Saturday, July 16, 2011

borang kebenaran nikah setel =)

Assalamualaikum

Sudah beberapa kali entri dikarang bersifat separuh jalan, dan akhirnya terkubur macam tu kat dalam draft. Nak publish pun rasa malas sebab dah basi sangat. Benda basi tak elok dihidangkan, nanti sakit perut. Okeh, dalam sesi post kali ini, saya nak meng-up-date sedikit mengenai persiapan di hari berbahagia nanti.

Alhamdulillah, borang permohonan berkahwin sudah pun di isi. Borang permohonan berkahwin negeri Kelantan perlu diambil daripada Tok Imam kat kampung. Borang tu memang lawa, menepati warna tema kahwin saya, HIJAU. hehe..

Lepas ambik, kena isi lah, sama ada dalam tulisan rumi, ataupun jawi. boleh pilih ya adik kakak sekalian. Borang saya diisi dengan tulisan jawi (bangga weih, dapat memartabatkan jawi) terima kasih daun keladi, lain kali tolong-tolong lagi, saya ucapkan kepada tok imam sebab berbaik hati melengkapkan borang saya. Haha, sapa-sapa yang terasa kagum sebab saya isi borang dalam jawi tu sila padamkan kekaguman anda sekarang! kagumlah pada tok imam ye... heheh.

Okeh, borang ini simple sahaja. Dia cuma nak kita isikan semua maklumat mengenai pengantin perempuan, lelaki dan juga wali. Hal-hal lain seperti nama saksi tidak diperlukan lagi. Tunggu hari nikah baru dia nak.. Lepas dah isi, silalah hantar borang tersebut ke pejabat khadi daerah bersama-sama barang ini:
  1. salinan ic pengantin perempuan
  2. salinan ic pengantin lelaki
  3. salinan ic wali
  4. salinan sijil kursus pra perkahwinan
  5. kebenaran nikah luar kawasan (bagi kes luar kawasan seperti encik tunang)
  6. borang pemeriksaan kesihatan (boleh buat kata mana-mana klinik kerajaan, saya buat kat perlis jek)
Semua ni kena buat dalam dua salinan ya. hah, jangan lupa jugak sediakan bayaran sebanyak RM 12.00. Borang nikah ni kena hantar paling awal, 3 bulan sebelum nikah, dan paling lewat 2 minggu sebelum itu. . Semoga maklumat ini dapat membantu sesiapa yang nak berkahwin nanti.

Okeh. Settle semua urusan. Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan perjalanan untuk menuju hari itu. amin..

Sekian.







4 comments:

.........cP~ said...

saya adalah setiausaha abang saya yang tolong mengisi borang..

cik misi said...

waaaaaah. mak imam. hehehe

cik misi said...

waaaaaah. mak imam. hehehe

zahida enterprise said...

salam sya nk tnya boleh x wakil.@ pegantin perwmpuan hantar borang kebenaran bekawin lelaki untuk cop pengesahan jawi..pengantin lelaki outstation .pihak perwmpuan perlukan cepat borang lelaki