Sunday, January 24, 2010

Tanpa Wayar? Dengan Wayar?





Sebulan sudah berlalu, cik misi masih lagi menyimpan harapan modem streamyx akan segera sampai ke rumah beliau. huwah huwah huwah ............ =( masalah betul la.. nak pakai internet pun payah, Jaring UKM dah tak boleh pakai, agak-agaknya lah kan, UKM segan nak mengaku budak cumel ini merupakan pelajar dia kot. segan???  ceh.. ukm pandai segan2 pulak dengan saya


Entah-entah akak kat admin tu dah tak sabar nak delete nama saya dari senarai nama pelajar UKM kan..  akhirnya sudah tiada lagi nama unik, Noorazizah tertera dalam senarai tersebut.. dah la nama ni jarang dijumpai..kekerugian yang besar bagi UKM sebab nak padam nama saya. hahha. Fakta nama: Saya tak pernah jumpa orang yang sama nama dengan saya sepanjang belajar di Tadika Pasti, SK  To' Uban, SMK To' Uban (er... ada la.. Cikgu Add Math.. tu pun sorang jek), SESTER, KMK, mahupun Universiti Kampung Melayu =P



pengalaman dengan Jaring UKM.. nak muat turun pun kena tunggu 2 hari baru siap. aku tak akan rindu langsung saat nih! 




Potong, Potong Saje la.....


Memang dah ada niat nak daftar dengan P1W1max, tapi.... huwah!!!!!! tak ada coverage lah! Sungguh TM telah menyiksa jiwa dan raga orang-orang yang berharap macam saya.. OK2, tak nak fikir negatif kat TM.. tapi... dah terfikir pun.. so, nak cakap jugak. Saya rasa TM sengaja tidak mahu mencepatkan urusan pendaftaran saya sebab kat Laman Midah tak ada saingan dengan P1W1max. Jadinya, dia masih boleh bersenang lenang... huk huk huk =( sampai hati...




Mood saya akan baik bila modem sampai kat rumah... jangan lambat sampai ya, Saya dah nak habis belajar pun nih... Tolong kasihani sama saya ya! Nak belajar pun susah tau




OK, Cik Misi nak teruskan penantian demi sebuah pegharapan yang murni =P


Biarkan Keyboard Berbicara =D


Thursday, January 21, 2010

Kenapa mesti Spider Solitaire?

Hidup sungguh tidak tenteram semenjak dua ni. Ketagihan game spider solitaire benar-benar berada di tahap kritikal.. Bayangkan, saya mampu berada di hadapan komputer, bermain game daun terup yang tak menjana minda ni selama beberapa jam tanpa henti.. Kalau berhenti pun, sekadar untuk solat dan ke bilik air...Astaghfirullah.. teruk betol perangai..

Dulu, pernah addict dengan game zuma..peristiwa yang sama terjadi.. Stay up tengah2 malam sebab nak habiskan level dan sanggup berbahagi masa dengan assignment demi menghabiskan level terakhir.. Akhirnya, setelah semua level dah dapat, saya bertaubat. Game itu telah dipadamkan dari laptop dan semua game yang melalaikan juga turut dibuang.. Konon nak bertaubat dah, tak nak menghabiskan masa dengan benda yang melalaikan...

Tetapi.... bila game lain sudah tak ada, game yang siap installed dalam laptop pulak menjadi buruan. Tiap-tiap hari mesti saya akan main. Bila tak menang, mulalah membebel dan tak akan berhenti main sampai akhirnya menang...

