Tuesday, December 15, 2009

Buat Teman, Dari Dia

Cuti masih bersisa SATU MINGGU, namun dia sudah berada di Kuala Lumpur, berusaha menyiapkan research final year. Begitulah pengorbanan dalam menuntut ilmu..

Sesungguhnya hamba Allah ini adalah seorang yang sangat kedekut dengan cuti, sangat berkira kalau ada apa2 time cuti. Jika ditawarkan apa program sekalipun dia akan menolak untuk turut serta andai ia berada dalam lingkungan waktu cuti.. Kenapa? sebab dia jarang dapat menghabiskan masa bersama keluarga di kampung. Rindu saat2 itu.

Dia mula meninggalkan keluarga ketika berumur 16 tahun untuk menuntut ilmu di negeri yang terkenal dengan pendaratan penyu untuk bertelur. Tempat itu terlalu jauh bagi kanak2 kecil yang membesar di negeri Cik Siti Wan Kembang itu..selama ini dia tidak pernah terpisah dengan keluarga. Namun, dalam mencari kelastarian hidup, dia terpaksa. Di sana, dia menemui sinar baru dalam hidupnya. Ketenangn mula dirasai.. ejekan dan cemuhan terhadap fizikalnya mula senyap.. dia mula membina keyakinan diri dan sedikit sebanyak hidupnya mula dilimpahi sinar ketenangan dan kebahagian. Alhamdulillah.. itulah kalimah yang mampu dia ucapkan tatkala semua kenangan indah disana terlakar di ruang mata.. Istighfar, itulah yang selalu bermain di bibir apabila mengenang saat dia mula menginjak alam remaja.Penuh dengan kemaksiatan lantaran kejahilan diri.

Sesungguhnya bumi Terengganu akan sentiasa disanjung kerana disitulah dirinya yang baru dilahirkan. Di sana juga dia menemui teman yang sentiasa bersama denganya sehingga kini. teman yang sangat disayangi dan dihormati.. Alhamdulillah.. semoga persahabatan ini berkekalan sehingga ke syurga. Sungguh besar apa yang dilakukan teman itu sepanjang persahabatan yang terjalin. tidak mampu untuk dia membalas jasa teman tersebut. Semoga syurga tertinggi menjadi persemadianmu wahai teman.. ameen..

Setelah menamatkan pengajian peringkat menengah, dia merantau pula ke selatan tanah air.. mencari pengalaman,menimba pengetahuan dan memburu wang ringgit. Kerja Kilang.. ramai yang memandang rendah terhadap pekerjaan ini.. sebab kata mereka orang yang kerja kilang tak bergerak mindanya, orang kerja kilang kurang cerdik otaknya.. wah, sedap mulut mengata, OPS!... walau apapun, itu terpulang bagaimana untuk kamu tafsirkanya.. Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai sesuatu perkara. Tetapi bagi dia, tak kisahlah kerja apapun, yang penting halal. Insyaallah Allah akan redha. Bukan dia tak belajar apa2 kat sana.. banyak yang dia dapat. Di sana dia lebih banyak memerhati berbanding bercakap.Selama ni pun dia memang pendiam aper.. =P

Berkenalan dengan pekerja2 asing Indonesia benar2 merupakan pengalaman yang beharga. Terlalu banyak kisah suka duka yang dikutip.. tak semua orang bernasib baik untuk menjalani kehidupan yang senang.. dan tak ramai jugak yang bernasib baik dikurniakan kesedaran dan keupayaan untuk keluar daripada kesusahan itu.. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan berusahalah untuk meperbaiki diri.

Ok, seterusnya dia dapat melanjutkan pelajaran di utara tanah air pulak.. kat sini jugak merupakan antara saat2 indah dalam dalam hidupnya. Setahun yang sukar menjadi mudah kerana dorongan yang diberikan oleh teman tadi. memang tiada kata2 yang dilontarkan oleh teman itu, tetapi perbuatan yang dilakukan cukup untuk membuktikan kasih sayangnya kepada dia. Teman itu juga mempunyai peribadi dan akhlak terpuji.. tidak hairanlah mengapa dia menyanjungi teman itu.


Saat yang sukar dalam hidup cukup dirasai apabila dia terpisah dengan teman tadi.. sukar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana baru di Kuala Lumpur. Namun, Alhamdulillah kerana sehingga saat ini dia masih lagi bertahan. Masih lagi dikurniakan kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan.

itu hanyalah secebis daripada kehidupan dia.. Dia tak puas hati sebab entri yang berbaur tak puas hati terhadap penyalahgunaan cuti telah bertukar menjadi entri penghargaan buat teman. tapi dia jugak sangat puas hati sebab dapat menulis entri ni.. untuk menyatakan kepada teman tersebut bertapa teman itu bernilai dalam hidupnya.

Biarkan keyboard berbicara =)

No comments: