah baru bagi saya. makanya, saya kena menelaah balik pelajaran yang lepas-lepas. Nasib baik ilmu-ilmu masa belajar dulu masih fresh.. Alhamdulillah... mudahlah sedikit kerja saya.

Tapi... tang mudah tu mudah lah, syukur sangat-sangat... Ni hah, Tang payah nak buat lesson plan rasa pahit macam jadam. Tak mahu telan, tapi tak boleh peram dalam mulut, pahit kelat semacam je rasa. Akhirnya nak ke, tak nak ke, terpaksa jugak menjadi nak ^.^"

Rasa macam tak sabar pulak nak memulakan sesi kelas neh. Tak sabar nak menyampaikan ilmu, berkongsi pengetahuan. Tak sabar jugak nak melihat muka-muka baru pelatih KJM Kangar neh. Seramai 60 orang telah terpilih untuk mengikuti latihan sijil jururawat masyarakat di sini.. TAHNIAH kepada semua pelatih yang berjaya (eceh, dengan harapan pelatih tu sedang membaca entri ini =P)

Wokeh, P seterusnya. Persiapan Pernikahan. Insyaallah, tak lama lagi saya akan mendirikan masjid dengan tunang saya. persiapan itu memang banyak lah...  tak terkejar pulak. Ditambah lagi dengan pekerjaan yang menuntut komitmen di setiap hujung minggu memang melecehkan. Susah betul saya nak bergerak bebas. Tiap-tiap weekend je ada program. Bila lah saya nak buat persediaan neh T.T Tambah sukar bila kedai-kedai kat Perlis hanya dibuka sampai jam 6 petang sahaja. Aiyok, susah-susah sungguh. 

Disebabkan itu, saya selalu berharap agar semua kedai, tak kira lah kedai runcit ke apa, dapatlah kiranya membuka perniagaan secara online. Nak beli bawang pun senang. klik dan banding harga, lepas tu buat deposit, kemudian barang sampai depan pintu rumah. Oh, senang sungguh hidup. (adakala, hidup dalam dunia mimpi lebih bahagia berbanding realiti T.T)

Semoga PPPPPPPP menjadi lebih mudah. Apa kata, kita tukar jadi perkataan lain yang sedap sikit didengar. ZZZZZZZZZZ..bye. hehe sudah tidor lah!

Thursday, June 9, 2011

cincin besar, cincin kecik

Assalamualaikum

Tengah bukak tenet, tetiba teringin nak meng-up-date entri dalam blog. Oleh itu, saya berusaha membelek-belek album dalam kamera untuk mencipta entri bergambar. Walaupun sudah menjadi cerita lama, tak kira tak kira, nak jugak mengarang pasal neh.

Jom, mari kito pakat kelih gambar ni deh. bernilai sentimental yang tinggi neh.

Yours and mine

Mungkin gambar ini tidak berapa nak jelas bagi mengambarkan perbezaan kami. Cuba tengok gambar ini pulak. Tergambar lah sudah.....

size 9 VS size 23
Bukan kata anda semua, malahan saya jugak terkejut melihat ini. Tak sangka, berdouble triple saiz itu hahaha. Tetiba teringat orang tua dulu-dulu cakap, pasangan yang bahagia adalah apabila cincin jari manis lelaki muat di ibu jari tangan perempuan. Tapi.... dalam kes saya nih, bukan takat ibu jari tangan, ibu jari kaki pun belum tentu muat. Orang klate oyap, lego keleng-keleng

Tapi... ah! macam lah haku mahu percaya. Dakyah semata-mata tuh. Ada pulak kebahagiaan diukur dalam bentuk saiz cincin kan kan kan. Bahagia adalah apabila hati dapat menerima baik buruk dan mengharung kesusahan kesenangan bersama-sama. Tak adalah berkaitan dengan saiz besar kecik jari neh. Tahyul tau! Sila jangan percaya.

