Monday, March 8, 2010

Cubaan itu peringatan


Adapun minggu lepas, saya telah pun kehilangan sebuah botol air kesayangan di library PPUKM.. Huk! padahal tertinggal sehari jek, itupun nak kena kebas jugak ke? Tak apalah, alang-alang dah kena kebas, maka lebih baik saya berniat untuk bersedekah je, Insyaallah dapat pahala.. hati pun tenang.. tak payah maki hamun si pencopek itu. Tapi kalu dah samapai bercerita kat satu dunia ni, masih dapat pahala ke? iskh2..Saya terpaksa membeli-belah sebuah botol air baru tau..Tapi nasib baik dapat diskaun seringgit, Alhamdulillah jimat duit... boleh buat beli buah betik =D

Dugaan itu tidak berakhir disitu sahaja, pada hari jumaat, saya telah kehilangan sebuah fail yang mengandungi semua report di wad medikal. Paling menghuru-hara-kan, report itu adalah markah bagi modul management. huwa!!!! masa tu saya dah redha untuk dapat result yang teruk dalam final exam bulan 5 nanti..siap cakap kat kekawan saya bersedia menerima C. =(

Malam tu, barulah saya bermuhasabah diri, rupa-rupanya kehilangan botol air yang berlaku sebelum ni adalah peringatan yang Allah turunkan kepada saya supaya saya membetulkan apa yang telah saya lakukan. Namun botol air yang mungkin kecil nilainya tidak mampu melembutkan hati saya sehinggalah kehilangan report yang mungkin besar nilainya itu membuatkan saya bermuhasabah. 

Begitulah sikap manusia... selalu lalai andai sentiasa hidup dalam kesenagan. Seungguhnya kesenagan itu juga adalah ujian Allah... Saya akui, kebelakangan ini, diri saya amat banyak terlalai. Banyak sangat perkara-perkara sunat yang dulu saya lazimi telah ditinggalkan, begitu juga dengan perkara wajib... tak adalah sampai meninggalkan solat, tapi sedikit liat untuk menunaikannya di awal waktu. Astagfirullah... ampunkan saya wahai tuhan. Begitu jugak dengan perkara lain yang tak nak saya sebutkan disini.. banyaknya dosa diri ini... Astagfirullah.

Alhamdulillah, hikmah disebalik cubaan
 Menyedarkan hati yang lalai,
mengubat kesakitan rohani 
dan mendekatkan diri kepada pencipta kita yang Maha Esa...
Biarkan Keyboard Berbicara =D






No comments: