Setiap permulaan akan ada pengakhirannya. Begitu juga pertemuan, pasti akan disusuli dengan perpisahan. Namun bukanlah kisah sebuah pertemuan yang bakal menemui perpisahan menjadi bual bicara saya untuk memblog pada kali ini. Tetapi ia adalah kisah sebuah permulaan yang sedang mara ke depan.
Dengan kata lain, sedang berada di pertengahan. Owang putes cakap In the middle of the bridge.. kenapa bridge? sebab macam sedap je letak jambatan tu. Lagi best kalau jambatan gantung macam kat Taman Negara Kuala Tahan. Tobat rasa seram sampai tak nak berhenti jalan, tobat saya tak nak tersekat atas sekeping papan nipis pada aras 30 meter dari atas tanah, nak jalan laju-laju sepantas kilauan guruh dilangit. Kat kepala dok terbayang, kalaulah ditakdirkan papan tu retak, habis berkecailah badan ini di atas dahan-dahan yang menadah. Makanya glamourlah seorang pelajar UKM pada keesokkan harinya, menjadi tajuk utama harian metro dan buletin utama... mungkin.. siapa tahu. ish!.. Nauzulbillah... mintak jauh la benda-benda gini. Kematian itu pasti, tapi saya harap dapat mati dengan aman, dalam sujud yang terakhir di dunia nih.
betapa kecik papan itu
Pertengahan adalah saat yang paling rumit. Pada ketika itulah akan muncul berbagai konflik. Konflik, dan konflik, serta konflik lagi... Uiks! Sesungguhnya saya sedang berada di pertengahan.. diulangi, pertengahan.. bukan persimpangan ya =P
Alkisah research saya sedang berada di tahap pertengahan --data collection-- Alhamdullah, proses itu sedang berjalan. Terima kasih tak terhingga kepada semua responden yang baik hati. Anda telah memberikan maklumat yang saya kehendaki. Namun, kepada sesetengah responden yang tidak memberi apa yang saya minta dalam soal-selidik itu, jugak saya ucapkan terima kasih. Anggaplah token yang telah saya berikan itu sebagai amal jariah ye..
Telah saya jelaskan dibahagian hadapan soal selidik, penyertaan anda adalah sukarela, tiada paksaan. Anda bebas menarik diri daripada kajian ini tetapi janganlah memberikan harapan palsu kepada saya dengan mengembalikan borang yang tidak lengkap. fuh.. pelik bukan, responden saya terdiri daripada pelajar universiti.. yang semestinya pandai membaca. Tetapi... mengapakan anda berbuat demikian pada saya? Sudahnya, token habis, tapi data tidak cukup. Akhirnya saya terpaksa memikirkan plan B =(
Cabaran oh cabaran... umpama makan nasi dengan lauk. Kekadang pedas sampai tak larat minum air, kekadang tawar hebey sampai kena masuk kicap banyak-banyak. Tapi paling best bila tergigit cili sebijik tanpa dijangka dalam nasi tu wujudnya dia. hahaha sedap sungguh kan =P Begitulah perjalanan kita.. cabaran memanjang.. Kalau tak ada cabaran, bukanlah namanya manusia dan kehidupan kan kan kan.. habis, apa namanya? Kematian kot. Nanti kat sana mana ada cabaran, yang ada hanyalah pengadilan, hukuman dan balasan atas apa yang kita dah lakukan kat dunia ni. Makanya, kumpulkan amal soleh sebanyak mungkin kat dunia ni. Biar banyak sket bekal nak bawak pegi sana kelak.
Ok2..pertengahan saya sedang betul-betul ditengah. Saya harap dapat mencapai penghujung secepat mungkin.... dan berharap juga agar Allah memudahkan urusan saya ini. Nanti bila masuk analisis data dan writing thesis lagi banyak cabaran.. Bagilah kemudahan kepada saya wahai tuhan, kurniakanlah idea yang cukup bernas dan mencurah-curah bagaikan hujan lebat dari langitMU yang seluas semesta itu semasa penulisan tesisku.... ameen.

Biarkan cabaran itu datang
Semoga diri menjadi tabah, kuat dan cekal
Biarkan Keyboard Berbicara =D
No comments:
Post a Comment