Sekian, saya malas nak menulis panjang2. penat merapu. HAHAHA


Tuesday, May 17, 2011

perjalan mencari yang putih

Assalamualaikum

Hari ini cuti, sempena hari wesak dan hari keputeraan raja Perlis. Alhamdulillah, semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan dan kemakmuran kepada baginda dan raja perempuan. Doa yang sama ditujukan buat Sultan Muhammad ke V, Sultan Kelantan darul naim, semoga baginda sultan mampu menjadikan Kelantan sebuah negara yang indah, seindah syurga naim (HAHAH, I'm kelantanist okeh, kelantan tetap di hati walau jauh merantau di Perlis)

Sempena cuti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk membeli belah sebagai persiapan untuk hari pernikahan saya dan buah hati tersayang. Alkisah, sudah dua hari saya menjelajah segenap kedai2 pakaian dan busana muslimah untuk mencari sepasang baju putih. Adoish! tak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tercipta sajak ini.....

Putih itu suci
Putih itu indah
Putih itu bersih
Namun yang putih itu susah dicari
Juga susah sekali untuk dijaga

Perjalanan mencari yang putih itu sukar
Merantau jauh kerananya
Namun tetap pulang dengan kehampaan
T________________________________T

Andai ditemui yang putih itu
Pasti tidak akan disia-siakan
Oh putih putih putih
Biar putih tulang
Jangan putih mata

Haha, walau tak berapa nak kreatif tapi cukuplah untuk mengambarkan bagaimana perasaan saya kala ini. mengapalah susah sangat nak dapatkan sepasang baju putih shiffon siap berjahit? saya bukan nak kerawang berat-berat mahupun manik banyak-banyak. Saya nak yang simple-simple je. Seboleh-bolehnya saya nak cuba menjauhi elemen tabarruj (berhias melebih-lebih untuk menarik perhatian). Berhias tetap berhias, tapi dengan cara sederhana dan paling penting menutup aurat. Sangat mencabar lor! Insyaallah, saya pasti boleh menjaga batasan ini.

Sekian.


Monday, May 16, 2011

saya telah ditunangkan =)

Assalamualaikum

Kini, setelah lebih 2 minggu, inginlah kiranya saya merungkai misteri kisah ini. Aiseh! macam misteri sangat aje lah.

Merujuk kepada status semasa saya di facebook, I'm engaged. Ya, benar.. saya telah ditunangkan dengan encik buah hati pada 1 Mei 2011 yang lepas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu langkah telah diambil, kini tinggal satu langkah lagi untuk meleraikan janji kita. (Aceh, bila pulak ada janji-janji neh, yang penting ayat jiwang hahahah)

Kepada buah hati, saya berharap dapat mengantikan tempat buah jarak @ jatropha di hati awak. Dengan kata lain, semoga sayalah buah hati awak, bukan buah-buahan yang tak berhati perasaan itu lagi. Tapi, jangan abaikan terus pulak pasal buah itu adalah masa depan kita. gambate darling! huh, merepek merapu meraban pulak!

Kepada rakan-rakan, terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih tak terhingga di atas ucapan anda. Seterusnya saya ingin memohon maaf kerana merahsiakan hal ini. Bukan apa, pertunangan saya bukanlah diraikan dengan besar-besaran.  Ia hanyalah sekadar pertemuan di antara dua keluarga, tiada melibatkan jemputan luar. Memang semata-mata sanak saudara saya dan buah hati sahaja. Tiada kenduri kendara, tiada hiasan cantik-cantik, tiada berhias bagai pengantin malahan tiada dulang hantaran bersusunan. Seriously, sememangnya hanya pertemuan dan perbincangan dua keluarga. Jadi, mohon maaf kerana tidak menjemput kawan-kawan. Jangan terasa hati dan marah-marah saya ya....

Insyaallah, nanti majlis nikah saya akan jemput semua. Bukankah majlis itu yang patut diraikan? Walimah akan menyusul, Insyaallah. Semoga Dia memudahkan perjalanan saya dan buah hati dalam menuju ke jalan yang Dia redhai. Saya berharap agar anda semua mendoakan kelancaran perhubungan kami berdua serta dua keluarga yang bakal bergabung ini. Semoga jalan kami, dan kita semua sentiasa di mudahkan Allah..