Bila saya membebel pulak, maka... akan ada suara yang berkata Dalam hari ni bape kali ko dah menang hah? Ops... begitulah hakikatnya.. Walaupun dah 3-4 kali menang, saya akan terus main, main dan main lagi sampai akhirnya saya puas hati ataupun timbul keinsafan untuk berhenti main dalam waktu itu... waktu lain main lagi sampai nak termuntah =l

Bagaimana nak berubah ni? Perlukah saya buang game tu? seperti mana yang telah saya lakukan pada Zuma, Feeding Frenzy dan lain-lain? Atau,perlukan saya install game lain agar Solitairism tidak terus mendera mata dan tangan saya... lengan saya pernah lebam sebab lama sangat bending dan tak bergerak gara-gara main game ni.. Teruk kan =(

Budak ni nak mengurangkan main game dan lebihkan study... Doakan dia berjaya ya =D  semoga doa anda semua akan cepat diperkenankan.. jangan lupa jugak doakan saya mencapai BMI normal. TQ2 =D

Saturday, January 16, 2010

Shopping Jendela di Jalan TAR

Biasiswa JPA sudah masuk =D


Alhamdulillah... sungguh gembira rasa hati bila catuan belanja sudah boleh dihentikan.. namun begitu, tak adalah saya rasa macam nak kena berbelanja dengan boros sehinggakan pergi beli sebuah kamera DSLR, sebijik Nautica dan sebijik pesawat peribadi =P 




Bila dapat JPA, semua orang sibuk merancang nak buat apa... tapi saya pulak sibuk merancang macam mana nak berjimat dengan duit nih. macam2 nak kena bayar sem nih.. nak bayar jamuan akhir tahun, nak kena spare untuk konvo, nak makan, beli baju, beli barang asas, paling penting bayar balik hutang dengan adik... Makanya, sangatlah tidak berminat untuk menghabiskan duit dengan untuk apa2 yang dirasakan tak perlu sepanjang sem nih.berbelanja sekadar kemampuan... tak boleh selalu keluar dah =(




Alkisah pulak, sepanjang bulan ni saya ada kelas setiap sabtu.. mungkin koordinator saya, Puan Jalina nak memberikan masa yang panjang berada di kelas.. Yelah, lepas grad mana ada kelas dah... kiranya ini adalah antara kenangan-kenangan terakhir berada dalam kelas. uhuk! Makanya, ayoh kawan2 sekalian,manfaatkan masa yang ada.. Jangan gaduh2.. aman damai dan teteram ya =D




Ok2.. berbalik kepada tajuk Shopping Jendela a.k.a window shopping kat Jalan Tunku Abdul Rahman.. Masa lepas kelas Law dengan Dr Ong, saya ikut kekawan g shopping... mula2 tak terasa nak pegi pun sebab saya tak suka shopping.. tetapi memandangkan susah hati nak dok sowang2 kat umah, makanya saya pun memutuskan lebih baik ikut dowang jek. Sape dowang tu? meperkenalkan ....Syifak, Una dan Hani... Dowang ni memang kelakar habis la.. sebelum start shopping, kena baca doa supaya tak perhabis duit kat benda yang bukan2. 





rakan2 tengah memilih tudung yang berkenan di hati dan juga jiwa raga




Nak bercerita sesuatu yang sangat dibanggakan sebenarnya.... SAYA TAK MEMBELI APA-APA PUN, melainkan membeli sebuah jendela serta tingkap shopping mall. haha =D menipu je tau. Nampak gayanya memang saya mampu menahan diri dari membeli-belah... sebenarnya tak ada benda yang berkenan kat hati... uhuk! Tambahan lagi, berkat doa bakal isteri solehah dan mithali, Nurul Syifak yang diaminkan oleh kami berempat... makanya, dapatlah saya mengawal perbelanjaan. Itulah keajaiban doa... So, bila nak buat sesuatu, jangan lupa mulakan dengan menyebut nama Allah dan mohon kepada Dia.. mudah2an Dia memperkenankan apa yang kita nak buat.




Bila jalan2 dengan dowang ni kan, saya terfikir... Adakah saya ni perempuan yang lahir pada tahun 1987? Atau adakah sebenarnya saya adalah perempuan yang tercampak ke zaman ini dari zaman Jepun dulu?  Apa taknya, saya dapati citarasa saya memang lain dengan kekawan yang lain... kalau tengok kekawan saya, kebanyakkannya suka shopping, baju pulak fesyennya up-to-date, lepas tu ada aksesori cam gelang tangan, rantai yang cantik2, suka jaga penampilan, sangat mementingkan estetika dan banyak lagilah benda yang budak perempuan suka..




