Tuesday, May 17, 2011

perjalan mencari yang putih

Assalamualaikum

Hari ini cuti, sempena hari wesak dan hari keputeraan raja Perlis. Alhamdulillah, semoga Allah mengurniakan nikmat kesihatan dan kemakmuran kepada baginda dan raja perempuan. Doa yang sama ditujukan buat Sultan Muhammad ke V, Sultan Kelantan darul naim, semoga baginda sultan mampu menjadikan Kelantan sebuah negara yang indah, seindah syurga naim (HAHAH, I'm kelantanist okeh, kelantan tetap di hati walau jauh merantau di Perlis)

Sempena cuti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk membeli belah sebagai persiapan untuk hari pernikahan saya dan buah hati tersayang. Alkisah, sudah dua hari saya menjelajah segenap kedai2 pakaian dan busana muslimah untuk mencari sepasang baju putih. Adoish! tak dapat digambar dengan kata-kata sehingga tercipta sajak ini.....

Putih itu suci
Putih itu indah
Putih itu bersih
Namun yang putih itu susah dicari
Juga susah sekali untuk dijaga

Perjalanan mencari yang putih itu sukar
Merantau jauh kerananya
Namun tetap pulang dengan kehampaan
T________________________________T

Andai ditemui yang putih itu
Pasti tidak akan disia-siakan
Oh putih putih putih
Biar putih tulang
Jangan putih mata

Haha, walau tak berapa nak kreatif tapi cukuplah untuk mengambarkan bagaimana perasaan saya kala ini. mengapalah susah sangat nak dapatkan sepasang baju putih shiffon siap berjahit? saya bukan nak kerawang berat-berat mahupun manik banyak-banyak. Saya nak yang simple-simple je. Seboleh-bolehnya saya nak cuba menjauhi elemen tabarruj (berhias melebih-lebih untuk menarik perhatian). Berhias tetap berhias, tapi dengan cara sederhana dan paling penting menutup aurat. Sangat mencabar lor! Insyaallah, saya pasti boleh menjaga batasan ini.

Sekian.


Monday, May 16, 2011

saya telah ditunangkan =)

Assalamualaikum

Kini, setelah lebih 2 minggu, inginlah kiranya saya merungkai misteri kisah ini. Aiseh! macam misteri sangat aje lah.

Merujuk kepada status semasa saya di facebook, I'm engaged. Ya, benar.. saya telah ditunangkan dengan encik buah hati pada 1 Mei 2011 yang lepas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Satu langkah telah diambil, kini tinggal satu langkah lagi untuk meleraikan janji kita. (Aceh, bila pulak ada janji-janji neh, yang penting ayat jiwang hahahah)

Kepada buah hati, saya berharap dapat mengantikan tempat buah jarak @ jatropha di hati awak. Dengan kata lain, semoga sayalah buah hati awak, bukan buah-buahan yang tak berhati perasaan itu lagi. Tapi, jangan abaikan terus pulak pasal buah itu adalah masa depan kita. gambate darling! huh, merepek merapu meraban pulak!

Kepada rakan-rakan, terlebih dahulu saya nak mengucapkan terima kasih tak terhingga di atas ucapan anda. Seterusnya saya ingin memohon maaf kerana merahsiakan hal ini. Bukan apa, pertunangan saya bukanlah diraikan dengan besar-besaran.  Ia hanyalah sekadar pertemuan di antara dua keluarga, tiada melibatkan jemputan luar. Memang semata-mata sanak saudara saya dan buah hati sahaja. Tiada kenduri kendara, tiada hiasan cantik-cantik, tiada berhias bagai pengantin malahan tiada dulang hantaran bersusunan. Seriously, sememangnya hanya pertemuan dan perbincangan dua keluarga. Jadi, mohon maaf kerana tidak menjemput kawan-kawan. Jangan terasa hati dan marah-marah saya ya....