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

situasinya begini...

Assalamualaikum

 
Jika menjejakkan kaki di mana-mana hospital, siapakah yang paling kerap anda jumpa? doktor? dietician? physio? nehi nehi.... semestinya JURURAWAT kan kan kan. Hah, anda memang penipu kalau berani berkata tidak. buktinya, cuba try kira berapa kali anda terserempak dengan misi-misi berbanding doktor bila berjalan-jalan di kawasan hospital.mesti lebih berpuluh-puluh kali kan.

Jururawat adalah orang yang terlatih bagi menjaga orang sakit dan menjalankan rutin-rutin perubatan. 12 Mei merupakan tarikh keramat bagi individu-individu ini kerana pada tarikh ini, mereka akan diraikan dan diberi penghargaan.

Namun, dalam situasi di Malaysia, seramai manakah rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa tarikh itu merupakan hari jururawat?? Pesakit yang kerap masuk hospital sampai 5-6 kali setahun pun belum tentu akan tahu bahawa 12 Mei merupakan hari jururawat. Sungguh menyedihkan, walhal bila masuk wad, berak kencing muntah semua misi yang uruskan. 

Cuba anda bayangkan, jika regular customer sendiri tidak tahu kewujudan hari jururawat, inikan pula individu yang tak pernah masuk hospital... Sungguh sedih, media-media Malaysia tak mahu memainkan peranan memberi penghargaan kepada jururawat Malaysia kah? Cuba buat iklan besar-besar... mesti semua orang akan tahu dan ucapan HEPI NURSES DAY akan selalu terucap lah. Sekurang-kurangnya ucapan ringkas itu akan mampu menaikkan semangat misi-misi nak berkhidmat dengan lebih cemerlang... tak gitu? tak perlu lah hadiah-hadiah, cukup ucapan sahaja. Kalau ada, apa salahnya =P
 
Manakala 16 Mei pula, semua umat manusia akan menyambut hari guru. GURU... atau lebih sinonim lagi dengan panggilan cikgu. Guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Dengan kata lain, guru adalah individu yang menyampaikan ilmu. Sesungguhnya profession ini adalah satu bidang yang mulia.

Jadi, situasinya begini..... Saya merupakan PENGAJAR JURURAWAT. Okeh, adakah anda jelas? saya merupakan guru, dan saya juga merupakan jururawat. Saya ingin diingati sebagai dua-dua sekali. Kedengaran tamak bukan? Tapi siyes, saya sangat epi kalau ada orang sudi wish untuk kedua-dua hari itu..

Tapi.... begitulah. Situasinya begini, ada yang tidak mahu mengiktiraf saya sebagai jururawat, kerana saya merupakan pengajar. walhal, saya merupakan orang yang terlatih untuk menjaga orang sakit. Jadi, saya adalah jururawat. Manakala sebagai guru pulak, rasanya terang dan nyata lah. Sememangnya saya merupakan pendidik walaupun tidak mengajar di sekolah. Jadi.... dua-dua pun boleh kan.  So, HAPPY NURSES DAY.... dan HAPPY TEACHERS DAY buat diri sendiri serta rakan setugas yang lain =)

 
cekgu cekgu... what do like? banana? yes or no? yes or no?
(hah, lompat lompat)
-----> lagu lompat tali time bebudak ritu<--------

Monday, May 2, 2011

gambar bercerita

Assalamualaikum

Sekeping gambar mampu menerbitkan seribu cerita (A picture talk thousand words). Saya tidak berhasrat memanjangkan kisah gambar ini. Diharap kawan-kawan bersabar menunggu karangan cerita bergambar ini. Insyaallah, akan ada. Tapi......... bukan dalam masa terdekat ini... Kalau tak sudi bersabar, tanya-tanyalah khabar saya, persornally.... saya lagi suka, kerana ia adalah lebih mesra. hehe.

Wassalam~~