Kalau nak buat perbandingan dengan saya... memang sangat jauh la sangat. Orang lain suka pergi shopping, saya suka pergi riadah.Orang lain suka fesyan baru, saya suka fesyen macam mak nenek..aduhai nasib diri... sebab tu saya jarang beli baju dengan kekawan.. sebab segan nak pilih.. eheheh. Kemudian kalu bab aksesori pulak, tak berminat pulak nak pakai gelang,cincin, rantai... atau apa2 je lah... gelang ada 2 utas, tapi bape kali sangat la pakai.. tak suka~~ Jam tangan pun tak ada sebab dah fobia nak pakai. Kalau bab baju pulak, tak pernah nak me-matching-kan dengan kaler tudung atau seluar.... main pakai je. tak kisah pink dengan biru ke, oren dengan pink ke.. janji tutup aurat.. huhuk.. masih layakkah saya berada di zaman ni? perlu undur ke masa lampau kah?




Ok, kisah shopping dah termemalut pergi ke kisah lain pulak.. walau apapun, saya sungguh enjoy! dapat berjalan meyusuri sungai untuk ke Central markat dari Masjid Jamek.. dapat tengok seni grafiti kat dinding2 bangunan.. best2... terasa ringan sket masalah yang ada kat kepala otak.. sungguh terhibur... tambahan lagi bila sungguh2 Syifak mengagumi ke-terror-an kami men-discover-kan laluan tersebut.



bergambar kat depan grafiti: comel sungguh fotographer tersebut =P




Penat...... seharian bejalan... tiba masa untuk rehat pulak ~~ 




Biarkan Keyboard Berbicara =D












Friday, January 15, 2010

Dekat di hati


Ustaz Adzlan cakap balik nanti tulis kat blog ceramah malam tadi best sangat... then I did it ehee =D


Ustaz, saya dah tulis macam ustaz cakap... ada reward tak? ehee... Astagfirullah... apa ni? mintak ganjaran pulak... inilah dia masalah budak2 dan orang tua zaman sekarang..nasib baik saya remaja..tak masuk dalam golongan ni (umor 22 masih remaja lg ke =P) Apabila buat sesuatu, mesti nak mintak ganjaran. Sebab itu la surau2 yang ada kat Malaysia ni tak terisi dengan penuh... paling banyak pun 3 saff je.. bila cakap bab kebaikkan atau amalan2 sunat ni, ramai orang yang tak berminat nak buat.. Sebab paling utama adalah ganjaran yang Allah berikan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.. tak ada pulak orang yang apabila balik dari surau, maka terhidanglah lauk pauk yang entah dari mana asalnya atau tiba2 duit kat dalam akaun bank berganda menjadi beratus ribu ringgit. wa... sukanya. but sad to say, berangan je la keajaiban akan berlaku.. Allah tak menjanjikan itu semua, tapi Dia reserved satu tempat yang indah kat sana kelak.. Bestnya kalu dapat masuk syurga.


Umum megetahui, di akhirat kelak hanya ada 2 tempat yang kita boleh tuju.. sama ada syurga ataupun neraka.. tak ada istilah tengah2 ye.. Untuk ke syurga, sangat senang.. beriman kepada Allah dan ikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.. tapi nak ke neraka pun senang gak,buatlah apa2 yang Allah dan nabi larang.


Saya teringat kata2 Ustaz Shauki,pensyarah matrik UIA.. dia adalah seorang ahli panel forum malam tadi. Dia  memetik.. macam buah pulak kan... tapi betul jugak,ustaz shauki memetik buah fikiran imam Ghazali... Untuk menuju ke Syurga, kita kena buat kebajikan.. kena berubah dari tidak baik kepada baik, kalau sudah baik, makanya... marilah kita berubah kepada lebih baik. makanya marilah kita sama2 berubah.