Insyaallah, nanti majlis nikah saya akan jemput semua. Bukankah majlis itu yang patut diraikan? Walimah akan menyusul, Insyaallah. Semoga Dia memudahkan perjalanan saya dan buah hati dalam menuju ke jalan yang Dia redhai. Saya berharap agar anda semua mendoakan kelancaran perhubungan kami berdua serta dua keluarga yang bakal bergabung ini. Semoga jalan kami, dan kita semua sentiasa di mudahkan Allah..

Sekian.

Sunday, May 15, 2011

situasinya begini...

Assalamualaikum

 
Jika menjejakkan kaki di mana-mana hospital, siapakah yang paling kerap anda jumpa? doktor? dietician? physio? nehi nehi.... semestinya JURURAWAT kan kan kan. Hah, anda memang penipu kalau berani berkata tidak. buktinya, cuba try kira berapa kali anda terserempak dengan misi-misi berbanding doktor bila berjalan-jalan di kawasan hospital.mesti lebih berpuluh-puluh kali kan.

Jururawat adalah orang yang terlatih bagi menjaga orang sakit dan menjalankan rutin-rutin perubatan. 12 Mei merupakan tarikh keramat bagi individu-individu ini kerana pada tarikh ini, mereka akan diraikan dan diberi penghargaan.

Namun, dalam situasi di Malaysia, seramai manakah rakyat Malaysia yang mengetahui bahawa tarikh itu merupakan hari jururawat?? Pesakit yang kerap masuk hospital sampai 5-6 kali setahun pun belum tentu akan tahu bahawa 12 Mei merupakan hari jururawat. Sungguh menyedihkan, walhal bila masuk wad, berak kencing muntah semua misi yang uruskan. 

Cuba anda bayangkan, jika regular customer sendiri tidak tahu kewujudan hari jururawat, inikan pula individu yang tak pernah masuk hospital... Sungguh sedih, media-media Malaysia tak mahu memainkan peranan memberi penghargaan kepada jururawat Malaysia kah? Cuba buat iklan besar-besar... mesti semua orang akan tahu dan ucapan HEPI NURSES DAY akan selalu terucap lah. Sekurang-kurangnya ucapan ringkas itu akan mampu menaikkan semangat misi-misi nak berkhidmat dengan lebih cemerlang... tak gitu? tak perlu lah hadiah-hadiah, cukup ucapan sahaja. Kalau ada, apa salahnya =P
 
Manakala 16 Mei pula, semua umat manusia akan menyambut hari guru. GURU... atau lebih sinonim lagi dengan panggilan cikgu. Guru bermaksud pengasuh,pendidik dan pengajar. Dengan kata lain, guru adalah individu yang menyampaikan ilmu. Sesungguhnya profession ini adalah satu bidang yang mulia.

Jadi, situasinya begini..... Saya merupakan PENGAJAR JURURAWAT. Okeh, adakah anda jelas? saya merupakan guru, dan saya juga merupakan jururawat. Saya ingin diingati sebagai dua-dua sekali. Kedengaran tamak bukan? Tapi siyes, saya sangat epi kalau ada orang sudi wish untuk kedua-dua hari itu..

Tapi.... begitulah. Situasinya begini, ada yang tidak mahu mengiktiraf saya sebagai jururawat, kerana saya merupakan pengajar. walhal, saya merupakan orang yang terlatih untuk menjaga orang sakit. Jadi, saya adalah jururawat. Manakala sebagai guru pulak, rasanya terang dan nyata lah. Sememangnya saya merupakan pendidik walaupun tidak mengajar di sekolah. Jadi.... dua-dua pun boleh kan.  So, HAPPY NURSES DAY.... dan HAPPY TEACHERS DAY buat diri sendiri serta rakan setugas yang lain =)

 
cekgu cekgu... what do like? banana? yes or no? yes or no?
(hah, lompat lompat)
-----> lagu lompat tali time bebudak ritu<--------

Monday, May 2, 2011

gambar bercerita

Assalamualaikum

Sekeping gambar mampu menerbitkan seribu cerita (A picture talk thousand words). Saya tidak berhasrat memanjangkan kisah gambar ini. Diharap kawan-kawan bersabar menunggu karangan cerita bergambar ini. Insyaallah, akan ada. Tapi......... bukan dalam masa terdekat ini... Kalau tak sudi bersabar, tanya-tanyalah khabar saya, persornally.... saya lagi suka, kerana ia adalah lebih mesra. hehe.

