Alkisahnya saya telah pergi ke Mc Donald lalu memesan 2 biji ais krim. (puas fikir, apakah penjodoh bilangan bagi ais krim... tapi tak dapat fikir jugak, makanya saya meletakkan biji, kedengaran pelik, tapi lantaq pi la) Ais krim tu sangat special...keluaran terbaru kot.. kelihatan sangat sedap. nyum nyum... Semestinya ais krim itu berperisa vanilla yang sungguh sedap dan disaluti krim strawberry. Lepas tu kat atas dia ditabur dengan biskut oreo dan kat tepi2 dia ada cebisan roti kecil.. Saiz dia pulak, sungguh Extra vaganza. Kalau tak makan nasi pun boleh kenyang atau paling tepat, rasa muak nak makan benda lain. Berbaloi saya bersusah payah ke kedai tersebut selepas habis clinical posting.. dapat beli ais krim spesel yang menghuru-harakan salivary gland. heheh
Selepas membayar harga aiskrim tu.. tiba-tiba saya terdengar bunyi pintu dibuka, makanya saya terjaga dari tidur pada petang yang redup itu. Masyaallah.. mimpi rupanya. huk! Saya pasti.. mesti anda sudah dapat mengagak kan, anda memang bijak.
Kecewa sungguh rasa hati ini apabila tidak dapat merasai keenakkan ais krim yang super duper yummy tuh. Saya bukanlah peminat fanatik ais krim tetapi petang tu saya sangat mengidam nak makan sebab tergoda dengan mimpi yang tak ada kesudahan. KECEWA yang amat! =S tajuk mimpi saya petang itu adalah Sad Ending Dream.
Lepas terjaga, terasa macam nak sambung balik tidur sebab nak merasa bagaimana keenakkan aiskrim. Sedap ke tak... tengok rupa, macam sedap, tapi tak boleh jugak nak cakap sedap, don't judge ice cream by its appearance hehe. Ok fine, saya tak akan berpeluang langsung nak test rasa dia kan kan kan =( mimpi je Cik Senah oi..mustahil la nak dapat rasa manis ais krim tu, kalau degil jugak, nanti rasa lah macam mana masam peluh bila tergigit jari... yurk!
Ok2, fine... saya menerima kenyataan bahawa saya sedang bermimpi. Disebabkan bunyi pintu yang dibuka oleh Syifak, saya terjaga dan kecewa sebab tak dapat makan . lagi sekali me-mention-kan kekecewaan. =(
Lepas dapat mimpi tu, saya terfikir... Adakah ini merupakan satu pengajaran yang Allah berikan kepada saya? Ya... mimpi itu indah dan hanya yang indah-indah sahaja terbayang diruang mata. Saya tak nak lepaskan mimpi itu dan ingin meneruskanya tetapi dengan kuasaNYA, dia kejutkan saya. Dia sedarkan saya bahawa bila saya tidak dapat memiliki sesuatu, maka lepaskan sesuatu itu. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik akan terjadi dalam hidup ini, berusahalah untuk mencari sesuatu yang baru dan lepaskanlah sesuatu yang lama itu. Makanya, pergilah cari ais krim kat kedai bawah.. dapat makan jugak kan. ehehe.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Bila hati tak mampu lagi meyakini
Biarkan ia pergi
Insyaallah, akan ada sesuatu yang baik bakal kamu raih
Biarkan Keyboard Berbicara =D
No comments:
Post a Comment