OK2, proses perubahan ni pulak ada 3 fasa... iaitu:


  1. Mujahadah: Dalam fasa ni, kita akan menemui kesukaran. Contoh, bila kita nak start buat sesuatu, kita mula rasa susah... nak solat sunat, hati terasa sangat riak... Nak bangun awal untuk solat subuh jemaah, mata terasa sangat berat... Nak keluar bekerja, badan terasa melekat kat dalam rumah... Astagfirullah... memang dugaan... tapi jangan putus asa.. paksa diri untuk buat. Kalau riak, simpan sorang2 dalam hati dan istighfar.. mudah2an Allah tidak menghapuskan pahala yang kita nak buat ni. Kalu mata berat, tahan dengan batang mancis =P.. ehehe..
  2. Riadah: Pada fasa ni, kita sedang melatih diri untuk mengamalkan apa yang kita buat di peringkat mujahadah.. Kiranya kita kena selalu buat supaya nanti sudah hilang rasa riak, berat hati dan apa2 yang  tak menyenangkan. Pada waktu ni, kita boleh meninggalkan amalan yang dibuat pada peringkat mujahadah, tapi, perlu diingat, jangan tinggal lebih daripada 3 kali.. Kalau tak, ia akan jadi mujahadah semula sebab kita akan rasa susuh nak start balik.
  3. Ikhitiad: Ini merupakan peringkat yang dimana apa yang kita amalkan secara paksaan tadi telah menjadi habit. Bila jadi habit, kita akan rasa susah nak tinggalkan... kalau tak buat, mesti akan susah hati.. kiranya ni tahap paling tinggi la..


kat belakang tu meja study saya (nape nak kena cakap gak ha?, kat depan pulak kawan2 saya.. menunggu waktu isyak untuk solat berjemaah.

Fuh, tak sangka saya boleh menulis pasal ni.. terasa terlalu rendah diri nak menulis pasal ni sebab saya bukan orang yang arif mengenai agama... tapi, nak kongsi apa yang saya dapat.. Ustaz Anwar cakap jangan rasa inferior nak buat kebaikkan.. Jadi, saya telah memotivasikan diri untuk menulis pasal ni.. OK... itu sahaja untuk kali ni... Sebenarnya banyak lagi yang nak kongsi, tapi takut tersalah bagi maklumat...uhuk. 


Biarkan keyboard berbicara =D



Wednesday, January 13, 2010

I'm not a lucky person in friendship =(



Apa masalah pulak ni? huk.. hari ni minda saya melayang2 mengingatkan peristiwa yang telah terjadi semalam... Sewaktu saya terserempak dengan seorang kawan, yang mungkin tidak lagi menganggap saya sebagai kawan nya... sedih kan.. terasa macam diri ini bagai kawan yang tak dianggap kawan.. alahai, macam lagu kasih yang tak dianggap la pulak. OK2, jom kita hayati lirik lagu tuh.




aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan
selalu itu yg kau ucapkan padaku


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah


aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan


sebagai kekasih yg tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah



OK, fokus kepada part yang saya telah highlight je ok. yang lain tu macam entah pape tapi sengaja diletakkan sebab saya pernah mempunyai perasaan itu sedikit masa dahulu.. Saya rasa banyak sangat kekurangan pada diri ini. Setiap kali saya ada bestfriend, setiap kali itu jugaklah saya akan kehilangan mereka... tegah cuba bermuhasabah setelah peristiwa itu berlaku. Saya harap saya tak akan kehilangan lagi.......