Wassalam~~

Tuesday, April 26, 2011

saman trafik di jalan seruling: wajarkah?

 Assalamualaikum

Astagfirullah... astagfirullah... mulakan entri kali ini dengan beristigfar, mohon keampunan dari Allah.. (jugak sebagai pengingatan kepada diri sendiri supaya tidak melebih-lebih serta emosional dalam melontarkan bait tulisan dalam entri ini)

Sekalung appresiasi saya ucapkan buat para pembaca yang setia, terima kasih kerana sudi bersinggah-singgahan meluangkan masa barang seketika disini. Uh, tidak!... panjang betul ayat bunga-bunga. Busan kang baru tau!

Ok, point utama saya kat sini adalah mengenai satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di Kangar pada waktu petang tadi. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, matahari masih belum jatuh lagi. Pasangan itu bercadang untuk ke bank..... tiba-tiba

tangan putih melambaikan bendera merah, meminta saga hitam bergerak ke tepi jalan.

abang polis: encik tahu tak jalan ni tak boleh lalu?
buah hati: tak tahu (dengan jujur)
saya: eh? sejak bila neh? tak tahu pun... 
abang polis tak cakap apa-apa, ada simpati di wajahnya, namun......
pakcik polis: bagi lesen, dengan i/c

Tatkala itulah, pakcik polis menarikan pen di atas sekeping kertas berlapikkan karbon, mengeluarkan satu notis kompaun. Maka, tercatitlah satu saman trafik. Adoi........

Tapi.....eh? ada papan tanda ke kat depan tu? tak perasan pun. ada ke? bila letak? tak puas hati! Maka, saya mula google pasal jalan itu dan hasilnya.... terjumpalah berita ini. Ternyata, saya tidak bersendirian dalam hal ini. Masih ramai yang tidak tahu kewujudan jalan sehala di Jalan Seruling, sebab apa? sebab papan tanda tak strategik, dan pendek. HAHAHA, macam ala-ala kontot pun ada. Disebabkan itu, wajarkah pemandu disaman? silap siapa ni? silap pemandu? silap JKR yang pasang papan tanda? atau silap polis yang saman? bak kata nabil, lu pikirlah sendiri. Tapi.... saya nak bagi buah fikiran sket boleh? boleh, blog ni kepunyaan saya, maka memang boleh sangatlah.

Akbar hari ni cakap, terima kasih polis kerana tidak menyorok lagi. Saya pulak cakap.... terima kasih kerana sorok papan tanda (tak sorok, tapi letak kat blind spot je) Jadi, saman tetap jalan... Inilah usaha murni yang sungguh bijak. Pemandu tetap bersalah kerana tidak peka dengan papan tanda trafik... 
berlandaskan emosi semata-mata (mohon maaf)


Haha, sumpah... saya memang teremosi sangat-sangat. Dah la time orang nak pakai duit banyak-banyak... terasa seperti teraniaya pulak T________T tak baik tau, doa orang teraniaya ni termakbul. Hah, sila takut sekarang (tak tau lah haku tengah warning sapa neh)

Wokeh, tanpa perlu memanjang lebar, eloklah saya mengundur diri. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... maaf dipinta.. terlajak kereta, tak sempat reverse, buruk padahnya......

Sekian.





Tuesday, April 19, 2011

hal kecik-kecik je

Assalamualaikum

Mengarang entri sambil berbaring atas katil yang besar ini sungguh menyeronokkan. Terasa seperti satu terapi yang melegakan. Seronok sungguh!!! Macam tengah rilek kat tepi pantai pulak rasanya, dengan angin kipas yang sepoi-sepoi bahasa dan suhu hangat negeri Perlis neh, memang sebijik feel kat tepi pantai. Nasib baik tak ada daun nyiur melambai je. Eh, seram pulak rasanya. 

Mengarang entri sambil membakar cd (burn cd) jugak sungguh menyeronokkan sebab kerja saya setel seperti memakai syampoo Rejoice, 3 dalam 1, pakej yang lengkap. Kerja selesai, entri berjaya di post, dan hati senang gumbira.

Sesungguhnya saya tahu, kenyataan di atas kedengaran agak hiperbola. Manakan bisa, dengan hanya berbaring, mengarang entri dan membakar cd mampu menghasilkan kegembiraan. Tapi, percayalah, bila anda mula masuk ke alam pekerjaan, benda kecik beginilah yang akan memberikan kegembiraan. Benda besar seperti melancong 5 hari 4 malam ke Pulau Lnagkawi hanyalah angan-angan, yang akhirnya membawa kepada kemurungan, Ah, tension2.... nak pergi bercuti, tapi................. ongkos dan masa pulak yang menjadi kengkangan T_______T

Tapi.... tak apalah.. Pepatah Melayu ada menyebut: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan kata lain, sekarang ni, sakit-sakit je lah dulu. Apa yang kecik-kecik tuh, besar-besarkan supaya tak menjadi perkara sipi, dan akhirnya mampu menjadi pengubat kesakitan. Contoh, macam sekarang ni lah.... Berbaring di katil sambil mengarang entri, dan membakar CD telah menghasilkan satu kegembiraan. Alhamdulillah, syukur nikmat, kepada tuhan yang memberi rahmat.

Sekian..~~~

Saturday, April 9, 2011

perangai pelik?

Assalamualaikum

Sepatutnya hari ni saya berperangai normal. Begitulah seharusnya, tapi sekarang saya sedang melakukan perangai di luar normal (bukan luar tabii iya) Dulu, saya pelik bila melihat blogger meluahkan perasaan dalam blog macam blog tu bukan untuk bacaan manusia. Entri berbentuk hasutan dan kemarahan melampau bagaikan lontaran rasa harimau mengamuk tak cukup makan. Tapi sekarang, saya tak rasa pelik dah sebab saya jugak teringin nak membuat perkara yang sama. Tapi jugak, Alhamdulillah, akal ini masih  waras... makanya, tak adalah entri berbentuk untuk bacaan haiwan tertulis sebab blog ini adalah khas untuk manusia-manusia yang mulia seperti anda semua, dan saya juga. Dulu.... saya juga berasa pelik apabila meilhat entri yang  di telah post  di padamkan dari blog. Tapi, sekarang saya tidak berasa pelik lagi sebab saya juga melakukan hal yang sama. Sekarang, saya sedar.... kita hanya manusia. Bukan malaikat, yang tak mempunyai nafsu, atau pun Allah, yang maha sempurna. Saya mempunyai kelemahan, bertindak terburu-buru dan akhirnya tak menjadi, dan akhirnya termalu sendiri. T_________T dengan kata lain yang lebih jelas maksunya, kecewa. Insan kecewa akan melahirkan entri untuk bacaan haiwan. Saya harap, saya tidak tergolong dalam golongan penulis entri sebegitu. Astagfirullah....... Dengan entri yang secoit, tanpa rangkap perenggang, sudah mampu menjelaskan perasaan saya bukan? Ok, hanya ini sahaja yang saya nak tulis. Maklumlah, insan kecewa mampu menjadi penulis paling dramatik dan lantang dalam mengarang kerana sifat defensive yang akan terbit secara automatik dalam jiwa, sekaligus melahirkan idea-idea tak masuk akal yang kedengaran agak melankolia. Ups! saya tak mahu lebih-lebih sampai macam tu sekali. peace!! =)


Jumpa lagi
~~wassalam~~