Saya sangat sedih =( kenapa dia cuba lari dari saya? kenapa dia tidak mahu lagi berkawan dengan saya? Adakah terlalu mahal harga sebuah persahabatan dalam hidup dia sehinggakan apa yang saya tawarkan masih tidak cukup..adakah tempoh sebulan sudah cukup untuk menghilangkan kenangan selama hampir 5 tahun.. Jatuh bangun bersama2, makan pun boleh kongsi sepinggang semangkuk.. tapi sekarang? Ok,... tak nak fikir lebih2 dah. Lidah saya terlalu kaku untuk menuturkan pasal ni, hanya jemari yang berani bersuara untuk menyampaikan isi hati.


Biarkan keyboard berbicara =I


Semoga kita akan menjadi sahabat yang baik buat sahabat kita... hargai setiap detik bersama kawan kerana mungkin mungkin suatu hari nanti ia tidak akan berulang lagi.. apa yang tinggal hanya kenangan yang mungkin tidak mahu diingati.


mengapa saya begitu emo ni? ahhhhh.. tak nak sedih2... OK2.. nak lupakan, nak lupakan, nak lupakan....

=(




Tuesday, January 12, 2010

SPA on line

Seronok sungguh rasanya hari ni.. mengisi borang SPA secara berjemaah kat rumah Kam bucuk hahah, kita panggil bucuk kat kam sebab dengki kat dia. ada ke patut dia  kata kita bucuk kt fb dia. kita wangi tau =P

Alkisah kitowang suma sangat bermotivasi untuk mengisi setelah mendapat kata-kata perangsang dan cetusan semangat dari Kak Mena.. senior yang berjaya mendapat post Jururawat U41. Jumpa kat hospital tahun depan ta kak.. tak sabar nak kerja nih ehehe..

Keadaan skang sangat kritikal. Suma orang dah syahid angkara penat mengisi borang tersebut.. Kam bucuk  dengan jijah wangi je yang masih lagi berjuang kat depan laptop ni =P.Ok2, kita salahkan aplikasi SPA online tuh kerana telah menyebabkan kawan2 saya syahid kat ruang tamu,  tapi pengecualian bagi kak fatin. Dia up sket sebab  syahid kat atas katil una.  ...

penat ke isi borang SPA?


Ya... memang penat sebab nak kena pilih 5 jawatan yang berkaitan. .. saya cuma nak jawatan Jururawat U 41 je, bukan jawatan yang yang tak ada kaitan dengan apa yang saya belajar, patutkah saya isi jawatan2 lain? huk!.. Namun begitu, demi untuk mempastikan kelancaran permohonan itu, makanya saya telah mengisi jawatan Pengajar Jururawat, Pegawai Kawalan Alam Sekitar Sekitar, Pegawai Kesihatan dan Jurusolek B17 hahah yang ni tipu jek.. ntah la, lagi satu saya lupa =P


Lepas tu yang saat paling malas bila masuk bahagian keputusan SPM dan aktiviti koko.. Alamak... terpaksa sekali lagi melalui saat2 mengingati result exam. sudah lupa la... Aktiviti koko pun main campur je kat sekolah dengan universiti. harap2 dia terima. Tak sangka pulak aktiviti koko nak kena isi gak.. ingat dah tak pakai.


Alhamdulillah... saya dah menyelesaikan permohonan SPA dengan jayanya..anda bila lagi? ehehe.. Marilah kita pakat ghamai2 kijo dengan kerajaan Malaysia. Dah ada duit nanti kita wat bussiness pulak ek =P


Biarkan Keyboard Berbicara =D



bakal jururawat

Green upload

Alhamdulillah...
Sungguh gembira rasanya bila blog ni dah boleh upload gambar dan save text yang saya dah taip =D itu pun lepas tukarkan setting kat latest editor.. Nak lepas gian upload gambar.. taruk gambar banyak2. hahahah. balas dendam kat blog yang dah melakukan kekejaman selama beberapa hari.



sila baca maksud tersirat disebalik nama saya =P




baby mouse kaler hijau





cooler fan: jugak bewarna hijau



my green lappy




Ok, dah malas nak upload dah... Sebab dah puas hati sangat =D

Biarkan keyboard berbicara =D